TQ coz sudi menjengah blog ni..



Thursday, August 25, 2011

Kuih raya saya

Kuih raya tu namanya Chocolate Roll. Kuih ni memang tiap2 tahun beli sebab sedap. Satu ni je yang saya beli n ada beli kerepek juga tapi tak dapat lagi. Ada opismate jual saya orderlah. Orang kata support kawan meniaga gitu.

Kang beli banyak2 membazir sebab mak saya pun ada buat kuih raya.Tapi bukan untuk meniaga tapi untuk makan sendiri n jamu orang. Dah larang tapi mak tetaplah buat jugak kuih...

Uolls yang order kuih raya tu dah dapat ke?ke korang semua buat sendiri? semakin rasa bahang nak raya kan.....
~Sent via my lurvely nokia~

Tuesday, August 23, 2011

Bekas kuih raya saya

Dah nak raya dah kita kan...cepat je masa berlalu.

Kuih raya dah beli ker?ke korang buat? saya tak buat pun. Macam biasa alasan sebab ada anak kecik susah nak lama2 kat dapur tu. Saya beli satu jenis jer. Yang lain2 amik kat umah mak kot atau kalu ada rezeki nanti mak mertua mesti kasi punya kuih raya...hahahahaha

Mak saya ada belikan saya bekas untuk kuih raya. Katanya nak sedondon ngan Dinner & Tea set yang mak saya belikan sebelum ni . Kot ada yang perasan saya dah guna pun pinggan tu. Ala yang saya letak lauk-lauk tu..contoh macam kat bawah ni...

Pinggan nilah. . Ikan masak kicap ni saya masak jugak tau masa buka pose ari tu. Nak jugak bagitau....hehehehe

Nilah bekas kuih raya tu. Kan sama je design bunga-bunga tu dengan kat pinggan kat atas tu. Masih dalam plastik lagi. Nasib baik saya tak tunjuk dengan kotak-kotak nya sekali.heeeeee

Bila dibuka plastiknya. Ala2 deko english gitu. Saya suka corak bunga-bunga tu.

Ni gambar secara dekat.

Saya ni pinggan mangkuk tak berapa minat. Saya, pinggan percuma kalu beli Darlie atau Daia pun saya boleh pakai. Tapi yang ni mak dah bagikan, i amik jelah...hahahaha. Apa-apa pun terima kasih mak!

Ok itu sajer.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ






Monday, August 22, 2011

Jombali

Bukan ajak korang semua pergi Bali tapi ajak saya tengok apa yang saya makan kat Jombali. Jombali ni nama sebuah restoran di dalam Tesco Mutiara Damansara.

Semalam lepas berbuka secara ringan-ringan kat umah, kami ke The Curve untuk berbuka secara berat-berat pulak. Kalu pergi makan lepas waktu berbuka orang tak berapa ramai. Nak soping pun aman jer. I likeeeee....

Buke menu Jombali

Danish ngan aiskrim memang tak boleh dipisahkan.

Inilah gaya Dicha bila suruh senyummmmmmm

Kemain lagi kaki tu yer..

Air kami. Soya bean bersama gula melaka. Sedap jugak! Lagi satu tu air saya, air kopi. Anak2 kami belikan Chicky Meal.

Nasi goreng "taktaunamasebenar". Macam nasi goreng daging jer. Sedap n pedas! Asben saya punya.

Silang Kuew Teow Beef. Tak tau apa yang silangnya. Ala2 Kantonese Beef Kuew Teow. Punyalah lama saya teringin nak makan lepas tengok kat blog Bonda Amani. Barulah sekarang dapat. Walaupun yang ni ala2 jer tapi sedap tau! Portion sangat besar. Memang tak abislah. Yang abis daging dia jer....heeeeee

It sajer. Total makan RM30.70.







Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ

Thursday, August 18, 2011

Tak sabar nak balik kampung!

Semalam saya kol MIL. Saya ni agak jarang lah nak kol MIL sebab segan. Serius! Walaupun nak dekat 7 tahun kawin perasaan segan n malu tu masih ada. Nak manja2 n landing kat MIL memang taklah. I malu!

Kalu saya balik kampung, MIL mesti tanya nak makan apa. Memang saya akan senyum n sengih2 jer. Bunyi macam perempuan melayu terakhir je kan..hahahhaha. Asben saya akan tlg cakapkan yang saya nak makan itu ini. Paling saya suka hasil tangan MIL ialah sambal ikan sardin n keli dia. Perghhhhhh memang terbaiklah!

Semalam masa saya kol, mak (MIL) tanya teringin nak makan kuih raya apa. Sebab tahun ni dia nak buat kuih raya. Terharu sangat. Saya macam biasalah tak kan jawab punya. Asben saya plak myampuk kat belakang cakap saya nak ikan sambal. Hp tu saya kasi loudspeeker tu sebab dia leh nyampuk. Nak tau mak cakap apa? Dia cakap..........

"Baliklah kampung, ari ari mak boleh masakkan ikan sambal tu" uwaaaaaaa rasa nak nangis dia cakap macam tu tau. Maklumlah sy ni kan menantu hantu...hahhahaha. Apa2 pun saya sangat sayangkan keluarga mertua saya n saya tak sabar nak beraya di sana tahun ni..

~Sent via my lurvely nokia~






Wednesday, August 17, 2011

Wordless Wednesday


Hai untie-untie semua....Selamat Berpuasa!
Muaaahhhhhs!

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ






Tuesday, August 16, 2011

Yang saya masak

Saya mengakulah puasa kali ni memang saya jarang memasak. Saya masak dalam 2 kali jer sepanjang lebih 2 minggu kita berpuasa. Maklumlah ada anak kecik (kecik ker?) susah sikit. Lagi satu kadang2 waktu balik pun tak menentu. Banyak beli kat PARAM, beli kat kedai goreng2 (Kedai Thailand) n acik yang tolong masakkan. Alhamdulillah lah lauk yang saya beli kat PARAM sedap setakat ni. Tapi beli kat satu gerai jelah. Nak tukar2 gerai tak berani takut tak sedap.

Beli pun untuk waktu berbuka jer. Sahur saya makan oats tak makan nasi. Macam tu jugak asben saya. Oklah nak lah share apa yang saya masak. Bukan masak yang hebat lah. Masak yang senang2 jer...


Taraaaaaa..... ayam kicap saya. ok, sila gelak sekarang... hahhahahaa. Masa puasa ke-9 saya masak ni.


Yang ni ikan siakap stim. Masa puasa ke-6 saya masak ni.

Semua lauk-lauk yang simpe dimple jer. Memang masak satu jenis jer. Nak lauk lain untuk padankan yang saya masak ni, sila beli di PARAM yer. Nasiblah asben pun faham kan. Dia pun yang bagi cadangan beli kat PARAM atau beli kat kedai goreng2 tu jer.

Ok, itu sajer. Saya rasa bila Dicha dah besar sikit, kembalilah kot aktiviti masak memasak saya ni. Kalu ada yang baca blog saya sebelum Darissa ada, mesti ingatkan dulu saya banyak post hasil masakan saya. Takdelah banyak, tapi bolehlah.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ






Monday, August 15, 2011

Berbuka di Gombak

Hari Sabtu hari tu saya berbuka di Gombak. Kebetulan abang no 2 saya pun nak berbuka di Gombak. Meriahlah umah mak ari tu. MAcam biasa orang paling sibuk masak2 semua mestilah mak kan..

Meja makan pada hari tu. Penuh meja. Alhamdulillah rezeki.

Sebahagian lauk-lauk

Jom tengok makanan apa yang ada masa kami berbuka di Gombak ari tu


Sambal ikan bilis ngan kentang - mak masak

Jantung pisang n ulam raja di makan bersam sambal tepoyak. Tempoyak saya tak snap pulak. Ni fav suami saya ulam-ulam nie.

Gulai ikan tenggiri ngan belimbing - mak masak

Ikan cencaru sumbat yang direquest oleh cucu-cucunya. - mak masak

Ayam panggang n ayam percik Ayamas- abang saya yang bawak. Saya? hanya bawak tepung pelita 'Paya Jaras' yang femes tu jer hehehehehe. Tapi tak snap pulak sebab tepung pelita tu dalam fridge masa saya sibuk2 snap.


Bubur kacang mak masak jugak. Haiiiiiii sempat jugak mak masak bubur ni. Sian lah plak. Tu sebab saya jarang berbuka di Gombak sebab mak mesti sibuk masak2 ni semua. Dah cakap jangan masak tapi tetaplah jugak masak. Yelah, mak saya tu kurang sihat. Sakit kaki kannnnn...tak nak susahkan dia

Dunkin Donuts abang saya yang bawa jugak.

Anak dara ni pulak sekarang memang nak makan sendiri. Dicha tengah makan bubur lambuk yang abah saya bawa dari Masjid.

Danish macam biasa kalu jumpe kakak2 sepupu dia sibuklah berkepit...

Ok, bersiap untuk berbuka. Pic Chef, saya n nenek takde...kami orang belakang tabir jer....

Itu sajer. Rasenya n3 ini yang pertama pasal berbuka puasa kat blog saya kan...Yang ni special tu sebab saya upkan. Selamat berpuasa n selamat berbuka semua.








Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ

Wednesday, August 10, 2011

Syukur Alhamdulillah

Syukur Alhamdulillah, rezeki Ramadhan. Terima kasih Allah , TQ bos!

Pada sape yang ingat masa awal tahun ari tu saya adalah buat entry 'Saya yang berkecil hati'. Alhamdulillah, selepas saya bersabar dengan semua tu dapatlah saya tengok hasilnya. Syukur sangat2.

Luv u la bos! Wah! Dan2 nak love-love bos kan.hehehehee

Pada kawan2 blogger semua, saya ucapkan terima kasih juga. Weeken saya terjah blog korang yer. Tq!
~Sent via my lurvely nokia~

Friday, August 5, 2011

Harap danish boleh puasa penuh hari ni.

Danish ni masih belum lagi puasa penuh. Saya masih train dia lagi. Saya train macam ni, pagi sebelum pegi tadika saya akan bagi dia minum susu sebotol n makan koko crunch. Konon dia sahurlah tu

Puasa hari pertama sampai ketiga tengah hari dia makan plak kat taska. Semalam puasa ke empat, masa balik amik dia dari taska cikgu dia cakap danish pose. Terkejut jgk saya. Tahan jugak dia sebab satu hari dia tak makan nasi. Siannnn dia. Tapi bila sampai umah menggelupur dia nak buka sebab dia nampak kuih fav dia, tepung pelita. Aduiiiiiii

Pagi tadi saya kejutkan kul 5 suruh sahur. Dia tak nak makan nasi. Dia makan tepung pelita 2 bijik n susu sebotol. Tadi sebelum dia pergi tadia, danish mengarok nak susu plak. Pujuk pujuk dia oklah tapi menangis. Siannya dia. Tapi nak buat macam mana saya kena juga ajar dia berpuasa. Harap dia dapatlah bertahan hari ni. Risau dia sakit perut sebab dia tak makan berat sahur tadi.

Takpelah, kalu dia kecundang jugak hari ni. Nak marah sangat kat dia tak boleh jugak sebab dia masih lagi dalam training berpuasa. Saya kagum ngan anak kawan2 blogger yang sebaya ngan anak saya berjaya puasa penuh sampai hari ni. Moga danish jgk akan kuat seperti kwn2 dia itu.
~Sent via my lurvely nokia~

Thursday, August 4, 2011

Ikan keli salai masak lemak cili api

Perrggggggghhhhh memang sedap n mantap! tapi lauk ni saya beli kat Bazaar Ramadhan yer. Nak masak sendiri memang tak berbaloi sebab yang makan ikan keli hanya saya sorang jer. Baik beli je. Harga seekor RM3.50. Kira murahlah. Ikan keli salai/bakar nitiap kali bulan pose memang saya cari. Saya beli kat Bazaar kat opis saya ni. Memang sedap tau. Kuah dia manis. Terasa-terasa pulak kat lidah bila saya buat entry ni. Masuk hari ketiga berpuasa, saya dengan jayanya telah makan ikan keli salai ni selama tiga hari berturut-turut pada waktu berbuka puasa. heheehehehehe

Biasanya nak makan ikan keli ni memang saya beli jer sebab family saya memang tak makan ikan keli. Tapi bila balik umah PIL memang selalu lah dapat makan sebab dorang semua makan ikan sungai kecuali asben saya!

Oklah, hari ni nak berbuka apa yer? Saya belum berkesempatan masak lagi masak untuk berbuka. Nasiblah asben faham. Itu sajer...


Psstttt..bila tengok pic tu rasa macam lain macam plak rupenya. Tapi takpe, yang penting ikan keli salai masak lemak tu memang sedap!

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Wednesday, August 3, 2011

Cerita sebelum Ramadhan...Darissa yang comot momot

Salam semuaaaaa........ Hari ni dah masuk hari ketiga kita di bulan Ramadhan. Sana sini blog ger dah cerita kisah puasa masing-masing. Paling best mestilah update pasal menu apa untuk berbuka. Untuk bulan Ramadhan ni saya takde lagi cerita sebab mood kelaut sebab anak-anak kurang sihat terutamanya Darissa. Gusi bengkak, gigi geraham nak tumbuh. Alhamdulillah Darissa n Danish dah bertambah ok dah.

Entry kali ni saya nak cerita pasal hari Ahad lepas. Biasalah kan keluar2 cari makan. Kami makan di Gardens The Curve.

Saya dan anak-anak punya. Mee bersama Kung Pao Ciken. Nama sebenar tak tau.

Ni suami saya punya. Kecik cenonet je kan. Ciken Teriyaki kot namanya

Budak ni sibuk nak aiskrim. Terpkasalah abah dia pi BR untuk beli ais krim...

kan dah cakap makanan ibu mesti kena kongsi-kongsi. Ibu cedok, dia pun nak cedok jugak.

Air ibu air dia jugak..mula-mula pakai straw..

Pastu pakai sudu..

Pastu masukkan tangan kanan dalam gelas tu plak...

Tangan kiri plak....tinggal tak masukkan kaki je dalam gelas tu....budak ni bahaya sekarang ...
Kalu tak larang mau jahanam gelas n pinggan tu..

Marah lah tu sebab jauhkan gelas dari dia.

Eiiiiiiiii.....comotnya....melekit-lekit muka tangan baju semua....

Darissa yang comot momot....nasib bawak baju spare..

Itu sajer. Selamat berpuasa n selamat berbuka..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ