Status

TQ coz sudi menjengah blog ni..

Aktiviti blogwalking tergendala sikit...Aktiviti blogwalking akan saya jalankan secara habis-habisan bila weeken jer..tunggu kedatangan saya tau...thanx korang...


Monday, July 15, 2013

Resepi Ramadhan- Roti Bakar Cheese Berempah

Kemain nama menu...berempah sebab inti ayamnya saya tumis ngan serbuk kari....saya share la satu resepi yang resepi asalnya saya olah....

Bahan.
8 keping roti Gardenia
Ayam/daging Cincang
Bawang merah & putih dihiris
Telur 4 biji. Lebih pun tak pe
Cheese 4 keping
Garam

Cara masak inti.
Tumis bawang hingga layu.
Bancuhkan serbuk kari ngan air n masukkan bancuhan tu ke dalam tumisan bawang tadi.
Selepas bancuhan kari tadi dah kuar minyak masukkan ayam cincang.
Lepas ayam tu dah masak. Tutup api n ketepikan. Pastu pecahkan 2 bijik  telur  dalam bekas n  masukkan inti yang kita dah masak tadi.  Kacau.

Cara masak roti bakar.
Celup roti dalam telur. Basahkan2 je roti tu. Pastu susun dalam kuali non stick pan atau pemanggang ajaib...dalam loyang pun boleh kalu nak bakar dalam oven. Saya masak dalam pemanggang ajaib tu je...sonang..

Susun 4 keping roti  pastu letakkan inti yang kita bancuh ngan telur tadi atas roti tersebut..
Atas inti tu letaklah cheese atasnya..susun la ikut susunan roti tersebut.
Pastu lapisan atas letak lagi 4 keping roti yang telah dicelup dalam telur.
Lebihan telur tadi curah je atas toti2 tersebut..
Bakarlah sekejap...jgn sapai itam pulak tau...selamat mencuba...

Harap fahamlah resepi nie.

susun roti mcm ni. Kalu pakai pemanggang ajaib ni senang nak telangkup terbalik kan dia..

letak inti atas roti mcm ni..perasan tak roti ni saya xcelup ngan telur. Kalu tak celup telur nanti roti tu garing n kering..kalu celup telur roti tu akan moist2 gitu.


taraaaaa....mcm ni la rupenya bila da masak...

Siap untuk dihidangkan....jadila satu menu untuk berbuka puasa. 


Selamat mencuba...

6 comments:

onniesham said...

wahhh menariks ni. ada jmpa resepi ala2 mcmni kat group. mmg nak try gak nanti. tq for sharing.

inazamri said...

kalau resepi senang camni bole la akak nak buat nnt.mmg nampak sedap .

Queen said...

sedapnya... dan nampak sangat mudah..

kena cuba jugak lah ni.. mana tau boleh celen sedap mutabak..hahah.. jimat tak payah belimutabak..dada ayam pun banyakk tu

Emy Tak Kecik said...

mana pic taraaa je muza...xde pon hehhe...

ke ada kite x nmpak :D

lieyalatif said...

menarik gile la hanim...lieya nak cube lah...dah snap dah bahan2 die...nantinak cube laa....ala2 murtabak plak kan.....

mkn ngan sos n mayo perghhhhh terangkat!

Mimy Hamid said...

tq resepi ni..sy minat nak cuba