TQ coz sudi menjengah blog ni..



Friday, March 30, 2012

Tak pe ibu bagi channnnn...


Tak tau nak gelak ke marah. Kang marah tak patut pulak sebab dia bru darjah 1. Baru nak amik rentak macam mana alam persekolahan tu.

Kalu gelak macam tak patut pulak. Tapi saya n asben mmg gelak tak ingat bila tengok tu....meh saya share




Nampak tak? ni kertas ujian prestasi Sek Agama dia. Danish tak pandai nak tulis jawi utk nama dia.  Nak jawi punya pasal sampai terbalik dia tulis nama tu...ehehehehehe


Fahamkan?

Apa pun saya rasa benda ni cute sangat! kenangan ni. nanti dia dah besar kita tujuk kat dia ni...

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ.

Thursday, March 29, 2012

test

ehem ehem

testing 123....



Sent from my Samsung Galaxy Tab

Wednesday, March 28, 2012

wordless wednesday lah sangat......



Tak suka bila balik umah masih teringatkan keje kat opis yang tak siap lagi..serabut..nasib bila tgk muka anak hilang sekejap pikirkan pasal keje. Bila nk tido pun susah sebab teringatkan keje...rasa macam lagi teruk dari angau  masa bercinta dulu..hahahahaa

Itu je..selamat bekerja uolls. Layan pic dicha yg macam amik pic camwhore tu yer. kot2 leh ilangkan serabutke.....




Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ

Tuesday, March 27, 2012

Setiap pertemuan ada perpisahan


 Ada colleague saya nak berenti. Setelah 5 tahun bersama ngan dia rasa sedih sangat bila dia nak berenti. Orang yang saya anggap macam adik saya. Dia satu department ngan saya.


 Inilah adik manis tu. Cantik orangnya.


 Saya sayang dia sangat-sangat. Dia banyak tolong saya masa di opis. Yelah bidang kerja yang saya kerja sekarang sangat berbeza ngan bidang yang saya belajar dulu.


 Masa ni buat makan2. Yang geng2 kita je lah. Satu lagi ada campur ngan chinese n bos. Tu nanti saya up kan.


 Ada yang cakap muka kita orang sama. Tapi bila saya dah mengembang ni takde sama kot. Masa saya menguncup dulu adalah lebih kurang sama muka. Nak jugakkkkkk. hehehehee



Kita orang bagi teddy bear. Bolehlah dia peluk2. Sebagai peneman dia bila dia sorang2


 Dua-dua comel!



 Gembira je masing-masing padahal  farewell ni.


Bisik apa tu?


 Sambil bisik2 meleleh leleh air mata...Sedih ok!!!


 Inilah bukti saya sedih tu..Ini je lah yg saya boleh tunjuk, malu. Kawan-kawan saya boleh plak snap pic pic nangis saya. Paling terharu bila dia cakap

"Aniza sayang Kak Muza. Kak Muza jangan bagi orang buli Kak Muza tau, kena tunjukkan yang Kak Muza boleh buat!"

Itu lah antara kata-kata dia yang saya touching. Siap cakap kat kawan saya yang satu department suruh tolong jaga n tengok2 kan saya...Uwaaaa!!! sedih. Saya ni badan je besar tapi perangai menikus sikit...

Tak pelah yang penting dia berhijrah sebab dia dapat peluang yang lebih baik. Sedih memang sedih. Tapi kalu saya pun kalu dpaat peluang yang lebih baik akan pergi ke tempat lain juga kan....

Yang pasti, saya akan merindui dia n doakan yang terbaik untuk dia!

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ





  

Monday, March 26, 2012

Impiana Resort Cherating - Makan-makan

Last part pasal Cherating.

Sebelum ni adalah google pasal tempat kat sana tapi saya tak amik note pun mana yang sedap. Yang saya baca kat situ senanglah jugak nak cari tempat makan. Tapi dari situ nak ke Kemaman pun dah dekat tapi tak terpegi pun.

Malam tu kami makan diluar. Nak jalan2. Tapi jalan kat luar tu gelapnya...

Nak makan tak payah risau kot sebab banyak gerai2 kat tepi jalan. Rasanya gerai/restoran tu jual masakan Thai lah.
 

 Kami pilih Restoran MS. Amik dari tepi je pic, malas nak bangun. Pilih kedai ni sebab cantik!



 Ada IKan Bakar station. Tapi saya tak amik ikan bakar pun sebab takde ikan keli. Jarang kot restoran atau gerai yang ada keli waktu malam mcm ni.  Saya suka ikan keli compare ngan ikan lain yang dibuat bakar2 nie...hehehee


 Air air kami


 Makan fries dulu. Selepuhnya bedak Danish...Nak bedak sendiri punya pasal


 Dua jantung hati kami


 Sekejap je dia nak duk situ. Selebih nya dia berkeliaran kat dalam restoran nie


 Sup ekor asben punya


 Menu kami ari tu.. Sedap!


 Favourite saya ni


 Dicha kacau ibu dia makan. Harganya ok lah. Macam harga kat kedai2 kat KL ni. Banyak yang saya baca review kat internet kata makanan kat Cherating mahal. Tapi saya rasa oklah. Mampu milik.

Bila brekpes, kami makan kat hotel je. Kata free. Danish pun tak bayar. Patutnya 4 tahun ke atas bayar tapi sebab dia nampak Danish tak makan pun. Makan main2 orang kata.

Sebelum ni saya ada baca review kata makanan kat sini kureng. Tapi bagi saya ok jer. I temua boleh  telan. Saya ialah pencinta makanan. Tengok badan lah kan...


Macam biasa anak-anak dry cleaning jer..Pakai je bedak banyak-banyak nampak macam dah mandi...heehhehee


Keadaan dalam cafe tu.


Pinggan asben saya yang pertama.


Dicha yang tengah ralit tengok fish.


Masa ni ornag tak bape ramai lagi. Dalam kul 8 masa ni. Awal gila makan sebab nak kejar mandi laut.


Rendang daging dia sedap...Frust sebab takde rendang ayam.


Anak-anak makan coco crunch. Pagi sangat masing-masing tade selera lagi. Lepas pic ni tutup camera makan laju-laju sebab nak mandi laut n pool.

Itu sajer. Kesimpulannya saya rindu nak mandi laut kat sini sebab mandi sekejap2 kan, ombak besar! InsyaAllah panjang umur, ada rezeki kami ke sini lagi...

Kalu nak baca pasal Cherating kami klik SINI dan SINI

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ





   

Thursday, March 22, 2012

Kuar makan pakai baju tido je


Ada satu hari tu kami kuar. Round2 dalam kete sambil tu isi minyak kete. Anak-anak pun saya pakaikan baju tido je. Yelah sebab cadangnya tak nak kuar kete. Kalu nak p makan jugak pun pegi jelah kediai yang dekat2 umah.

Sekali tu round punya round sampai Kota Damansara, asben ajak makan kat Big Brother pulak...Nasiblah ibu dia tak pakai baju kelawar je malam tu. Eiiii tak suka tau mengejut mengejut ni.


 Baju tido pun bj tidolah janji makan


 2 beradik yang berbaju tido..belasah je lah kan..janji ibu pakai proper sikit walaupunnnnnn...


 Ini mee saya,,,jangan amik!


 Ololololololo


 Air kami.Fresh oren, Vanilla n ice lemon tea.


 Ni asben saya punya. Grilled Chicken Chop. Sedap!


 Ini meatball apantah namanya. Sedap, tapi cepat muak sebab dia slaut ngan cheese.


Big Brother ni saya rasa restoran western local yang paling sedap. Serius!. Lagi satu William. Lama dah tak pegi William. Dengar dah pindah kedai baru. Kalu kedai lama dia tu, horror sangat. Agak tak bersihlah.

Ok itu sajer.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ





    

Wednesday, March 21, 2012

Impiana Resort Cherating - Swimming time

 Kat sini aktiviti paling hebat pun mandilah kan...Nak mandi laut or mandi pool. Tapi laut tu tak digalakkan lah. Mandi di gigi air sudah. Tak tahan ok tengok laut tu.

Lepas check in, rehat jap. Bawaklah budak2 ni p mandi. Singgah pantai jap tapi tajde sorang pun yang mandi. Masa tu dalam kul 4pm. Pelik lah jgk. Tapi tengok angin dia kuat lain macam. Laut dia pulak macam bergelora lah sikit. Ombak dia sangat kuat. Saya nak cicah kaki kat laut pun asben saya tak kasi. Frust disitu!



 Ready nak main pasir...siannnn



 Luas mata memandang.


Sian main pasir jer.

 Ada awek nampak perut kat situ


 Pemandangan bilik2 dari pantai..



 1st day abah dia teman mandi pool. Mandi sekejap jer. Kat sini kene pakai swimming suit. Kalu pakai baju biasa boleh mandi kat tempat budak2 jer. Ok lah tu kan.


 Masuk masuk pool je dicha kena kerumun. Peminat lettew. heheehhehe



 Dicha kena lambung. Ibu pun nak jugak kena lambung!!!



 Esoknya lepas brekpes mandi laut pulak. Tengok ada yang mandi. Lagipun ombak dia tak bape kuat sangat. Air surut kot. Syoknya dapat mandi laut. Tapi kena mandi kat tepi2 jer. Sebab kadang2 ombaknya kuat jugak.



 Macam kat atas ni. Walaupun air tu paras lutut tapi macam bahay jugak sebab ombaknya besar. Takut!. Nampak tak ombak dia tu macam hitam. Ombak tu macam bawak pasir sekali.


 Kalu nasib baik ombaknya kecik jer


 Excuse yer muka suci pagi tu. I mandi tau sebelum brekpes tadi.


 Dicha yang takut nak mandi laut. Mungkin dia takut ngan ombak. Asik berkepit jer.



 Sukanya danish dapat mandi air laut yer.



Lompat!!!!



Geram sangat tak dapat berendam dalam air laut saya baring jer kat situ. Dah ghupe dugong terdampar dah tau. Bila baring dapatlah air laut tu kena kat seluruh badan saya ni...hehehehe


 Pose cekci dari anak dara saya




 Nampak tak ombak tu. Ombak yang bawak pasir tu..takut tau. Bila ombak makin lama makin kuat semua yang mandi kat situ terus naik. Mandi sekejap je. Tak puas rasanya.. Ni kene p lagi ni. Abang, jom!!!

Ok. Itu sajer. Tinggal satu je lagi n3 Cherating. Ada yang tanya rate dia. Rate masa saya pergi ni satu malam RM348 termasuk free brekpes untuk 2 orang. Kalu bukan cuti sekolah atau weekdays rasenya dapat lagi murah.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ