Status

TQ coz sudi menjengah blog ni..

Aktiviti blogwalking tergendala sikit...Aktiviti blogwalking akan saya jalankan secara habis-habisan bila weeken jer..tunggu kedatangan saya tau...thanx korang...


Tuesday, March 20, 2012

Impiana Resort Cherating - Saya jatuh cinta ngan bilik dia.

Kat entry ni saya share lah pic sekitar Impiana ni. Boleh share serba sedikit sebab saya tni ak berapa reti nak share secara detail macam Sis NeenaAnuar tu. Suka cara dia bercerita sesuatu perkara tu. Sangat details. Saya tak reti nak susun  ayat bagi sedap...

Mula-mula jatuh cinta ngan bilik dia. Pernah baca satu blog tu dia tunjuk Impiana ni terus jatuh cinta. Bilik dia ada katil tiang. Lain dari yang lain. Ok mungkin orang lain, lain cita rasa dia. Ni saya kata saya tau. Suasana dia lain. Tak nampak dah benda-benda kecik yang kita tak puas hati bila masuk bilik dia.




Pemandangan dari pintu bilik air. Sejuk je mata memandang. Ingatkan dapat King bed tu tapi dapat 2 katil single. Takpe malam kita kasi rapat2 yer..Memang agak sempit tapi apa ada hal kan. Nak luas duk kat padang bola sinun..hehehee



Nombor dua jatuh cinta ngan daybed ni. Suka sangat..Empuk. Malam2 bila anak2 dah tido duk sini...vavavava romantik uuuuuu


Adalah tv tecik ni. Jadilah. Bukan nak tengok tv sangat pun kan


Katil dia dari sudut yang berbeza...


Toiletteries dari ImpianaSemua saya angkut bawak balik


Ada hair dryer


Ada shower je. Bath tub takde. Ala, tak dapat mandi sama-sama. Masalahnya kalu ada muat ke nak masuk?hehehehehe


View dari balkoni. Nyaman jer. Angin kuat. Semua bilik adalah sea view yer.


Ada jugak meja kecik ni.



Dua beradik yang hepy. Kelakar Dicha punya pose macam pose  ''Kau ada?"


Laut dia. Ok laut dia taklah jernih tapi bersih. Nak jernih kalu sila pergi Sabah yer. Ombak sangat kuat. Takut nak mandi. Jenis ombak yang bila dia berombak tu dia bawak sekali pasir. Bahaya ooo... Nanti saya share pic dia. Pagi2 akan ada orang yang kutip sampah kat pantai ni. Mungkin pekerja Impiana kot.





Pool dia boleh tahan besar jugak


Tempat makan dia. Ada 2 tak silap. Satu Yang ini dekat ngan lobi. Nama dia Kedai Kopi. Kami brekpes kat sini lah


Ini pemandangan waktu malam. Ada macam kolam kat lobi dia tu. Cantik. Sejuk je mata ni tengok


Malam lepak jap kat lobi. Kat lobi ada wifi, laju sikit. Tapi kat bilik slow.


Ini kolam kat lobi tu waktu siang. Macam ada pangkin kat situ.


Itu sajer kot. Kat next n3 saya cerita lagi yer.



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ

 



   

13 comments:

atty's said...

cantik impiana resort nie.mesti dicha ngn danish happy dpt g cuti2

♥ Wina ♥ said...

tgk gambar² nie dah rindu pulak dengan Impiana Resort...pemandangan dia memang first classlah :-)

Dee said...

impiana ni mmg cantik..dee tak nafikan..tp pengalaman dee tinggal kat sana..camana nak ckp eh..kelakar pun ada..nak tau apa? ada tikus besar masuk dlm bilik kami..apalagi..dee melompat berdiri atas katil..sambil tu call maintenance dorang..bila dorang dtg..dee masih berdiri atas katil..dan tikus besar tu ada dlm bilik air..huhu..mujur dpt tangkap..bila ingat balik..lawak lak rasa..

mamyharraz said...

vavava hanimmm marvelesss impiana resort nih! tergoda tertawan akk tauuu ni yg terus pasang impian mahu ke impiana yg cantik menawan nih :)

happy sgt muka dua beradik tu :)

Mimy Hamid said...

cantik la tempat ni..dulu kita nak hanimun sini tapi husben lak tak de masa aje...but one day nak pegi sini gak ...range harga ok tak..reveal ek

lieyalatif said...

cantik gile laa hanim...lieya bekenan...boleh le masukkan dlm list gi cuti2 malaysia nanti nie.....yg penting ade pool tuk anak2 bekubang hepi2 heheheeh

suke gak pic 'kau ade' dicha tu....kelaka tp sweet!

~zack~ said...

akak...bestnye honeymoon ye....best nye bilik die..swimming pool die sgt best...leh gk ni jdi destinasi pilihan tuk 2nd honeymoon kte gk ni...hehehe...comelnye darissa buat muka ko ada??cute!!

♥ Leily | Ummi Alya Husna ♥ said...

mmg bilik die shantek kan,
nk2 katil die.. mcm katil panting ghitew.. =)
kl view hadap laut lagila... syioook, mcm org nk animun seswai sgt la...

aii, lepas ni pun nk try cekin sini plak la.. =)

Pepel BoNda AmaNi said...

bestnya hanim...nie yang buatkan nak ajak dedi dia g gak nie...

POSH76 said...

bessla tempat dia nice!!!

Eri-chan said...

dah lama tak cuti2 malaysia. kena berjimat-cermatla ini tahun...

ieda said...

masa akak kesini 10 tahun lepas dikk , lagi cantik , bilik yg akak duduk tuu siap ada kelambu layie .. semua wooden kan .. seyess mendamaikan dan lain dari yang lain .. :)

bukan main darissa dan abang tuu ekekek suke benorrr ...

IxoR@ said...

Brape harga 1 malam....?