Status

TQ coz sudi menjengah blog ni..

Aktiviti blogwalking tergendala sikit...Aktiviti blogwalking akan saya jalankan secara habis-habisan bila weeken jer..tunggu kedatangan saya tau...thanx korang...


Tuesday, May 31, 2011

Hantaran Pink!

Ahad lepas sepupu lelaki saya tunang. Sebabkan makcik saya tu masa kami adik beradik kawin , dia sangatlah bersusah payah masa majlis kawin kami semua. Maksud saya, antara orang kuat mak saya lah masa tu.

Bila giliran anak dia, saya macam nak bagi sesuatulah kat dia. Pening jugak kan nak pikir. Kalu bagi duit, benda tu macam tak nampak. Mak saya bagilah idea suh bg coklat buat hantaran.

Macam biasa benda-benda berkaitan coklat ni saya order ngan kawan saya Diana DJ Bakery.

Choc Love Box + 14pcs praline. Warna pink bukan sebab saya gila kuasa yer tapi sebab memang warna temanya warna pink. Sejuk je mata saya tengok pink pink nie...hehehehehe

Tadaaaaa......Nilah selepas di deko deko. Tak reti ok saya nak deko-deko nie. Tangan I keras uolllsss, saya bukan orang kreatip. Main belasah je buat. 1st time ok hias barang hantaran nie...hehehehe

Saya terpaksa letakkan butterfly tu kat tengah-tengah sebab tak nak nampak kotak tu kosong jer. Tak tau nak tambah aksesori apa lagi atas kotak tu..

Ini pandangan dari tepi plak. Kenangan ni tau. Kot-kot lepas ni dah expert buat hantaran bolehlah tengok n3 ni. Oh! inilah hasil pertama ku dulu..cewah!!!!

Ada ke yang nak upah saya buat hantaran ni? Ada bran? hahahaha

Itu sajer.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Monday, May 30, 2011

Chocolate Lava Cake


Sebelum ni pernah tengok kat blog Dee pasal Chocolate Lava Cake ni. Dee kata memang sedap compare ngan Secret Recipe punya. Baru-baru ni baru berkesempatan rasa cake ni. Tetiba masa tu teringat pulak chocolate lava cake ni.

Ni kotak dia. Kecik je kek dia. Tapi cepat muak kalu kita makan banyak sebab dia sangat rich n chocolate dia sangat pekat..

Setelah saya cucuk kek tu. Berlumba-lumba filling coklat tu nak kuar...pergggghhhhh memang terbaiklah!. Coklat dia sedapssss sangat.

Sape-sape suka coklat sila cube, anda tentu tak menyesal!...

Itu sajer. Kuat betulkan pengaruh blog. Semua saya nak..tapi yang mampu lah saya ikut, yang tak mampu saya duk diam jer. Kebil mata sorang-sorang huhuhuhu....

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Thursday, May 26, 2011

Bos belanja makan

Hari Selasa hari tu bos department saya belanja makan pizza. Entah apa mimpi dia tetiba nak belanja..hehhehehe. Takdelah, sebab ari Isnin tu kami balik lewat sebab ada keje urgent yang kena settlekan. Untuk mengelakkan kami-kami ni dibayar OT tulah dia belanja kot...muahahhahaha..Peace bos!!!

Tulah tokeynya. Terima kasih bos!


Pic pizza takde. Pic kami-kami adalah. Sebenarnya malu nak snap2 sebab bos ada kan. Ni pun kawan saya yang tolong snapkan.

Pic tuan blog harus ada. Macam biasa, saya yang terlebih menyeringai. Tak tau maksud menyeringai sila buka kamus Dewan!. Dari jauh nampak gigi saya jer. :)

Apa-apa pun, terima kasih lah bos sebab buatkan kami kenyang hari tu.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Wednesday, May 25, 2011

Pertemuan yang comel - bila Darissa bertemu Marissa

Hari Jummat Deqna sms saya ajak jumpe sebab deqna nak bagi hadiah untuk Darissa sempena Darissa menang contest yang Deqna anjurkan. Contest Si Kecil & Bunga. Memang sebelum ni adalah jgk plan nak jumpe tapi masa n keadaan tak mengizinkan..Deqna risau sebab dah lama sangat hadiah tu tak dia tak bagi2 lagi. Takpe deqna, saya tak kisah...saya faham...

Pikir punya pikir nak jumpe kat mana, last2 saya ajak datang umah je. Senang. Dah tau umah saya, senang lah lenkali boleh datang umah saya lagi kan?

Dan ini jugak pertemuan kali pertama antara Darissa n Marissa. Masing-masing macam malu-malu je bila berjumpa. Orang kata, belum panas engine lagi...heeeee

Darissa n Marissa. Comel giler tau Marissa ni. Putih sangat orangnya.



Masing-masing malu-malu jer. Tak pe nanti lepas ni ada perjumpaan susulan mesti dorang dah ok kan?

Maafkanlah muka saya yang penuh minyak sekawah tu. I baru balik keje uollsss...tak sempat nak touch up....Rendah diri sangat saya bila jumpe Deqna, Deqna sangat cantik n slim. Yelah, saya ni tak bape nak slim. So, adalah rasa malu disitu. Pulak tu, Deqna n suami sangat peramah n sporting. Takdelah saya n asben segan. Best sangat jumpe Deqna!

Rasenya ini kali ketiga saya jumpe blogger. Kali pertama jumpe Kak Eynda. Kali kedua jumpe Nik Queen itu pun sebab saya amik Buaian Cukur Jambul Darissa ari tu. Tak sangka Nik blogger jugak.

Sebenarnya saya segan nak jumpe blogger tau. Saya takut bila jumpe nanti, orang tak menyenangi saya. Maklumlah saya ni tak pandai borak. Pulak tu saya ni besar orangnya. Takut ada yang lari bila jumpe saya..hehehehe. Setakat komen2 kat blog tu saya peramahlah sikit tapi bila jumpe face to face tu rasa tak konfiden lagi.

Ok saya tunjukkan hadiah yang Deqna kasi untuk Darissa

Tadaaaaaaaa.....saya suka saya suka!!!! Pink lagi tau...Cantik. Apa-apa pun terima kasih Deqna n family atas hadiah ini. Kami sefamily sangat menghargainya. Harap2 ikatan yang terjalin dari dunia alam maya ni berkekalan sampai bila-bila. Aminnn.


Psst...best jugak kan jumpe blogger2 ni. Lepas ni nak jumpe sape plak yer?heeeeee

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Monday, May 23, 2011

Jantung pisang & breastfeeding

Jantung pisang (JP) cicah ngan sambal belacan,perghhhhhhh sedap!. Saya pernah baca yg mgatakan JP baik untuk mbantu menambah penghasilan susu ibu. Ada yg pernah dengar tak? Tapi tak boleh lawan hasil susu kalu kita makan lobak putih. Lagi banyak tau. Sejak akhir2 ni br sy berani makan JP sebab takut darissa angin ke sakit perut ke. Saya masih bf dia lagi. Campur ngan susu formula lah. Sbenarnya takut jgk susu dah kering sebab sy memang tak pam lgsung n breast pun tak bengkak. Tapi saya tengok darissa sedap je nenen. Rasenya kalu susu saya takde mesti dia ngamuk2 sebab tak cukup susu. Maknanya susu sy ada lagilah kan?Di sebabkan saya risau susu saya tak cukup bagi darissa ada lah jgk sy bagi dia susu botol tapi dia taknak. Tetap nak cari nenen.Tapi bila dinursery dia naklah botol sebab dia takde pilihan lain. Ok itu saje nak share.

Friday, May 20, 2011

McD Coca Cola " Can" Glass

Sekarang kan McD ada Coca Cola can glass. Saya bukanlah peminat Coca Cola. Tapi tetiba tgk promo dia kat tv rasa mcm nak beli jer. Tapi bukanlah semua warna tu saya nak collect. Tapi hati meronta-ronta nak beli yang warna pink tu. Entah nape kali ni tergerak nak beli padahal sebelum ni saya tak berminat pun nak buat koleksi Coca Cola glass nie.

Gigih ko hafal tarikh bila warna pink ni keluar. Maklumlah kan I kan peminat pink...heeee. Semalam warna pink ni kuar. Haruslah cecepat p McD takut sold out. Tapi pink dia bukanlah pink pekat pink cair gitu.

Yang warna biru tu Danish punya. Kebetulan masa tu pergi time warna biru ni kuar. Belikanlah untuk dia. Tapi gelas tu abah dia yang sibuk pakai plak.

Yeay!!!! (ikut gaya sponge bob tu!) saya dah dapat gelas Coca Cola pink nie...Kalu berkenan sila dapatkan di McD terdekat dengan anda...heeeee

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Macaroon oooo macaroons...

Salah satu tujuan ke Empire hari tu ialah nak cari Macaroons. Tapi tak tau kat kedai mana ada jual macaroon nie. Tetiba jalan ternampak lah satu kedai ni ada jual macaroon. Dah nampak tu gerab jelah kan. Tapau bawak balik umah. Masa round2 dalam Empire tu punyalah banyak kedai yang jual macaroon ni. Memang lubuk macaroon kot Empire ni..heeeeee

Pilih pilih mana yang berkenan..

Cantik-cantik warna macaroon ni. Ramai blogger kata rasa dia sangat maniiissss. Takut jugak nak beli. Tapi perasaan nak 'rasa' tu meluap-luap saya pun belilah. Beli 3 je..takutlah kan beli banyak-banyak nanti takde sape nak makan. Lagipun asben saya tak minat benda-benda macam ni.

Ni yang saya pilih. Flavour chocolate, hazel almond and rasberry. Warna pink tetaplah ada kan....palings edap yang hazel almond tu.

Nasiblah beli 3 jer. Manissssssnyaaaa. Saya ingat tekstur dia macam apam rupenya dia macam rangup n garing2 sikit.Macam makan chewing gum pun ada. Macam liat-liat sikit bila kunyah. Ish! tak retilah nak explain. Memang rasa dia macam tu yer? Ke kedai ni yang tak pandai buat?hahhahah. Wah! sesuka hati je nak kata kedai tu tak pandai buat.

Pic last, pic model macaroon yang tak boleh blah....heeeee... tetap warna pink!!!

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Thursday, May 19, 2011

Ke Empire kita....

Ahad lepas kami ke Empire. 1st time p sini. Nak mngukur soping complex..ukur je sopingnya tak pun..macam biasa jalan-jalan cari makan. Sudahnya saya yang makin bam-bam laki duk kurus cenggitu jer...huhuhuhu

Kat Empire ni ada slide terpanjang ni. Rasenya indoor slide terpanjang didunia kot ke Asia..entah lupe sudah.. Berani tak?saya tak berani....

Pegi tingkat atas sekali, masuklah ke Kids Sport & Gym nie (betul ke namanya tu?). Bayaran masuk untuk 2 tahun ke atas RM30 n 2 tahun ke bawah RM10. Parents free!


Ewah....kaki main angkat angkat sebelah

Lambak je Darissa kat situ. Merangkaklah mana suka. Ye, Darissa masih belum berjalan lagi waulaupun dia dah setahun sebulan. Sah ikut abah dia sebab abah dia dulu lambat berjalan.

Wuuuuuuuuuu tingginya!


Danish yang susah nak snap picnya. Orang dah besarkan, tak gentle lah nak posing-posing nie.

Darissa n bola-bolanya

Kena paksa baru boleh kita snap picnya


Tak paham nape abah dia snap cenggini. Seni ke bang?

Sebelum dia besar n pandai mengelak-ngelak camera kita snap gambar dia banyak-banyak

Dan lagi....kebersihan tak yah risau sebab kat sini semua orang kena pakai stokin, hygiene purpose katanya.

Singgah Tarbush untuk makan. Tak tau nak makan apa kat situ. Tapi last lah p sini sebab tak menepati tekak kami.

Bagi Darissa makan biskut


Makanan kami.

Air kami.

Itu sajer cite Ahad kami.







Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ

Wednesday, May 18, 2011

Spagetthi Carbonara

Antara Spagetthi Bolognese ngan Spagetthi Carbonara, saya lebih suka Spagetthi Carbonara. Paling sedap saya pernah rasa Carbonara ni di Restoran Big Brother. Itu pendapat saya lah yer.

Sabtu malam saya masak Spagetthi Cabonara atas permintaan asben saya...


Nilah Spagetthi Carbonara versi saya. Senang je. Tumis bawang putih, bawang merah, ayam cincang n cendawan. Dah masak bahan-bahan tu, tuang je sos prego tu dalam kuali, kacau n siap!.

Spagetthi ni jugak kesukaan Danish....banyak gila dia makan. Esok paginya dia sambung lagi makan benda nie. Seronok tengok anak makan banyak!

Itu sajer. Korang pulak suka Spagetthi yang mana?

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




2H 1M Jalan-Jalan Melaka Part Akhir - Bandar Hilir

Kembali bersambung pasal Melaka. :)

Selepas Check Out kami ke Bandar Hilir. Lama rasenya tak ke sana. Saya agak mesti jalan jem maklumlah time cutikan. Tapi dah alang2 ke Melaka redah jelah. Saje nak snap2. Lagipun ini kali pertama anak2 saya ke Melaka.

3 beranak. Paling terserlah muka ibu dia yang bulat tu...


Ingat nak nak naik beca tu tapi kesian plak pakcik yang kayuh beca tu nak bawak saya nanti. Satu beca tu muat2 je untuk saya..hehehehehe

Ramai sungguh orang kat cni. Suka kat area2 sini sebab tempatnya cantik n kawasannya sangat bersih.




Kudaku lari gagah berani.....

Danish masam sebab panas. Hari sangat panas yer..muka saya abis terbakar n otomatik terus jd legam...tu sbb sy tak share kat cni pic sy..hehehee

Kota A Famosa.

Lepas round2 BAndar Melaka kami pun pulang. Tak singgah pun Menara Taming Sari n River Cruise sebab orang sangat ramai beratur n anak2 pun dah kepenatan. Lepas je Ayer Keroh hujan turun dengan selebat-lebatnya. Nasib baik...

Itu sajer. InsyaAllah murah rezeki panjang umur kita ke Melaka lagi....


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Tuesday, May 17, 2011

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru diucapkan pada semua guru-guru. Jasa anda amat-amat besar dalam mendidik pelajar-pelajar anda.

Dulu time saya masih bersekolah sibuk cari sesuatu untuk dihadiahkan pada guru-guru. Sekarang bila anak saya dah sekolah walaupun dia masih Tadika, sibuk jugak dia suruh cari sesuatu untuk bagi cikgu dia. Tahun lepas, Danish takde pun mintak2 suh belikan. Tahun ni dia bersuara pulak. Jadi, layankan jelah.

Petang semalam kami pergilah kedai cenderahati. Punyalah ramai parents n anak2 kat situ. Masing2 sibuk cari hadiah untuk Hari Guru. Syoklah kan cikgu2 hari ni sebab ramai anak murid yang akan bagi mereka hadiah.

Setelah pilih punya pilih, yang atas ni jadi pilihan. Tempat letak pensel. Blur ok tak tau nak pilih mana. Cerewet ooo anak bujang saya. Beli 4 sebab cikgu nya ada 4.

Ada cermin didepannya. Yang 'love' tu bolehlah untuk lekatkan note ke..

Pandangan dari atas. Simple je hadiahnya sebagai tanda ingatan n terima kasih dari Danish untuk cikgu-cikgunya. Saya pun suka benda ni sebab comel walaupun ia nampak kebudak-budak kan sikit. Takpelah kot kan?

Beli je paperbag comel takyah nak balut-balut dah. Siap!

Saya ingat dulu, masa hari guru saya ada bagi bunga orkid yang abah saya tanam kat cikgu kesayangan saya. hehehehhehe. Gigih ko! Ada tu saya bagi sabun mandi (sabun ketul tu) kat cikgu. Bila bagi je kat cikgu, adalah kawan saya kecoh yang saya bagi sabun mandi. Mana taknya sebab sabun tu kan baunya wangi, so haruslah orang tau kan....hahahaha

Ok, itu sajer.

Psst...tau tak, cita-cita saya sebenarnya nak jadi cikgu. Tapi takde rezeki, bukan tak apply tapi takde rezeki. Pernah jadi cikgu tuisyen sebelum Darissa lahir dulu, Walaupun sekejap tapi jadilah merasa jadi cikgu.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ