TQ coz sudi menjengah blog ni..



Wednesday, May 30, 2018

Resepi Ikan Siakap Stim Limau


Salam & Hai Semua..

Hari ni saya nak share resepi Ikan Siakap Stim Limau..Semalam 13 Ramdhan saya buat untuk berbuka. Saya buat pun ikut resepi google..tq empunya resepi


Bahan-bahan:

  • Kiub ayam dalam seketul atau seketul setengah di bancuh dengan sedikit air panas...agak2 ye sukatan air tu..
  • Bawang Putih dicincang halus...dalam 7 ulas...lagi banyak lagi sedap
  • Cili api merah/cili api dicincang halus
  • Daun Limau di konyokkan
  • Serai dipotong serong dalam 3 batang.
  • Halia Muda
  • Sos ikan (5 sudu besar)
  • Garam gula secukup rasa
  • Limau nipis (2 /3 biji ikut tahap kemasaman yang nak)


Cara-cara.

Ikan dibersih kan...Sediakan bekas untuk letakkan ikan.



Halia Muda, Serai & daun limau purut disumbatkan dalam perut ikan...
Dan tuangkan kiub ayam yang dibancuh tadi atas ikan.

Kukus kan ikan dalam 15 ke 20 minit atau sehingga ikan masak.

Di dalam mangkuk yang berasingan...satukan bawang putih , cili merah atau cili api, sos ikan (5 sudu) , jus asam limau dalam mangkuk...masukkan sekali gula, garam secukup rasa...lebihkan gula sikit supaya rasanya manis & berlawanan ngan asam limau tu....lepas ikan dah masak, curahkan atas ikan....hiaskan dengan hirisan limau & daun ketumbar atau daun sup....SIAP!!!!






Nanti jadi macam ni...saya buat 2 ekor semalam....so seimbang kan lah ye...saya  buat tak ikut sukatan...ikut naluri hati gitu...hahahha

Selamat mencuba

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ

2 comments:

mama tisya said...

masak ikan stim paling mudah...aritu kn hubby kita masak menu ni juga..siap ckp sama mcm kt sara thai kuantan..kemain die...time terawih sendawa pn bau ikan siakap hehe

شركة المثالية said...


شركة المثالية للتنظيف بالجبيل
شركة المثالية للتنظيف بالقطيف