TQ coz sudi menjengah blog ni..



Friday, August 4, 2017

Air Jamu Viral untuk servis rahim

Salam & Hai Semua....

Air jamu ni ada orang share2 kat fb ni....untuk servis rahim la kesimpulannya....sebab bahan-bahan dia senang, marilah kita cuba.


  • Halia 2cm
  • Kunyit hidup 2cm
  • 2 batang serai
  • 2 helai daun pandan
  • 3 cawan air
  • Gula batu atau madu *mengikut citarasa
Cara-cara:
Basuh halia & kunyit dan hiris. Masukkan air, Masukkan serai dan daun pandan...lebur je dalam tu semua.....Renehkan sampai air tu jadi secawan ye...Lepas letak dalam cawan masukkan gula batu atau madu...minum masa dia suam2..jangan minum masa panas, kang melecur pulak...hehe




Bahan-banhan yang diperlukan


Masukkan semua je dalam periuk


Ni bila kita dah siap rebus


Ni la hasilnya ..saya campurkan madu sesudu....bila minum mak aiiiiii pedasnya bila lalu kat tekak....lepas tu memang saya bilas tekak ngan air suam....nasibla buat sebulan sekali..

Seeloknya dibuat lepas period.  Tujuan untuk membersihkan rahim selepas haid, bertindak membuang angin dan memecah lemak serta mengatas masalah bau badan.

Selamat mencuba

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ

3 comments:

Anis Azalea said...

Hehe cam ngeri lak nak telan air ni.

Azian Elias said...

bagus ni.. nak cuba buat lah. dah tua2 ni kena lebih giat lah nampaknya.

Paahjais said...

Apa effect lepas minum air ni? Rasa nak cuba la...