Status

TQ coz sudi menjengah blog ni..

Aktiviti blogwalking tergendala sikit...Aktiviti blogwalking akan saya jalankan secara habis-habisan bila weeken jer..tunggu kedatangan saya tau...thanx korang...


Friday, December 31, 2010

Happy New Year Uolls...

Happy New Year Semua!!!

Sekejap je masa berlalu, tup2 dah tiba hujung tahun 2010. Semoga tahun 2011 akan lebih baik dari tahun 2010 dan kita semua akan dapat lebih kegembiraan n kebahagiaan di tahun 2011 nanti, InsyaAllah..Aminnnn


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ

Thursday, December 30, 2010

Saya kena ragut!!

Masa kami tengah bawak anak2 jalan kat taman tiba kat satu selekoh tu saya kene ragut. Tak reti nak olah2 ayat. Yang penting peragut celaka tu (kan dah mencarut!) tu telah ragut rantai saya.....

Kejadian tu dalam kul 6.00pm. Masa kene ragut tu, saya tengah tolak stroller, asben saya kat depan ngan danish. Motor tu datang dari belakang. Memang saya tak dengar pun motor tu datang arah saya. Yelah saya pun manalah tau nak kene ragutkan...Masa dia rentap tu saya hanya jerit Aaaaaa!!! jer. Tapi memang tak sakit leher saya masa tu. Kat leher saya memang takde kesan apa2. Tapi syukurlah dia tak tendang saya ker, cucuk ngan pisau ker...Nauzubillah....Saya n suami memang cam muka budak tu n plat motornya. Budak peragut tu plak tak pakai helmet n pakai cermin mata itam jer. So, memang camlah muka dia.

Perasaan saya lepas kene ragut tu, tak tau nak cakap apa. Macam takde perasaan..rasa macam semangat hilang jer...mungkin terkejut sangat kot n memang rasa tak sangka sangat...suami saya pun macam terpaku jer. Dia pun agaknya terkejut. Tetiba blur.....

Masa tu kami jalan kaki, so suami saya tak bolehlah nak kejar ke..Kat situ takde orang sekeliling sebab kami dah jauh dari taman permainan n orang main bola kat situ. Lepas tu terus kami balik umah n suami saya amik motor n usha2 kat satu taman tu. Lepas tu pg balai polis buat report.

Saya kol mak saya , mak sayalah yang tenangkan saya. Baru saya macam tersedar. Baru rasa dada ni berdegup ngan normalnya...baru macam ada kekuatan. Dalam pada tu sempat plak update status kat FB saya...heeeeee

Pegi balai polis buat report semua bagi taulah kami cam muka budak tu n plat no dia. Polis dah cek dia kata jenis motor tu sama tapi di daftar atas nama orang tua. Polis tu cakaplah nanti kami intip n buat siasatan semua. Masa polis cakap tu , kami macam lapanglah dada sikit sebab kemungkinan boleh tankap budak tu...Tup tup esoknya suami saya kol polis tu dia cakap Minta maaf encik, motor tu motor curi....tak dapat nak buat apa... aduiiiiiii!!!!! kalu macam tu mangsa memang tak yahlah susah2 nak cam tu semua sebab polis memang dah tak boleh nak buat apa dah...saya bukan kondem polis yer...salah ke saya cakap macam tu yer?

Saya tau memang peragut2 ni semua kebanyakan pakai motor curilah, no plat palsu lah tapi takkan pihak polis takde solution untuk benda2 ni semua? Kalu macam tu memang berlambaklah kes ragut, kes samun n macam2 keslah......Entahlah, tak tau nak cakap apa dah...

Tapi syukurlah, saya sekeluarga takde mengalami sebarang kecederaan. Mungkin ada hikmah yang berlaku. Mungkin dapat rantai lagi besar?heheehhehe....Rantai tu mak saya yang kasi. Dah 5 tahun dah rantai tu ngan saya. Sebelum ni memang saya tak pernah tanggalkan, tanggalkan pun masa saya masuk hospital untuk bersalin...memang dah tertuliskan dah takde rezeki....

So pada kawan-kawan semua...hati-hati tau...jangan lah leka sangat..kena peka ngan keadaan sekeliling....

Salinan laporan polis.

Itu sajer.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Basikal untuk Danish plak

Birthday Danish tahun nie meriah sikit murah rezeki dia sebab apa yang dia nak dia dah dapat...Macam PSP Klon/MP5 tu n pegi Sunway Lagoon. Sunway tu InsyaAllah lah kalu panjang umur n xde aral melintang memang tempat wajib terjah bila birthday Danish. Tahun depan (2011) tak dapatlah macam2 macam tahun nie..Tahun depan kene serius sebab 2012 Danish dah nak masuk Darjah 1. Uwaaaaa!!! anak saya dah besar...sedih plak rase..... :(

"Basikal besar" bak kata danish nie memang dia ada mintak. Tapi kami tak kasi buta2 je yer haruslah beberapa kriteria di tengok dulu sebelum setuju bagi benda macam2 kat dia. Antaranya dia belajar elok, baca pun dah boleh, ngaji pun dah boleh n sekarang dia dah tido sendiri di bilik dia. Dah besar kan anak saya....jangan lupe ibu yer dik, bila adik dah besar nanti...

Ahad tengah hari ke kedai lah kami mencari "basikal besar". Basikal ni jadi pilihan danish. Basikal murah2 jer, bukan BMX ke apa..janji 'basikal besar"..heeeee


Basikal ni kene pasang tayar kecik tu. Dia tak pandai kayuh tanpa tayar kecik yang 2 kat tepi tu...

Ini basikal kecik dia sebelum dapat "basikal besar"

Tengok cuaca petang tu elok, kami bawaklah dia test basikal baru. Pusing2 kat taman perumahan kami ni jer.

Alololo cian Darissa tak de basikal yer..Sok2 darissa besar abah belikan Darissa basikal yer, basikal warna PINK!

Masa kami bawak dorang jalan2 kat sinilah ada kejadian sedih n perit telah saya alami....Nanti saya akan cerita yer...

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Wednesday, December 29, 2010

Sunway Lagoon Part 3 - Akhir

Part 1 SINI & Part 2 SINI

Lepas dah mandi-manda tukar baju kami singgah Sunway Life Park n Amusement Park. Pakej n harga dah tukar sekarang. Memang beza masa saya pegi tahun lepas. Tiket masuk dewasa RM60.00 manakala bagi kanak-kanak RM48.00.

Wild Life Park ni lebih kurang macam mini zoo..tapi sebab dah termasuk dalam pakej layanlah jugak.

Beruang atau binatang yang paling kaya didunia. heeee

Comel monyet ni tido. Monyet ni kaler putih..

Burung merak. Itu jelah saya snap. Masa kami kat sini baru terasa sangat penat! Letih oooo. Kulit pun bertukar jadi itam..

Darissa ni kalu bising2 jer bagi je biskut marie, diamlah dia. Dia sangat suka biskut tu. Kalu rusks ke apa dia tak bape suka. Bagus, murah sikit biskut marie tu... :)

Satu-satunya mainan yang saya naik ialah Wagon Wheel kot namanya. Yelah ni je pun yang boleh Darissa naik. Tapi punyalah ramai yg beratur. Public Holiday kan tulah ramai.

Ibu n Dicha. Muka ibu yang tak boleh blah. Lupe plak I nak bawak barang makeup I. Tak dapat nak touch up...he eh eh

Danish n abah. Muka Danish pun nampak penat.

My naked face. (poyo jer!). Kalu tengok live memang itam, suami saya katalah...Saya itam dia lagilah 3 kali ganda itamnya....

Dicha duk tepi ngan ibu diam2 yer. Sok2 besar turn Dicha plak ok...




Yang lain2 mainan Danish ngan abah dia jelah yang main. Total semua 3 je mainan yang dapat main. Penat sangat tapi yang penting Danish happy. Ni je pun yang mampu kami beri. Nak bawak obersea belum ada rezeki lagi.

Darissa punya birthday tak tau lagi kemana mau pegi. Tunggu dia besar sikit lah baru dia faham kan.

Itu sajer pasal Sunway Lagoon. Terima kasihlah sudi melayan yer. Agaknya kalu pegi Hong Kong Disneyland mau sebulan kot saya update cite yang sama...heeeeee..Aminnnn...

Pssst..InsyaAllah minggu ni ada aktiviti splash2 lagi....tapi kali ni pegi ramai2, ak sabarnyaaaaa

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Tuesday, December 28, 2010

Cenderamata dari blogger

Saya dapat sesuatu dari kawan blogger. Untungkan kadi blogger walaupun kita kenal melalui alam maya tapi rase ikatan tu kuat sangat n rasa dekat sangat. Ada tak yang rasa macam tu?

Cenderamata pertama dari Zack. Pengantin baru tau. Terima kasih yer Z akak suka sangat.

Terus di pos ke opis saya. Semua orang kata bestnya dapat hadiah, siapa bagi?kenapa dia bagi nie?

Barangan Firefly..suka suka...Z kerja firefly. Z yang akak minta tiker free tu akak main2 tau...gurau jer

Cenderamata yang kedua dari MIMY...pengantin baru jugak. Terbalik kan sepatutnya saya kene bagi kat dorang. Takpe untuk kalian InsyaAllah ada...tunggu tau...Terima kasih banyak2 MIMY, saya suka sangat. Terharu tau.MIMY bagi cenderamata ni sempena Giveaway- Wedding Doorgift. Saya salah sorang daripada top komentar blog MIMY

Cantik tau. Anyaman gitu. Yang penting warna PINK!. Saya suka sangat!!

Dalam tu MIMY letakkan biskut IKO nie...belum makan lagi. Nanti saya makan yer.


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Sunway Lagoon Part 2

Part 1 SINI

Part 2 ni banyak pic mandi2 jer. Saya snap pic laju2 pastu simpan kamera dalam locker sebab saya pun nak mandi jugak. Rugi ooo kalu tak mandi dahlah bayar mahal2. Gambar pun tak banyak amik ate camera dah simpankan. Gambar makan semua takde. Camera kena simpan dalam locker nanti taklah ilang kan. Stroller pun kami siap rantaikan kat tiang takut ilang...heeeeee
3 beranak

Mula-mula sampai tukar baju semua rendamkan dorang dalam pool sebab saya nak snap pic. Suka tau budak motak tu main air. Danish lebih2 sukalah kan...

2 beradik

Nampak dia sukakan....

Masa ni memang saya tak pakaikan dia pampers yer. Memang ada pampers khas utk swimming tapi itu utk setahun keatas. Nasiblah dia x poo poo kalu tak bertukarlah warna air tu,...:)

Gambar last sebelum camera disimpan. Dah mandi kat pool kat atas tu Darissa nak nenen plak. Selaklah jugak baju tapi cari port baik punyaaaaalah pastu tidolah dia sekejap. Yelah time tido dia kan. Alhamdulillah lah Darissa tak meragam. Kat Sunway nie dia tido 2 kali tau. Nasiblah dia nak tido beriba, agaknya penat sangat tulah dia tak heran buai.

Masa kami sampai ni orang tak bape ramai. Dalam kul 12.00pm keatas baru orang ramai giler...Surf beach ditutup plak sebab kat tempat tu digunakan untuk buat konsert Search n Wings tu.

Itu sajer Part 2, lepas ni part 3 plak part terakhir di Sunway Wild Life Park & Amusement Park plak. Terima kasihlah kawan2 sebab sudi layan .

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Monday, December 27, 2010

Makan-makan di opis

Stop kejap pasal Sunway yer. Esoklah sambung sebab tak abis edit...

Hari Khamis lepas opis saya ada buat makan2. Bestlah kumpul ramai2 pastu makan sesama. Walaupun tak semua staff yang ada..Sesape yang takde tu rugilah kan....:)


Suka sangat sampai gigi saya tu terexpose lebih...hahahaha

Ada pizza n kfc...sedap sebab freeeeeee.....

Kek ni salah sorang colleague yang belanja, sempena krismas katanya....pun sedap jugak...

Itu sajer.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ






Sunway Lagoon Part 1

Kita kasi part2 yer....adalah bahan nak berupdate blog :)

Kami ke Sunway Lagoon sempena birthday Danish macam tahun lepas jugak. Kalu ada rezeki lagi pegi situ lagi tahun depan, InsyaAllah. Tahun lepas pegi Darissa dalam perut tahun ni Darissa dah ada. Cepat je masa berlalu kan. Part 1 ni banyaklah gambar perasan ibu n anak2 dia...layannnn...

Muka ibu sama besar je macam kete blakang tu haaaa...

Singgah jejantas Sg Buloh. Sebelum bersplash2 kita makan dulu!!!

Gmbar perasan ibu n danish. Heeeeee sian muka dicha tu. Cube kalu saya buat muka macam Darissa tu mesti saya tak publish kat cni kan....

Sampai sudah. Kami sampai sana dalam kul 10.00am. Danish saya dah pakaikan baju mandi siap2 dalam baju dia tu...

Masa ni orang tak berapa ramai. Tapi kenelah beratur jugak kalu nak beli tiket.

Tapi kami xdelah beratur lama2 sebab kami dah beli tiket secara online. Pic atas ni online voucher yang diprint. Sampai Sunway Lagoon pergi kat kaunter khas n amiklah wristband tu.

Kami


Itu saje Part 1. Nanti2 sambung Part 2 yer...

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Happy Birthday Danish Sayang

Sticky post..sila scroll untuk n3 terbaru...TQ

Buat anakku Mohamad Danish Fazriel Bin Faizal.....

Hepy Birthday adik. Ibu, abah n Dicha saaaaayaaaanaagggg sangat adik. Ibu doakan adik berjaya dalam hidup n akhirat. Jadi anak yang pandai tau, hormat orang tua n jaga ibu n abah bila tua nanti. Jangan lupa tengok2an Dicha bila adik besar nanti yer. Jadi orang yang berguna n berbakti kepada ibu bapa, bangsa n agama....

Doa ibu n abah sentiasa ada pada adik. Semoga adik sentiasa dirahmati Allah. Walaupun ibu n abah tak dapat bagi adiah yang mewah-mewah n canggih2 ketahuilah adik, kami cube untuk puaskan hati adik dengan cara kami sendiri.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ

Saturday, December 25, 2010

Khas untuk Azmiezas

Berbalik pada n3 swinsuit Darissa & Teka dan Menang tu peneka yang tepat ialah Azmiezas. Terima kasih kak sebab sudi teka...Nanti akak emel kat saya alamat yer.

ismahanim_82@yahoo.com


Pada kawan-kawan yang lain yang sudi teka terima kasih banyak2. Korang memang yang terbaiklah. Sangat sporting n supportive..muah muah kat korang...


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ

Friday, December 24, 2010

Tak nak isap botol plak dah...


Sekarang ni Darissa dah taknak dah isap guna botol bila kat nursery. Sebelum-sebelum ni dia ok jer. Bila ngan saya terus direct BF jer, memang dia tak nak botol. Susah hati tau saya dia taknak menyusu. Semua jenis botol saya dah bagi dah kat nursery.. Cikgu2 dia pun risau. Tapi makan dia ok jer..suka dia makan bila di nursery. Tapi kalu ngan saya tak suka plak dia makan, agak susah lah nak bagi dia makan di rumah. Agaknya dia sedap bernenen kot..heeeee

Sekarang ni bila dia menyusu memang cikgu dia terpaksa bagi guna syringe/picagari. Sebab dorang kesian dia tak menyusu. Saya paling takut berat dia turun. Sebab Darissa ni berat dia susah nak naik. Kadang2 ada bulan tu berat dia sama je ngan bulan lepas.

Mudah-mudahan peel dia tak nak menyusu guna botol ni sekejap je lah. Yelah budak2 ni kan berubah2 kelaku dia..

Itu sajer.

Pssst sekarang kurang bz tapi tak taulah sat2 lagi....

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ