Status

TQ coz sudi menjengah blog ni..

Aktiviti blogwalking tergendala sikit...Aktiviti blogwalking akan saya jalankan secara habis-habisan bila weeken jer..tunggu kedatangan saya tau...thanx korang...


Friday, July 29, 2011

Makan-makan sebelum Ramadhan & Salam Ramadhan semua

Hari ni opis saya yang perempuan sahaja ada buat makan2 sebelum puasa. Masing2 bawak satu lauk.Potluck gitu. Saya bawak ayam goreng berempah. Cerita penuh pasal potluck ni minggu depan saya cerita yer. Di kesempatan ini jugak saya nak ucapkan selamat berpuasa pada semua kawan2 semua n moga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelum ni. Saya juga nak minta maaf pada semua kawan2 semua kalu ada sebarang salah silap.~Sent via my lurvely nokia~

Thursday, July 28, 2011

Danish 1st visit to Dental Clinic

Kemainnnnn tajuk n3. Bila pertama kali haruslah diabadikan heeeee.Bawa ke klinik gigi sebab danish mengadu gusi dia sakit. Risaulah saya kan. Tak pernah2 dia sakit gigi. Semalam kami bawalah dia ke klinik gigi. Saya ni agak trauma dengan doktor gigi. Sebab dulu kat sekolah saya selalu jumpe nurse n doktor yang garang bila dorang datang sekolah cek gigi ! Tapi kami bawa danish p klinik gigi swasta sebab saya tak nak danish alami gangguan macam saya dulu. Hehhehhe. Takdelah gurau je. Kalu p klinik gomen kena buat appointment. Takkanlah nak bagi dia sakit lama2 kan. Tapi bila danish sekolah nnti mesti ada nurse2 tu datang cek gigi kan? Doktor cakap geraham dia nak tumbuh tu yang buat dia sakit. Pic tu saya snap masa danish kena makan ubat kat situ jam2 tu jugak. Nasiblah doktor n nurse sangat baik. Danish dapatlah ceramah dari doktor jangan makan gula2 n coklat. Bagus sangat!. Ok lah, gigi yang cantik menghasilkan senyuman yang menawan. Cewah! ~Sent via my lurvely nokia~

Wednesday, July 27, 2011

Lunch di mana?

Tadi mak n abah datang opis saya. Saje dorang singgah ajak saya lunch. Kami lunch di Bangi Kopitiam dekat je ngan opis saya. Senang sikit. Sebelah kopitiam tu adalah kedai jual brg budak2 ni. Biasalah atuk nenek haruslah lah beli untuk cucu2 dia. Bertambahlah baju raya budak2. Uolls lunch dimana? ~Sent via my lurvely nokia~

Monday, July 25, 2011

Ke Alamanda pulak

Lama giler br nak update pasal ni. Minggu lepas sy agak bz. Update pun pakai hp. Hanya sempat untuk blogwalking jer.

Lepas kami p Floria tu, singgah lah Alamanda. 1st time datang masuk Alamanda ni. Yelah, umah saya kat Sg Buloh takkan lah semata nak soping n makan nak ke nun Putrajaya kan. Ni dah alang2 sampai kita kasi singgahlah..

Macam biasa aktiviti wajib, kita makan duluuuuuuu...

Kali ni pilihan Noodle Station. 1st time jugak makan kat sini..

Kita mulakan dengan buah hati saya ni.

Ce tengok Dicha tu, dia tengah mengorat staff kat situ. Kemainkan...orang tegur dia kemain dia layan n senyum2..gatai!

Ice Lemon Tean, Sunrise(RM8.90) n teh tarik ais (RM4.90).

Ini set saya. Didatangkan bersama dengan Ice Lemon Tea.RM14.90

Cheese Noodle. Ala-ala Spagetthi Carbonara rasanya.

Wantan Noodle with BBQ Chicken RM7.90

Ni Danish punya Fish & Chips Jr, RM7.90. French Fries tu Dicha punya. DIa memang suka sangat french fries ni.

Itu sajer cite jalan-jalan makan-makan minggu nie.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Thursday, July 21, 2011

Jemput makan cendol semua

Saya n kawan sy baru balik dari site visit. Singgah makan cendol jap sbb cuaca sangat panas. Uolls kat opis syoklah beraircond. Oklah yer. Selamat bermalam jumaat. Eh!~Sent via my lurvely nokia~

Wednesday, July 20, 2011

Tuesday, July 19, 2011

Floria Putrajaya...panasnya....

Hari Ahad kami ke Putrajaya sebab nak tengok Floria. Tapi sebabkan pegi salah time rasalah cuaca panas membahang. Ingat macam nak pegi petang tapi takut plak hujan.

Kami hanya masuk kat tempat yang ada ekon je pastu balik..hehehehee..Nama tempat yang berekon tu Florial Pavillion kot. Awas yer n3 ni banyak sangat pic bunga.

Sian bunga ni kena panas. Elok plak dia, takde layu2 pun...

Terikkan bila tengok pic ni. Gambar pun jadi sangat terang.


Alololo cian dia kena panas.

Bila masuk tempat ekon, muka tu ada lah senyum sikit. Saya panas2 ni mula lah sakit kepala.

Bunga-bunga ros yang digantung. Cantik jugak!

Ornag yang meramai. maklumlah last day...

Bunga ros n straw

Kat atas ni kalu dapat bawak balik best ni, letak kat ruang tamu, berseri je hall tu..

Sape suka bunga ros, amiklah saya kasi :)

Ibu n Dicha. Budak ni mentang2 dah dapat kaki tak nak dukung. Nak berjalan sesaje. Nak amik gambar pun susah. Banyak gambar anak2 tak jadi sebab masing2 sibuk buat hal sendiri. Saya nak marah pun tak boleh.

Ibu n danish. Sangat tak proper pic ni.

Ibu n abah plak. Main snap je sebab mata kami tu asiklah tengok kat anak2 grrrrrrrrrr!!!!. Saya nak bergedik2 posing memang tak dapat.

Bunga lagi

Lepas dah abis tengok bunga dalam tempat ekon tu kami pun balik. Kat luar2 tu memang kami tak pergi pun, tengok dari jauh sebab cuaca panas sangat. Saya takdelah suka bunga sangat. Suka tengok sebab cantik. Kat umah memang takde tanam bunga, Tanam lalang adalah...heeeee. Ok, Itu sajer.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Thursday, July 14, 2011

Flattened Fried Chicken

Ayam Penyert daaaaaa...

Ayam penyet paling best di Waroeng Penyet The Curve..lama rasanya tak layan ayam penyet di hujung minggu..selalu pekene western jer. Kami memBERSIHkan diri malam Sabtu tu di Waroeng Penyet hehehehehehe.

Kedainya..tapi kami makan kat belah luar nyaman sikit udaranya..


Yang di order hari itu termasuk 2 nasi putih. Tengok ayam penyet tu smpai dua. Yelah ayam dia kecik maaa mana cukup satu kan...yang set lagi satu tu ayam panggang. Menu wajib kalu p sini asben mesti order kangkung belacan tu, memang sedap..

Kenapalah orang suka ayam penyet ni yer? dia macam kita makan ayam goreng ngan sambal belacan je kan? tapi dia punya rase ayam tu lain. Paling mahal serdak yang ditabur atas ayam tu...sedap giler....rasa macam nak order serdak tu jer..heeeeeee

Saya cubelah order teh botol tu, tak sedap rupenya air tu..macam minum air minyak wangi jer.. mungkin sebab Jasmine Tea kot...entahlah yer..

Anak bujang saya yang hanya nak makan nasi putih ngan kicap jer...orang yang lalu kat situ mesti cakap saya tak bagi anak makan lauk...nehi nehi saya bukan kejam ok dah dia yang taknak makan ayam. Itu pun saya paksa n ugut dia makan tau kalu tak dia tak nak makan langsung.

Anak dara saya yang dah pndai minum pakai straw. Kemain nak pegang sendiri. Last-last abis telingkup cawan tu semua. Lupe nak snap kerugian waroeng penyet ari tu. Berkecah ok lantai bawah meja kami tu. Sampai asben saya cakap sory kat pekerja situ.

Total semua RM42.75. Itu sajer. Selamat Hari Khamis....


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Wednesday, July 13, 2011

Buy 1 free 1

Tadi sy n kawan2 opis lunch Mcd yg buy one double cheese burger free satu lagi double cheese burger. Hari ni last promo tu. Sempat lagi ni kalu korang nak beli. Memang jimatlah sebab dua burger tu hanya RM6.50 tapi air n fries takde yer. Tapi kalu campur tolak bahagi darab sama jugak kot kalu amik Mc Value Lunch tu. Heeeeee. Apa2 pun pilihan di tangan anda. Uolls lunch apa tadi?~Sent via my lurvely nokia~

Buy 1 free 1

Tadi sy n kawan2 opis lunch Mcd yg buy one double cheese burger free satu lagi double cheese burger. Hari ni last promo tu. Sempat lagi ni kalu korang nak beli. Memang jimatlah sebab dua burger tu hanya RM6.50 tapi air n fries takde yer. Tapi kalu campur tolak bahagi darab sama jugak kot kalu amik Mc Value Lunch tu. Heeeeee. Apa2 pun pilihan di tangan anda. Uolls lunch apa tadi?~Sent via my lurvely nokia~

Tuesday, July 12, 2011

Mula bekerja setelah 8 hari MC

Kan saya dapat mc sebab sakit mata hari tu. Alhamdulillah mata dah pulih sepenuhnya. Hari ni saya dah start kerja balik. Berdebarla plak rasa. Macam nak start kerja di tempat baru. Harap takde apalah yang tak elok berlaku di opis. Janganlah ada sakit2 lagi. Takmo cuti2 lagi nanti orang tak suka. Doakan saya yer moga semuanya berjalan lancar. ~Sent via my lurvely nokia~

Monday, July 11, 2011

Satu Tahun Tiga Bulan

Lama dah tinggal update pasal Darissa. Bulan ni Dicha 1 tahun 3 bulan. Cepat je masa berlalu. Di usia sekarang ni Darissa:-
  • Sudah pandai berjalan..Yeayyyy!!!!. Clap! Clap! Lepas ni tunggu dia berlari plak.
  • Rambut macam biasa masih kurang lagi. Mak saya kata rambut tak siap. Bukan tak tumbuh langsung. Bila tengok kat kepala tu memang adalah hitam-hitam. Mungkin rambut dia jenis halus kot.
  • Masih nak bf lagi. Alhamdulillah susu masih ada walaupun campur2 ngan FM.
  • Dengan saya Dicha tak kuat makan. Tapi bila tanya kat cikgu dia, Dicha kuat makan. Mungkin sebab ngan saya dia ada nenen so dia tak heran makan kot..
  • Berat Dicha 8.5kg. Timbang masa dia p klinik dua minggu lepas. Doktor cakap Dicha sangat kecik n syorkan minum Pediasure. Wajib bagi dia minum. Saya beli tapi dia taknak minum susu tu. Habis camne?

  • Tak boleh kena panas sangat nanti mesti demam. Sangat puteri lilin tau!
  • Suka sangat naik ruam kat muka dahi hidung.
  • Kalu dia tido janganlah cube peluk-peluk dia. Dia boleh bangun n mengeliat-liat ok. Suka bebas free gitu. Sedih ibu. Kalu Danish dulu dia suka kita peluk-peluk dia.
  • Dah pandai sebut bahhhhh untuk abah n abang Danish. Kalu kita ajar Abannnnggggg, dia sebut babahhhhhhh...Cute je suara dia sebab dia ikut intonasi kita tu...hehhehe
  • Boleh sebut nak nak nak n tak tak tak (mintak) kalu dia nak sesuatu. Siap buat tangan macam kita minta sesuatu tu n dengan muka kesian sekali. Kesian ok kalu dia buat muka mintak tu..
  • Suka cubit orang n tekan kuku dia kat kulit kita. Saje je dia buat tu. Dia suka kita mengaduh sakit.
  • Dah pndai minum pakai straw.
  • Kalu dia tak nak dia akan menggeleng.
  • Dah pandai terima arahan orang. Contoh kalu kita suruh tutup pintu dia akan tutup pintu.
  • Asik nak mandi jer. Letih asik nak halang dia dari masuk bilik air..grrrrrrr
  • Kalu dia nampak buku atau suratkhabar dia akan tunjuk huruf-huruf tu konon-konon dia nak bacalah.
Itu sajerlah perkembangan Darissa buat masa ini. Semoga Dicha terus membesar dengan sihat n cerdik..Aminnnn

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ