Status

TQ coz sudi menjengah blog ni..

Aktiviti blogwalking tergendala sikit...Aktiviti blogwalking akan saya jalankan secara habis-habisan bila weeken jer..tunggu kedatangan saya tau...thanx korang...


Tuesday, December 20, 2011

Laman Grill Steak & Bar B Que - Restoran Chef Zubir Masterchef Malaysia

Ahad malam kami ke Laman Grill, Laman Seri Business Park Sec 13 Shah Alam. Terletak sebelah Kolej PTPL . Laman Grill ni saya tengok kat dalam Masterchef Malaysia. Asben saya yang nak sangat makan kat sini. Consider celebrate birthday saya ngan family pulak lah kan..heheheheh perasan... Laman Grill ni kepunyann Chef Zubir. Salah sorang juri dalam Masterchef tu.

Saya tunjukkan sikit keadaan restoran dia yer.


Kalu siang mesti cantik kot. Restoran dia sangat cantik n kemas. Banyak hijau hijau. Sejuk mata memandang



Sebabkan kami duk kat luar so keadaan persekitaran kat luar je lah kami snap. Kat dalam ramai orang.  Kat dalam dia pun cantik tau.
 
 Air order dua jer. Ini pun tak habis. Sebab dicha main celup celup tangan dalam Ice Lemon Tea saya tu.. Uwaaa!!!!. Minum jelah air suam bekal dari rumah tu.


Dicha yang notty motty

 Ibu n dicha..


 Danish. Entah mana dia dapat entah lesung pipit tu. Ibu n abah dia memang takde lesung pipit pun.


 Biasalah kalu ada anak-anak Spagethhi Carbonara lah yang saya order sebab anak-anak suka. Harga dia RM20.50. Rasa dia? biasa-biasa je. Big Brother punya lagi sedap. Ini pun jenuh nak suap dorang. Sorang sibuk ngan ice cream sorang sibuk main celup-celup tangan dalam gelas. Grrrrrrrr!!!!!




Marbled Chicken Chop asben saya punya.  RM25.50. Rasa dia oklah sedap jugak. Presentation dia sangat menarik. Nampak kelasss kan. 
Sekali lagi, mungkin kami tersalah pilih menu atau expectation kami terhadap restoran ni terlalu tinggi. Kata Chef punya kan. Mestilah saya ingat sedap melampau.



Warm Lava Chocolate Cake With Ice Cream. RM 12.50.  Ni sedaps!.Presentation dia saya suka. Tapi ingatkan choclate dalam kek tu melimpah-limpah tapi tak pun. Tapi ada lah coklah kat tengah2 kek tu.


Konon-konon kek birthday saya lah ni. Tumpang gambar jer. Pinjam Danish punya sat. hehehehee
Kesimpulanya lain orang lain tekaknya. Mungkin kalu kita pilih menu yang lain rasa nya sedap kot. Biasanya kalu saya pergi kedai baru chicken chop n spahetthi carbonara lah yang saya order sebab itu yang kami paling suka. Nak tengok restoran mana yang paling sedap. Kambing ni kami tak makan sangat. Tulah tak order lamb.

Apa-apa pun Selamat Mencuba! . Oh lagi satu tukang masaknya muda-muda. Mungkin student Chef Zubir kot.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ





  

13 comments:

POSH76 said...

teruja tengok hari tu kat Masterchef nak terai gakler...tempat to look nice & cozy

ZalinZalina said...

Salam kenal...dekat je dengan rumah kak ina ni tapi belum pernah singgah lagi..baru follow ur blog :)

atty's said...

bila lah nak dpt makan kat sini..kalau dekat dah terai ngn along

Mimy Hamid said...

penangan masterchef...tempat lawa nice..presentation terbaek...very the kelasss...tp u kata rasa so so..hmmm mcm takpe gi kot..hehe

♥ Wina ♥ said...

restoran dia nampak cozy & cantek :-)

mamyharraz said...

tempat tu sgt cantik.

mkanan yg hanim snap pun cantik sgt dr pandangan akk..harga pun berpatutan kan.oklah nnt one day boleh akk try ;)

bestnya lepas rai dgn suami kali ni rai dgn anak2 pula..happy berganda kan. :)

rasp said...

iye lah kan ...
mesti kita expect superb rasanya...
but the restoran mmg nampak cozy...

win@momyShaneQeisha said...

cantiknya restoran chef zubir ni hanim...mmg kelas gitu.
*menu2 tu semua menarik, sayangnya jauh sgt.bila la nak merasa.Warm Lava Chocolate Cake With Ice Cream tu mmg menarik..

nieda said...

restoren cantik...selalu lalu je kt tmpt ni... nieda tgh survey2 gak tmpt best utk celebrate anniversary

Papa PUSS said...

wah mcm best je tempat dia..
mahal tak??


BTW dah follow here..
Hope hit me back.. Thanks....:)

Eri-chan said...

cantik tapi kalau rasa biasa2 je tak bestla..

IxoR@ said...

ok nasib baik...

entri makan kat laman grill ni, tak membuat cik pora meresah....

hahahaha.... so tak teringin makan kat situ....

ada2 je kan... :P

eyndayusoff said...

Belum try makan kat situ tapi dari dlm kete kalau lalu memang suka tengok kedai tu :-)