TQ coz sudi menjengah blog ni..



Monday, January 30, 2012

Cuti Chinese New Year ari tu kami balik kampung

 Salam kawan-kawan. Lama dah tak berblog. Sihat ker? Sejak anak dah sekolah memang dha tak boleh saya online tengah malam2. Hanya weeken je saya online. Di tambah pulak cuti raya cina ari tu, blog pun ikut cuti jugaklah..Minggu ni saya dah siapkanlah beberapa schedule post. Harap sudilah baca. InsyaAllah weeken saya BW yer..

 Minggu lepas saya cuti panjang. Hari ni baru start keje balik. Lama kan? Biasalah kalu keje chinese company memang cuti panjang punyalah. Cuti hari tu kami balik kampung asben. Balik Ahad pagi sampai hari Selasa sebab asben saya dah start keje hari Rabu.

N3 kali ni saya ceritalah sikit antara aktiviti di kampung ari tu.

Ahad petang kami ke Kuala Sepetang konon nak makan mee udang Mak Jah. Sekali sampai berderet kereta n penuh sesak kat gerai tu.


Semua meja dah penuh. Ada yang dah duduk tapi tak dapat makanan lagi. Ada tu dah 1/2 jam duduk pun makanan tak sampai lagi..

 Nampak tak ada orang berdiri2 tu? Semua tengah tunggu meja. Berapalah lama lah nak tunggu tu. Sedangkan yang dah dapat tempat duduk pun tak dapat makanan lagi.



 Nampak tak muka I yang masam mencuka tu...maknanya kami kena balik sebab tak sanggup nak tunggu lama. Kalu kami laki bini je yang pergi takpe lagi nak tunggu smpai tengah malam tapi ada budak kecik n orang tua. Sian pulak. Takpe next time kita pergi lagi. Dekat jugaklah ngan kampung. Dalam 40 minit perjalanan.

Last-last pergi bandar Kuala makan kat sana jer. 

Biasalah bila balik kampung time ni lah boleh request mak nak makan apa...ehehhehee


Ikan masak cabai lah pujaan hati saya. Sedap wok! Kali ni mak masak ikan sardin.


ni cendawan sisir masak lemak..Orang perak panggil cendawan sisior...cendawan ni selalu ada kat batang pokok getah yang dah tumbang. Cendawan ni kene jemur dulu. Nanti dia akan jadi kering. Nak masak kita kena rendamkan dulu n cendawan tu akan jadi kembann. Ada yang pernah makan ker?


Sedapssss...makan lauk2 kampung kita...
 
 Hari Isnin tu ayah ajak mandi sungai. Cuaca pulak panas memang sedaplah mandi sungai. Tapi saya tak mandilah sebab leceh nak tukar baju semua. 


 Kami mandi di Lata Kekabu. Mamy Harraz mesti tau tempat ni sebab tempat ni area jalan nak ke Lenggong n Gerik.
 

 Paling hepy haruslah anak dara saya tu. Kemain lagi muka tu.


 Danish pun sama. Sampai payah nak ajak naik.



 Bila Ibu tak mandi abah dia lah yang layan.


 Anak-anak saya sukalah bila balik kampung sebab ramai yang melayan. Ibu dia relax lah sikit.



 Dicha agak takut sikit bila kena air tu mungkin sebba airnya sejuk kot. Sejuk gile air. Saya lebih suka mandi pool or laut compare ngan sungai ni.

Malam tu kami Ke Kuala Kangsar lagi ke Arena Square sebab ada artis perform. Ayah (FIL) lah yang suka. Biasanya hujung minggu adalah artis yang datang. Tapi artis yang dah senja lah.


 Kenal tak? Malam tu Bagio Damasutra yang datang. Mak(MIL) kata bayaran 4K untuk 10 buah lagu. Oklah kot kan. Kalu artis fofuler tak dapat der 10 lagu = 4K.


 Nilah pentasnya. Dalam Arena Square ni adalah jugak expo. Macam2 jual, tudng baju selipar menan semua ada...


 Budak-budak apalagi amik kesempatanlah kan. Kami kat situ tak lama pun. Belum Bagio tu start nyanyi kami dah balik sebab Dicha dah meragam nak tidoYelah dah pukul 10. Yang tinggal mak makcik n ayah je.

 Itu sajer.


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ





    

Tuesday, January 17, 2012

Makan Tutti Frutti secara kasihan

 Kasihan sebab terpaksa makan Tutti Frutti kat bangku-bangku yang kat depan2 kedai/butik tu. Sebab tempat duduk dalam tu dah penuh



 Kesiankan kita orang..terpaksa cari bangku sebab nak makan Tutti Putti ni. Sampai terselak-selak skirt Dicha.


 Budak-budak ni apa kisah janji dapat makan eskem. Ingat senang ibu abah dia nak bagi makan aiskrim. Yelah saya takut dorang batuk n selsema.



 Dicha tengah usha aiskrim abang dia.


 Senyummmmmmmm. Orang suruh senyumlah bukan teleng...


 Dicha kan selalu dengki ngan abang dia. Mesti nak berebut-rebut ngan abang dia jugak..

Itu sajer. Oh, lupe pulak. Tutti Frutti ni kat Empire. Ramai pulak orang kat situ. Penuh seat.

 Psssttt...raya cina nak dekat. Masih tertanya-tanya n ternanti-nanti pasal bonus n increment. Janganlah peristiwa macam tahun lepas terjadi. Sedih sangat!. Doakan adalah rezeki lebih untuk saya n anak-anak. Doakan yer...tq..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ





    

Monday, January 16, 2012

Cerita p Sunway Lagoon ari tu..

Lamanya baru saya nak update pasal Sunway Lagoon. Kami pergi Sunway 1hb ari tu. Kali ni pergi ngan family abang ipar (abang asben). Meriah sikit. Dapatlah saya main game kat situ. Bergilir-gilir jaga darissa.

Layan gambar yer.

Sampai Sunway awal giler dalam kul 9.30am. Sunway pun tak buka lagi. Kmai lah yang tolong bukak gate dia...hahahahhaaa


 Suka gambar ni . Nak pulak dicha posing sama2 tu..



 Masuk je entrance tu disambut nagn mascot n orang2 tu. Kasi posing sekejap


 Si dara yang cekci. Ayoooo bila mau tumbuh rambut adik manissssss.....


 Sebelum simpan camera kita gedebush jap posing-posing.


 Air n budak-budak tak dapat dipisahkan. Dorang enjoy kami yang tua2 ni lagi enjoy tengok dornag hepy!



 Bapak itik sedang menbawa anak-anak itiknya berjalan keliling kolam.



 Amboi galaknya masing-masing



 Ololololo...swimming suit ni masih muat lag kat dicha. Nampak sangat badannya tak naik sangat.



 Sepupu sepapat. Sama umur.



 Dicha jeles kak syaza nya amik pic ngan ibu dia..



 Dengan biras saya. Kira kakak iparlah. Kak Sue. Panggil lah kakak walaupun dia muda setahun dari saya. Dia sangat best n sempoi...








Lepas pic ni asben saya pun simpanlah camera. Sayang tak dapat amik pic kat theme park. Banyakjugaklah saya main. Roller Coaster pun saya naik. hehehehheee

 Lama juga kami di sana. Sampai pukul 6 pm. Kesan sun burn nya masih ada kat saya sampai sekarang!

Itu sajer.

Pssst...lega dah hati saya pasal Danish kat sekolah. Dia pun dah ok dah. Belanja kat sekolah pun dah ok. Setakat ni dia tak pernah habiskan duit belanja dia. Soalan yang wajib saya tanya hari-hari rehat ngan sape?, ada gaduh-gaduh tak? tadi kat sekolah beli apa? Cikgu ajar apa? Cikgu ada pesan apa-apa tak? . Gerenti danish bosan sebab hari2 ulang soalan yang sama..heheheheee


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ





    

Monday, January 9, 2012

Semoga danish ok2 aje

Lama sungguh tak berblog n berblogwalking. Anak saya dah start sekolah. Hati ni risauuuu sangat2. Weeken pun macam tak best sebab risau. Nak buat apapun hati ni mesti terselit risau.

Rabu hingga jumaat lepas kami cuti. Nak tengok danish kat sekolah. Hari pertama persekolahan tu memang kami tunggu. Ari ni saya dah start keje balik. Sekolah pun dah tak bagi parents tunggu.

Risaunya saya. Segala2nya risau. Paling risau tang berbelanja. Yang dia tau seringgit n 50 sen. Memang saya dah bagi bekal tapi dia nak membeli jugak. Nak beli air je katanya. Takpelah tak kisah. Lagi satu saya risau tang dia berkawan. Dia tu ssh nak mula berkawan. Kalu kawan yang dia kenal dia ok lah. Kadang2 terpikir macam saya ni tak bersedia nak lepaskan dia hmmmmmm. Harap2 danish ok lah. Kawan2 doakan yer. Tq

Bila saya dah ok saya start berblog n start blogwalking.
~Sent via my lurvely nokia~