TQ coz sudi menjengah blog ni..



Wednesday, February 22, 2012

Wordless Wednesday - Akibat tersampuk dengan blog orang lain




Amik Cheese Burst Meal





Spicy Sambal


Meatasaurus...sumpah sedap!


Twisty Bread




 Crazy Chicken Crunchys


 Garlic Cheese Onion Ring


 Lepas tengok entry Wahida kat blog dia, malam tu terus saya beli Cheese Burst Meal tu sebijik macam dalam blog dia tu..heheehee

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ






 

Tuesday, February 21, 2012

Bisou, Cupcake sedap!

Kita teruskan ngan n3 cupcake sedap ni.
Sebelum tunggu turn untuk makan kat Chillis tu saya ternampaklah Bisou ni. Adalah baca kat mana entah yang cakap Cupcake Bisou ni sedap.


 
Bisou, Bake Shop. Terletak tingkat 3. Ye ke ha? Yang pasti sama level ngan TGV n Chilis tu.




 Semestinya Red Velvet menjadi pilihan
 


 Nyum nyum nyum.....



 Comey-comey cup cake dia...



 Comel kan?




Sebijik 6 ringgit



 Black Velvet pun ada..
 
 


 Nilah rupe cupcake yang comel tu lepas beberapa seketika sebab masing-masing berebut nak pegang plastik Cupcake ni. Beli 2 bijik je. Nak rasa gitu. Tapi serius memang sedap gile! Saya dapat segigit je. Habis uolls 2 bijik ni dikerjakan 2 beradik tu...

 

 Apa ni?



 Ha kau..nasib mulut tu kecik kalu tak sampai siku gamaknya masuk dalam mulut dia...hahahahaa

Saya tak tau selain KLCC , kat mana ada lagi outlet Bisou ni. Tapi memang sedap Cupcake dia. Tak manis mencengkam rasa dia.Lepas ni nak cube Wondermilk punya cupcake. Terkenan Mamyharraz punya entry. Cupcake Chic dah pernah rasa tapi saya tak bape gemar sebab macam manis sangat.

Itu sajer. Selamat Mencuba.


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ



Monday, February 20, 2012

Jalan-jalan KLCC

Ahad minggu lepas kami ke KLCC. Tak tahu nak kemana, asben ajak p KLCC. Konon nak amik pic anak2 kat taman sana tu. Tapi sebab cuaca yang panas n ibu dia macam puteri lilin sikit, sesi photoshoot tu tak jadi. Snap2 pun buat syarat je, janji hade.

 Mula-mula kami parking outdoor dejat ngan Masjid KLCC tu. Tapi sebab panas n rasa jauh pulak nak menapak ke KLCC , saya paksa asben saya parking kat dalam KLCC tu. Biasalah saya kan puteri lilin gitu...hehehehe



 Mula-mula sekali letak pic kami dulu...lama dah xde pic camwhore mcm ni kan



 Lepas tu baru letak pic anakanda anakanda kami...



 Anak dara tu memang tak memberi kerjasama langsung..


 Dah macam ghupe Cinderella tersesat je kan...wakakakaka

Dah round2 dalam KLCC tu apalagi kan kita makannn lah.  Mula-mula saya nak makan kat Food Court tu sebab saya nak makan pizza kat situ tapi asben saya taknak sebab ramai orang. Helllllooooo kalu tak nak ramai orang kita pegi hutan ye cik abang...last-last dia ajak p Chillis. Layan jelah. Nasiblah tak lama benor menuggu. Sementara menunggu tu saya ada cube satu Cupcake sedap. Esok saya blogkan yer. TQ


 Ni asben saya punya. Sedaps!



 Ni saya punya. Ni pun sedap sangat.Yang macam salut tepung tu ayam sebenarnya. Sebab amik 2 main course dapat menu untuk kids secara free.



 Ni untuk Dicha. Bila dia makan ni lah abis baju dia comot macam dalam entry INI


 Pizza ni untuk danish n ibu jugak...heeeeee. Boleh tahanlah jugak. Cume doh dia tu guna macam roti pita tu. Bukan macam doh tepung macam pizza biasa tu. Takpe, yang penting sedap!



 Konon-konon dah besar sangat lah tu, nak makan sendiri.




 Kalu kita tak bagi dia makan sendiri memang dia mengamuk n bising. Last-last, lantaklah kome janji kamu diam n ibu leh makan ngan senang hati.



 Tengok muka dia tu, geram!!!




 Abang Danish. Ni pun sama peelnya. Sama naik ngan Dicha. Kadang-kadang angin dia lebih lagi dari Dicha




Ni ibu dia pulak. Langsung tak berangin....baik je sentiasa...Boleh percaya ker?hahahahaa (ni kalu asben saya baca mesti dia cakap ni bukan angin je puting beliung ribut semua ada.)


Ok itu sajer.
 

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ





    

Thursday, February 16, 2012

Wordless Wednesday - Suatu Hari di Sebuah Restoran





  Sapelah empunya baju comot nie......

  




  Budak ni rupenya. Menangis ok ibu dia tengok baju Dicha yang kotor nie. Siap ada bercalit kat kaki dia tu lagi. Uwaaa!!!!!!




  Buat muka tak bersalah atau bangga sebab dah dapat mengotorkan diri sendiri



 Bukan from head to toe je comotnya, pakej sekali sampai lantai . Agak-agak kena sumpah ke ngan orang kat Chillis tu?hahahahahahaa


 Ketahuilah....smapai saat ini baju ni masih direndam dalam baldi lagi. Dengan sabun dan vanish. Still tak hilang2 lagi kesannya. Takkan kena guna clorox kot.....

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ





   

Tuesday, February 14, 2012

Genting Highlands

Cerita ni cerita masa cuti yang panjang minggu lepas. Masa cuti Maulidur Rasul n Thaipusam. 

Ke Genting saja jalan-jalan. Balik hari jer. Mula2 macam malas nak pergi sebab public holiday kan mesti ramai giler orang. Tapi abah dia degil nak jugak pegi, kita ikut sajer.


Pukul 9.40am masa kat stesen Skyway tu. Punyalahhhhh ramai orang. Dalam 1/2 jam jugaklah menunggu turn. Nasib Dicha tak berapa meragam. Umpan dia ngan keropok. Diamlah dia.hehehee



Budak yang tak reti duk diam masa tengah que tu. Tak nak dukung, nak lepas bebas


Danish yang hepy nak p Genting. Dia dah besar kan, retilah sikit berjalan.



Dah naik skyway dah... ayooooo pic terlebih flash ke apa ni. lantak, janji ibu nampak putih...hehehehe



Ibu n Dicha. Dicha yang berani-berani takut. Gayat kot..hehehehee


Ibu n abang Danish pulak. Boleh tak dia tak nak turun dari Skyway tu.Aduiiiii


Muka Dicha yang cuak. Dalam ni baru dia duk diam. Tau takut..Takut tempat tinggi rupenya Dicha nie....baru ibu tau..


 Abah ngan anak-anak dia pulak. Dicha: Superman ke abah kita ni? hehehee


Eiiii tergantung-gantung je cable car tu..seram jugak! tapi Alhamdulillah takde apa yang berlaku...


Sampai sana makan dulu kat Marry Brown tapi takde pic sebab orang tersangatlah ramai. Kat MB kurang sikit orang compare ngan KFC n McD. Kat situ je Dicha buat perangai. Abis tumpah makanan . Nasib bawa baju spare. Sikit lagi je ibu dia jagi Hulk...Grrrrrrrr

 Lepas makan kami amik wristband. Kami main yang Indoor je sebab Indoor yang banyak untuk budak- budak. Dewasa RM30.00. Kanak-kanak RM28.00


Danish yang hepy sebab dapat main-main kat situ.


Ibu pun hepy jugak..kan?kan?kan?





Tapi tulah jenuh nak beratur nak sampai turn kita. Tak semua pun kami main. Tak sanggup nak beratur lama-lama. Yelah bawa budak kecikkan leceh sikit. Takpe next time kita p lagi. Genting dekat jer. Tak sampai sejam pun dah sampai puncak!


Yang penting anak-anak hepy n penat...masuk kete masing-masing hanyut. Quality time gitu ngan family!!!

Itu sajer.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ





  

Wednesday, February 8, 2012

Homst Restaurant - Chinese Muslim Cuisine

Lepas balik kampung masa cuti raya cina lepas, mak abah nenek datang umah saya. Masa dorang datang tu kami p makan kat Homst Restaurant Kota Damansara. Makanan cina muslim. Saja kita nak cube makanan yang lain dari yang lain. 1st time kami rasa makanan cina nie. Sebab kan restoran ni yang dekat ngan Sg Buloh, tula kami pergi. Ingatkan nak cube Restoran Hj Sharin Low yang femes tu tapi sebab kat Shah Alam. Jauh sikit sebab kami p 2 kete. Sian pulak nak abah drive jauh-jauh. Takpe nanti  kot2 ada rezeki kita tukar MPV tak yahlah abah nak drive2 kereta lagi. Aminnnnnn..
 


 Mak abah kita...


 Ibu ngan Dicha. Kalu mood dia ok dia akan beri kerjasama lah. Ini budak aaaaaaa *sambil geleng2 kepala* manyak lasak ooooo


 Dicha ngan nenek kesayangannya. Asiklah nenek nenek nenek...saya pulak lemas dengarnya. Sikit2 nenek, sikit2 nenek.


 Tengok dia senyum tu..Geram tengoknya. Ada yang tegur Dicha susut. Haah beza masa dia baby dulu kan.Kat nursery cikgunya cakap Dicha makan banyak. Tapi tulah ngan saya, dia nak lah jugak makan tapi nak suap sendiri. Kalu suap sendiri tu banyak yang tumpah dari masuk mulut dia!


 Sedang kita orang posing-posing, si Danish tengah sentap sebab aiskrimnya takde. Bukan tak nak beli tapi memang tajde dalam menu. Ni pun sama, susah benor nak makan. Kena marah2 dulu baru makan.

Menu yang kita orang amik ari tu.


Ayam pandan. Ni sangat sedap.  Yang ni amik medium set.


 Abah ngan nenek amik kuew teow goreng.


 Kailan ikan masin. Yang ini kami amik small size. Banyak jugak portion dia. Bolehlah dalam 2 ke 3 orang makan. Ni pun asben saya yang makan. Saya tak minat.


 Butter prawn. Bolehlah. Saya pernah rasa yang sedap dari yang ini.


 Dicha makan mee goreng. Dicha ialah pencinta mee/mihun.


 Ikan siakap masak stim. Rasa dia biasa2 je kot...


 Telur dadar oyster kot namanya. Ni pun sedap sangat...Serius!



 Ni tak ingat namanya. Stim tofu kot...rasa dia boleh tahanlah. 


 Makanan dalam proses penyerangan. Licin uollsssss...hahahhaaa. 

Keismpulannya bagi saya oklah. Sedap. Mak saya kata sedap sangat. Saya nak bg komen lebih-lebih pun  tak boleh sebab ini 1st time bagi kami. Mungkin lepas kita dah cube Hj Sharin Low punya baru saya boleh compare kot heeeeee....

Itu sajer.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ