TQ coz sudi menjengah blog ni..



Friday, June 9, 2017

Resepi Ikan Bakar Asam Pedas


Salam & hai semua...

Semalam 13 Ramadhan saya masak ikan bakar asam pedas..resepi kawan saya...

Bahan-bahan:

  • Ikan. Semalam saya guna ikan jenahak + ikan kembong sekor..sian ikan kembong tu osrang sorang kita kasi campor jelah..hehhe
Bahan di blend
  • Bawang merah
  • Bawang Putih
  • Halia
  • Lengkuas
  • Serai
  • Belacan
  • Buah keras
  • Bunga kantan satu
Cara-cara

Tumis bahan yang diblend macam kita masak sambal tu...dah pecah minyak masukkan asam, garam & gula cukup rasa. Semalam saya guna asam keping je...letak sekeping yang kecik..masak sampai jadi pes...jadi pekat gitu jangan cair ye sebab masa kita bakar dia akan berkuah sebab minyak ikan akan keluar nanti.

Kalu nak wangi alas kan ikan yang kita nak bakar tu daun pisang atau daun kunyit. Letak dalam aluminium foil & bakar. Bakar atas kuali atau oven...Adjust2 sendiri ye... Selamat mencuba....sedap tau ala-ala ikan bakar portugis..




Ni versi saya...kawan saya kata masukkan gula merah atau gula kabung nak bagi warna kuah tu agak gelap sikit..tapi saya tak letak pun...hehhee





Ni reseki semalam..saya masak hanya ikan bakar & kangkung belacan ke...Yang lain PARAM mari...hehehe

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ

1 comment:

Anis Azalea said...

Tak pernah la kita masak ikan bungkus foil. Bab nak guna oven macam failed.