Status

TQ coz sudi menjengah blog ni..

Aktiviti blogwalking tergendala sikit...Aktiviti blogwalking akan saya jalankan secara habis-habisan bila weeken jer..tunggu kedatangan saya tau...thanx korang...


Monday, April 23, 2012

Nenek saya masuk hospital

Jumaat lepas nenek saya kena tahan wad di HKL. Puncanya dia jatuh. Masa tu dia nak bangun dari katil entah macam mana masa baru selangkah dia macam tergelincir lalu jatuh terduduk. Mak n bibik tak sempat nak paut dia.

Lepas tu nenek tak boleh bangun. Lepas solat jumaat abang no 2 saya datang bawa p HKL. Lepas x-ray doktor kata tulang pinggul belah kanan patah.

Umur nenek saya 87 tahun dah. Tak pernah pulak dia sakit teruk macam ni. Tapi takpelah benda nak jadi kan, kena lah redha. Kesian sebab nenek dah tua sangat. Doktor belum beri kata putus. Mungkin kena operate kot.

Dalam pic tu nampak tangan nenek saya diikat sebab dia cabut jarum drip air tu. Sampai berdarah darah.

Yang jaga nenek bibik n mak bergilir. Saya pun risau ngan mak saya jugak tu. Yelah mak saya pun tak berapa kuat n sihat.

Saya harap biarlah nenek saya cepat sembuh n kuar hospital. Saya berdoa juga mak saya diberi kesihatan yang sangat baik. Saya risau!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

11 comments:

mummY daniSha said...

semoga mak & nenek awak cepat sembuh ye...

lieyalatif said...

sedey plak lieya bace hanim...insyaallah same2 kite doa sume ok yeak...

harap mak hanim n nenek hanim sihat2 .....

rasp said...

sedih tengok nenek hanim gini...
smoga cepat2 lah dia sembuh...
and smoga mak hanim terpelihara kesihatan dia...

♥ Leily | Ummi Alya Husna ♥ said...

sy doakan nenek awak takde ape2 yg bahaya,
jgn riso.. nnti awak plak yg jth sakit..
InsyaAllah, everythings fine!

atty's said...

kty doakan semoga nenem hanim, cepat sembuh ya..amin

Neeza.Areef said...

org tua mmg lain karenahnya
bersabar je la hanim..moga mak hanim pun sihat utk jaga nenek hanim nih

mamyharraz said...

smlm rasa akk dah komen.tp mana hilang komen tu..ok takpe ;

akk doakan semoga nenek hanim cepat sembuh.dan Allah beri kekuatan utk hanim,mak & semua family tabah menghadapi waktu2 sukar ini.

wahida said...

sedih tgk nenek...
semoga nenek cepat sembuh...

POSH76 said...

sama2 doakan nenek hanim cepat sembuh amin

ieda said...

ya allah kesian nenek kena ikat tangan , yelah bila tgk nie hanim akk teringat arwah tuk sedara akk ..

dia x nak ke hsp .. bila ke sana dr ikat tangan dia macam nenenk hanim sbb dia akan tarik wayar2 tuu .. sambil nangis2 cakap nak balik rumah , anak2 macam risau takutkan kesihatan dia , akhirnya x sampai seminggu dia meninggal hanim ..

akk selalu teringatkan arwah tuk sedara akk tuu .. rasa sgt2 kejam anak2 dia sbb dia dah cakap x nak ke hsp .. huhuh

harap2 nenek hanim cepat2 sembuh dan mak hanim ok .. risau gak kan

onniesham said...

smoga nenek awk cpt sembuh k