Status

TQ coz sudi menjengah blog ni..

Aktiviti blogwalking tergendala sikit...Aktiviti blogwalking akan saya jalankan secara habis-habisan bila weeken jer..tunggu kedatangan saya tau...thanx korang...


Monday, January 31, 2011

Apa ada dalam goodie bag?

Entry sebelum ni berkisarkan bithday celebration Danish di tadikanya. Kali ni nak tunjuklah apa dalam goodie bag tu. Kali ni memang saya tak letakkan jajan.

Mula2 plastic bag nya..

tak tau apa namanya..

Sand art

Saya tak letak jajan, saya gantikan dengan fancy cookies nie.. cookies ni saya order kat Kak Muza. Saya paling suka cookies nie...

Bila dikumpul2 jadilah macam nie.

Itu sajer. Di harap dapat membantu kawan-kawan n memberilah sikit idea.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ







Birthday Danish di Tadika

Majlis start jam 9 am. Layan gambar jelah yer. Saya adalah letak caption disetiap gambar.

Tahun ni amik pic Four Arms flavour dia saya amik White Chocolate Macademia.

Goodie bags

Motip abah dia snap macam ni?hehehehhe..Sian kepala Danish je tinggal...Buat semua, ini belated birthday punya celebration tau tu sebab kat kek dia 5 tahun. Birthday dia bulan 12 hari tu. Buat bulan January sebab nak tunggu sekolah buka. Tahun ni last Danish di Tadika sebba tahun depan dia masuk Darjah 1

Birthday boy

Kawan-kawan tadikanya. Meriah ngan perangai n suara budak2 nie. Suka tengok dorang happy. Dorang2 ni semua pakai baju hijau sebab Jumaat pagi dorang ada Pendidikan Jasmani.

Darissa pun celebrate sekali. Hari tu lambat sikit lah saya anta dia di nursey.Ha kau ibu dia...selambak kat situ...hhehehehe
Bersama cikgu2 dia..

Cake cutting..

Bersama kawans sekelas dia.

Makan time.

Selain tu saya ada sediakan jugak mihun goreng putih nie. Tapi acik yang masak, bukan saya yer...

Hancur kek ni jadinya. Kan kek ni cepat lembiknya...lembut sangat..tak pe janji sodap..kelakar siap ada kawan dia cakap Kek Danish sedap giler.....tergelak saya dengar..hahahha

Last pic Danish tengah makan. Kesian tengok dia makan. Kalu kat umah mesti kita suap. Kalu dia di sekolah mesti semua kena buat sendiri...sedih...sob sob sob...

Itu sajer.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Saturday, January 29, 2011

Junior Masterchef Australia

Ada tak yang tengok rancangan ni? Saya sangat suka tengok rancangan ni sekarang. Kat Channel 711. Waktu siarannya tak pasti sebab kat Astro kan selalu ulang2 so tak tau waktu siaran dia yang betul...heeee...kagum ok budak kecik masak hebat2. Dengan presentation dia. Suka tengok. Yang masak budak2 yang ebrumur 8-12 tahun, kalu tak silap saya lah


Nilah 12 peserta yang masuk MasterChef Junior nie..

Google2 dapatlah tau pemenangnya. Isabella namanya. Tahniahlah yer..Kagum akak dengan ko Isabella...

Malu ngan budak2 kecik ni semua sebab dorang sangat hebat memasak compare ngan saya. hehhehe. Yang jadi tanda tanya dorang ni memang dari kecik dah masuk dapur ker?Bagi ye mak pak dorang. Tulah orang putih ni kebanyakannya sporting kan. Yelah sebab anak saya kalu masuk dapur nak main air ke nak main besen2 kat dapur tu pun saya dah bising. Ni apatah lagi nak bermain ngan kuali n dapur...hissshhhhh...

Itu sajer. Happy Weeken Uolls..Pic kredit to FB MasterChef

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Friday, January 28, 2011

Kek n Fancy Cookies

Hari ni kan Danish celebrate birthday dia di Tadika. Tadi kami suami isteri masuk lambat sebab nak tengok Danish celebrate ngan kawan-kawan dia. Pic celebrate tadi nanti2 lah saya share yer. sebab nak kene edit and resize dulu.

Sebab kan nak buat birthday dia waktu pagi di Tadika, kek kenalah amik Khamis malam n simpan dalam fridge kat umah.

Tunjuk kotaklah jelah yer. Kasi suprise lah konon kat kawan2 semua hehehhehe.Ala....kek danish berunsurkan Ben 10 je pun...

Saya paling suka fancy cookies nie...suka sebab comel..sedap plak tu. Sy order dari ofismate, Kak Muza namanya. Boleh lah ke blog dia KLIK atau ke FB dia KLIK


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Thursday, January 27, 2011

Cream untuk Nipple


Saya kan masih bf anak. Kawasan nipple saya sakit sebab melecet n kulit kering di persekitaran itu. Sebelum ni saya ada beli cream di farmasi tapi cream tu kalu kita pakai baby tak boleh hisap susu. Macam agak susahlah kan. So, saya kol lah nieda. Saya teringat dia ada buat n3 pasal nipple cream tu. Dia cakap dia beli di Mother Care n boleh cari dekat kedai baby di Sunway Giza.

Memandangkan sekarang ialah weekdays agak susahlah nak merayap sana cni. Lepas tu baru teringat yang di Sg Buloh ada kedai baby selain Manjaku. Semalam lepas balik keje singgah jap nak tanya kot2 ada jual cream untuk nipple tu. Nasib ada tapi ia penyediaan tradisional gitu. Di perbuat dari betik. Ingatkan dari Indonesia tapi rupenya dari Australia. Berharga RM19.90. SA tu kata bila apply cream ni di nipple baby still boleh menyusu lagi. Cream ni jugak elok untuk luka-luka kecil n kena gigitan serangga. Memang sesuai lah untuk baby n budak2. Takdelah kita risau kalu dia usik tempat luka tu bila kita guna cream ni.

Ni lah creamnya. Oklah sementara nak tunggu weekend kan. Kalu cream ni elok saya teruskanlah. Kalu tak elok kenalah cari cream seperti yang nieda syorkan..Apa2 pun tq nieda...

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ

Terima kasih korang

Semalam..pada yang sudi baca n sudi komen mengenai terasa hati saya tu saya ucapkan terima kasih banyak2. Tak sangka kawan-kawan alam maya saya punya hati yang sangat baik, saya terharu. Ada bersama saya semasa saya dalam kesedihan. Saya sangat sangat menghargainya. Terima kasih banyak2. Sedikit sebanyak tapi memang banyaklah memberikan saya semangat n terus membuatkan saya ceria dengan kata2 nasihat, semangat, pesanan n banyak lagilah. Hari ni saya pergi kerja dengan satu semangat baru. Yang lepas tu biarlah berlalu. Terima kasih banyak2 korang...saya sangat sayangkan kawan-kawan semua.~ hugs~

Terimalah bear yang comel untuk semua kawan2 saya yang sangat baik hati n sweet....

Psst...minta maaf semalam aktiviti blogwalking tak dapat dijalankan dengan sempurna sebab semalam tuan blog terasa hati..InsyaAllah hari ni saya cube ok..TQ

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE.




Wednesday, January 26, 2011

Saya yang terasa hati...


Mula-mula nak cakap ni bukan berkaitan dengan hal rumah tangga yer. Pasal tempat kerja..Susah kalu saya nak cite panjang lebar kat sini sebab takut ada yang tak berkenaan baca. Apa2 pun saya syukur dengan apa yang saya ada sekarang ni. Walaupun saya tak sehebat orang lain dapat tapi buat apalah kita asyik tengok kekurangan diri sendiri. Pandanglah kelebihan apa yang kita ada. Saya percaya ada hikmah disebaliknya. Mungkin Allah tak bagi rezeki tang ini tapi dia bagi rezeki tang lain. Tak pe..Mula-mula memang sedih tapi lepas dengar motivasi dari asben n mak saya barulah lega sikit. Semuanya berbalik pada NYA. Walaupun tak banyak n tak lebat macam orang lain tapi kenalah bersyukur dengan rezeki yang Allah beri ini. Saya cerita kat blog sebab saya tau saya punya kawan alam maya yang caring pasal saya kan. (wah!perasan). Dengar komen2 komen dari kawan-kawan saya percaya boleh menaikkan semangat saya balik.


Psst minta maaf kalu pengolahan ayat sangat teruk.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




KopiClub

Mintak maaflah turutan n3 agak tunggan terbalik sikit.

Lepas selesai urusan beli barang itu , asben sy dah lapar plak..Dia memang tetiba je lapar. Kenalah cari nasi. Kat Low Yat tak banyak pilihan kedai makannya. Nak ke Sg Wang leceh sebab hari ujan. Last2 kami makan di KopiClub. Ala2 kopitiam lah kedainya..

Dua2 air dia punya...Hambikkkkk....

Ni asben punya. Ada kari ikan n ayam pandan. Kari dia sedap pekat likat...

Danish ngan roti bakarnya..

Pic ni dah tunjukkan dalam n3 sebelum ni kan..Pic2 banyak di ambil pakai hp. Pic ni je guna muncung2 saya. Ohhhhhh Darissa ni sangat menguji kesabaran kami. Nak melasak jer. Geram ok ngan dia....grrrrrrrrrr

Ni saya punya. Chicken Chop. Tak sedap pung...

Itu sajer.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Tuesday, January 25, 2011

Barang2 untuk goodie bag

Jumaat nie InsyaAllah akan buat birthday Danish di tadikanya. Macam tahun lepas saya akan buat bila sekolah dah buka. Baru kawan dia ramai sikit. Cume tahun lepas saya buat di Taska , tahun ni buat di Tadika dia plak sebab tahun ni tahun akhir Danish di tadikanya so saya buatlah disana. Tahun depan dia kan dah Darjah satu.

Kek ari Sabtu hari tu saya dah tempah. Semalam balik keje singgah kedai borong belilah benda2 nak masukkan dalam goodie bag tu. Kali ni sy tak letak jajan dalam tu. Saya gantikan dengan fancy cookies ..Nanti lepas majlis dah selesai saya akan share lagi kat blog yer.


Ni yang saya beli semalam. Tak taulah kot ada abah dia nak tambah apa2 kemudian.


Lepas dah beli sorok dalam bonet. Takut Danish nampak. Kene tunggu malam anak2 tido baru boleh siapkan goodie bag tu semua.

Itu sajer. Harap Danish sukalah sambut birthday ngan kawan-kawan dia.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Monday, January 24, 2011

Sabtu kami

Hari Sabtu mak abah n nenek datang umah saya. Sabtu tu jugak suami saya ada annual dinner company dia. Isteri n anak2 tak boleh ikut. Mak abah nenek datang umah saya sebab nak leka kan Danish. Danish biasalah tak boleh kena tinggal. Lepas asben saya kuar , kami semua pun kuar. Tak pegi mana pun pegi The Store makan pizza...hehehehhe. Tempat paling dekat n senang.

Mak n nenek saya.

Atuk n Dicha. Budak yang tak boleh duk diam sekarang. Kalu tido barulah dia duk diam.

Danish, kesian kena tinggal. Abah dinner kat Kelab Golf kita dinner kat The Store makan pizza lagi kannnnnn....

Makanlah kita....

Ni sedap, Baked Chicken Meatball with cheese kot namanya...Makanan semua takde berlebih..bagus mak abah n nenek saya..dorang ok je makan pizza ni..Alah bukan selalu pun..Sekali sekala layan fast food...

Nasiblah asbeb saya agak bertuah malam tu. Lucky draw dapat kipas hehehehhee. Tapi dia nak LCD TV...Ok lah tu dapat kipas kan dari tak dapat apa2...

Ni kipasnya...

Asben saya jgk dapat 5th Years Service Award. Dalam sampul surat tu ada cek, dapatlah RM250. Alhamdulillah...

Itu sajer.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Syukur Alhamdulillah...Terima Kasih abang!!!

Alhamdulillah...saya dapat apa yang saya nak dah. Lepas ni 10 tahunlah saya tak minta apa2 dah dari suami saya. Boleh caya ker?hehehhee

Ke Low Yat lah semalam. Walaupun bukan amik model yang latest, bukan model yang canggih tapi amiklah yang sepadan ngan poket dia..heeeeee...Kami beli untuk kegunaan sendiri jer bukan nak buat bisnes pun.. Janji ado... Orang kata body yang biasa pun tak pe janji lens dia yang buat pic tu cantik...Saya ni ok jer bukan tau sangat bab2 camera ni.

Ada gaya tak? Tapi saya rasa saya akan gunakan camera hp sy ni sebab macam leceh je kan...(Bila takde, nak sangat...bila dah ada banyak plak komplen saya)..



Hasil dari Canon saya. Tanpa edit hanya resize kan ajer. Oklah...Apa2pun, syukur Alhamdulillah...

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ