Status

TQ coz sudi menjengah blog ni..

Aktiviti blogwalking tergendala sikit...Aktiviti blogwalking akan saya jalankan secara habis-habisan bila weeken jer..tunggu kedatangan saya tau...thanx korang...


Tuesday, November 30, 2010

Tupperware comel

Saya bukanlah peminat brand "Tupperware". Bagi saya brand itu terlalu mahal sebab ia hanyalah sebuah tupperware jer. Faham tak? Ya saya tau kalu membeli tupperware dari brand "Tupperware" ni banyak kebaikan dia dari tupperware yang kita beli kat kedai 2 hinggit tu..he he he. Entahlah yer...Mungkin kesedaran untuk itu belum timbul lagi...heeeeee.

Ada satu hari tu tengah belek catalog "Tupperware" saya sudah berkenan ngan satu ni. Comel sangat. Niat nak beli untuk Danish. Mesti dia suka. Sebelum ni kalu tengok katalog dia macam sambil lalu jer tanpa sebarang perasaan...

See, comelkan. Okey, yang comel tu beg dia jer. Beg tulah yang membuatkan saya berkenan.. Comel je dia senyum. :P. Tak sempat tunggu sekolah bukak, Dnaish dah bawak p Taska. Takpelah, "Tupperware" ni kalu buruk ke kan boleh tukar kan?

N saya telah membeli ini jugak untuk diri saya.

Kan iklan "Tupperware" ni kan ada kat nuffnang sekarang nie. . Barang dua tulah satu-satunya "Tupperware" yang saya ada. Kalu ada kat rumah tu pun cilok mak saya punya...he he he

Itu sajer cerita ari nie.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ

Psst...ari ni saya snagat bz. Nak blogwalking pun tak sempat. Saya akan cube untuk blogwalking n tinggalkan jejak kat blog kawan-kawan yer. Kalu kat umah tak bape syok sebab line lembab semacam plus saya sibuk jugak kat rumah...:)




Monday, November 29, 2010

Lauk yang hebat

Sebab mak yang masak tu lah panggil hebat....Mungkin pada yang lain biasa jer tapi bagi saya ia cukup hebat!!!

Sabtu balik gombak untuk menunaikan kewajipan sebagai anak. Paham-pahamlah yer kewajipan apa itu. Seperti biasa mesti ada adegan makan-makan. Saya snap pic pun bila dah abis makan. Maksudnya balance lauk jer. Masa tengah makan tak snap pun sebab budak motak tu nak nenen plak.

Daging sambal

Kari daging

Buncis goreng.

Desert, bubur kacang.

Abang saya no 2 pun ada jugak. Macam biasa bilik nenek n atuk mendaji sasaran budak-budak kalu semua datang Gombak. Abis macam tongkang pecah bilik mak. he he he.

Anak abang saya tu, abis makeup nenek dia main. Di makeupkan barbie tu..he he he..Nenek hanya berserah jer. Tulah sape tak suruh sorokkan. Sikit lagi turn Darissa plak main makeup nenek..

Last, Danish ngan bubur kacang dia. Tiga mangkuk tau dia makan bubur tu. Dia memang suka sangat bubur kacang tu..Selera veteran orang kata...

Itu jer cerita Sabtu kami yang hebat...:). Tapi korang semua punya cerita lagi hebat-hebat kan.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Saturday, November 27, 2010

Awatlah kabus semacam

Tadi masa kuar rumah nak anta Darissa ke taska (saya kerja ye ari Sabtu, kesian kan?) saya macam pelik ni kabus ke jerebu. Kabus dia lain macam. Memanglah malam semalam hujan tapi sebelum2 ni pun ujan jugak tapi takdelah kabur macam ni pemandangan.

Nampak tak kabus tu?Amik guna hp tu tak bape clear sangat. Tapi kalu tengok live memang nampak kabusnya. Macam kat genting waktu pagi...he he he


Bila sampai opis, ramai yang cakap itu kabus. So, keputusannya kabuslah....saya ingat kan jerebu mana tau kat Indonesia sana ada kebakaran hutan ker...

Itu sajer. So hepu weeken Uolls.....

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Friday, November 26, 2010

Daging korban ari tu saya masak apa?


Masa Raya Haji ari tu mak saya ada bagi sikit daging korban. Saya amik sikit jer sebab saya nak makan daging yang mak saya masak.Memang sikitlah saya bawak, untuk sekali makan jer..

Saya masakkan bubur Darissa letak daging tu sikit. Berselera sungguh dia makan. Suka tengok.

Lagi saya masak daging sambal. Rase fresh sgt daging tu. Memang rasa lain lah. Itu jelah saya masak hahahha. Itu pun nak ceritakan...Nak makan daging-daging yang hebat, makan kat umah mak jelah kan...malasnya saya kan. Ada anak kecik, susah nak masak hebat-hebat...hahahaha..alasan kan....Korang masak apa daging korban ari tu..

Kita tengok Ahad ni saya nak suh mak masak apa daging tu...sebab Ahad ni nak balik Gombak...

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Thursday, November 25, 2010

Ayam bakar

Memula tengok blog kak ty cerita pasal ayam bakar nie. Meleleh jugaklah air liur tapi malas nak buat. Pastu tengok plak blog ayu semalam pun cerita pasal ayam bakar. Tak boleh jadi nie, nak buat jugaklah ayam bakar. Bukan saya punya resepi yer tapi acik saya punya resepi n dia yang bakarkan..he he he.. ni yang best ni ada tukang masak, request je dapat...

Walaupun rupe dia buruk tapi rase sedap sangat tau..bagi saya sefamilylah. Danish suka sangat n malam ni makan ayam bakar lagi...

So ada sape-sape yang nak berjangkit dari saya tak?Itulah penangan berblogkan, tengok je orang punya terliur n kita pun nak jugak...he he he

Itu sajer.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Singgah taman sat

Playground ni Danish panggil taman.

Semalam balik amik dorang dari nursery singgah playground nie. Dekat jelah ngan umah kami tapi baru 1st time kami main kat cni. Tengok cuaca pun elok, singgah japlah. Danish lah yang paling seronok. Darissa pun seronok gak sebab dapat tengok pokok-pokok bergoyang. Dia memang suka tengok pokok , daun yang ditiup angin nie.

Kecik jer taman dia.

Hepy je Danish. Tapi dah janji main sekejap je. Budak-budak memang suka tempat open macam ni kan, saya plak lebih suka yang indoor punya..

Ibu n Dicha duk tepi jer. Snap2 lah sikit tapi dia sibuk tengok pokok2..Muka balik kerja saya sangat tak boleh blah.... Ni pun mula-mula tak nak letak tapi letak jelah sebab ada Darissa kan.

Saje itam putihkan sebab saya sangat tak boleh blah...:)

Itu sajer. Tengoklah kalu cuaca elok petang ni singgah, kalu hujan tak dapatlah singgah.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ








Wednesday, November 24, 2010

Menyejukkan tekak di Ice Room...

Lepas pegi rumah orang kawin, kami pegi Ice Room plak. Ahad lepas kan panas sangat cuacanya. Kalu dulu, panas je cari cendol atau ABC sekarang dah tak main dah konon....pegi Ice Room...he he he, takdelah saje kita jalan-jalan. Nanti malam takleh kuar sebab jiran sebelah buat tahlil 3 malam berturut-turut.

Hari tu kami pegi malam, hari Ahad tu kami pegi siang pulak. Baru terang bijik mata. Kali ni kami naik tingkat atas plak. Bagi Danish main-main kat playground tu. Suka masuk Ice Room. ID dia sangat ceria, suka!

Yeay! Darissa dah boleh duk kat baby chair/high chair tu. Nanti suh abah beli yer.

Pegi Ice Room haruslah amik aiskrim kan. Ais krim dia lain saya rasa. Tak macam ais krim biasa tu. Saya rase tekstur aiskrim tu macam ringan bila kita makan. Entah tak tau macam mana nak cakap, sila cube sendiri mesti anda faham...:)

Sweet potato Snow ice.

Durian Snow Ice.

Jangan risau, saya menyudu je ais krim ni. Masih pantang ais. Saya ada bawak air suam. Jimat..he he he. Alhamdulillah setakat ni Darissa tahan kalu sy minum air sejuk ke makan yang pedas-pedas ke makan yang berempah ker.

Deep Fried Durian Tempura

Yang ni memang saya rekomen kalu kawan2 makan kat cni. . Memang terbaik n sedaplah!..Luar dia rangup kat dalam dia macam ada krim durian, macam makan puff custord tu tapi rase durian..Kat tepi2 tu ada kacang hancur, choc rice n strawberi. Motip letak mungkin untuk cicah2 kot...

Itu isi dalam, tak nampak plak. Memang saje tak nak bagi clear sebab suh kawan2 semua try sendiri..he he he (pakai hp cenggitulah rupenya)

Danish ngan Durian snow ice dia. Muka masam sebab nak pegi main tak nak makan tu. Padahal dia yang sibuk beria nak makan aiskrim..Anak anak...Darissa saya bagi biskut rusks dia...heeee

Itu sajer. Lepas ni Ice Room boleh bagi saya makan free kat sana sebab saya adah dua kali cerita pasal Ice Room ...he he he

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ

Tuesday, November 23, 2010

Ke kenduri kawin

Hari Ahad kami p kenduri kawin. Colleague suami saya kawin. Tak jauh pun dari rumah kami, kat Kuang. Musim cuti sekolah ni memang banyaklah orang kawinkan...Saya memang suka p rumah orang kawin. Kalu takde aral melintang memang sampailah saya.


Macam biasa gambar syok sndiri. Darissa takde, dia tengah nenen...Sempat...

Suka tengok meja tempat buffet ni. Siap deko2 lagi. Tema purple yer. Oh! teringat masa kita kawin dulu kan bang...purple jugak...heeeee

Siap YB Kuang pun datang. Kelasssss....Ko ade?he he he..Tak taulah namanya..I tak kenal.

Macam nilah yer ada anak kecik. Makan bergilir-gilir. Tapi nasib pastu kawan asben saya tolong dukungkan Darissa. Nasiblah Darissa tu nak orang. Setakat nie memang budak motak tu tak nangislah kalu orang lain amik. Tapi tak amik pun pic Darissa.

Danish merenung nasib diri. Dia nak jajan (goodie bag). Tak menyabar betul. Ibu dia hangin jap baru dia diam..

Pinggan saya. Lauk memang sedaplah. Serius mmg sedap. Pelik ada gulai nenas n sambal belacan n ulam. Tapi saya tak amiklah sambal belacan n ulam tu.

Pengantins..Semoga berbahagia hingga akhir hayat.

Itu sajer.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Monday, November 22, 2010

Roti canai kaya

Sabtu malam kami kuar jap round2 n nak isi minyak kete saya. Takde pegi mana pun sebab kuar dah lewat dalam kul 10.30pm sebab rumah sebelah ada buat tahlil.

Singgah mamak sebab Danish kata nak makan roti canai plak. Tapi bila sampai, dia taknak sebab dah ngantuk. Hai lah danish, tadi dia yang beria nak tapi bila sampai sana dia boleh tido plak. Last-last abah dia yang makan roti canai tapi dia amik roti canai kaya. Dalam roti canai tu ada kaya..1sti time saya makan.

Rupe dia sama macam roti canai biasa cume ada kaya dalam tu. Rase dia manis lah kan. heeeeee


Abang danish dah terkulai tido kat riba saya dah.

Tapi budak motak nie masih segar bugar lagi. Main tepuk2 meja tu.

Itu sajer.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ

Hari Raya Aidiladha kami

Raya haji kami yang simple n sweet gitu....

Raya haji ni macam biasalah di Gombak yer...ate cuti sehari jer kan...Makanan pun macam masa raya puasa hari tu cume kuantiti jer dikurangkan sikit. Kali ni kuih langsung takde. Kek je mak saya buat berjenis-jenis. Mak mak, dalam sakit pun gigih jugak buat kek semua. Dahlah saya tak cuti sehari sebelum raya. Yang balik raya umah mak hanyalah saya sefamily.

Ibu N Dicha..punyalah payah nak cari hairband yang matching ngan kaler baju raya dia nie. Last-last pakai je apa yang ada.

Semua pakai baju recycle masa Raya Puasa hari tu kecuali Darissa. Tiga beranak pakai baju dari satu gulung kain yang sama..he he he. Masa Raya Puasa Darissa sama baju ngan saya. Baju darissa untuk raya haji nie ialah balance dari baju melayu dorang tu. Ada lebih tailor tu buatkan gown untuk Darissa. Nak pakai Raya Puasa besar sangat baju tu, sekarang dah sedang-sedang elok baju tu kat badan dia.

Barulah dapat snap elok pic dua beradik nie...

Tengok budak tecik tu dah pandai nak tarik dah headband dia tu.

Pic ngan nenek dorang plak. Ngan abah saya takde plak. Sebab abah cepat2 tukar baju sebab nak p melapah daging. Abah saya AJK surau. Tapi abah saya bukanlah tukang lapah lembu tu cume dia amik part dalam pembahagian daging-daging tu.

Kuah lodeh 2 jenis (satu ada seafood, satu takde seafood), kuah kacang. rendang daging (bukan mak saya masak, tempah kat acik saya) n nasi impit.

Letak makanan pun dalam mangkuk2 jer. Sebab tak ramai yang tak datang umah beraya. Masa raya puasa letak dalam tempat buffet. Nampak sangat bezakan antara Raya Puasa n Raya Haji ni. Yang datang beraya umah mak ialah pak long jer.

Kek coklat yang order dari kawan saya tu.

Mula-mula nak minta maaf sebab saya amik pic kek2 kek ni dari loyang jer n rupe dia pun dah comot2 jer.
Kek kukus gula hangus mak saya buat

Kek orange mak saya buat jugak.

kek marble mak saya buat jugak. Ada satu lagi kek bakar pandan. Dalam tak masak rendang tu dia buat kek berjenis-jenis plak. Memang saya tak kasi mak buat rendang sebab takde sape nak tolong, saya kan kerja. Tulah order je ngan acik. Tapi mak buat kek plak...adoyai mak nieee.....

Ni abah saya baru balik dari melapah. Bawak daging balik. Fresh sangatkan daging-daging yang baru disembelih nie. Sedap kan...

Raya haji kawan-kawan semua macam mana?Nak terjah blog korang pas nie...mesti meriahkan...

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ