Status

TQ coz sudi menjengah blog ni..

Aktiviti blogwalking tergendala sikit...Aktiviti blogwalking akan saya jalankan secara habis-habisan bila weeken jer..tunggu kedatangan saya tau...thanx korang...


Tuesday, December 13, 2011

Terjumpa Ben 10 di Alpha Angle @ Jusco Wangsa Maju

 Ni pun kisah minggu lepas. Lepas balik kemduri kawin tu saya balik Gombak lepas tu mau ke Jusco Wangsa Maju sebab nak beli baju sekolah Danish. Mak saya pun ikut sekali. Nenek n abah tak nak ikut.

Lepas beli baju sekolah Danish singgah makan Chicken Rice Shop. Mak saya suka makan nasi ayam tulah kami ke sini.



 Kemain lagi budak kecik ni, nak makan sendiri. Banyak yang tumpah dari masuk dalam mulut dia.


Saya muka besar dulang bersama ngan mak saya... Tengok rambut saya tu bersepah. Tak reti nak buat macam mana. Bila kita sikat dia ok, lepas tu mulalah dia serabai. Dove pun tak boleh nak tolong.

 Eh tetiba ada pulak benda ni...saya telah berjaya menge'paw' mak saya..hehehhehee. Takdelah. Saya singgah Body Shop nak beli minyak wangi ni tetiba mak saya kata dia bayar..Apa lagi kan saya ni  bagai 'pucuk dicita ulam mendatang' la kan....Hadiah birthday katanya. Maklumlah kan tak lama lagi kan birthday I.....Kalu saya tau saya amik yang lain-lain....Ingat memang nak amik yang lain tetiba asben saya datang tepi saya. Dia buat jelingan tajam dia tu, terus tak jadi...hahahahaa

Tapikan Danish pun berjaya 'paw' nenek dia. Tu nanti saya buat n3. Pic kat HP tak transfer lagi. Ala 'paw' biasa2 je....


Nasiblah grilled butter chicken ni ada lagi. Dialah penyelamatnya. Saya lebih suka ayam ni compare ngan ayam lain.


 Makanan-makanan itu.


 Pai Tee. Saya tak bape suka ni.


 Kekasih kekasih saya n dicha

Lepas dah makan n nak ke parking terjumpelah Ben 10 ni. Apa lagi Danish menggelupur lah nak snap pic ngan Ben 10.


 1st Pose


 2nd pose. Amboi ko Ben 10 main kepala nampak? 

Itu saje. N3 pasla Ben 10 tapi penuh ngan gambar makanan. Tak tau nak letak tajuk apa tulah jadi macam ni...


 
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




13 comments:

POSH76 said...

sedapla pulak layan chicken rice tu...yg butter to look yummy..pandai dah sikecik tu makan yer

eis said...

kalau kae jumpa ben 10 sure nak bergambar jugak :D

rasp said...

aritu gi makan kat CR sbbkan butter chicken nie lah hehehehe...
suka lah danish ek sis dpt bergambar dgn Ben10...

Pepel BoNda AmaNi said...

cik abang awak sama macam dedi amani..klu maktok nak belikan apa2..kompom dia akan menjeling..hehehehe

mamyharraz said...

akk pun suka bater chicken kt situ..baru ahad hari tu makan.mmg sedapss kan hanim.

hehe samalah akk kalau keluar dgn mak mesti dpt sesuatu mak belanja :")

mesti danish suka dpt jumpa ben10 kan.

mrs.ecam said...

uish klu ank aku nmpk ben10 ni pong kompom menggelupur nih...heeeeeeeeeeeeeee

~izan~ said...

wow! dpt jumpan ben 10,susah ni nk jumpa real2 camni.bestnyer!

syoknya mak bg hadiah besday in advance =)

Mimy Hamid said...

ala hanim frust je tau ...memang nak makan chicken butter ni...sy dah pegi JJ wmaju hari sabtu tp malas nak jalan bawah singgah oldtown je kalau tau makan situ ..kecur air liur

Cho Zila said...

akak kurang sikit CRSni tapi bolehler... bestnyer der gambar ngan ben10.. anak akka yang keciktu kalau nampakpun mesti melompat...

Eri-chan said...

ayam nampak yummeh

ieda said...

geram tgk dicha ...
dikk rambut tu bukan ape .. kalau ditutupiyg dgn selendang lagi manis kan x nampak lah yg serabai tuu :) ...

ermmm terserlah suke di danish bila jumpe BEN 10 .. hurmm kalau anak akak zahrien tuu sure same je .. dah pandai skrg nie :)
besar tul ben10 ekkeke :)

Deqna said...

ooo paw nenek yer.... takpelah nenek belanja kan... pesalahnya..

nieda said...

nieda kalau pergi chicken rice wajib order pai tee..favorite tu..pelik pula muza x minat..

kemain lagi ben 10 tu, humaira sure kecut tgk ben10 ni, besor