TQ coz sudi menjengah blog ni..



Friday, April 27, 2012

Horlicks Crunch Mcflurry

Sana sini kengkawan cerita pasal horlicks crunch ni. Sebab kan anak anak batuk niat saya tu saya postpone lah. Saya kenalah kawal sebab belah abah dia memang ada asma chances dorang utk kena asma adalah tinggi tu saya kena control.

Malam tadi saya p hospital nak jenguk nenek, balik tu drive thru mcd. Itupun anak2 dah tido. So ibu dia amik peluang la beli. Kejam ok ibu dia. Tak pe tak pe nanti bila batuk dorang dah betul2 ok ibu janji ibu belikan.

Ok, itu saje. Hepy weeken n elakkan p KL ok, gerenti jem sebab ada bersih!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, April 25, 2012

Danish yang berani

Sekolah danish ada pameran sains. Bayar 5 hinggit bolehlah bergambar ngan haiwan eksotik.

Saya n abah dia pun tak berani bergambar ngan ular. Geli!

Pic tu ada flash sebab saya snap atas gambar terus. Tak sempatlah nak scan bagai. Saya dah siap siap frame kan dah. Tak sangka pulak danish berani n tak geli.


Psstt.... Terima kasih atas doa yang kengkawan beri dalam entry nenek saya tu.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, April 23, 2012

Nenek saya masuk hospital

Jumaat lepas nenek saya kena tahan wad di HKL. Puncanya dia jatuh. Masa tu dia nak bangun dari katil entah macam mana masa baru selangkah dia macam tergelincir lalu jatuh terduduk. Mak n bibik tak sempat nak paut dia.

Lepas tu nenek tak boleh bangun. Lepas solat jumaat abang no 2 saya datang bawa p HKL. Lepas x-ray doktor kata tulang pinggul belah kanan patah.

Umur nenek saya 87 tahun dah. Tak pernah pulak dia sakit teruk macam ni. Tapi takpelah benda nak jadi kan, kena lah redha. Kesian sebab nenek dah tua sangat. Doktor belum beri kata putus. Mungkin kena operate kot.

Dalam pic tu nampak tangan nenek saya diikat sebab dia cabut jarum drip air tu. Sampai berdarah darah.

Yang jaga nenek bibik n mak bergilir. Saya pun risau ngan mak saya jugak tu. Yelah mak saya pun tak berapa kuat n sihat.

Saya harap biarlah nenek saya cepat sembuh n kuar hospital. Saya berdoa juga mak saya diberi kesihatan yang sangat baik. Saya risau!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, April 20, 2012

Lambat lagi sebenarnya

Booking dah lama bulan 2 ari tu. Masa tu tengah ada promo. Ala pegi dekat dekat je. Dalam Malaysia n masih dalam semenanjung. Mula mula kita pegi dekat dulu. Ada rezeki lebih kita p jauh pulak.

Tapikan nak terbangnya bln January 2013 sebenarnya. Lama lagi kann heeee. Nanti pegi ramai2 ngan family abang asben. Best!

Takmo ingat2 nak p sangat. Buat tak tau je. Nanti xdelah terasa lama sangat.

Semoga semuanya dipermudahkan. Hepy weeken.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, April 19, 2012

Camera kesayangan saya

Walaupun camera saya ni tak secanggih camera yang lain saya tetap sayang dia. Walaupun ada yang kata ni dlsr yang paling rendah saya tak kisah janji saya suka ngan kualiti gambar dia. Saya tau gambar dia tak superb macam dlsr lain tapi saya ok je sebab saya bukan photographer pun.

Sebenarnya nak cerita apa yang rosak sebenarnya camera saya tu. Sebenarnya auto focus dia rosak. Nak zoom semua ok. Tapi tulah kene fokuskan betul betul supaya gambar tu tak kabur.

Saya dah bawa pergi kedai yang saya beli camera tu tapi dia kata kene tunggu sebulan. Oiiii lamanya. Nak cepat kena pergi servis centre dia,boleh dapat cepat sikit.

Punca dia rosak tak ketahuan pulak saya. Adakah perlu camera baru lagi? Eh!

Itu saje. Tq
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, April 18, 2012

Makan-makan sempena birthday Dicha

 Sebabkan birthday Dicha ari Selasa (10/4) ibu abah keje, hari Rabu tu barulah kami kuar makan-makan sempena birthday Dicha. Hari Rabu kan cuti sempena pertabalan Agong tu.

Kami ke Citta Mall. Ingat nak makan kat Meatworks tapi sebab menu macam tak menarik terus beralih ke Chillis. Itu je pun yang ada. Kedai lain ada tapi macam tak yakin sedapnya...Saya tak kenal. Sebab kan Dicha ni tak tau minta lagi nak makan apa, so kenalah ikut tekak ibu abah dia. Tapikan kalu kita tanya dia nak makan apa, mesti dia akan jawab Mee.

Macam boring je kan asik cite Chillis je. Kami memang nak elak tapi sebab dah takde pilihan kan. Malas lah nak p mall lain sebab masing2 sibuk nak makan dah.


 Birthday Girl


 Ibu n Dicha


 Mac & Cheese. Dicha punya. tapi Dicha tak suka. Sajelah nak tukar kan asik spagetthi je..last2 kami yang makan. Tapi ni pun keturunan mee jugak kan?


Abang Danish punya


 Abang Danish punya, Dicha punya jugak


 Abang danish pun balas, Dicha punya abang punya jugakkkkkk




Abang Danish yang banyak mengalah dengan adiknya. Tapi kadang2 terlepas jugak kesabaran dia..




Nak suap sendiri, duduk pun tak nak kat baby chair tu..konon dha besar sangat lah tu


Asben saya punya. 
 



Saya punya Old Timer Burger kot namanya. Tak tau nak pilih apa. Takut sebenarnya nak pilih menu lain, takut tak sedap. Kalu burger, mesti sedap punyalah kan.



 Kene pakai bips kalu tak jahanam baju.


Dicha buat muka notti
 

Ibu n danish
 



 Molten Chocolate Cake. Yeay!!!! akhirnya dapat rasa jugak. Amik jugak walaupun tahu perut dah sengkak. Sebab kata birthday dicha...amiklah jugak kek dari amik aiskrim..Dicha kata Dap nyaaaaaa


Kami..abah tak nak join sebba segan nak suruh orang snap


 Sumbat kat birthday girl pulakk




Comot momot

Itu sajer. Celebrate kat taska InsyaAllah ada tapi kena cari time yang sesuai. Terima kasih pada kawan-kawan blogger yang wish birthday n doa untuk Dicha..Dicha kata sayang untie2 semua..muahssss n acihhhhhh



Pssttt..pic2 ni saya pakai camera. Nanti saya cerita apa yang rosak camera saya tu yer..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ





    

Tuesday, April 17, 2012

Dicha paw nenek dia pulak


Nenek dorang ni aka mak saya ni memang rajinlah kot beli barang2 untuk cucu dia. Bajulah biasanya sampai saya terpaksa cakap tak yah lah beli. Sekarang ni agak slow sikit compare masa danish baby dulu. Sampai saya warning lah mak saya..ehehehehhe. Tapi kadang2 saya dapat lah tempias jugak maklumlah saya kan anak bongsu. Perlu ke nak mention bongsu itu..heeee

Sebabkan masa danish birthday dulu nenek dia dah belikan,untuk adil dia belikanlah jgk utk dicha. Mohla ke JJ Wangsa Maju Ahad minggu lepas. Dua hari sebelum birthday dicha. Saya kalu menan gegirl ni memang saya suka sangat. Tak sabar nak belikan dia kitchen set n apa2 lglah menan yang agak girly sikit ni.




Oklah itu sajer. Saya share gambar yer.



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ

Monday, April 16, 2012

Lipstik merah saya







Sebelum ni baca je kat blog pasal lipstik merah ni. Nak cube tapi rasa macam tak sesuai. Ada satu hari tu terbeli lipstik merah. Ingat kat taklah merah sangat sekali bila balik umah trylah dpn cermin. Mak aiiii merahnyaaaaamak ngah. Macam merah kehitaman gitu. Ke bibir kita yang hitam? Dah macam pompuan sihir pulak.

Tapi dalam gambar merahnya tak pekat sangat mungkin sebab cahaya kot. Minta maaplah kalu pic yang saya share tu nampak macam kurenggggg sikit. Pic ala2 camwhore gitu.






Psstt pic kalu kecik2 tu maknanya saya update guna tab je. Malas nak bukak lappy. Sian lappy zaman jepun saya tu....


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ


Thursday, April 12, 2012

Setelah hampir 5 tahun tersimpan dalam store




Mainan ni hadiah birthday Danish masa dia 2 tahun. Masa tu saya belum berblogging lagi, kalu tak memang saya dah share dah dulu heeeeeee. Masa tu saya share kat friendster jer.. Ingat lagi beli kat Giant Shah Alam. Tak silap harganya 329 atau 399. Kira kat giantlah paling murah kalu nak compare tempat lain masa tu. Alhamdulillah masih tahan.

Bila danish  dah besar n boring kami simpanlah sebab dah tak berusik dah buat simpan habuk je. Biasalah budak kan bila dah boring memang dia tak layan dah. Semalam petang abah dia nak pasang balik menan tu. Pasang kat bilik danish. Jadi sempit sikitlah bilik dia. Kmain lagi dicha duk main. Mula2 excited lah, tgk sikit lagi mesti dia boring...


Jimat tahun ni tak yah beli dicha hadiah..hehehehee. Tapi nenek dia tetap bagi hadiah. Itu nantisaya share

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ

Tuesday, April 10, 2012

Hari ni Dicha 2 tahun.. yeay!





Hari ni genap Dicha 2 tahun. Besar dah anak dara saya ni. Semoga dicha panjang umur, menjadi yang solehah , menjadi anak yang bijak pandai n berbakti pada ibu n abah bila besar nanti. Biarlah benda2 yang baik menyebelahi dicha n dijauhkan segala kejahatan. Amin.


Ibu, abah n abang danish sayangg dicha..muahs

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. Tq

Thursday, April 5, 2012

Ahad ke OU

 Lepas gunting rambut kira ke OU adahal sikit nak buat. Lens camera saya rosak. Uwaaaa!!!!!. Nasib masih dalam warranty. Macam biasa ada aktiviti makan2. Susah susah hati pun makan tetap lalu...heeeee

Lunch di Chilis sebba itu je ada kat depan mata masa tu..Malas nak pusing2 cari kedai lain.Pic agak kurang memuaskan sebab bukan dari camera. Oh! saya rindu camera saya......





Saya punya. Sedap.


Asben saya punya..


Ibu n Dicha


Danish n pizza nya


Dicha masih setia ngan mee nya..(spagetthi)


Saya!


Ibu n Danish



Abaikan lah pompuan yang asik show off rambut tu yer hahahahhaa .Nak plak dicha sporting, kita snaplah. 


Itu saje. Tq.