Status

TQ coz sudi menjengah blog ni..

Aktiviti blogwalking tergendala sikit...Aktiviti blogwalking akan saya jalankan secara habis-habisan bila weeken jer..tunggu kedatangan saya tau...thanx korang...


Monday, January 30, 2012

Cuti Chinese New Year ari tu kami balik kampung

 Salam kawan-kawan. Lama dah tak berblog. Sihat ker? Sejak anak dah sekolah memang dha tak boleh saya online tengah malam2. Hanya weeken je saya online. Di tambah pulak cuti raya cina ari tu, blog pun ikut cuti jugaklah..Minggu ni saya dah siapkanlah beberapa schedule post. Harap sudilah baca. InsyaAllah weeken saya BW yer..

 Minggu lepas saya cuti panjang. Hari ni baru start keje balik. Lama kan? Biasalah kalu keje chinese company memang cuti panjang punyalah. Cuti hari tu kami balik kampung asben. Balik Ahad pagi sampai hari Selasa sebab asben saya dah start keje hari Rabu.

N3 kali ni saya ceritalah sikit antara aktiviti di kampung ari tu.

Ahad petang kami ke Kuala Sepetang konon nak makan mee udang Mak Jah. Sekali sampai berderet kereta n penuh sesak kat gerai tu.


Semua meja dah penuh. Ada yang dah duduk tapi tak dapat makanan lagi. Ada tu dah 1/2 jam duduk pun makanan tak sampai lagi..

 Nampak tak ada orang berdiri2 tu? Semua tengah tunggu meja. Berapalah lama lah nak tunggu tu. Sedangkan yang dah dapat tempat duduk pun tak dapat makanan lagi.



 Nampak tak muka I yang masam mencuka tu...maknanya kami kena balik sebab tak sanggup nak tunggu lama. Kalu kami laki bini je yang pergi takpe lagi nak tunggu smpai tengah malam tapi ada budak kecik n orang tua. Sian pulak. Takpe next time kita pergi lagi. Dekat jugaklah ngan kampung. Dalam 40 minit perjalanan.

Last-last pergi bandar Kuala makan kat sana jer. 

Biasalah bila balik kampung time ni lah boleh request mak nak makan apa...ehehhehee


Ikan masak cabai lah pujaan hati saya. Sedap wok! Kali ni mak masak ikan sardin.


ni cendawan sisir masak lemak..Orang perak panggil cendawan sisior...cendawan ni selalu ada kat batang pokok getah yang dah tumbang. Cendawan ni kene jemur dulu. Nanti dia akan jadi kering. Nak masak kita kena rendamkan dulu n cendawan tu akan jadi kembann. Ada yang pernah makan ker?


Sedapssss...makan lauk2 kampung kita...
 
 Hari Isnin tu ayah ajak mandi sungai. Cuaca pulak panas memang sedaplah mandi sungai. Tapi saya tak mandilah sebab leceh nak tukar baju semua. 


 Kami mandi di Lata Kekabu. Mamy Harraz mesti tau tempat ni sebab tempat ni area jalan nak ke Lenggong n Gerik.
 

 Paling hepy haruslah anak dara saya tu. Kemain lagi muka tu.


 Danish pun sama. Sampai payah nak ajak naik.



 Bila Ibu tak mandi abah dia lah yang layan.


 Anak-anak saya sukalah bila balik kampung sebab ramai yang melayan. Ibu dia relax lah sikit.



 Dicha agak takut sikit bila kena air tu mungkin sebba airnya sejuk kot. Sejuk gile air. Saya lebih suka mandi pool or laut compare ngan sungai ni.

Malam tu kami Ke Kuala Kangsar lagi ke Arena Square sebab ada artis perform. Ayah (FIL) lah yang suka. Biasanya hujung minggu adalah artis yang datang. Tapi artis yang dah senja lah.


 Kenal tak? Malam tu Bagio Damasutra yang datang. Mak(MIL) kata bayaran 4K untuk 10 buah lagu. Oklah kot kan. Kalu artis fofuler tak dapat der 10 lagu = 4K.


 Nilah pentasnya. Dalam Arena Square ni adalah jugak expo. Macam2 jual, tudng baju selipar menan semua ada...


 Budak-budak apalagi amik kesempatanlah kan. Kami kat situ tak lama pun. Belum Bagio tu start nyanyi kami dah balik sebab Dicha dah meragam nak tidoYelah dah pukul 10. Yang tinggal mak makcik n ayah je.

 Itu sajer.


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ





    

13 comments:

mamyharraz said...

suka sgt entry hanim..terubat rindu kt lenggong :") lauk2 yg hanim tunjuk sumer tu kegemaran akk..

lain kali kalau singgah lata kekabu akk pulak ada kt kampung calling2 ya..boleh kita deting ;)ewahh jauh tu ajak deting hehe :)

lieyalatif said...

sedapnye lauk pauk kampung tu hanim...lagi2 cendawan sisir tu...sedap2.....

syok korang main air yeak....terase2 sejuknye mandi sungai gitu.....

nieda said...

lauk pauk kg mmg sedap.. bolehbertambah berpinggan2..bestnya dpt mandi sungai

atty's said...

terliur kty nengok lauk kampung
seronok mandi sungai, cuma kita ni perempuan cam leceh skit nak tukar2 baju

mrs.ecam said...

eh sye ske la mandi sungai compare ngan laut n pool...sbb sungai airnyer sjukkk...tenang...nyaman sbb bnyk pokok2..tp kt kg xdek la sungai or air terjun camtu...huhuhuhuhuhuhu

Neeza.Areef said...

masam tul ha muka hanim..heheh..yelah nk tggu lama2 sgt pn wat rimas je kan..

POSH76 said...

bessnyer balik kampung...happening...siap jumpe retis

POSH76 said...

bessnyer balik kampung...happening...siap jumpe retis

wahida said...

perghhhh...lauk kampung mmg buat aku telan air liur...huhu...

aku pernah mkn mee udang kat kuala sepetang tu, masa tu dah mlm, ingat nak pekena mee udang mak jah, tapi dah tutup masa tu, yg bukak cuma mee udang Pak Hashim, bedal je la..tak de la sedap sgt...huhu...

Queen said...

kulat sisir tu kecik2 selalu makan..selalu tolong pi kutp sekali

tapi tak tau nak masak..sebab makan pun masa kecik.. darjah 1 2 gitu..

=p

ieda said...

uishhh ramai oprg yg menunggu tuu , sedap benar lah masakan kat kedai tuu kan hanim ..

hurmm bestnyaa main air terjun lata nie .. sure sejukk , kemain suke dicha tuu geram tgk .. dia dah semakin susut kan hanim ..

Cik Wanie Ghani said...

bestnya bila dpt bercuti mcm nie,
wnaie rindu nak bercuti mcm nie,
huk huk huk

Deqna said...

yeayy... saya dah rasa dah mi udang mak jah.. takpe hanim.. len kali leh terjah lagi yer....

wah dicha berendam dalam sungai tuh... tak ketaq ka? sejuknya nampak... sungailah katakan