Status

TQ coz sudi menjengah blog ni..

Aktiviti blogwalking tergendala sikit...Aktiviti blogwalking akan saya jalankan secara habis-habisan bila weeken jer..tunggu kedatangan saya tau...thanx korang...


Friday, April 29, 2011

Salam semua

Ibu n Dicha

Baru hari nie berpeluang nak update blog...

Apa kabar?sihat ke?Lamanya tak update blog. Rindu plak..hehehe.Jiwa kacau uolls...perlukan masa untuk menyendiri. Cewah!! Tapi bukanlah pasal rumah tangga yer tapi pasal keje kot..

Nak cerita panjang kat cni susah sikit. Biarkan jelah. Malas nk pikir. Minta maaflah ada blog kawan2 semua saya tak sempat nak tinggalkan jejak. Saya hanya baca je. Insyallah malam ni sy cube ok. Minggu ni cuti pjgkan,selamat bercuti ye. Kepada yg nak pegi jalan2 tu hati2 ye. InsyaAllah kami ke Melaka Ahad ni. 2 hari 1 malam disitu. Bye!

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Monday, April 25, 2011

Turn saya pulak berMusang King

Sana sini heboh orang cite pasal Musang King ni kan. Saya tau pun dari blog Wahida. Tengok blog dia lah baru saya tau ada durian jenis Musang King. Saya ni tak kisah makan durian jenis apa pun janji isi dia lembut. .Kat Sg Buloh ni nak2 area Paya Jaras ni banyaklah yang jual durian tapi takde pun depa jual Musang King. Jumaat lepas suami saya ada ternampak dekat area tempat keje ni ada jual Musang King. Haruslah dia grab kan...heeeee

Ce tengok isi dia..perghhhhhhhh mengancamkan. Kuning gebu gitu. Tapi buahnya kecik comei jer. Jadilah, janji puas hati ngan isi dia. Walaupun buah dia kecik tapi kenyang tau makan sebab isi dia penuh.

Lagi

Dan lagi....ada yang saya dengar sekilo sampai 35 hinggit!....tapi yang kami beli ni sekilo 22 hinggit. Tak tau nape rege dia lain2. Takkan musang king ni pun ada gred2 dia juga. Takpe janji sodap!

Jemput makan untie-untie semua!!!!

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Sunday, April 24, 2011

Asyraf Muslim dah bertunang...Tahniah!

Wa...tiba-tiba ada pasal artis plak kat blog saya..bukan apa, saya ni macam agak sukalah ngan Asyraf Muslim ni. Suka tengok dia, ensem!...(abang, tumpang lalu yer)..mula-mula terpikat masa saya tengok cerita Yusof...nampak macam gud boy je Asyraf Muslim nie kan heeeee

Nilah pic dorang bertunang. Sepadan kan? Pic credit to Budiey.com

Nampak tunang dia daripada kalangan orang yang baik-baik. Doktor kan dia? Apa-apa pun tahniah Asyraf Muslim. Jeles! ..(abang, tumpang lalu skali lagi yer) hehehehe.

Psst...asben saya baca blog saya tulah saya asyik tumpang2 lalu....:)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ






Thursday, April 21, 2011

Murah Rezeki sebab ada orang belanja..

Hari Selasa, ada engineer tempat saya ni belanja kita orang. Belanja sempena birthday dia. Sian dia, dia punya birthday dia yang belanja...hehehehee. Moga2 bertambah lagi rezeki dia kan sebab bermurah hati belanjakita orang makan...

ha kau..muka saya yang paling besar antara dorang kan?hehehehe. Yang belakang tu anak2 dara, yang depan mak dara yer...

Lagi sekali...antara kawan saya yang paling rapat kat opis..

Ni satu department ngan saya, Contract Department. Tudung saya senget sebab kipas tu dengki kat saya...tak suka tau tudung I senget2 nie....

Ramai jugak yang dia belanja dalam 10 orang kot tapi rugi sangat saya tak snap pic dorang..sory ye yang lain...

Semua amik sama, Nasi Beriani Ayam. Ayam goreng berempah, ayam masak merah n ayam beriani.

Ni pinggan saya. Saya amik Nasi Beriani Ayam masak Beriani. Dah orang belanja kan, tala jelah nasi. Tak kan nak cakap 'tak nak nasi yer'. Cheq malu nak cakap macam tu :). Tapi jangan risau, tak abis pun nasi tu. Nasi dia sangat banyak.

Tapi sayang, orang yang bermurah hati belanja kami tu pic nya takde..ok, itu sajer. Indahkan kalu hari2 ada orang belanja...save duit...heeeeee


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Wednesday, April 20, 2011

Orang lain keje saya cuti..heavennya....

Ala, bukan p mana2 pun pegi Ikea jer.. :)

Weeken lepas mak abah n nenek datang umah saya. Kan Isnin tu kan sambut birthday Darissa di Taska. Isnin tu jugak saya cuti. Dah alang2 cuti, apa barang kan duk umah sajer. Saya decide nak bawak mak saya jalan2 di Ikea. Darissa saya tinggalkan jap di Taska. Tak konfiden oo nak bawak dia sebab nanti saya tak boleh drive. Dia kan suka berkepitttttt je ngan ibu dia.

Best ooo jalan2 masa orang lain berhempas pulas bekerja..hehehehe..Tapikan Ikea tetaplah ramai orang. Tapi nak parking senanglah. Lega jer. Sana cni ada ruang kosong untuk parking....

Nenek n cucunya. Mak saya suka giler p Ikea. Kan barang2 kat situ kan cantik2. Paling kelakar, sampai toilet brush pun mak saya beli . Ala yang RM2.60 tu..heeeee.... Macamlah kat luar takde kan. Itu pun dia marah kat saya nape tak cakap Ikea ni best, dia tak bawak duit lebih...hehehehe.Aduii, kita plak disalahkannya. Saya sabarkan nafsu membeli belah mak saya lagipun banker dia kan tinggal kat umah. (Abah saya lah tu). Manalah saya tau kan, niat sebenarnya ari tu nak jalan2 jer bukan nak soping.

Mak saya. Tujuan utama ke Ikea bukan nak soping pun. Saje nak jalan2 cari makan. Manalah saya tau mak saya suka Ikea ni. Lenkali kita pegi lagi yer mak...

Sukalah Danish ari tu dia dapat berkepit ngan ibu dia sebab Darissa kena tinggal..

Makanan wajib kalu p Ikea..

kami punya...sedapnya..teringat2 plak...

Ni saya punya. Sedaplah jugak tapi ada rasa herba2 sikit...

Yang nasi tu, Nasi Sarawak mak saya punya..sedap sangat tau. Chicken wing tu Danish punya pun sedap jugak. Pic atas ni lah saya share kan kat FB ari tu...

Secara kesimpulannya semua sedap2lah...

Itu sajer. Selamat menjamu mata.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ

Tuesday, April 19, 2011

Dinos Alive di Pusat Sains Negara

Hari Ahad kami ke Pusat Sains Negara. Itu pun setelah terpengaruh ngan kawan2 blog yang pergi kesini. Terpengaruh dari Nieda, Jasfyra n Sis Rasp.

Ingatkan dua ekor ni je yang ada, rupenya ada banyak lagi kat tingkat atas..heeee


Happylah dia dapat tengok Dinosour. Ala tapi dia berani berani takut gitu.

Sebijik betul Danish punya senyum ngan Dinosour belakang dia tu. Sama tang gigi terkeluar dari mulut!

Manalah tau kan satu hari nanti Danish jadi angkasawan negara pulak..Aminnnnnn

Bertolak-tolak ok ngan Danish sebab dia takut. Patung je bukan betul pun...:)

Agak-agak kan malam2 dinosour2 ni semua mesti berbunyi ngan sendiri kan ,eiiiiiii takut!!!!!. Manalah tau kan, dorang semua dah tutup dah suis tapi still berbunyi jugak....hihihihihihi

Rangka ni kalu celup tepung sedap jugak ni!

Alhamdulillah lah Darissa takdelah meragam ke takut ker kat dalam ni. Rasuah dia ngan biskut marie, diamlah sekejap lepas tu mintak dukung...

Benda kat atas ni jugaklah Danish sungguh berkenan..geram jugak saya. Kalu benda ni kat Jusco pun ada...anak anak...

Saya paling suka dalam PSN ni akuarium n kolam sentuh. Suka tengok..damai je rasa hati ni..

Last, pic Darissa senyum sorang2. Apa lah yang disenyumkan tu. Jangan dinosour tu tengah agah dia sudahlah....

Itu sajer. Sape2 yang berminat nak bawak anak2nya ke sini, silalah bawa sebab pameran ni hingga 31 Mei Masih sempat lagi nie.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ

Monday, April 18, 2011

Maharaja Lawak.

Sape tengok Maharaja Lawak (ML)? Angkat tangan.. Kalu tengok uolls suka sape?

Start minggu lepas ML tak disiarkan di Astro Prima. Hanya disiarkan Astro Warna. Sangat kecewa ok sebab saya tak de Astro Warna. Mula2 tergodalah jugak sampai nak subscribe Pakej Mustika tu. Tapi bila fikir2 balik agak membazirlah. Pakej yang kena bayar ni pun rasa agak keberatan je nak bayar hehehehhee, ni nak tambah lagi...lupekan jelah!!!

Tapi sekarang saya tak payah risau lagi sebab ramai yang baik hati telah upload di You Tube. Terima Kasihlah banyak2. So lepas ni saya tengok kat situ jelah..Selamat duit...heheeee.

Peserta fav saya haruslah Jozan, Nabil, Jambu n Man...Tak sangka lawak Nabil masih berbisa walaupun dia sangat banyak kontroversi.


Ni saya share Nabil punya performance pada minggu ke 3


Ni plak Jozan punya...


Itu sajer. Video di atas telah diupload oleh zahm100. Terima Kasih ye!






Friday, April 15, 2011

Darissa n cerita mainan

Darissa ngan mainan masak2nya.

Cite pasal mainan nie, saya akui mainan Darissa taklah banyak mana. Rasenya mainan yang kadang2 dia main tu mainan abang dia yang dulu n sekarang. Darissa ni memang tak suka main permainan dia. Contoh, teether tu langsung dia tak nak. Handphone, remote n keyboard dia sukalah. Teddy bear langsung dia tak pandang.

Ada sebab nape kami tak beli mainan dia. Kami belajar dari kesilapan gitu. Masa tu Danish baby lagi. Biasalah anak sulung kan terlebih lebih lebih excited n tak berapa taulah kan erti pembaziran nie...hahhaha. Kami beli mainan yang dia belum tahu main tapi kami dah beli dulu. Sudahnya, bila sampai masa dia pandai main, mainan tu dah rosak. Tak ke membazir namanya.

Polly Pocket (Image Google).
Geram tengok. Tak pe tak pe, nanti Darissa dah reti main kita beli yer.

Bila adanya Darissa ni, memang saya sangat excited nak belikan menan gegirl. Nak2 warna pink-pink tu. Tapi sabar jelah hati nie. Yelah kalu saya beli sekarang contohlah macam Barbie ke Polly Pockets ke, Darissa mana reti lagi. Tapi adalah jugak educational toys yang kami beli contoh macam softbooks . Nak lah jugak bila kita tunjuk2 tapi sekejapppppp je dia layan pastu dia main campak-campak n baling-baling. Kalu buku abang dia, dia nak sangatttttlah tapi nak gigit2 n masuk mulut...

Softbooks (Image google)

Mainan masak-masak kat atas sekali tu saya terrrrrbeli sebab dah geram sangat. Masa tu ternampak kat Econsave, beli jelah untuk Darissa. Tapi sekarang mainan tu dah terperuk dalam bakul mainan. Tulah, ibu dia degil sangatkan..rasekan...

Itu sajelah nak share bebel2 pasal mainan ni.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ






Thursday, April 14, 2011

Hari tu abang, sekarang turn adik dia plak.

Sebelum2 ni Danish yang sambut birthday di nursery & tadika sekarang turn Darissa plak celebrate birthday kat taska bersama-sama geng dia...

Celebrate birthday di nusery hari Isnin (11/4/2011). Hari tu saya amik cuti. Kali ni budak2 kat taska tu tak bape ramai. Taska baby (umur 2 bulan hingga 3 tahun) asing ngan budak besar (4 tahun ke atas). Kalu ada pun budak besar kat taska baby tu hanyalah budak transit.

Darissa sebelum ke Taska untuk celebrate birthday dia. Kete tu pak ngah n mak ngah dia presentkan, baju tu plak nenek dia yang bagi.

Saya n Dicha sampai je Taska cikgu dia dah buat dah banner tu. Terharu. Masa Danish pun cikgu dia buat jugak.

Birthday girl kene kerumun ngan pakwe2. Saya kena bawak walker dia sebab senang Darissa nak berdiri kat kek dia. Ate dia tak pndai berdiri ngan sendirinya, kenalah bawak alat sokongan..heeee

Tulah tujuan utama sebab kenapa saya kena bawak walker.

Kek Darissa pada hari itu.

Sebenarnya dia tak faham apa2, yang penting dapatlah Darissa sambut ngan kawan2 dia. Budak2 kat taska tu lah yang paling gembira. Budak2 kan memang suka ngan kek n goodie bag tu.

Darissa yang dah start nk ngamuk sebab time tido dia masa tu.


Darissa ngan geng2 nya. heeee..comel je budak2 tu semua. Memang tabiklah ngan pengasuh2 taska kat situ...

Darissa ngan cikgu2 kat taska baby. Yang tengah tu adalah pengetua Taska n Tadika Darissa & Daniish. Sempat culik Danish jap untuk tangkap pic sama2. heeeeee

Ngan ibu plak. Berpeluh2 ibu dia. Maklumlah ibu dia jadi OP hari tu..Abah dia tak dapat nak cuti plak sebab ada kerja urgent dia kena buat..

Cubaan cikgu dia nak apkaikan topi...tapi tak boleh sebab Darissa sekarang ni sangat pantang letak barang kat kepala dia. Mulalah tangan tu nak mencabut benda kat atas kepala dia. Tu sebab sekarang ni dah takde hairband kat kepala dia. Nasiblah masa dia baby2 dulu dah puas saya pakaikan dia hairband...

Itu sajer. Terima kasih pada kawan2 semua yang wish birthday Darissa n mendoakan Darissa. Darissa kata dia sayang untie2 semua...

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ