Status

TQ coz sudi menjengah blog ni..

Aktiviti blogwalking tergendala sikit...Aktiviti blogwalking akan saya jalankan secara habis-habisan bila weeken jer..tunggu kedatangan saya tau...thanx korang...


Thursday, October 27, 2011

Beli baju sekolah Danish

Ahad lepas kami beli baju sekolah Danish. Baju sekolah untuk sekolah rendah. Beli awal sebab 11.11.2011 Danish ada orientasi n ujian diagnostik untuk penempatan Tahun 1, 2012 nanti. Awal kan? Tapi kami beli sepasang je. Tunggu promo Back To School kat Jusco nanti kita beli lagi sambil boleh kumpul point.hahahaha

Merata tau cari baju sekolah. Ok, takdelah merata. Minggu lepas pergi JJ Wangsa Maju takde pulak cap Canggih. Kawan saya suggest Canggih sebab elok kualiti kain dia. Betul ker? Saya pun tak pernah rasa macam mana kain tu. Maklumlah masa saya sekolah rendah mak saya kata dulu brand Don. Entah yer. Yang saya tau masa tu baju sekolah beli kat Globe Silk Store..heheheh. Bila sekolah menengah saya tempah jer.


Saya rasa persiapan Danish untuk Darjah 1 ni macam persiapan masa nak menyambut kehadiran anak sulung.. 1st baby katanya tak tau nak beli baju baby macam mana , berapa banyak n macam2 lagilah. Macam tulah rasanya. Sebab saya takde pengalaman. Tanya mak saya n kawan-kawan.

Last-last beli je kat The Store Sg Buloh ni. Dekat ngan umah. Biasalah kalu dekat2 ni tak mainlah kan, padahal yang dekat tulah yang menyenangkan kita...kan?
Kemain suka dia sebab dapat baju sekolah putih ni. Asik lah dok cakap adik dah besar kan sebab nak sekolah kebangsaan. Awak sukalah, ibu sedih tau sebab bila adik besar adik semakin jauh ngan ibu. Nanti adik sibuk ngan kawan2 adik. Uwaaaa!!!!!.
Kat sinilah dapat cap Canggih tu. Kedai yang menjual uniform2 sekolah.  Tapi betullah kalu compare ngan brand yang lain yang ada kat situ. Canggih ni kain nya tebal. Tapi ada yang kata Kiko pun bagus. Mana-mana jelah semua sama jer kan . Janji baju sekolah..
Kasi posing ngan baju sekolah. Tegak semacam nak nyanyi lagu Negara ku...





 Total sepasang baju sekolah kebangsaan RM42.00. Mana cukup sepasang kan. Mesti berpasang-pasang  punya sebab ibu dia tak cukup rajin nak basuh n gosok hari-hari. Baju sekolah agama lagi. Pengsan! Nasib Danish je yang sekolah.. Bukan merungut tau. Sekarang bila dah ada anak ni baru tau macam mana mak abah saya  berbelanja bila nak sekolah kan saya dulu.

To Danish, Adik kalu awak malas-malas belajar, awas yer!

Bila dah kuar tu haruslah ada sesi makan makan kan. Sebab kan dah petang kita minum petang lah. Pergi JJ Wangsa Maju minum kat Old Town. Pergi sana sebab saya nak beli kasut. Pastu singgah umah mak saya kat Gombak.



Ni asben saya punya. Dah macam brekpes pulak dah. Layan jelah..
Danish ngan bread toast with ice cream kot...

Saya punya karipap. Tapi tapau sebab tak sempat nak makan sebab saya sibuk bersilat ngan Dicha kat situ.... Air abah dia tak snap pulak.
   
Pic last gambar gegirl yang sekarang dah perasan bila kita puji dia cantik cantik. Sebab kita pujilah dia nak pakai hairband tu...perasan sungguh anak dara ni...

 Ok, Itu saje.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ





   

Tuesday, October 25, 2011

Sambal tumis ikan bilis saya..

Sambal tumis ikan bilis saya....

 Ini kali pertama saya masak sambal tumis ikan bilis. Kalu sambal ikan bilis biasa tu pernah lah buat sekali tapi masa tu sentap sebab bila disambalkan ikan bilis tu keras n liat..terus sentap. Tak nak masak dah. hehehehe.

Lagipun asben saya tak berapa nak makan sambal ikan bilis ni tu sebab saya jarang masak ikan bilis ni. Kali ni saya buat sebab dah jatuh cinta ngan sambal tumis ikan bilis emak kawan saya punya. Dia bawak opis teruslah minta resepi.

Tapi tapi tapi...tak jadi uolls....saya masak dia kering macam pic kat atas tu..macam takde kuah. Saya agak ikan bilisnya banyak dari cili tulah jd kering. Tapi oklah, lepaslah..Kalu makan ngan roti memang sedap. Eh! terpuji diri sendiri pulak...heheheheee



 Dekat 2 jam ok saya masak sambal ni. Saya perlahan kan api lah sebab anak2 kejap nak mandi lah nak berak lah nak susu lah. Ngan abahnya tak nak pulak. Biasalah bila ibu  cuti, inilah masa nak buli ibu kannnnn.  Lagi satu tunggu lama sangat dia nak pecah minyak. Penat berkejar ke dapur nak intai sambal tumis ikan bilis ni.

Ni saya share cara memasaknya.

Goreng ikan bilis n lepas dah masak letak tepi. Lepas tu tumis bawang besar n bila dah masak letak kan cili kering yang di blend ngan bawang n belacan. Tunggu sampai pecah minyak n boleh letakkan air asam jawa. Agak2 dah masak letaklah garam n gula. Kalu nak letak bawang besar yang dah dihiris bolehlah letak n last sekali letak ikan bilis yang dah digoreng tadi. Siap!

Selamat mencuba!



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ





    

Friday, October 21, 2011

Dicha ada baby

Doll tu dicha panggil baby. Tu pic pagi tadi. Dia sibuk nak bawak p nursery tapi memang tak lah, ada bb tu dalam kete saya ni.

Kadang kadang dia nak main ngan baby tu tapi lebihnya dia main pistol abang dia. Pengsan!
Baby tu pun sama macam dia, dua dua motak.

Oklah,hepy weeken. Weeken ni saya jengah blog korang yer.

Wednesday, October 19, 2011

Monday, October 17, 2011

Gud Luck adik!

Ari ni danish ada peperiksaan akhir tahun di tadikanya. Peperiksaan terakhir di tadikanya. Sebab tahun depan danish dah Darjah 1. Dah besar anak ibu dah.

Moga hati danish terang dalam menjawab semua kertas periksa dan dapat keputusan yang cemerlang. Doa ibu dan abah sentiasa untuk adik.

Kepada anak2 korang yang menghadapi peperiksaan juga, saya ucapkan gud luck n semoga dapat keputusan yang cemerlang. Amin...

Pssst...anak yang periksa kita yang menggelabah n kecut perut...huhuhu

Friday, October 14, 2011

Lunch saya tadi

Guna hp pun hp lah janji blog berupdate. Guna hp senang. Tak payah nak transfer2 gambar. Tapi tulah nak blogwalking tak syoklah.

Tadi saya lunch makan ayam kfc n air beli cool blog perisa vanilla. Sedap n nikmat sangat! Saya suka air tu sebab ada macam bijik2 kenyal tu. Bubble kot namanya.

Oklah, hepi weeken uolls..take care

Wednesday, October 12, 2011

Betul ke pasal kes bayi 23 hari diliwat tu

Tadi tengok fb tiba2 ada orang share pasal bb yang kena liwat ni. Saya tau pasal cerita ni hari Sabtu. Tapi macam percaya n tak sebab ada yang kata surat khabar HM tu macam suka buat cerita sensasi. Lagipun paper lain takde kuar pun.

Tadi tetiba ada orang share pic baby kat fb. Mengalir air mata ni tengok bb tu. kesian sangat2. Sampai hati bapaknya buat sesuatu yg kejam ke atas anaknya sendiri. Tak tercapai dek akal benda yang kejam tu berlaku ke atas baby tu.

Yang menjadi persoalan saya sekarang ada kah binatang bertopengkan manusia tu dah ditangkap? Tolonglah tangkap binatang tu. Tolonglah bg hukuman yang sangat berat ke atas binatang tu!

Sy ada pic bb tu tp tak sampai hati nak letak kat blog sy.

~Sent via my lurvely nokia~

Wordless Wednesday - Selipar baru Dicha murah n comel

Murah sebab beli di Tesco je RM10.90.Comel sebab ia warna pink!


~Sent via my lurvely nokia~

Monday, October 10, 2011

Entry Ayam Penyet AP lagi.

Ha kau pagi petang cite ayam penyet je. Tadi kami lunch di ayam penyet lagi. Makan ramai2. The more the merrier gitu.
Tapi kali ni saya makan bakso dia plak. Rasa dia ok ok je. Sedap lagi ayam penyet dia.
Korang lunch apa ari ni?
~Sent via my lurvely nokia~

Sedap lah pulah Ayam Penyet AP ni

Hellllloooooooo sayang sayang semua....wa lamanya blog ni sunyi sepi kan..tapi takpe, ari ni saya ada update. Esok tak taulah ada ke tak.Syoklah orang gomen yer...orang gomen dapat bonus, orang swasta dapat dengar jer....

Ada satu hari tu, tak ingat bila sebab dah lama simpan dalam draf saya cubelah Ayam Penyet AP ni Rasanya beberapa hari selepas Dicha kuar hospital kot. Restoran ni baru buka cawangannya di Sg Buloh ni. Tapi rasenya saya pernah makan kot kat Wangsa Walk dulu.Lepas makan kat situ terus tak suka dah Ayam Penyet AP ni. Tapi bila saya makan lagi hari tu terus dah jatuh cinta. Memang boleh lawan Waroeng Penyet kat The Curve tu lah.


Buah hati saya. Abah dorang pun buah hati saya juga.


Ibu n Dicha. Saya selitkan pic dari hp. Dalam camera takdelah plak gambar saya..
Ais krim Danish punya. Amikkan dia Kids Set. Ada nugget, Fries n Ais Krim
Ni asben saya punya. Bawal penyet
Menu dia. Memang sangat banyak n banyak pilihan. Set untuk kids pun ada.

Ayam Penyet saya punya. Sangat sangat sedap...Sambal dia sangatah pedas n power!

Tambah lagi satu order terung penyet.
 Semua lauk yang kering-kering kan. Kami ok jer takde kuah. Saya tau ada yang suka mesti kena ada kuah...Saya ni kuah takde takpe janji kena ada sambal.

Ok itu sajer.

P/S : InsyaAllah, saya akan melawat blog kawan2 semua bila weeken je Jangan kecik hati yer. Apa2 pun saya minta maaf ok..Take care semua...Muahs



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ





   

Monday, October 3, 2011

Makan-makan kat umah saya

 Sabtu 24/9 lepas, adalah buat makan-makan sikit. Bukan open house tau. Sebenarnya saya jemput abang saya n abang ipar saya (abang asben) sefamily datang umah. Makan-makan keluarga gitu. Bila tetamu datang haruslah saya import mak saya. Kalu nak harapkan saya masak sorang-sorang memang tak mungkin la... Mak masak ngan acik (pakcik asben). Saya tolonglah jugak, tolong sikit. Assistant Chef gitu!

Sebelum tetamu datang snap lah pic anak-anak. Memang susahlah nak amik pic dorang secara elok nak2 Darissa tu. Melentik sana sini badannya. Tengok yeeee



Sampai Danish kena kepit Darissa tapi tetaplah dicha tu meronta. Kalu tak kepit memang laju je dua turun dari sofa tu
Sampai ternampak pampers Dicha..saya punya geram macam nak picit2 je Dicha tu.
Danish dah ok, Dicha pulak tak ok.
Tu Dicha dah geram lah tu sebab paksa dia duk elok-elok.


Lauk yang dijamu pun yang simple simple je. Untuk makan malam.


Ayam goreng kunyit, siakap stim, daging kepal2 masak kurma n kangkung goreng belacan.
Siakap stim.  Siakap ni kita masak 3 ekor. Lepas sekor dah habis ganti ngan sekor lagi. Maklumlah umah saya takde bekas yang besar-besar. Tak boleh nak letak sekali harung.


Ayam goreng kunyit cili api
Daging cincang kepal kepal masak kurma. Ni resepi mak saya. Resepi turun temurun gitu
Pic tetamu takde. Hanya tetamu kecil tu je yang sempat snap.



 Itu sajer.  Ada sape2 ke nak datang umah saya?bagi tau awal-awal yer senang saya nak import mak saya...hehehehee

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ