TQ coz sudi menjengah blog ni..



Saturday, October 30, 2010

Undangan Aqiqah & Majlis Cukur Jambul ....dan perihal Majlis itu

Sticky entry. Entry terbaru sila scroll down yer. TQ

Di jemputlah kawan-kawan saya kat blog ni ke Majlis Darissa. Sudilah kiranya puan-puan datang ke Teratak Kecil saya bagi memeriahkan majlis puteri saya nan sorang nie...

Clear tak map tu? kalu tak clear n tak tau rumah kol lah saya yer 017-3940694



Majlis ni sekali lah ngan doa selamat n house warming konon-konon. Sebab apa konon2 sebab lepas dah lebih setahun kami duk umah yg dibeli nie, baru nak buat majlis. Mana taknya, kami pindah masuk sini dalam bulan 4 , bulan 7 saya dapat tau peknen.. Belum habis penat pindah umah dah mengandung plak. Lepas tu puasa n Raya. Dengan keadaan saya yang masa 1st trimester tu teruk. Duit pun tinggal ala-ala jer he he he..Baru beli umah kan paham-pahamlah yer..Bincang bincang, baiklah simpan duit untuk kedatangan orang baru.

Kami beli umah biasa jer bukan umah besaaaaar punya. Beli umah second bukan umah baru. Maksudnya beli dari owner umah tu sebelum ni. Alhamdulillah, cukuplah n setaraplah ngan ekonomi kami. Yang penting impian nak ada rumah sendiri sebelum umur saya 30 tahun tercapai. Syukur sangat...

So Majlis ni kita buatlah sekali .. Cukur jambul, house warming, doa selamat n kenduri kesyukuran. 1st time buat kenduri kat umah sendiri. Majlis ni pun biasa-biasa jer. Jemput yang terdekat sahaja. Lagipun ada jugak yang sedara-sedara yang masih tak tau umah saya kat mana. Jemput jugak kawan-kawan masa belajar dulu, opismate n jiran-jiran.

Kat sini jugak saya nak minta maaflah awal2 ye kat kawan-kawan semua kalu ada terkurang apa-apa masa majlis nie nak-nak terkurang layanan ker. Maklumlah 1st timer gitu. Takutlah terkurang makanan ker, terkurang goodie bag ker. Tak selesa ke kat majlis tu nanti. Maklumlah umah kecikkan. Takut sangat orang tak selesa. Saya minta maaf lah yer.

Nanti kalu ada kawan-kawan kat blog ni datang jumpa saya tau. Carilah saya. Yang besar-besar tu sayalah yer. Sayalah yang paling besar kat situ..hahahahha

Doakanlah kelancaran majlis ni yer.

Pssttt...minta maaf kalu hari ni saya tak sempat blogwalking, ari ni saya n darissa mc. Demam secara pakej...esk saya smbung blogwalking yer

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ

Friday, October 29, 2010

Detox Foot Patch

Malam tadi saya cube pakai Detox Foot Patch ni. Asben saya beli pelekat nie. Saya suh dia cube dulu dan dia kata ok. Badan ringan je bila kita bangun n rasa fresh. Itu je review suami saya. Yelah baru sehari je pun dia cube.

Semalam saya pun cubelah... Takut jugaklah kan. Tak tanya plak kalu ibu yang bf anak tak boleh pakai. Sape yang tau yer?Cume ibu yang hamil memang tak boleh pakai yer.

Pakainya sebelum tido n kene buka keesokan paginya.

Sebelum

Selepas. Banyaknya toksik dalam badan saya kan. Eloklah dia buang-buang toksik ni lepas ni. Toksik ni kan amcam racun dalam badan kita nie..

Sory kalu ada yang geli. Bau tak busuk yer. Bau herba-herba. Bau macam pahit-pahit. Kesimpulannya, malam ni boleh pakai lagi. Memang bertenagalah bila kita bangun esok pagi. Macam bersemangat gitu pegi keje.


KEBAIKAN FOOT PATCH DETOX:-
~Menyingkirkan pengumpulan toksin
~Membuatkan badan lebih bertenaga
~Mengurangkan allergies
~Menormalkan tekanan darah
~Mengurangkan sakit sendi atau arthritis
~Mengurangkan BERAT BADAN (ni yang best ni!)
~Memperbaiki Sistem Imunisasi Badan
~Mencegah kaki yang berbau
~Memperbetulkan aliran darah
~Meningkatkan kualiti tidur
~Merawat Resdong
~Menghilangkan saki kaki, sakit tumit
~Mengurangkan masalah sembelit

Ada yang dah cube? Apa kata anda pula...:)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ



Thursday, October 28, 2010

Mak saya kata budak pompuan tak elok pakai songkok. Ye ke?

Semalam Darissa kene buli ngan abang dia. Danish pakaikan songkok kat Darissa. Bila orang gelak-gelakkan dia, dia pun gelak jugak...Tapi mak saya marah pakaikan gegirl songkok sebab nanti budak tu botak/rambut gugur. Tapi tak tau betul ke tak kan.

Bila dia pakai songkok memang sama mcm abang dia. Tapi takde plak pic danish bersongkok yang nampak sama.

Ini gambar danish masa setahun lebih kot.Dua beradik ni memang mata besar. Tak tau ikut sape. Jenis mata itam dorang besar. Nanti saya kan sharekan pic Danish masa baby2. Tapi jenuhlah nak scan balik sebab softcopy dah takde sebab masa tu lappy rosak n terpaksa format. Nanti sy bagi tengok yer.

Itu sajer.






Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ

Wednesday, October 27, 2010

Pizza untuk orang demam

Semalam saya kan demam secara pakej ngan Darissa. Darissa demam agaknya sebab dia berpanas masa kami pegi Jalan Tar kot. Kesian dia.

Ada orang belikan saya pizza. Acik (pakcik asben) yang belikan. Takdelah untuk saya sebenarnya tapi untuk Danish..saje saya perasan orang belikan untuk saya...heeeeee...

Acik siap kol asben macam mana nak beli n order pizza ni..Cume dia kata nak beli yang pizza baru tu. Rase comel plak dia buat macam tu...Yelah dia tak tau nak order tapi dia nak beli jugak untuk cucu dia...

Acik beli yang pizza baru tu tapi tak sama pun macam yang kat dalam iklan nuffnang tu..ke dia salah beli yer?takpelah janji pizza..;)

Mungkin dah sejuk kot sebab dah keras sikit. Yelah pizza ni sedap makan bila panas.

Setelah di kaburkan sikit gambar kami. Muka senyum sumbing ngan pizza. Darissa plak hanya mampu tenung je pizza tu..Muka berminyak tak ingat tau. Dah rupe bibik dah dengan kain kat bahu. Darissa sangat meragam semalam. Nak dukung jer. Cabaran sungguhlah....

Itu sajer.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ



Ahad hari tu ke Jalan Tar

Ahad tengah hari ke Jalan Tar. Hanya cari tudung n balik. Yelah bawak baby mana ada masa nak belek-belek. Hari tu masa pegi ngan mak dah tau kedai mana nak beli tudung tu. Tapi masa tu kaler takde . Nasiblah Darissa ok jer. Alhamdulillah...

Darissa on the way. Danish masa on the way takde sebab sentap. Dia nak duk belakang ngan saya. Saya n Darissa duk belakang. Dahlah bawak kelisa, sempit kalu semuanya nak duk belakang. Dahlah ibu nya besar comei, faham2 lah kan. he he he

Cari tudung kat sini-sini jer. Murah-murah.

Kat kedai nilah saya dapat akhirnya warna yang saya nak. Banyak kedai takde warna yang saya nak itu.

Layan jelah pic saya tak semenggah ni. Yelah cuaca panas sangat masa kat Jalan Tar tadi. Abis cair make up I...he he he

Balik tu singgah Gombak umah mak saya untuk MAKAN.:)

Nilah lauk yang mak masak hari tu. Gigih siap buat bubur kacang lagi. Bermangkuk jugaklah danish makan. Makan plak dia bubur kacang. Pic kami-kami kat gombak takde plak.

Itu sajer.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ



Monday, October 25, 2010

Minggu ni minggu peperiksaan

Gud Luck adik sayang..Ibu doakan adik terang hati semasa jawab periksa nanti. Walaupun ibu selalu marah bila belajar ngan ibu tapi ibu sayang adik n nak adik jadi pandai..Semoga adik dapat keputusan yang sangat baik n cemerlang...Ibu percaya adik mesti boleh buat...

Gud luck juga untuk anak-anak lain juga Sekarang ni musim peperiksaan akhir tahun. Moga anak-anak kita dikurniakan keputusan yang sangat cemerlang..Amin...

Psstt..patutnya n3 ni publish pagi tadi tapi tersalah publish plak.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Darissa masuk paper

Hari tu saya ada anta gambar Darissa kat Berita Harian. hari Sabtu hari tu (23/10/2010) Tak sangka pulak dorang nak masukkan pic Darissa untuk "Gelagat Si Cilik". Saya ada baca kat satu ruangan tu kalu sesiapa yang ada anak di bawah 2 tahun sila anta emel. Emelnya bhnita@beritaharian.com.my. Yang bagitau pun FIL. Nasiblah FIL bagi tau, kalu tak kami tak tau pun ada pic Darissa.


Harus frame paper ni... :)

Heeee.....1st time macam nie. Rase hepy plak. Walaupun takde hadiah ke apa tapi rasa seronok..kelakar pun ada. Agaknya kalu menang apa-apa pertandingan kan mau saya sewa iklan kat paper tu..hahahahha..

Gambar ni lah yang sebenarnya

Itu sajer.







Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ

Saturday, October 23, 2010

Tq Nuffnang Sayang...

Dapat Buffered Earning lagi. Thank You Nuffnang n Nokia C3. Hanya terima kasih je yang mampu saya cakap. Walaupun tak banyak BE tapi kenelah bersyukurkan. Saya sedarlah diri . Yelah bukan blogger tegar.






Sory kengkawan kalu boring asyik cite pasal BE. Nuffnang dah bagikan kenelah ucap terima kasih.... Tak tau nak ucap macam mana , jadi saya blog kan jelah. Takkan nak anta pulut kuning kot kat opis nuffang tu kan..he he he...


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Friday, October 22, 2010

Baju Ibu Perantin Dah siap

Sebelum ni ada yang cakap Darissa nak jadi pengantin kan..so saya rase saya ni Ibu pengantinlah yer...he he he.. Semalam baju saya dah siap. Ala buat baju kurung . Kain pun kain biasa masa beli kat Jalan Tar hari tu. Saya takde hal lah, janji boleh pakai. Buat baju kurung n suruh kawan saya jahitkan manik kat tangan tu jer. Wahh!!! Ober kan ibunya siap bermanik bagai..he he he. Support kawan buat bisnes jahit maniklah..ha ha aha

Ini baju saye. Baju Darissa kasi suprise yer..

Baju Darissa pun dah beli tapi macam tak kenan plak. Macam nak tukar jer.. Memanglah tema pink tapi idaklah semua nak pink. Ada lah sikit lari warnanya tapi tak pe janji ado pink sikit-sikit..Danish punya baju pun takde lagi. Carik asyik tak jumpe jer.

Abah dia tak payah, pakai je baju melayu tahun-tahun lepas yang boleh matching ngan baju saya..he he he..Kesian abah dia kan. Dah dia tak kisahkan. Lelaki kan, dia takde takpe, janji anak bini semua ada, cukup dah bagi dia... Yelah takkan lah nak buat baju melayuu yang baru, membazir..... Pakai apa yang ada. Suami saya takpelah, saiz tak berubah. 10 tahun lepas punya baju pun boleh pakai lagi. Saya?????? tiap-tiap tahun berubah saiz...Sedihhhhhh.....

Itu sajer. Sampailah abis majlis akan saya update lah pasal cukur jambul Darissa nie. Mana tau kawan-kawan boleh refer, kat mana saya beli, kat mana saya tempah. Semua tu akan saya update nanti.Tunggu yer..


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Gambar Danish di Jamuan Raya Tadika

Dalam n3 ini saya dah janji nak share pic Jamuan RAya Tadika Danish masa penghujung Syawal hari tu. Saya ada bagi camera saya kat cikgu dia minta tolong snapkan pic kanak-kanak ni...:)

Adalah sikit pic Danish ngan kawan-kawan dia. Pic makanan takde plak. Hampa ibu dia....saya suka tengok pic2 makanan nie..he he he...Tak pelah mungkin cikgu dia sibuk kot nak snap2 pic semua tu...Terima kasihlah cikgu sebab sudi snap kan pic anak saya n kawan-kawan yer.


Itu sajer. Takde caption. Biarlah gambar ye yang berkata-kata yer.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Thursday, October 21, 2010

Semalam saya balik lambat..

Sebab ada tender nak kena isi (inking). Sepatutnya kul 5.00 saya dah cabut balik tapi bos besar suh tunggu jap. Saya yang menurut perintah bos...kalu ingkar nanti kene murka...takut!!!

Kasi blur itu tender yer..

Sorang satu dapat. Nasiblah tak tebal sangat. Nipis je masing-masing dapat. Selalu tak semua yang terbabit isi tender ni mungkin dah urgent sangat kot, tulah semua kene buat. Saya tak kisah bos janji cukup tahun bonus kasih lebih aaaaaaaa...angpow pun kasi up up sikit...ceh!! baru isi sikit, lagi mau demand. Gurau jer...heeeee


Pic saya takde sebab takde yg nak amikkan...Ni jelah kawan yang dekat ngan meja saya.

Saya blik dalam kul 6.05 pm..

Kesannya terlambatlah saya amik 2 beradik ni dari nursey. Sian plak. 6.30pm baru saya dapat amik dorang. Selalu 5.30 saya dah amik dah.

Itu sajer.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Layan danish & darissa main dululah yer...

Sebabkan tak boleh nak upload pic saya kasi tengok sikitlah video darissa main ngan abang dia. Video ni semalam saya upload.Biarlah keakraban mereka ni kekal sampai bila-bila...



Blogspot ada masalah ker?

"Image uploads will be disabled for two hours due to maintenance at 5:00PM PDT Wednesday, Oct. 20th" .

Takkan sampai ari ni pun sama? ke saya sorang je yang hadapi masalah upload pic nie?

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Wednesday, October 20, 2010

Lunch ngan mak n abah

Isnin tengah hari saya lunch ngan mak abah saya. Dorang ada hal hari tu n tengah hari tu singgah opis saya ajak lunch. Saya pun sukalah kan. Rasenya last saya lunch ngan dorang masa saya keje adalah tahun lepas..Kami lunch di McD jer.

Spicy Chicken Mc Deluxe saya punya, Black Pepper Chicken Mc Deluxe mak saya punya n Filet O Fish abah saya punya.

Belikan adik collectibles McD nie. Nenek dia suh belikan. Biasalahkan nenek-nenek ni mesti ingat cucunya.

Mak abah saya. Sayangs sangats..Thanx for the lunch treat...heeeeee

Spicy chicken Mc deluxe saya

Abah

Mak

Saya

Itu jer. Susah oo nak dapat peluang macam nie. Harus di blogkan kan...:)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Tuesday, October 19, 2010

Cat rumah

Ahad plan kami nak cat rumah. Konon-konon sempena nak kenduri nanti. Last cat pun tahun lepas sebelum kami pindah masuk umah kami nie.

Cat kali ni beli kaler yang sikit gelap. Warna coklat tapi nampak macam maroon je kalu tgk live. Jadilah yang penting nak warna gelap. Cat kat bahagian porch jer.

Suami saya upah foreigner kat kilang dia tolong cat kan. Lagipun badan dia lasih lemau-lemau. .


Dia nilah yang cat umah mak saya hari tu. Mula-mula nak pajak dia ni jer tapi yang lagi 2 orang nak ikut. Dorang ni semua orang Myanmar.Dorang ni ada passport yer bukan pendatang haram.

Pintu depan pun nak cat jugak. Hasilnya oklah..janji bercat. Tapi tak yahlah saya nak tunjuk hasilnya.. Malu....umah tecik n biasa-biasa jer.

Saya ada jugak masak untuk dorang lunch tapi tak sempat nak snap pun. Terlupa. Ngan Darissa bangun awal plak pagi tu. Selalu Ahad pagi dia bangun dalam kul 10 atau 11. Saje je tau Darissa ni nak kenakan ibu....Kelam kabutlah saya masak. Terberhenti banyak kali masa masak tu. Saya tak biasa bila anak (baby) bangun, saya buat keje. Macam tak reti. Susah hati pun yer. Walaupun ada abah dia jaga. Suka buat keje bila dia tido.

Masak simple je pun ayam black pepper n kobis goreng n telur dadar.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ



Subway The Curve

Balik tengok kambing singgah The Curve jap. Saje jalan-jalan.

Singgah Subway nak beli roti. Paaaanjang giler. 1st time makan roti ni. Berpeluh jugaklah nak mengordernya he he he. Masa nilah suami saya rase tak sedap badan. Badan dia lemah semacam. Makan pun tak lalu.

Saya amik yang footlong punya. Yelah boleh makan 2 orang kan. Punyalah banyak sayur dia. he he . Last-last tak abis tapau jer. Yelah mood nak makan pun xde sebab tetiba je suami saya macam tak sihat. Sendi dia sakit-sakit. Takut denggi plak. Sebelum nikan dia pernah ada denggi. Chances untuk kene denggi sekali lagi sangatlah tinggi yer bila kita pernah kene sebelum ni.

Danish nampak ice cream biasalah menggelupur. Beli kat stall belakang tu. Daily Fresh kot nama dia. Entah!

Darissa yang tak dapat makan apa-apa. Saya suap kan dia jugak waffle..he he he .

Itu jer cerita hari Sabtu kami. Isnin suami saya pegi Klinik Kesihatan Sg Buloh cek darah semua. Nasib takde denggi cume platlet darah tu masih rendah compare macam platlet normal. Doc cakap kalu 2 hari tak elok lagi datang balik untuk cek darah balik. Jauhkanlah suami saya dari kene denggi nie. Takut rasenya...

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ