Tuesday, October 3, 2017

Bisik Pada Langit


Salam & Hai semuaaaaa..


Sabtu lepas saya sefamily bersama2 menangis tengok cerita Bisik Pada Langit (BPL) ...kan tengah trending sekarang ni...

Cerita simple tapi ber'isi' ..Saya nak review guna ayat2 cantik ni tak pandai...Saya simpulkan ikut pendapat saya jela ye...kalu tanya berbaloi ke x tengok...Of kos berbaloi....





Ni Sinopsisnya :

Sejauh manakah kasih seorang ayah terhadap anak-anaknya? Keluarga Rosli dikejutkan dengan berita kemalangan anaknya yang belajar di luar negara dan menjadi terdesak untuk melawatnya di sana. Namun, niat si ayah itu menimbulkan tentangan dan ketegangan dalam kalangan ahli keluarga kerana mereka tidak mempunyai simpanan wang yang mencukupi. Tanpa disangka, niat si ayah juga menjadi
punca kepada pergaduhan mereka sekeluarga.
Jalan cerita ini berkisahkan tentang kasih seorang ayah kepada anak-anak mereka. Dimana Keluarga Encik Rosli telah dikejutkan dengan berita sedih dimana ia telah melibatkan anak perempuannya dimana telah terlibat dalam kemalangan. Anak perempuannya belajar di luar negara .Oleh kerana, terlalu sayangkan seorang anak dia telah terdesak untuk melawatnya di sana.
Akan tetiba telah berlaku beberapa insiden yang tidak dijangka. Dimana si ayah telah mendapat tentangan dari ahli keluarga yang lain oleh kerna keluarga mereka bukan orang senang. Jika dia ingin melawati anaknya itu bakal melibatkan sejumlah wang yang banyak dan oleh kerana keluarga mereka tidak mempunyai duit simpanan yang mencukupi.
Punca insiden berlaku adalah niat dari si ayah telah menjadi punca pentengkaran kepada ahli keluarga yang lain. Dapatkan si ayah melawat anak kesayangannya yang insiden di
luar negara? Cara bagaimana si ayah bakal mendapatkan wang ? Adakah anak perempuan mereka akan sedar dari koma? Dapatkan keluarga ini kembali bersatu?
Ni Pendapat saya pulak...hehehe

Nangis memang la saya nangis....sedih...tapi ada la sikit kelakarnya....untuk watak ayah (Jalil Hamid)
Saya marah jugak pada ayahnya tu sebab memang nampak pilih kasih...dalam kepalanya SITI HAJARRRRR je.. Anak perempuan sorang dalam keluarga punya abang & adik lelaki...

Ayat yang paling buat saya kecik ati ayah dia cakap HAJAR LA SATU-SATUNYA HARTA YANG AYAH ADA..... memang konfemlah anak2 lain yang dengar mesti kecik ati gila....

Banyak pengajarannya cite ini....pengajaran pada semua setiap lapisan masyarakat & peringkat umur...janganlah dibeza-bezakan anak...tu la paling saya takut sekali...

Melebihkan anak perempuan itu tak pe, tapi jangan dibeza-bezakan..harapan ayah pada Hajar sangat tinggi bila mana ada satu tragedi berlaku memang ayah dia jatuh terduduk....kesian jugak pada ayah dia....tulah orang kata setiap yang berlaku ada hikmahnya...Bila tragedi menimpa HAJAR barula ayahnya sedar dia punya lagi 2 anak yang mempunyai kelebihan tersendiri...

So pada yang belum tengok lagi cerita harus la pergi tengok ok.....WAJIB tengok....



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ

1 comment:

mama tisya said...

Tgk sedutan pn tau cite ni sedih.. Aritu ptt tgk cite ni tp dh tgal seat dpn je tu tgk cite the lego ninja movie