Status

TQ coz sudi menjengah blog ni..

Aktiviti blogwalking tergendala sikit...Aktiviti blogwalking akan saya jalankan secara habis-habisan bila weeken jer..tunggu kedatangan saya tau...thanx korang...


Wednesday, September 28, 2011

Si gadis yang bercekak

 Amboi....anak baru setahun  dah panggil gadis....maksud sebenarnya budak kecik yang pakai cekak....



 Cekak ni di beli sempena Hari Raya ari tu. Untuk Dicha pakai waktu raya. Masa raya ari tu dia pakai kejap je. Betul-betul masa kita nak snap gambar raya . Punyalah susah kita nak pujuk dia, tak jalan......

Dicha ni kan rambutnya agak kurang, so bila dipakaikan cekak nampaklah gegirl sikit. Mungkin sebab dia rimas kot tulah dia tak suka kepalanya ada benda. Nasiblah masa dia baby baby dulu saya dah puas pakaikan dia hairband/headband. Jangan nanti bila rambut dia dah banyak dia tak nak ikat pulak, mau kecewa ibu dia sebab dah berangan nak tocang-tocangkan Dicha.


Nak mengadu juga si gadis bercekak ni jugalah menyebabkan handphone ibu dia barai. Uwaaaaa!!!!!!!. Sedih sangat. Apa lagi kena bebel dengan abah dia. Ok, saya mengaku saya salah sebab letak hp merata-rata. Manalah saya tau kan sebab sebelum ni Dicha baling hp tu ok je. hehehehhee. Ok lah itu sajer. 

To abang, Blackberry Torch satu!.Tak pun Galaxy S II ke.....

Memang tak kan dapat punya lah sebab dia kata saya hanya layak pakai 3310 sebab hp tu tahan lasak....ada ke patut! Not good betul lah dia kan.....

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ





    

Monday, September 26, 2011

Beraya di Zoo Taiping

 Assalaaaaaaaaamualaikummmmm...uiiihhhh lamanya blog saya tak berupdate. Cerita ada tapi sebab bila  lama sangat tak usik blog, nak mulakan berblog balik tu amik masa. sikit..Sihat ke kengkawan semua?Harap semuanya sihat n ok2 aje yer..

Sambung cerita raya yang lepas....
Lepas duduk satu malam di Penang, on the way balik ke Kuala Kangsar balik tu kami singgah Taiping umah mak long asben plak. Tapi sebelum tu singgah Zoo Taiping nak beraya ngan haiwan-haiwan pulak...

Dicha n abah.

Orang utan yang pemalu atau orang utan yang tak tahan panas

Ibu n Dicha pulak. Nak tangkap  pic ngan Danish memang susah sebab dia aik berkepit ngan opah dia jer..

Ikan Arowana yang sangat besar punyaaaaaaaaa


NIP...tapi tetap sorok2 juga sebab baju tu bukan nursing wear punya.


Saya suka sangat ngan pemandangan n landscape kat Zoo Taiping ni. Sangat hijau n nyaman. Sangat beza ngan Zoo Negara n Melaka.

Danish yang kena paksa snap pic dia..

Bukti  Danish n sepupunya yang asik berkepit ngan opah

Bangau
 
Kera kot tu...

Amboi bang, iklan ubat gigi nampak.! Siannya tengok dicha menguap...

Singa

Dicha n opah
Gajah...binatang yang saya cari bila kat Zoo.
Gambar kenangan sebelum pulang

 Itu sajer cerita kami beraya di Zoo Taiping..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




   

Monday, September 19, 2011

Sambal ikan mak mertua saya

 Kalu ada yang ingat ada n3 saya sebelum ni masa bulan puasa, saya ada cakap yang saya sangat suka sambal ikan mak mertua saya. Dornag panggil sambal tumis ikan atau masak cabei/cabai!. Paling saya suka haruslah sambal tumis ikan keli. Pergh.....sedap n teringat-teringat sampai sekarang.

Bila balik kampung masa raya ari tu memang MIL saya dah taulah apa nak isi tembolok menantu dia ni...hehehehee.
 
 Nilah keli masak cabai tu. Slurp slurp!..lapor!!!!!!
 
Masak cabai dalam kuali. Rasenya kalu bagi satu kuali ni saya ratah memang konpom licin lah..Tengok badan lah kan...hehehehee
Kalu benda yang sedap tu kita letak banyak2 ye pic. Boleh sama-sama kita terliur.....





 Lagi satu nak share kalu kat umah MIL, kalu nak makan ikan bakar memang dia akan bakar secara tradisional yer. Tak mainlah bakar kat dapur gas. Macam pic kat bawah ni.

Kan....ce tengok cara bakar dia tu. Ok, mungkin ramai yang dah biasa tengok kot. Tapi masa saya mula kawin ngan asben rase macam kagum sbb sgt tradisonal sbb kat umak mak saya memang tak bakar mcm ni.

Ikan talapia bakar. Yang ikan kecik2 tu asben saya punya yelah dia kan tak makan ikan sungai. Kesian makan ikan kecik...hahahahaha
Ni lah lauk-lauk kampung yang dimasak oleh mak saya.   
 Itu sajer. Yang pasti saya rindukan lauk-lauk kampung itu. Eh! rindu lauk jer,  orangnya tak rindu ker? Haruslah rindu uollllsssssssss......

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ





    

Wednesday, September 14, 2011

Pi Penang

Macam biasa tiap-tiap tahun akan pi Penang sebab Tok asben ada kat sana. Kat Seberang Perai. Tapi time kami beraya takdelah plak nak snap-snap. Sibuk makan maaaaaa, camera pun tak nampak. Sedap-sedap ooooo.

Kalu beraya kat Penang memang tak dapatlah nak puas jalan-jalan cari makan sebab katanya beraya bukan holiday so memang tak dapatlah nak rasa Nasi Kandar yang femes amos kat Penang tu.Tapi rasenya lagi best dapat makan makanan raya tu dari Nasi Kandar kot.......

Bergambar dalam feri. Masa pergi Penang bahagian seberang tu naik feri bila balik naik Jambatan. Tambang feri RM7.70. Rasenya naik 70 sen dari tahun lepas.
Kami....amikaw ibu dia, seketul kat situ!
Eceh! macam model pulak, konon-konon tak pandang camera bila kita snap dia.

Ingat kan nak singgah sini, skelai tutup daaaaa sebab kami sampai pun dah dekat waktu tutup operasinya...dalam kul 7.00pm

Ibu n Dicha
Dicha n opahnya.

Gambar ramai-ramai kat playground

Eceh!

2 beradik. Sorang lahir bulan gelap, sorang lahir bulan terang...hahahahahhaa. Ampun bangggggg! 

Cousins.


Itu sajer. 

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ





    

Monday, September 12, 2011

Alhamdulillah & Tq semua

kan hari tu saya ada cakap yang dicha masuk hospital. Dicha dah kuar dari hospital Jumaat malam lepas. Lupe nak bagi tau masuk di hospital sg buloh. Alhamdulillah dicha semakin ok. Masih cirit lagi tapi dah tak kerap. Takdelah cirit tu kuar air sesaje macam sebelum ni.

Terima kasih saya ucapkan pada semua kawan2 yang doakan supaya dicha cepat sembuh. Yang pasti cirit n muntah tu bukan sebab dia tertelan cologne. Alhamdulillah.

Blog kawan2 yang saya tak singgah tu InsyaAllah dalam minggu ni saya cube melawat yer. Rasenya keadaan sekeliling dah stabil kot. heeee

Yang pasti saya rindu nak baca cite2 korang semua.

~Sent via my lurvely nokia~

Friday, September 9, 2011

Darissa masuk wad

Malam semalam dicha kena tahan wad.Dicha muntah2 n cirit birit. Puncanya sama ada keracunan mknan atau tertelan cologne.

Sebenarnya selasa malam dicha ada tertelan sikit cologne baby johnson tu (minyak wangi bb). Tapi dicha takde tunjuk kesan apa2 pun. Doktor ckp kalu dalam masa 6 jam dia ada muntah2 kene bawak p hospital cuci perut. Tapi sebab dicha xde tunjuk sebarang kesan,kami tak bawaklah ke hospital.

Tetiba semalam dlm kul 2 pengetua taska kol ckp dicha muntah n cirit. Lepas tu terus bawa ke hospital n terus kene tahan wad.

Harap darissa cpatlah sembuh n cepat kuar hospital. Terima kasih pada kawan2 yang komen kat fb yang doakan kesihatan darissa.

~Sent via my lurvely nokia~

Thursday, September 8, 2011

Syawal 2011 - Pagi Raya,

Baru hari ni berkesempatan nak update pasal raya kami. Merasalah sampai minggu depan saya update pasal raya jer heeeeeeeeeee.. Gambar adalah membanyak so agak rugi kalu tak share....


Tahun ni turn beraya di sebelah asben di Sauk, Kuala Kangsar. Tahun ni semua adik beradik asben yang dah kawin semua ada. Sangat meriah n best!

Macam biasa pagi-pagi lepas solat raya aktiviti salam-salam pun bermula. Ni pun cepat-cepat salam sebab takut rumah PIL diserbu orang. Tak nak jadi amcam dua tahun lepas, satu gambar pun takde masa salam-salam tu..

Ornag yang pertama haruslah salam yang otai, ayah mertua n mak mertua. Kat sini saya share family saya je yang bersalam yer, yang lain saya upload kat FB .

Asben saya salam otainya.

Lepas tu menantu dia yang paling comel besar plak, saya lah tu.

Lepas tu salam mak mertua saya. MIL yang sangat baik. Luv u lah mak!

Danish salam Tok Wan dia pulak.

Orang yang terakhir saya salam ialah asben saya. Malu pulak nak salam-salam depan orang ramai.

Selamat Hari Saya & Maaf Zahir Batin bang....
Masa ni memang nak nangis tapi sebab asben n abang dia buat lawak terus tak jadi nangis. Selamattttttt...kalu tak cair makeup I....

Ampunkan salah silap saya, halalkan makan minum saya, duit raya bagi lebih sikit yer. Eh!..

Iye, abang maafkan.. Servis kasi up sikit yer....Eh! Eh!

Lepas dah salam-salam semua, kasi snap lah satu family...

Family saya bersama PIL. Terselit plak anak adik ipar saya.

Danish bersama sepupu kesayangannya. Anak abang ipar saya.


Paling suka pic ramai-ramai ni. Rindu pulak kat semua orang...

Pic Raya kami. Berkelabu di Hari Raya...