Status

TQ coz sudi menjengah blog ni..

Aktiviti blogwalking tergendala sikit...Aktiviti blogwalking akan saya jalankan secara habis-habisan bila weeken jer..tunggu kedatangan saya tau...thanx korang...


Sunday, February 27, 2011

Contest Si Kecil & Bunga

Contest ini saya telah di tag oleh Bonda Amani. Dan contest ini dianjurkan oleh Deqna, Mama Marissa. Nak join KLIK SINI.
Banner contest nie. Comelkan?
    Syarat2 yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur:
    1. Nak follow ker tak nak follow ker tak kisah. Sbb contest ini bukan bertujuan utk meramaikan follower. Contest ini just for fun.
    2. Wat satu entry pasal contest ini. Senang ajer. Copy paste jer pun entry nie.
    3. Mesti ada gambar si kecil dengan bunga. Ini adalah syarat utama. Tak kisah lah bunga betul ke bunga tiruan ker, asalkan bunga.
    4. Si kecil mestilah berumur tidak lebih daripada satu tahun. Sbb hadiah tu sesuai hingga umur 1 tahun. Setahun lebih sikit takpe kot.
    5. Letakkan nama penuh si kecil di bawah gambar beserta tarikh lahirnya.
    6. Lupa nak cakap si kecil mestilah seorang gigirl. Yelah gigirl barulah sesuai ngan bunga2 kan. Padahal sbb hadiah yg ditawarkan adalah utk gigirl.
    7. Tag 2 org kawan dan jgn lupa gitau kat mereka yg mereka telah ditag.
    8. Tarikh tutup penyertaan ialah 28 Februari 2011. Memang sengaja tak nak buat lama2. Supaya korang wat contest ni cpt2.
    9. Jangan lupa tinggalkan link entry korang kat ruangan komen di bawah ini. Kalau tidak mana aku nak tau yg korang join kan.
Mudah je kan syarat2 dia. Gambar yang dipertaruhkan ialah:


Nama : Nur Mia Darissa Bt Faizal
Tarikh Lahir : 10 April 2010

Nak tag :
Ayu Ibu Setot n Ara
Yan Ibu Dhia

Itu sajer. Gud Luck semua

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ

Friday, February 25, 2011

1st Give-Away by Deekuntum

Saya nak menjoinkan diri dalam Giveaway yang dibuat oleh Dee..rugi ooo tak join...Dapat FM dari London tu..


Syarat-syarat yang dikenakan oleh Dee ialah:
  1. Mesti menjadi follower blog saya. Siapa bukan follower, x layak menang okey..kejamnya.
  2. Mestilah warga Malaysia..patriotik sungguh dan mempunyai alamat tetap di Malaysia.
  3. Buat 1 entry mengenai GA ini ye...simple pun takpe, nak buat susah2 pun okey juga.
  4. Letakkan BANNER di sidebar blog anda dan backlink ke entry ni.
  5. TAG 2 rakan anda.
  6. Akhir sekali jangan lupa tinggalkan url 'contest' dan alamat emel di bahagian komen entry ini.
  7. Tarikh tutup 28hb Februari 2011 tepat jam 12 malam.
  8. Undian akan dibuat melalui random.org, cabutan pertama dpt hadiah no 1 dan seterusnya sehingga 3 pemenang dipilih.
  9. Keputusan adalah muktamad. Segala bantahan tidak akan dilayan.
Saya nak tag:
Farasela
Diana

KAlu nak join Giveaway Dee KLIK SINI. Segala syarat-syarat sudah dipatuhi..Kalu ada rezeki, FM tu saya yang punya le....:)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ

Thursday, February 24, 2011

Nasi Arab

Ahad malam kami kuar. Maklumlah mak saya dah balik Gombak balik. Bila mak ada memang rugilah kalu makan kat luarkan. Baca tak Mingguan Malaysia Ahad lepas. Ada dalam satu ruangan dalam akhbar tu cakap yang makanan arab telah mendapat sambutan dari rakyat Malaysia ni. Lepas baca ruangan tulah asben saya ajak makan makanan Arab ni. Teringatlah kat Kota Damansara pernah nampak satu kedai makanan arab ni. Sederat ngan Ice Room n sebelah ngan Restoran Vichuda. Berhadapan ngan Giant Kota Damansara.

Ke kedai inilah kami pergi. Snap kedai pun malu-malu ni haaa...segan oo nak snap betul2 depan kedai. NASI ARAB TA'IGH. Betul ke ?..tak reti nak eja dalam rumi i...heee

Ibu yang makin membesar bersama ngan anak-anaknya yang 'mengurus'..


Sementara tunggu pesanan sampai kita makan otak2 ni dulu..sedap tau. tebal isinya. Tak taulah harganya.

Ni suami saya punya. Chicken Kabsah. RM10.00. Size small. Ayam dia sangat kecikkan.

Ni saya punya Chicken Mandi. RM11.00. Size small jugak. Walaupun saiz kecik tapi nasi dia banyak gila. Kongsilah ngan Danish. Nasib tak amik extra nasi. Kami tak amik kambing sebab bukan penggemar kambing. Tak tau apa beza antara Kabsah n Mandi. Nampak perbezaan pada nasi dia iaitu kaler lain. Saya tak khatam lagi pasal makanan arab ni so tak dapat nak terangkan dengan lebih lanjut.

Asben saya amik Barbican ni. 1st time rasa. Tak sedap.Last-last asben saya order milo ais...heeee Nasib saya order horlicks.

Nilah sampingannya. Ada sup, ada macam yogurt n kuah macam cencaluk tu. Ada ke sup kuning tu suami saya kata macam bau lembu...hahhahahha. Tapi saya rasa macam bau kambing jer...hehehehee.

Ok, ini 1st time kami makan makanan arab . So, tak dapatlah saya nak compare ngan kedai arab lain. Tekak saya oklah. Tekak asben saya tak ok. Tak kena ngan tekak dia lah tu..Tapi saya rasa macam nasi beriani kat kedai mamak jer. Ayam tu pun macam ayam bakar n rasa masam2 sikit. Orang kata kat Saba Restoran makanan arab dia sedap. Jauh plak dari Sg Buloh ni.

Itu sajer. Ada yang pernah makan kan nasi arab? Ok ke? Korang suka tak?

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Wednesday, February 23, 2011

Hati tak keruan

Sejak blog dah kena blocked ni rasa tak keruan je ati. Tak best. Macam tak lengkap je hidup saya. Cewah..Bukanlah selama ni keje sy dok ngadap blog je. Adalah masa2nya. Orang kata sambil mnyelam minum air. Hehehe.Malam tadi ada beberapa blog je yg sempat sy tinggalkan jejak. Line maxis macam siput je. Lagi satu saya boleh online kul 10 pm keatas je. Time tulah line skjp ok n tak ok. Mgkin kena tukar ke unifi..heee. Rasa tak bestlah kan bila korang singgah blog sy,tapi saya tak balas pun balik. Bawak broadband pegi opis pun tak leh bukak jugak. So, how? Apa2 pun saya akan cube balas kunjungan korang tapi lambat siketlah yer. Hidup blogging!! Tetiba... ~Sent via my lurvely nokia~

Tuesday, February 22, 2011

Roti jala berkuah durian

Sangat seronok bila mak ada kat umah saya ni..memang completelah dari sarapan lunch, minum petang n dinner mak saya sediakan. Walaupun simple je tapi tetap sedap. Minggu lepas kan mak abah n nenek duk umah saya. Ada satu hari tu, balik je keje dah siap atas meja kuah durian ni haaa mkn ngan roti jala. Roti jala tu tempah kat org lain. Durian tu pun balance dari dua bijik yang abah saya beli ari tu. Roti jala ni makan ngan kuah kari pun sedapkan..Saya kuah durian ke kuah kari ke ok jer..Dua-dua saya balun..heeee..Selamat menjamu mata yer...


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Terima Kasih PrincessRedBloodSnow

Terkejut campur terharu sebab blogger famous dari Sarawak telah memilih blog saya yang marhain ini dalam segmen REDDISH FOLLOWER PILIHAN. Setiap follower dia akan diberi kesempatan untuk tampil dalam blog dia dimana Zie akan buat satu entry khas untuk follower itu. (betul kan Zie, kalu salah ampun yer) Nak tengok sila KLIK SINI...Princess Red Bloodsnow ni atau Zie ni sangat mesra ngan reader dia tau..Walaupun dia popular tapi dia tetap balas kunjungan reader2 dia..Kalu tak caya cube try jengah blog dia n tinggalkan komen kat n3 dia..Sure dia akan membalasnya balik.

Kagum ngan dia sebab dia seorang blogger yang sangat tegar. Dalam satu hari tu ada lima atau enam entry dia buat. Sangat banyak idea orangnya..kagum kagum....


Ini header blog dia...Cantik kan...Zie memang peminat hitam n merah. Suka tengok header dia..Sangat mengancam..



Nilah entry di blog zie yang saya print screen kan..Minta maaflah kalu kecik sangat yer. Nak lebih terang KLIK SINI

Kepada ZIE, terima kasih yer sebab saya terpilih dalam segmen ZIE itu...semoga ZIE terus berjaya dalam bidang blogging ni n juga dalam apa bidang yangZIE ceburi..Semoga terus berjaya dalam apa jua yang ZIE lakukan okay...

Itu sajer. Terima kasih kerana sudi membaca blog saya yer...









Monday, February 21, 2011

Sesi photoshoot di Gombak

Pic-pic ni rasenya dalam bulan lepas. Time saya balik Gombak. Kebetulan abang nombor dua n family pun ada.

Mak saya plak masak mee kari. Memang pujaan kamilah mee ni..kuah jelah yang saya snap.

Disebabkan masa tu busu(saya) & pak cu (asben saya) dia kan baru beli camera, so layanlah dorang ni nak jadi macam America's Next Top Model ni.....hahahaa..tapi ni Gombak's Next Top Model..


Nilah anak abang saya. Dua-dua perempuan. Dah nama pun perempuan kan haruslah kejenya melaram...

Terselitlah anak bujang saya tu.


Abaikanlah background tu yer. Lokasi bilik nenek n atuk dorang...abis tunggang terbalik bilik neneknya....


Trylah aksi lompat melompat nie..Kalu saya yang melompat mau pecah tiles mak saya tu...hahahaha

Sepupu sepapat...

Itu sajer.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Sunday, February 20, 2011

Contest Si Manja Mandi

Contest di tag oleh deqna..dan contets ini dianjurkan oleh Ibu Balqis. Disebabkan gambar yang berkaitan ada, saya pun joinlah contest nie..
Klik pic di atas atau banner di side bar saya untuk join contest nie.

Syarat2 nye..

1. Mesti jadi Follower
2. Tulis satu entry pasal contest nie , dan letakkan gambar banner kat atas tuh dalam entry dan side bar. ( link kan yerr )

3. Gambar mesti la,gamba baby anda mandi(tak kira lah mandi sungai ke,laut ke,kat mana2 lah,asal kan mandi yee..
4. Umur baby anda mesti lah 3thn ke bawah.klu tak de gamba baby anda mandi,anak saudara ke,anak angkat ke,adik ke, pon boleh juga.. tapi kena minta izin pd ibu mereka dlu yee..
5. Tag 2 orang kawan. (jgn lupa inform diorang k)

6. Tinggalkan link entry anda di komen.
7.Hadiah diberikan kepada 2 pemenang.

Sila nyatakan Nama baby,lokasi baby mandi,tarikh lahir baby...oky itu saje.... ;-)

Gambar yang dipertaruhkan..

Nama Baby: Nur Mia Darissa Bt Faizal
Umur: 10 bulan

Lokasi : Sunway Lagoon


Saya nak tag:
Farasela
Diana

Gud Luck semua

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Friday, February 18, 2011

3D - Durian, Danish & Darissa

Abah mak n nenek saya masih ada dirumah saya lagi. Semalam abah saya belilah durian. Tapi beli durian ni dari penjual durian yang jual durian dari rumah ke rumah naik motor. Ala macam orang yang jual ice cream tu....ha macam tulah. Abah saya belilah dalam 2 bijik. Durian kampung. Katanya dari Johor.

Nilah duriannya..comel-comel je sizenya. Memang tinggal 2bijik je pun dalam bakul yang dia bawak tu.

Nilah isinya ..tak bape cantiklah rasa dia boleh tahan..manis manis pahit...tapi isi dia tak tebal..

Ni memang hantu durian. Budak yang baru baik demam. Alhamdulillah semakin pulih n semakin lasak. Ibu rela awak melasak sana sini dari duk diam sakit macam hari tu...

Itu sajer. Masih gigih untuk membalas kunjungan kawan2 semua.


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Wednesday, February 16, 2011

Alhamdulillah bukan denggi

Semalam kami bawa Darissa p klinik balik sebab dia masih berak2 lagi n demam. Doc cakap kalu Isnin atau Selasa dia demam kena buat blood test. Sabtu , Ahad dia dirumah ngan saya dia dah ok n Isnin siang dia di nursery pun dia bertambah sihat nampak ceria n ada selera nak makan. Tapi tengah malam tu datang balik demam n dia ada muntah sekali. Hati saya risau sangat. Memang tak boleh tido n ibu dia sampai bengkak2 mata sebab nangis tengok Darissa. Tapi dia mau nenen tu saya legalah jugak sebab doc pesan selagi ada air masuk dalam badan dia, dia akan ok.

Selasa siang kami bawa dia ke Klinik balik. Doc amik keputusan buat blood test. Aduiiiii, berdebar-debar hati kami ni. Doc suspect denggi. Yelah sebab demam dia on and off selama 5 hari nie. Setelah darah diambil kena tunggu dalam 5 jam untuk tahu keputusan dia. Doc siap tulis surat sebagai surat refer untuk ke hospital KALAU memang betul denggi. Sape lah tak risau n tak senang duduk kan. Macam-macam dalam kepala ni fikir. Kami pun baliklah rumah dalam debar tapi nasib baik mak abah nenek ada kat umah saya sekurang-kurangnya saya ada kekuatan sikit. Tapi naluri saya kata Darissa bukan kena denggi sebab keadaan Darissa bertambah pulih n ceria. Makan pun nak. Mungkin jugak dia hepy sebab nenek gombak dia datang kot...heeee. Tapi elok jugak buat blood test tu sebab nak pastikan sama ada denggi atau bukan.

Dalam kul 2 petang Doc kol suami saya untuk bagi tau keputusan nya. Alhamdulillah, memang betul naluri saya tu, bukan denggi. Syukur sangat-sangat. Syukur jugak sebab Darissa menampakkan ciri2 untuk pulih sepenuhnya. Doc cakap kena pantau pemakanan dia n kalu dia demam n muntah bagi je dia ubat.. Memang cirit birit ni memang perlukan masa untuk pulih sepenuhnya.

Mesti ada yang tertanya2 nape tak terus bawa Darissa ke hospital Sebabnya Hari Khamis n Jumaat saya memang bawa dia ke klinik semula untuk minta nasihat doktor. Saya percaya pada doktor tu sebab dia memang Doctor pakar kanak-kanak. Lagipun masa Sabtu & Ahad n Isnin tu Darissa ada menunjukkan yang dia dah pulih sikit sebab cirit pun dah kurang. Lagipun ada air masuk dalam badan dia maksudnya dia mahu masih menyusu n minum air suam.

Lepas ni saya haraplah yang Darissa terus sihat sepenuhnya. Memang nampak sngat badan dia dah susut. Semalam timbang berat dia turun 300 gram. Terima kasih pada kawan-kawan semua yang mendoakan Darissa n ambil berat pasal Darissa.

Minta maaf sekali lagi sebab n3 ni takde pic n terima kasih sebba sudi baca cerita saya ni..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ

Monday, February 14, 2011

Sudah kena blocked

Start kena blocked Jumaat lepas. Pangkah paling besar ialah pada FACEBOOK Saya FB takde ok lagi tapi ngan blogspot semua kena blocked..Uwaaaaa!!!!!! Benda-benda yang berbentuk hiburan semua kena blocked. Maybank2u tak kena blocked plak..So, lepas ni hari2 tengok jelah gaji tu kat Maybank2u..kot-kotlahkan amount dia bertambah ke....hahahahhaa

Semua kat opis ni macam hangin jer...Masalahnya kalu kami berintenet pun bukannya keje tak jalan. Keje siap jer..sepanjang 5 tahun saya kat opis ni takde masalah pun pasal internet2 ni tapi tiba2 sekarangi jdi macam ni plak..frust tau..Malas nak cakap lebih-lebih takut kena daulah...

Bukanlah tak boleh online dari rumah tapi saya perlukan hiburan kat opis...heeeee..Yelah tensen-tensen buat keje bolehlah nak cuci mata kan. Tapi ada lah jugak beberapa blog yang berdot com boleh saya baca tapi korang yang dalam bloglist saya ni memang tak boleh bukak......sedihhhhh!!!!

Kalu saya nak online kat umah terbatas siket...anak2 n suami lebih perlukan saya...cewahhhh...nak tunggu dorang semua tido tak boleh sebab bila dorang semua tido sy pun tertido sekali..So how? Lagi satu Maxis Broadband punya line macam kura-kura. Ada masa lajuuuuuuu tapi kebanyakan masa dia lembappppppp...kat opis lajuuuuuuu tu yang syok tu..semua urusan berinternet berjalan ngan lancar bila di opis...tapi sekarang tidak lagi...sob sob sob...

So pada kawan-kawan semua kalu saya terlambat singgah kat blog korang n ada yang saya tenggelam timbul tu saya minta maaf yer..saya akan cube untuk jengah blog korang semua..cepat atau lambat je...takkan nak bawak broadband dari rumah kot..tengoklah macam mana..kalu bawak pun kena sorok2...

Oklah korang yer...take care n selamat berkerja dengan penuh berdedikasi n berkaki lebar eh! silap dengan penuh berkaliber....bye...


Psst ini n3 autopublish....

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Friday, February 11, 2011

Hari ni saya EL

Sebab tak sampai hati nak tinggalkan darissa kat taska. Lagipun doc suruh saya pantau keluar masuk air dalam badan dia. Harap2 tempat keje saya memahamilah situasi saya. Kalu baby demam memang saya yang kena amik cuti n kalu Danish demam abah dia yang kena amik cuti. Memang dah buat perjanjian macam tu. Takdelah nampak sangat saya cuti banyak kan...

Ni ubat dari klinik biasa. Sempat la darissa mkn sekali. Ada ubat minum, air garam/ORS & Smecta untuk cirit birit. Lepas maghrib darissa muntah n cirit sekali. Asben saya amik keputusan bawak Darissa ke Klinik kanak2.

Ke Klinik kanak-kanak Serena lah kita. Doc kata memang wabak muntah2 n cicit birit sekarang ni. Sape yang ada nak kecik hati2 yer. Dan saya harap Danish tak lah berjangkit dengan Darissa nie. Penyakit ni boleh berjangkit yer.

Muka budak demam. Sekarang ni Darissa takdelah muntah2 cume cirit jer. Makan memang dia tak berselra cume nenen je dia nak. Memang kena paksa dia minum banyak air. Terima kasih pada semua kawan-kawan yang concern pada Darissa yer...

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ

Big Brother lagi

Hari Ahad masa cuti CNY tu saya masih pening lagi..makan ubat je dia reda bila ubat tu dah kebah datang balik sakit kepala...tapi bukanlah saya berisi yer puan-puan semua. Walaupun kat kampung dah pegi klinik bila balik Sg Buloh ni pegilah lagi klinik. Risaulah kan kot2 darah tinggi ke apa. Doc ckap migrain plak...macam tu rasa migrain yer..Janganlah datang lagi sakit kepala macam tu lagi....

Lepas pegi klinik pegilah makan. Hari tu pegi Big Brother waktu malam kali ni pegi waktu siang plak. See, sakit-sakit pun makan tetap lalu...haahhahaa


Dimulakan dengan budak kecik nie..

Orderlah mushroom sup untuk Darissa. Sekali datang mushroom soup buatan sendiri. Saya ingatkan macam kat pizza hut tu punya.Yang ni betul2 rasa cendawan. Tapi tetap sedaplah. Takdelah saya suap byk sangat kat Darissa sebab takut dia angin. Cendawan boleh membuatkan perut kita angin yer..

Ni ibu dia plak..Muka tak boleh blah dengan rambut keras kejung nya...heeee..muka orang pening, maafkanlah yer..

Fresh oren n air apple, danish n abah dia punya..saya minum sikit2 jer..Ada bekal air suam...heeeee

Ni pizza big brother..sedap giler...gebu n banyak cheese...cube tau kalu korang makan kat Big Brother..Danish lah sibuk nak pizza, so kasi orderlah... makan ngan Danish pizza ni..tapi tak abis, bawak baliklah pizza tu..

Ni asben saya punya. Chicken Char Boiled namanya..

Ni Jely Ice Cream Danish punya. Sibuk nak ice cream...last-last tak abis..

Last, pic Danish..

Big brother ni terletak di Kota Damansara yer..Dekatlah jugak ngan Ice Room n Sekinchan Ikan Bakar. Kalu nak tau alamat n map ke sana KLIK SINI


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ

Thursday, February 10, 2011

Darissa 10 bulan = muntah n cirit birit

Hari ni Darissa 10 bulan n hari ni jugak Darissa terkena cirit2 n muntah...Kul 2 pm tadi saya balik rumah sebab cikgu nursery dia kol suh saya balik bawak Dicha p klinik. Kalu sampai cikgu dia kol memang dah teruklah tu kan..dorang kata risau sebba baby kan.

Saya pun baliklah n amik dicha. Alhamdulillah tgk dia takdelah lembik. Mungkin sebab baru kena kan. Orang kata baru nak jadi. Smpai umah dalam kul 2.30pm. Tengok skejap dia ada muntah ke tak lepas nenen. Dia muntah jugak. Saya suruh asben saya balik n bawak kami p klinik. Bawaklah dia ke klinik biasa dulu sebab klinik kanak2 yang selalu kami pegi tu bukak kul 6. SMS Deqna mintak no tel Klinik Kanak2 yang dia pegi bawak Marissa n dia pun cakap klinik tu bukak pukul 6 jgk. Kalu tak silap saya lah. Sory Deqna kalu tersalah yer. Deqna siap kol lagi saya. Terima kasih banyak2 yer. Lambat sangat kalu nak tunggu kul 6 , kami bawak Dicha p kilinik biasa dulu. Kalu tak elok jugak baru pegi klinik kanak2 tu balik malam nanti.

Sekarang Dicha tengah tido lepas makan ubat. Harap2 cepatlah baik muntahnya..Terima kasih jugak pada kawan-kawan yang komen n mendoakan Darissa di FB tadi..


Minta maaf n3 ini takde gambar.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ

Part last - Termakan daging kijang

Hari ke dua saya di kampung iaitu hari Jumaat saya tak sihat...spoil betul lah tau. Tak pernah-pernah balik kampung demam n sakit teruk macam tu..muntah-muntah. Makan je muntah, muntah n muntah. Kepala jangan cakaplah rasa nak pecah. Memang terbaring jelah. Darissa pun terabai. Nak nenen je baru saya amik. Nasib kat kampung ramai yang melayan. Pegi klinik doktor kasi cucuk baru lega. Tu pun ada pening2 jugak.

Mak picitkan kepala, sedap mak picit tapi tetap pening jugak..Mulut tu terpaksa sensored sebab buruk benor muncung saya...Asben saya perdajal snap kan pic ni...

Hari terakhir di kampung kami p kenduri kawin. Dua rumah pergi n dua-dua rumah saya tak jumpe pengantin...heheeee..datang makan n salam2 terus balik...

Meja beradap

Pelamin

Dicha n opah chu

Kat umah pengantin ni lah saya termakan daging kijang. Rupenya daging yang dorang masak tu kijang. Dah sampai umah baru mak bagi tau tu daging kijang. Tapi sedap tau daging dia. Macam daging biasa tu cume lembutlah. Kalu saya tau dari awal memang saya tak makan daging tu...kesiannnn


Makanlah kome..tengok saya makan bubur tu..ish ish ish mak mertua kat sebelah pun buat dek jer...:)

Danish n pak long

Kat umah pengantin tu ada kugiran..kelasss kan..saya kawin pun takde band2 ni tau..

Paling best 'akak' ni nyanyi..dangdut seh...gelek jangan tak gelek..

Last ibu n Dicha..

Ok abis sudah cerita di kampung...pada yang tak jemu baca terima kasih banyak2 yer...lepas ni saya up cerita lain plak yer...

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ