Status

TQ coz sudi menjengah blog ni..

Aktiviti blogwalking tergendala sikit...Aktiviti blogwalking akan saya jalankan secara habis-habisan bila weeken jer..tunggu kedatangan saya tau...thanx korang...


Thursday, December 29, 2011

Cuti-cuti Melaka lagi

 25hb Disember kami ke Melaka lagi. Kali ni family trip. Family saya n family mertua abang saya. 2 hari 1 malam disana. Kami tido di Mahkota Hotel.. Amik 3 unit apartment.  Setaip apartment mempunyai 2 bilik. Saya share ngan mak abah saya apartment tu. Trip kali ni sebenarnya untuk parents kami. Saje bawa mak abah masing-masing berjalan. Travel ngan orang tua kan pegi jelah dekat2.

Kali ni saya lump sum kan n3 Melaka ni. Takde part-part. Pegi Melaka je pun bukan I pergi Macau....heheheheee



 Ruang tamu


 Dapurnya. Tak boleh masak tapi setakat nak panas2kan lauk ok kot.


 Master bedroom. Bilik lagi satu asben saya tak snap pulak. Overall bilik dia oklah...bersih. Puaslah hati jugak.



Apartment kami menghadap laut. Tapi laut tu tak boleh mandi. Masa ni air tengah surut.


Nampaklah sunset ala2 manja tu. Rasa macam nak tebang je pelepah pokok kelapa tu!

Malam kami ke Alai nak makan ikan bakar. Selalu ke Umbai tapi kali ni abang saya bawa kami ke Alai. Sejam ok nak ke sana. Dengan jem nya. Biasalah Melaka kan kalu time cuti2 ni jem sesaje.


 Orang ramai giler. Ikan pun dah nak habis. Makan jelah apa yang ada. Alang-alang dah sampai, makan jelah Tak kan nak balik kan.
 

 Anak bujang saya yang berlesung pipit.


 Kami. Darissa yang banyak songeh bercuti kali ni. Asik nak berkepiy je ngan ibu dia!




Kepah sambal. Sedap!


Serangggggggggg....


 Cak!. Tengok mulut si kecik tu. Dia suka snagat makan otak2 tu. Sedap tau otak2 tu. Pedas. Tahan tau Dicha makan pedas. Bagus bagus. Nanti ibu bagi sambal belacan kat Dicha yer.


 Udang bakar yang montel-montel.


 Seranggggggggg lagiii


 Nasi lemak


 Sotong goreng tepung, pari bakar n kepah sambal.Semua sedap2. Ini je lah yang asben saya snap. Lauk lain tak snap sebab dia dah lapar!

Esok pagu kami smeua breakfast di Hotel. Ramai giler orang.





 Brekfast ala-ala omputih ni asben saya punya. Berangan lah tu...Ada macam-macam pilihan makanan semaunya sedap-sedap. Serius sedap. Paling sedap rendang ayam. Perghhhh terangkat!




 Masing-masing puluh sebba malam tadi tak puas makan ikan bakar...hehehehehe


 Sedapkan mak..lenkali kita p jalan-jalan lagi yer..



 Ramaikan?kebanyakna chinese. Saya syak dornag ni dari Singapore lah.


 Budak kecik sangat memberi kerjasama masa breakfast tu. Dapat kami makan dengan tenang.



 Swimming pool yang berdekatan ngan lobi. Terdapat 2 kawasan yang ada swimming pool. Kawasan hotel ni sangat cantik tau. Penuh ngan hijau-hijau. Kawasan dia pun bersih. I likeeee..







 Cantikkan kawasan dia. Sejuk mata menadang.



 Lepas breakfast masing-masing terjun pool lah sebelum nak check out.

 

  Saya terpaksa join dornag mandi sebab abah nya demam pulak...selsema.

Balik mandi pool sebelum check out tu Danish lapar pulak. Orderlah room service. Dia nak burger.





 Mahkota Homemade burger, RM25.50. Kalu kat bluar set burger ni 8 hinngit je kot. Tapi burger dia mmg sedap.



 Lepas checkout kami singgah Banda Hilir ingatkan nak naik River Cruise tapi ramai giler orang beratur. Tak jadi nak naik. Takpe lenkali kita p lagi hanya untuk naik River cruise tu. Ala Melaka kan tak jauh pun, 2 jam sampai lah..heheheeee

Itu sajer cerita Melaka.

Pssst blog korang yang saya tak singgah weeken saya sampai yer..Terima kasih sebab sudi baca cerita Melaka saya yang panjang ni..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ





  

9 comments:

| SUE | said...

berapa eks rate apartmt kat situ?..eh burger tu tempting la

♥ Leily | Ummi Alya Husna ♥ said...

best la hanim..
enjoy aje kalo bercuti ramai2 ni..
saya jarang sgt nk bercuti ramai2 gitu, msg2 terikat ngan kerja..

adess.. agaknye bilela bleh luang masa ramai2 gitu tatau.. huhuhu

bonda dadif aka akish said...

enjoy sgt kan holiday ngan family....

teringat time kite holiday g makhkota hotel tuh....dadif dlm perot lagi..

=)

rasp said...

i suka gi melaka...
tapi kalo cuti skolah mmg saya avoid ke melaka sbb tau jem nye...
and kalo tak cuti skolah...
memang best tau makan kat alai tu sis...
dah ler masakan dia pun sodap2...

Mimy Hamid said...

saya pernah tido sini ngan family..yes Mahkota Hotel..suka ngan hotel ni yang cantik..dulu pun sy n family book apartment 3 bilik...tapi tak hadap laut..hadap blok aprt lain je..cuma tak sempat nak mandi pool sbb time tu strict sgt konon kena pakai baju mandi...iskkk tak jadi..breakfast kat situ pun sedap..macam macam ada

wahida said...

yg penting apartment tu bersih...

aku kalau gi Melaka, teringin sgt nak rasa coconut shake tu...huhu...

ieda said...

wah dikk meriah betulll
bila ramai yg joint lagi seronok kan .. hurmm akak memang teringin nak ke melaka nie ..
dulu gi masa lepas sekolah bayangkan berapa lama ..

aloor2 cumeinya darissa berbikini !!

nieda said...

melaka mmgbest tp kalau pergi time cuti sekolah jammed memanjang...

Deqna said...

wah meriah nya gi ramai2 kan...mesti mak bapak hanim hepi kan...