Status

TQ coz sudi menjengah blog ni..

Aktiviti blogwalking tergendala sikit...Aktiviti blogwalking akan saya jalankan secara habis-habisan bila weeken jer..tunggu kedatangan saya tau...thanx korang...


Thursday, June 30, 2011

Salam. Perghhhhhh mcm lama je blog ni tak update. Masih ingat saya ke? Sebenarnya Darissa baru baik demam. Malam je meragam so saya tak dapatlah nak update blog n blogwalking sangat. Kononnya malam tadi naklah update blog tapi blogspot pulak weng! Nak upload pic tak boleh. Cube banyak kali pun tak boleh. Terus saya sentap tutup blog!Yang mana blog yang saya tak sempat blogwalking tu nanti saya qada' yer. Berita penting ni, anak dara saya dah jalan!Yeay! Baru 2 minggu dapat kaki. Kat umah jalan je kejenya. Oklah yer, kalu blogspot ok malam ni saya singgah umah uolld. Take care. Bye! ~Sent via my lurvely nokia~

Friday, June 24, 2011

Getah rambut untuk Darissa

Ada kakak kat opis ni bagi getah rambut untuk Darissa. Terima Kasih Kak Nor! Mula2 dia beli untuk dirinya tapi terkecik plak. Memandangkan akak tu takde anak pompuan dia bagilah sy getah tu. Tapi makan tahunlah nak pakaikan getah tu kat Darissa almaklumlah Dicha kan kekurangan rambut. Risau jugak rambut dia lambat benor tumbuh. Kalulah rambut dicha tu macam rambut Amani anak Bonda Pepel tu,bertingkat2 saya ikat rambut dia ngan getah tu..heeeee. Oh hari ni mak abah nenek datang umah saya.Bestnya! Dapat makan masakan mak minggu ni....~Sent via my lurvely nokia~

Getah rambut untuk Darissa

Ada kakak kat opis ni bagi getah rambut untuk Darissa. Terima Kasih Kak Nor! Mula2 dia beli untuk dirinya tapi terkecik plak. Memandangkan akak tu takde anak pompuan dia bagilah sy getah tu. Tapi makan tahunlah nak pakaikan getah tu kat Darissa almaklumlah Dicha kan kekurangan rambut. Risau jugak rambut dia lambat benor tumbuh. Kalulah rambut dicha tu macam rambut Amani anak Bonda Pepel tu,bertingkat2 saya ikat rambut dia ngan getah tu..heeeee. Oh hari ni mak abah nenek datang umah saya.Bestnya! Dapat makan masakan mak minggu ni....~Sent via my lurvely nokia~

FM

Tahun ni sebenarnya baru saya nak berjinak2 kumpul Fridge Magnet (FM) nie. Tengok ramai blogger yang suka mengumpul FM ni.

Sebelum-sebelum ni saya lebih kepada membeli T-Shirt kalu saya pergi ke satu tempat tu. Tapi bila kenang2 balik T- Shirt tu pun berapa lamalah boleh saya atau anak2 saya pakai. Tapi kalu FM rasanya lebih tahan sikit kan? Tapi T-Shirt tu tetaplah saya beli untuk anak2 saya.

Terlanjur buat n3 pasla FM ni saya nak ucapkanlah terima kasih kat Emy Muslimah Kota Cinta sebab support saya nak kumpul FM ni. Emy dengan baik hatinya telah bagi saya FM. Suka! Suka!. Terima Kasih banyak2 Emy. Emy ni kawan saya masa kat UiTM dulu.


Semua kat atas ni Emy yang kasi. L-R: FM dari Vietnam, FM dari Medan & Key Chain dari Langkawi. Kaki berjalan Emy tu.

Dah selamat tampal pun kat fridge saya. Ada yang kawan bagi n ada yang saya beli sendiri. Sikit je maklumlah baru nak berjinak-jinak. Ada tu penuh satu peti ais sampai kena beli peti ais baru untuk lekatkan FM tu..

Itu sajer. Ada ke sesape nak bagi saya FM? Wah! sesuka jer minta-minta orang kan....hehehehee. Hepy weeken uolls. Esok Danish ada Hari Sukan Tadikanya. Wajiblah kami semua pergi.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Thursday, June 23, 2011

Kenduri 1Malaysia

Ahad lepas kami ada jemputan kenduri kawin. Sebelum main bowling di Hari Abah hari tu kami ke kenduri inilah. ada 3 jemputan kenduri...i likeeeeeee

Kenduri Pertama
Di kawasan taman perumahan kami. Dua pengantin sekali naik pelamin...meriah kenduri ni...

Pelamin buat kat luar. Ada dua pelamin. Pic pengantin rasanya ada snap tapi bila cari2 takde plak...

Siap ada kumpulan gamelan ni. Gamelan ke? Belasah je lah...sangat tradisional..jarang tengok orang kawin macam ni

Ada silat jugak


Entry sebelum ni ada yang tanya mana pic saya kan?Entry ni banyak gambar saya, silalah jamu mata yer..Berpeluh2 tuan tanah..hari tu sangat panas uolls....

Kenduri kedua
Kawan asben saya kawin. Sampai je tetamu dah takde. Maklumlah datang lambat. Makan pun tak kat sini sebba dah makan kat kenduri pertama tadi

Anak bujang saya

Saya lagi..

Lagi saya...ibu nya menyelit jugak kat belakang tu

Lagi lagi saya..jangan muntah yer..

Suka tengok makeup pengantin nie.. Natural jer

Pengantin pun dah tukar baju n buka tudung n veil semua....takpelah yang penting kami datang jugak ke kenduri dorang nie..

Lepas kenduri ni main bowling pastu balik Gombak pekena Ani Sup Utara tu

Kenduri ketiga
Lepas Maghrib berkejar ke kenduri ketiga ni plak. Wah! macam gaya artis dah, berkejar-kejar katanya..pegi kenduri kawin berbangsa India plak. Kawan opis asben saya punya adik. Tak makan pun kat sini sebab paham2lah yer. Pergi bagi memenuhi jemputan dia.

Meriah tau sini. Bising pun yer sebab dorang ada liveband. Tapi nyanyian nya saya tak faham heeeeeee.

Dorang pun ada pelamin tau....sweet je perantin nie...

Kat stage ni adalah sedara2 dorang buat persembahan macam nyanyain n tarian..pun saya tak paham jugak..

Itu sajer. Ok, memanglah tak cukup bangsa untuk 1Malaysia kan..tapi takpelah kan..heheeheh..Tak kiralah bangsa ke agama ker kalu dorang ajak kami pergi..kita satu Malaysia maaaa.......peace!







Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ

Wednesday, June 22, 2011

Tuesday, June 21, 2011

Ani Sup Utara

Lepas kami main bowling kami balik Gombak jap. Saya pun nak sambut ngan abah saya jugak. Ala bukan sambut apa pun saje nak tengok muka abah saya....Biasalah kan kalu birthday ke, Mother's Day ke Father's Day ke aktiviti makan-makan mesti ada.Kali ni ke Ani Sup Utara. Rasanya itu yang sesuai kot untuk abah.

Pilih sup sebab perut abah saya tak bape sihat. Abah ada gastrik n beberapa hari sebelum tu gastrik nya menyerang so tak boleh makan sebarangan. Kena jaga makan. Kami pegi outlet yang dekat ngan umah mak abah saya di Platinum Walk Danau Kota. Nak kejar masa sebab malam tu nak attend kenduri kawin lagi.

Apesal lah Danish muka macam tu. Beg harimau tu bukan beg saya yer, beg mak saya..hehehehe

Sementara menunggu makanan. Kasi sedas dua lah dulu.

Abah abah yang dirai. Menantu bersama bapa mertuanya.

Apalah yang Dicha tunjuk tu. Nenek ke nyang? (nyang tu nenek saya 'moyang' dorang lah kan)

Ini mihun sup saya.

Set sup ayam cendawan.

Bubur Nasi abah saya punya.

Nasi ayam

Pic last. Jemput makan semua.

Itu sajelah cerita Father's Day kami yang sangat simple. Tak mewah tapi saya tau abah mak nenek saya suka. Orang lain tak tak suka takpe. Setiap orang lain caranya untuk sambut hari- hari istimewa. Tak sambut bukan bermakna kita tak sayang tau. Yang penting doa,kasih sayang n ingatan pada ibu bapa yang utama. Peace!

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Monday, June 20, 2011

Berbowling di Hari Abah

Happy Father's Day buat semua bapa-bapa di dunia ini.

Untuk kami, kami takdelah sambut beria. Cume saya bagitau Danish yang hari ini Hari Bapa n suruh dia wish kat abah dia. Danish ada bagi lukisan Ultraman yang dia kaler kat abah dia. Nanti-nanti saya share tau.

Semalam saya bagi idea kat suami saya apakata dia main bowling ngan Danish konon-konon sempena Father's Day lah. So, ke Selayang Mall lah kita. Ke Selayang Mall sebab lepas tu kami nak balik Gombak untuk aktiviti makan-makan plak :) .

Sebelum tu kami pergi kenduri kawin. Itu kalu rajin saya sharelah yer...hehehehe

Darissa duk situ jap yer....

Danishlah yang paling suka padahal dia bukan reti main pun.

Gaya sorang juara..juara di hati saya...Cewahhhh!!!

Pilih-pilih bola

Abah dia kena tolong Danish pegang bola tu sebab bola tu kan berat. Tapi ke longkang lah jawabnya..Saya tak main sebab saya memang tak reti main. Lebih suka jadi pom pom girl je...hehehehehe

Ni lah gaya kalu ibu jadi photographer mesti ada je anggota badan yang hilang..hahahaha

Abah bersama anak-anaknya.
Happy Father's Day abang (saya tau abang baca blog saya kannnn?). Kami semua sayangkan abang..Terima kasih sebab menjadi abah yang terbaik untuk anak kita. Muahsssss


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Friday, June 17, 2011

Air sedap..betul betul sedap!

Antara PappaRich n Old Town White Coffe (OTWC) saya paling suka OTWC. Masa yang sibuk-sibuk kata Old Town tak halal frust jugaklah. Tapi sekarang macam dah ok je kan? Ala kalu pegi pun amik air n roti jer pun. Makan ringan-ringan je. Mungkin sebab OTWC lah kopitiam pertama yang saya cube lepas kopitiam ni menjadi lifestyle popular orang Malaysia satu masa dulu.


Yang saya nak cite sekarang ialah pasal air sedap kat Old Town ni.

3 in 1 Hazelnut White Coffee. Serius sangat sedap!
Sebelum ni memang pernahlah nampak Old Town memang ada jual kan. Dorang display belakang casher tu tapi saya buat dek jer. Entah macam mana tiba2 ari tu nak beli. So, I grab je lah kan...heeeee

Dalam tu ada 10 stick. Satu kotak RM10.00

Align CenterMinum plak dalam cawan ni ala-ala minum kat cafe lagi lah bertambah sedap air tu. hehehehee.
Cawan ni baru 1st time guna setelah beberapa tahun terperuk dalam lemari. Cawan ni dibeli masa OTWC buat promo masa pembukaan outlet dorang yang ke 100. Kalu saya tak silap lah.

Sape peminat kopi putih ni bolehlah cube. Lepas ni boleh cube flavour lain plak. Itu sajer.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Thursday, June 16, 2011

Kenangan AFnim

Ahad lepas saya balik Gombak. Cari gambar yang saya snap bersama ibu n bapa mertua tak jadi saya iaitu mak abah Zahid..hehehehehe.

Saya amik 2 keping je. Gambar lain ada tapi yang lain tak bape clear.

Tara.....ce teka mana saya...

Masa ni ngan geng2 saya. Gigih ok pegi Restoran NZ Wangsa Maju semata-mata nak jumpe Zahid sebab masa ni dia nak belanja roti canai. Kan dia dah janji masa dia menang AF2 ari tu. Ala bukan dia belanja pun Restoran NZ tu yang sponsor. TApi kami tak makan pun sebab orang ramaiiiiii gilerrrrrrr....penuh ngan lautan oren masa tu..

Ngan Linda Jasmin plak. Ce teka lagi saya yang mana? makan hati ok kalu tengok pic lama2. Dari atas sampai bawah runcing cube tengok sekarang, dari atas sampai bawah mengembang...uwaaaa!!!!!!

Kami tak dapat pun snap ngan Zahid sebab orang ramaikan..agak susah nak bergambar ngan dia. Saya tau ramai yang suka AF2 berbanding AF yang lain. Tapi sayang artis AF ni ramai yang tak bertahan lama dalam industri seni.

Itu sajer kenangan saya bersama Akademi Fantasia. Lepas ni AF dah takde dah. Apa apa pun AF pernah mewarnai hidup saya sebelum ni. Pernah wujud dalam sejarah hidup saya. Cewah!!!


Pssttt...sory etiey Ahad lepas saya tak dapat roger awak bila saya balik gombak sebab kami pun kuar, bawak mak saya pegi tempah baju. Sorry yer...

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Tuesday, June 14, 2011

Rumah Kaca AF9

Gigih ok pegi umah kaca ni hari Khamis malam. Nasib malam tu Danish takde tuisyen.

Sebenarnya memang nak pegi dari dulu tapi asiklah tertanguh2 last2 dah nak abis AF ni baru kelam kabut nak pegi.

Ok saya tau Akademi Fantasia ni tak relevan dah, tapi saya tetap layan tau..Ok, sila gelak sekarang!hahahahhaha. Layan gitu-gitu jelah. Bila time konsert, saya taklah ralit sangat tengok sebab I ada nak kecik uollssss, kalu ralit sangat tau-tau je Darissa bawah katil bawah meja atau dalam bakul sampah menan dia. Kalu konsert minggu tu tak sedap saya tukar channel lain...hehehehehe. Tapi pelajar yang saya suka haruslah Hazama, kaw timmmm....Tahniah Hazama awak menang !!!

AF yang paling saya suka ofkoslah AF2. Saya peminat Zahid yer..oren oren..dululahhhhh...Time tu bujang bujangan. Siap amik pic ngan mak abah dia lagi tau..nanti-nanti saya share pic tu yer...


Ke Jusco AU2 lah kita.


Nilah rumah kacanya.

Dua tingkat. Dalam tv nampak macam besar , rupenya kecik je rumah kaca ni. Macam kesian budak2 tu duk dalam nie. Sempit!

Tapi budak2 AF tu takde. Mungkin dorang pegi reheasel yelah dah nak final kan. Thanx pada Nor sebab sudi share sampai pukul bape dorang ada kat sini. Kalu pegi masa awal-awal musim dulu mesti dorang ada. Masa ni dalam kul 8.00 pm.

Mana Zahid nya?

Danish bersama Mr Bola Bola. Dah malam kan, pakai baju tido je danish.

Last pic anak-anak yang comot di Old Town. Singgah minum sat. Terima kasih banyak-banyak pada asben sebab sudi layan permintaan kebudak-budakan saya ni :).

Itu sajer.

Pssst.... semalam final AF ada dalam bentuk HD..syok oooo layan..terang je bijik mata tengok. Sape-sape yang belum tukar ke Astro Beyond silalah tukar. Anda pasti puas hati!!!

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ