Status

TQ coz sudi menjengah blog ni..

Aktiviti blogwalking tergendala sikit...Aktiviti blogwalking akan saya jalankan secara habis-habisan bila weeken jer..tunggu kedatangan saya tau...thanx korang...


Monday, July 4, 2011

Hari Sukan Danish...1st time saya dapat join..

25 Jun 2011 Hari Sukan Danish. Hari Sukan tu diadakan di Padang Lembaga Getah Malaysia Sg Buloh. Sebab apa saya kata baru 1st time join? Macam ni ceritanya.

Masa umur 4 tahun saya masukkan Danish tadika pada pertengahan tahun. Masa tu Hari Sukan dah terlepas. Masa dia umur 5 tahun plak saya dalam labour room nak bersalinkan Darissa. Pagi tu Danish sukan pagi tu jugak saya bersalinkan Darissa. Tahun ni Danish umur 6 tahun baru saya dapat join.. Pengalaman pertama, saya besssstttt..happening sangat!


Danish bersama kawan-kawan

Tangkap gambar ramai-ramai plak

Tengah susunkan budak-budak sebelum acara perbarisan bermula kot..


Acara perbarisan bermula. Hari Sukan ni digabungkan 4 tadika sekali. Mereka berlawan antara4 tadika tulah. Elok jugak macam ni sebab lagi meriah. Yelah kalu Tadika Danish je yang sornag buat saya rasa agak hambar lah kot.

Mana anak saya ni? oooo kat tengah tu rupenya. Masa ni saya dalam khemah yer. Nak kena jaga Darissa tu. Sian plak dia kena panas.

Sebahagian cikgu-cikgu.
Ibu dia biasalah terlebih menyeringai....maklumlah 1st time kata kan...

Muka pagi Darissa

Lepas ni saya hanya letakkan acara sukan yang Danish sertai jelah yer.

Yang ni acara 'Susun Tin'

Yang ni plak 'Cucuk Buku Benang'

Yang ni ' Isi Kacang Hijau Dalam Botol'

Selingan. Acara sukan untuk Ibu Bapa. Saya tak ambil bahagian pu. Takut padang kat situ bergegar plak kan...hehehehe. Abah dia je yang join.

Nasib bapak2 ni sporting semuanya..
Lari berganti-ganti kot namanya.

Pastu sambung untuk budak-budak plak.

'Lari Bawa Bendera Malaysia'

Yang ni plak 'Lari Bawa Bakul'

Acara sukan untuk penutup ialah 'Tarik Tali' . Paling suka acara ni. Semua orang bagi sokongan kat budak2 tu. Tadika Danish menang dalam acara ni. Dapat emas.

Eceh...

Siap sedia

Sempat lagi tengok abah dia

Tarikkkkkkk tarikkkkkkkkk tarikkkkkkk...masa ni semua orang jerit bagi sokongan.....meriah!!!

Tarikkkkkkk tarikkkkkkk lagi.....kuattttttttt..Kuat betul budak-budak nie...

Pic last muka puas hati n heppy sebab menang tarik tali. Hadiah n medal dornag bagi masa kat sekolah pulak. Nnati saya share medal yang Danish dapat yer...

Itu sajer. Kesimpulannya memang best kalu kita dapat join aktiviti sekolah anak-anak ni. Sesiapa yang diberi kesempatan tu, eloklah turut serta sebab semua-semua ni kenangan tau. Nanti dorang besar kita boleh cerita n tunjuk gambar.






Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ

17 comments:

NM02 said...

conok kan tgk peel budak2 main sukan ni. saya kalu join anak kazen, saya paling kuat gelak tgk gelagat memasing.. kelakar weh!!

Pepel BoNda AmaNi said...

wah bestnya...danish nie ensem la...xsabar nak hantar amani masuk kindergarden jugak..

mamyharraz said...

idea bagus gabungkan tadika lain utk sukan ni kann sbb lg meriah..

tak sabar akk nak rasa suasana mcm hanim rasa :) mesti best!

atty's said...

sonoknya acara sukan danish ..ada acara tarik tali

rasp said...

acara tarik tali nie mcm acara wajib sukan2 kan hehehehe...
tahniah buat danish!
and betul tu sis...
kalo dapat join, pegi lah...
memang best!

bonda dadif aka akish said...

sonok gak eh...

beso dah bujang anim....

=)

wahida said...

mmg happening ni..especially bab tarik tali tu...hehe..

aku pulak tak sabar nak attend sport's day anak aku ahad ni...

ieda said...

waaa bestnyaa akak pun dah lama x joint anak2 sukan .. selalu tu hantar je huhuh

Mimy Hamid said...

sukaneka kanak kanak meriah kannn....seronok je..pastu nanti ada lak yang hepi giler..nangiss kalah..comel je..diorg ni semangat sukan tinggi

eis said...

masa hari sukan tadika kae hari tu pun buat gabung (2 tadika je). tu pun semua aktiviti sukan buat dlm dewan. tak kisahlah, yg penting mak bapak support kan hanim. pengalaman yg tak berulang tu..sbb thn depan drjh 1 dah..hehe

mummysyafie said...

sonok anak branak bersukan, nanti darissa dah besar sikit boleh la join yer.

Cik Wanie Ghani said...

seronok tgk si danish tue,
happy je kan memanjang,
hihihihihi....

:)

makdara TERdiva said...

dah lama tak join anak2 rebina bersukan sbb hari dorang sukan hari biasa..bukan hari sabtu @ ahad..grrrr

Eri-chan said...

tudung budak2 tadika ni meriahnya kaler.....

nieda said...

tak sabar nk tunggu humaira besor..nak meraisai sendiri nikmat mcm ni

nieda said...

tak sabar nk tunggu humaira besor..nak meraisai sendiri nikmat mcm ni

Dearie Pearls said...

seronoknyer....

suka nengok muka danish masa tarik tali tue.. beriya dia nak tarik..