Status

TQ coz sudi menjengah blog ni..

Aktiviti blogwalking tergendala sikit...Aktiviti blogwalking akan saya jalankan secara habis-habisan bila weeken jer..tunggu kedatangan saya tau...thanx korang...


Friday, December 30, 2011

Ke Sunway kita!

Macam biasa bulan 12 je mesti ke Sunway Lagoon. Sempena birthday danish katanya..sebabkan masa ngam2 birthday danish ari tu kita ke Melaka, so postpone lah ke 31hb.

Tahun ni dah 3 tahunlah berturut2 bawa danish ke Sunway. Bawa dia kesitu sebab tempat tu yang dia suka. Dia boleh swimming n boleh main2 kat theme park tu.

Kali ni pergi lebih meriah sikit sebab pegi ngan family abang asben saya. Anak dia sebaya ngan danish. So, adalah danish kawan nanti.

oklah, hepy weeken n take care.
~Sent via my lurvely nokia~

Thursday, December 29, 2011

Cuti-cuti Melaka lagi

 25hb Disember kami ke Melaka lagi. Kali ni family trip. Family saya n family mertua abang saya. 2 hari 1 malam disana. Kami tido di Mahkota Hotel.. Amik 3 unit apartment.  Setaip apartment mempunyai 2 bilik. Saya share ngan mak abah saya apartment tu. Trip kali ni sebenarnya untuk parents kami. Saje bawa mak abah masing-masing berjalan. Travel ngan orang tua kan pegi jelah dekat2.

Kali ni saya lump sum kan n3 Melaka ni. Takde part-part. Pegi Melaka je pun bukan I pergi Macau....heheheheee



 Ruang tamu


 Dapurnya. Tak boleh masak tapi setakat nak panas2kan lauk ok kot.


 Master bedroom. Bilik lagi satu asben saya tak snap pulak. Overall bilik dia oklah...bersih. Puaslah hati jugak.



Apartment kami menghadap laut. Tapi laut tu tak boleh mandi. Masa ni air tengah surut.


Nampaklah sunset ala2 manja tu. Rasa macam nak tebang je pelepah pokok kelapa tu!

Malam kami ke Alai nak makan ikan bakar. Selalu ke Umbai tapi kali ni abang saya bawa kami ke Alai. Sejam ok nak ke sana. Dengan jem nya. Biasalah Melaka kan kalu time cuti2 ni jem sesaje.


 Orang ramai giler. Ikan pun dah nak habis. Makan jelah apa yang ada. Alang-alang dah sampai, makan jelah Tak kan nak balik kan.
 

 Anak bujang saya yang berlesung pipit.


 Kami. Darissa yang banyak songeh bercuti kali ni. Asik nak berkepiy je ngan ibu dia!




Kepah sambal. Sedap!


Serangggggggggg....


 Cak!. Tengok mulut si kecik tu. Dia suka snagat makan otak2 tu. Sedap tau otak2 tu. Pedas. Tahan tau Dicha makan pedas. Bagus bagus. Nanti ibu bagi sambal belacan kat Dicha yer.


 Udang bakar yang montel-montel.


 Seranggggggggg lagiii


 Nasi lemak


 Sotong goreng tepung, pari bakar n kepah sambal.Semua sedap2. Ini je lah yang asben saya snap. Lauk lain tak snap sebab dia dah lapar!

Esok pagu kami smeua breakfast di Hotel. Ramai giler orang.





 Brekfast ala-ala omputih ni asben saya punya. Berangan lah tu...Ada macam-macam pilihan makanan semaunya sedap-sedap. Serius sedap. Paling sedap rendang ayam. Perghhhh terangkat!




 Masing-masing puluh sebba malam tadi tak puas makan ikan bakar...hehehehehe


 Sedapkan mak..lenkali kita p jalan-jalan lagi yer..



 Ramaikan?kebanyakna chinese. Saya syak dornag ni dari Singapore lah.


 Budak kecik sangat memberi kerjasama masa breakfast tu. Dapat kami makan dengan tenang.



 Swimming pool yang berdekatan ngan lobi. Terdapat 2 kawasan yang ada swimming pool. Kawasan hotel ni sangat cantik tau. Penuh ngan hijau-hijau. Kawasan dia pun bersih. I likeeee..







 Cantikkan kawasan dia. Sejuk mata menadang.



 Lepas breakfast masing-masing terjun pool lah sebelum nak check out.

 

  Saya terpaksa join dornag mandi sebab abah nya demam pulak...selsema.

Balik mandi pool sebelum check out tu Danish lapar pulak. Orderlah room service. Dia nak burger.





 Mahkota Homemade burger, RM25.50. Kalu kat bluar set burger ni 8 hinngit je kot. Tapi burger dia mmg sedap.



 Lepas checkout kami singgah Banda Hilir ingatkan nak naik River Cruise tapi ramai giler orang beratur. Tak jadi nak naik. Takpe lenkali kita p lagi hanya untuk naik River cruise tu. Ala Melaka kan tak jauh pun, 2 jam sampai lah..heheheeee

Itu sajer cerita Melaka.

Pssst blog korang yang saya tak singgah weeken saya sampai yer..Terima kasih sebab sudi baca cerita Melaka saya yang panjang ni..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ





  

Sunday, December 25, 2011

Hepy Birthday Danish!!!!!



 Hari nie genap umur danish 6 tahun. Semoga panjang umur n jadi anak yang bijak pandai n soleh yer. Ibu Abah n Dicha sayang sangat Danish tau. Muahsssss

Hari ni kami ke Melaka ada family trip. 2 hari 1 malam di sana. Family saya mak abah nenek, abang no2 saya sefamily n keluarga mertua dia jugak. Seronoknya cuti ramai-ramai ni. Misi holiday untuk mak abah kami semua. Kebetulan jatuh pada birthday Danish. Kira untuk happy kan Danish jugak lah.

Apa-apa pun take care yer n semoga semuanya berjalan ngan lancar n selamat...


 Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ





   

Friday, December 23, 2011

Saya tak puas hati!

Saya ni kan jarang lah nak merempan kat blog atau fb. Malas sebenarnya nak ngamuk-ngamuk or bising-bising ni. Tapi entahlah bila dapat tulis panjang-panjang rasa ketidakpuasan hati ni rasa puas pulak...

Saya ni nak ceritalah pasal kipas mengipas ni. Up sikit aircond! Saya ni jarang lah berjumpa ngan org kaki kipas ni. Kalu jumpe pun orang tu takde kena mengena ngan saya atau pun bila dia mengipas tu tak kena kat saya pun.Abislah korang tak faham apa yang saya cerita.

Senang cerita kalu nak mengipas tu boleh tak jangan nak menjatuhkan orang lain. Tak payahlah nak buruk-buruk kan orang . Paling teruk kalu cara tu menutup periuk nasi orang lain!

Dunia ni senang je, tak kena kat diri sendiri  InsyaAllah lah keturunan ko akan kena nanti.Yang penting bila buat sesuatu tu pikir kan orang lain sikit. Janganlah sebab nak menaikkan diri, ko sanggup pijak kepala orang. Tak betul cara tu. 

Bila saya pikir balik, kalu guna cara kotor untuk naikkan diri tu memang tak lamalah duduk kat atas. Bila jatuh nanti memang parah lah.

Senang cerita, jaga je periuk nasi sendiri. Jangan usik orang sudahlah! Kita bahagia ko pun bahagia jugak...Peace...

Psst minta maaf lah pada semua kalu n3 ni kurang sedap dibaca. Saje nk buat luahan. Walaupun tak kena pada batang idung sendiri tapi sebenarnya dia terjadi pada sekeliling diri kita. Percayalah!



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ

 



   

Thursday, December 22, 2011

Pergi KL bila Selangor cuti hari tu

 11hb kan Selangor cuti. Kami ke KL ada hal sikit. Pastu singgah Sogo saje jalan2 cuci mata n cuci poket. Sogo sale giler uollsssss.. Paling best sale perfume tu....tahan tahan diri ni tau. 


Orang tak lah berapa ramai sangat. Nak bayar pun takde lah que panjang. Macam biasa singah makan lah kan. Sebab tak tau nak makan mana masuklah Manhattan Fish Market ni. Kesian asben saya tapi tengok menu ada lah menu selain seafood tu.


 Buah hati pengarang jantung kami. Bila masuk restoran mesti rasa kesian kat waiter/waitress tu sebab gerenti dorang kena bersihkan dengan teruk tempat kami makan nanti. Anak dara tu pndai sangat buat kecah/sepah.


 Air kami. Kongsi2 lah yer. Ngam-ngam abis. Takde pembaziran


 Biasalah mesti order Spagetthi Carbonara. Ada ayam lagi. Sedap sangat! Amik yang besar punya.
Ingat nak amik seafood platter tak jadi sebab takkan saya sorang nak makan tu jer. Asben kan tak makan seafood. Rugi oo kalu pegi MFM ni tak order tu. huhuhuhu



 French fries with cheese kot namanya. Untuk anak2. Ni pun sedap. Cheese kan mana tak sedapnya kan...


 Ni asben saya punya. Nasi apa entah. Tak bape sedap. Kesian dia. Tulah rugi kalu orang yang tak boleh makan seafood ni. Pilihan menu terhad!



 Saya dapat sling beg. Konon2 adiah inadvance tu. Bukanlah hadiah kan sebab benda ni tak berbalut pu hehehehee . Beg nya ada di N3 INI

Itu sajer.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ





   

Wednesday, December 21, 2011

Wordless Wednesday - Nasi Lemat CT Garden Kampung Baru

Terletak berhampiran ngan Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru. Rasanya dia buka malam je kot.



Satu bungkus 80 sen



Rasa nya sedap jugak.



Ayam goreng n paru sambal adalah wajib yer. Ada banyak pilihan lagi.


 Siap ada penyanyi lagi tau. Suara sedap n semua dia nyanyi adalah lagu baru.

Itu sajer. Wordless lah sangattttt....

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ





    

Tuesday, December 20, 2011

Laman Grill Steak & Bar B Que - Restoran Chef Zubir Masterchef Malaysia

Ahad malam kami ke Laman Grill, Laman Seri Business Park Sec 13 Shah Alam. Terletak sebelah Kolej PTPL . Laman Grill ni saya tengok kat dalam Masterchef Malaysia. Asben saya yang nak sangat makan kat sini. Consider celebrate birthday saya ngan family pulak lah kan..heheheheh perasan... Laman Grill ni kepunyann Chef Zubir. Salah sorang juri dalam Masterchef tu.

Saya tunjukkan sikit keadaan restoran dia yer.


Kalu siang mesti cantik kot. Restoran dia sangat cantik n kemas. Banyak hijau hijau. Sejuk mata memandang



Sebabkan kami duk kat luar so keadaan persekitaran kat luar je lah kami snap. Kat dalam ramai orang.  Kat dalam dia pun cantik tau.
 
 Air order dua jer. Ini pun tak habis. Sebab dicha main celup celup tangan dalam Ice Lemon Tea saya tu.. Uwaaa!!!!. Minum jelah air suam bekal dari rumah tu.


Dicha yang notty motty

 Ibu n dicha..


 Danish. Entah mana dia dapat entah lesung pipit tu. Ibu n abah dia memang takde lesung pipit pun.


 Biasalah kalu ada anak-anak Spagethhi Carbonara lah yang saya order sebab anak-anak suka. Harga dia RM20.50. Rasa dia? biasa-biasa je. Big Brother punya lagi sedap. Ini pun jenuh nak suap dorang. Sorang sibuk ngan ice cream sorang sibuk main celup-celup tangan dalam gelas. Grrrrrrrr!!!!!




Marbled Chicken Chop asben saya punya.  RM25.50. Rasa dia oklah sedap jugak. Presentation dia sangat menarik. Nampak kelasss kan. 
Sekali lagi, mungkin kami tersalah pilih menu atau expectation kami terhadap restoran ni terlalu tinggi. Kata Chef punya kan. Mestilah saya ingat sedap melampau.



Warm Lava Chocolate Cake With Ice Cream. RM 12.50.  Ni sedaps!.Presentation dia saya suka. Tapi ingatkan choclate dalam kek tu melimpah-limpah tapi tak pun. Tapi ada lah coklah kat tengah2 kek tu.


Konon-konon kek birthday saya lah ni. Tumpang gambar jer. Pinjam Danish punya sat. hehehehee
Kesimpulanya lain orang lain tekaknya. Mungkin kalu kita pilih menu yang lain rasa nya sedap kot. Biasanya kalu saya pergi kedai baru chicken chop n spahetthi carbonara lah yang saya order sebab itu yang kami paling suka. Nak tengok restoran mana yang paling sedap. Kambing ni kami tak makan sangat. Tulah tak order lamb.

Apa-apa pun Selamat Mencuba! . Oh lagi satu tukang masaknya muda-muda. Mungkin student Chef Zubir kot.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ