Status

TQ coz sudi menjengah blog ni..

Aktiviti blogwalking tergendala sikit...Aktiviti blogwalking akan saya jalankan secara habis-habisan bila weeken jer..tunggu kedatangan saya tau...thanx korang...


Tuesday, June 29, 2010

Ahad yang ringkas

Ahad hanya balik Gombak umah parents saya untuk makan tengah hari :). Nak jalan2 soping2 takde sebab Darissa batuk n selsema sikit. Jalan paling selamat tak yah pegi tempat ramai orang takut keadaan Darissa melarat. Ada anak kecik kene jaga2 sikitkan. Takpelah berkorban..he he heIngat nak amik pic penuh tapi Darissa asyiklah terkepak-kepak jer. Suh dokonglah tu...

Darissa dah siap. Pakaikan baju yang cikgu /pengasuh dia jual. 10 hinggit jer. Oklah boleh pakai untuk basahan. Amik atilah jugak sebab dia dah tolong jaga anak kita kan....

Sebelum balik Gombak singgah kedai gambar untuk Danish buat gambar ukuran passport untuk diletakkan di Report Card dia (formal sungguh ayat!). Alhamdulillah keputusan Danish baik. Alhamdulillah semua A.. Tapi ade sana sini yang kene perbaiki..

Saya & Danish dalam kete. Khas pada IXORA yang nak pic terbaru saya. Punyalah cari angle mana yang tak menampakkan saya tembam tapi TETAP tembam/mok mok.*sedih.. Sekali lagi tak per berkorban untuk anak. Dulu tembam/mok mok sebab pregnant sekarang tembam/mok mok sebab BF anak. Yelah BF anak kan tak boleh makan ubat kurus..*sedih lagi... (alasan...he he he)

Darissa dalam kete..Duk kat situ diam2 ok..

Nilah pic Danish tu. Amik yang instant punya, dapatlah 4 keping. Siap berkemeja bagai..hahahahha

Ha tengok..tang bawah hancur..selipar n suar pendek..wakakakaka

Dah letak pun kat report card dia...barulah puas hati dia. Kalu tak asyiklah tanya bila nak letak gambar dia kat situ..

Lepas tu baliklah kami ke Gombak. Pic di sana tak amik pun..Dah lama rasenya tak post pic masakan mak saya. Nanti-nanti lah...Itu sajer..Simple je kan Ahad saya.

Ketemu lagi BYE. TQ





Monday, June 28, 2010

Cenderahati dari Sueanne

Mula-mula sekali nak minta maaf pada SUE sebab baru sekarang nak publish cenderahati nie dari Sue..Souvenir ni saya dapat sempena saya masuk CONTEST yang dibuat oleh Sue.

Nilah SUE...*sorry sue amik pic tanpa kebenaran..jangan marah yer*

Walaupun tak menang tetap dapat hadiah tau..suka! suka!. Saya dapat masa saya hujung-hujung pregnant ari tu. Masa ujung bulan 3 atau awal bulan 4. Masa tu kan saya tengah weng2 sikit . Tu macam takde mood nak publish. Yelah blog saya masa tu pun macam hidup segan mati tak mau...he he he

Dihantar melalui Pos laju terus ke opis saya..Bukak-bukak tengok..banyaknya barang dalam tu..terharu tau..yelah menang saguhati jer. Agaknya yang pemenang mesti lagi gempak hadiahnya kan.

Ni macam kaca yang telah dilukis ngan cantik. Pastu ade ucapan sikit dari Sue.

Atas ni plak CD yang ada kata-kata yang sangat bermakna dari Sue. Antara kata-kata tue
" Semoga ikhwah yang terjalin selama ini akan kekal sampai bila-bila.." Sweet jer rasa..

Ada keychain yang sangat comel. Keychain dari Langkawi, dari Bukit Tinggi dan dari Lost World Petting Zoo. Sampai tiga saya dapat. Terima kasih banyak-banyak sue. Saya sangat menghargainya..

Ketemu lagi BYE. TQ




Saturday, June 26, 2010

Award & Tag dari Eis



a) COPY AWARD INI
- Dah, kat atas.

(b) BERI TAU SAPA DAN LINK PEMBERI AWARD INI
- Dari eiskamil mama kepada sepasang anak iaitu Kae & Khyra. Thanx eis sebab sudi bagi award & tag nie..

(c) TAJUK POS KORANG MESTI ADA 5-FIVE-KHAMSAH? KENA JAWAB 10 SOALAN DAN SETIAP 1, DENGAN 5 JAWAPAN...
- InsyaAllah eis. Kalu tak cukup lima minta maap yer..:)

(1) FIVE NAMES THAT PEOPLE CALL YOU
- Muza - Hanim - Ibu - Busu Anim (belah saya) - Mak ngah (belah asben)

(2) FIVE IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE :
- Birthday saya - Birthday asben - Bithday Danish - Birthday Darissa - Our Anniversary

(3) FIVE THINGS YOU DID YESTERDAY
- Surf tenet - Gosok kain - Lipat kain - Pegi keje - Tengok tv sekejap

(4) FIVE WAYS TO BE HAPPY :
- makan - pegi jalan2 - jangan pikir benda yang menyemakkan kepala - tengok kelakuan anak yang comel2 tu - tengok cite kelakar

(5) FIVE FAVOURITE MOVIES :
- Finding Nemo (juta kali tengok pun tak boring) yang lain xingat yang pasti saya suka cite yang animation punya n cite kelakar..

(6) FIVE FAVOURITE HOBBIES :
- memasak tapi dah lama xbuat sebab bz (alasannn....) - surf tenet - membaca - jalan2 naik kereta - makan (wakakkaka)

(7) FIVE FAVOURITE PEOPLE :
- suka orang yang peramah - suka orang yang merendah diri - suka orang yang cantik n ensem (suka tengok jer tau)- suka orang yang lemah lembut


(8) FIVE FAVOURITE PLACES FOR VACATION :
- Senang cerita saya suka tempat yang ada pantai...

(9) FIVE REASONS YOU ANSWERED THE SURVEY :
- sebab eis tag saya . Sesape yang tag InsyaAllah saya akan buat punya...

10) FIVE PERSON TO TAG :
- Tag ni berakhir disini yer..Tak pe kan eis..:)


Ketemu lagi BYE. TQ

Friday, June 25, 2010

Telur & Kicap

Lauk nilah Danish paling suka kalu makan. Selamat ibu dia tak yah masak beria...Kadang2 makan nasi ngan kicap jer.Ikut mood dia..Daripada makan nasi ngan kicap baik bagi dia makan telur. Hari-hari pun dia takde hal punya. Kadang-kadang buat telur dadar hancur-hancur..Danish ni memang susah sangat nak bagi makan.

Vitamin saya ada bagi jugak tulah macam saya cakap ikut mood dia nak makan. Kadang-kadang makan banyak kadang2-kadang makan sikit jer.Tapi kalu nenek dia masak lemak putih banyak jugak dia makan. Ibu dia tak teror lagi masak kuah lemak nie. he he he..Sambal2 or kari2 bolehlah jugak saya masak.. :)


Telur n kicap yang menjadi pujaan danish

"Ni ha...."

Kan saya cakap, senyum lebar dia dapat telur kicap dia tu..ekonomi sungguh anak saya ni..wakakakak..yang paling buat kita marah empat suap jer dia nak makan..manalah badan tu tak kurus, dah lah panjang..he he he

Itu saje. Terima kasih sebab sudi baca..

Ketemu lagi BYE. TQ





Monday, June 21, 2010

Ke Bagan Lalang

Dah lama kepingin nak pegi Bagan Lalang sebab tersampuk tengok blog Lieya makan seafood kat sana. N ramai jugak kawan2 blogger yang pernah makan kat sana n hari Sabtu (19/6/2010) barulah dapat direalisasikan...n tarikh tu pun dekat-dekat ngan Father's Day kita sambutlah sekali kan. Pergi dengan abang no2 saya. Pegi dua kete. Abah n mak saya naik kete abang. Nenek naik kete saya. Kul 4.15 mcm tu bertolak dr rumah saya. Layan pic yer


On the way ke sana. Sorang tak nak tido sorang lagi tido jer...Dapat ibu dia berehat sikit..he he he.


Sampai sana dalam kul 6.00...fuh lama rasenya dalam kete..Lama dah tak pegi sini. Last pegi dulu 12 tahun lepas kot masa tu Jabatan abah saya buat family day kat sana. Sampai sana pilih lauh2 pastu jalan2 sekejap kat tepi pantai.


Nasib dah cop tempat awal2 , dalam kul 7 cenggitu dah ramai orang datang kat sana, Restoran Senandung Malam. Yang hangin sikit janji kul 7 kami nak makan tapi 7.30 dapat makan. Air pun lambat dikasinya.


Lauk-lauk yang sempat disnap. Ikan siakap masak 3 rasa, ikan jenahak masak sweet sour, ikan pari pakar, udang bakar, ketam gorang bercili, sotong goreng tepung,otak2, nasi goreng cina & kailan ikan masin. Air fresh oren 2 jug, air apple 2 jug n milo ais. Elok makanan sampai Darissa bangun. Potong betullah ibu dia nak makan. Dugaan sungguhlah nak makan dengan panasnya. Berganti2lah kami nak makan. Sekejap abah dia amik,sekejap neneknya amik...

Secara kesimpulannya, makanannya biasa2 jer..Bolehla....Janji dapat menghabiskan masa bersama2 ngan family, Bessst sangat.... Tu yang penting...

Itu sajer..Thanx sebab sudi membaca...

Ketemu lagi BYE. TQ




Friday, June 18, 2010

Balik Nursery-Tido Terlangkup-Tido Buai

Tak tau nak buh tajuk n3 ape jadilah title seperti di atas..he he he

Biasanya balik dari amik Danish & Darissa dari nursery , bila sampai kat umah saya akan jadi kelam kabut sikit. Kuar dari kereta letak beg2 semua n letak Darissa kat katil dia, saya akan laju2 kemas beg untuk kuarkan baju2 kotor, laju2 mandi, laju2 siap n laju2 rendam baju Darissa dalam baldi. Baju Danish basuh mesin takpelah, letak je dalam bakul. Baju Darissa kena basuh tangan. Pastu nak kemas katil lagi...Cube bayangkan 5 saat .....saya kene berkejar2 sebab nak kejar supaya Darissa tak nangis dalam playpen dia. Nak harap Danish jaga memang taklah kan. Dia lebih suka tengok kartun lagi.. Abah dia tak balik lagi..Kul 7 pm biasanya baru balik.

Bila dah siap semua barulah saya akan amik Darissa yang tengah terkepak2 kat dalam katil dia tu..n terus susukan dia, direct BF...hah lega..Masak memang tak dapatlah kan..Alasan...he he he


Danish yang konon2 nak jaga adik dia..

Semalam saya cube ajar darissa tido terlangkup/meniarap. Semalam baru 1st time cube. Sebelum ni tak berani. Sampai tepon Diana (kawan seuitm) tanya cara2nya walaupun dah anak dua saya tetap tak berani, takut sikit bab2 ni..Thanx Diana. :)


Darissa dalam keadaan terlangkup. Sejam jer dia bertahan pastu dia dah naik rimas..akhirnya masuk buai jugak baru dia lena..mungkin tak biasa..tak pe nanti cube lagi. Bagus sebenarnya bb tido meniarap sebab biasanya bb akan tido lama sikit, kurang sikit dia terperanjat,megurangkan perut kembung n ade orang kata anak bijak. . Itujelah kot yg sy tau kebaikan dia.. :) Tapi yang penting ikut cara mana yang anak selesa nak tido



Masuk buai n enjut2...he he he..tapi bila tengah malam biasanya saya akan angkat tido ngan saya. Darissa tak nak tido kat katil dia, nak tido berkepit ngan ibu dia. Beramai2 lah kat atas katil tu. Opps abah dia tido bawah, tilam nipis...ha ha ha.. (Hepy Father's Day suamiku yang jatuh pada 20 June ni)

Itu saje nak share..Thanx sebab sudi baca...

Ketemu lagi BYE. TQ





Friday, June 11, 2010

Darissa sudah dua bulan satu hari

Semalam sebenarnya Darissa sudah dua bulan.Alhamdulillah Darissa sihat n biarlah hendaknya Darissa berterusan sihat , cerdik n kuat ..he he he

Hari Sabtu ni saya akan bawak Darissa pegi cucuk untuk 2 bulan.Mintak2 takdelah dia demam ke ape.. Bawak pegi klinik yang masa saya peknenkan dia dulu, nak tunjukkanlah doktor itu, Dr Maslinor hasilnya..hahahahha. Yelah dulu asyik tengok bb kat screen mesin ultrasound jer kan..


  • Darissa sudah pandai berborak. Nak2 bila balik dari nursery macam banyak je dia nak cerita. Cerita abahsa dialah. Cara dia pndang kita n mulut dia tu bergerak2. Ada suara sikit2.
  • Suka sangat tengok abang Danish dia.
  • Dah pandai senyum.
  • Sudah tentunya semakin bam2.
  • Alhamdulillah tak kuat meragam setakat nie
  • Dah pandai tengok benda2 yang bergoyang. Contoh mainan dia kalu kita goyangkan, ralit jer dia tengok.
  • Kuat menyusu. Bila dia menyusu Darissa mesti akan pandang saya. Sayu jer tengok mata dia. Kadang2 sy mcm nak nangis. Macam manalah orang tergamak buang baby tu.
Itu je kot setakat ni. Ibu abah n abang danish sayang sangat Darissa. muah muah muah..

Ketemu lagi BYE. TQ





Thursday, June 10, 2010

Nursing cover-longan-lawas kencang

Disebabkan susah nak BF anak di public saya amik keputusan nak cube beli nursing cover (NC) nie supaya masa nak BF anak takdelah orang nampak benda2 yang tak sepatutnya dilihat oleh orang ramai..he he he..Sebab kadang2 tak semua shopping complex esp , takde sediakan feeding room (*betul ke nama dia tu?sape2 tolong betulkan.TQ).Yang pasti Jusco ada!

Dapat tau pasal NC ni pun dari blog VIRUSPADU. Thanx VP. Saya beli di KEDAI CHOMEL.


Kaler pink lagi. Harga RM38.00 termasuk kos pos. Sesape kalu nak beli sila ke laman web itu yer.
Pic kredit CHOMEL NURSING COVER. Rupe NC bila kita dah pakai. Nanti bila saya dah pakai saya cube snap pic saya plak yer, InsyaAllah..

Ini buah longan kering. RM4.00 sepaket kecik. Elok minum untuk memperbanyakkan susu badan. Beli di kedai Singsei (kedai ubat cina). Thanx NIEDA sebab banyak tolong muza pasal BF nie..muah muahs. Selain itu nieda kata minum air soya banyak2 n kurma. Saya selalu kacau dia kalu nak tau pasal BF..he he he

Ni rupe longan yang kene rebus. Minum air dia. Nieda kata letak sikit gula melaka.


N saya beli Lawas Kencang dr NONA ROGUY/NR untuk mengurangkan berat padan n melawaskan ape yang tak patut..he he he..Bila disurvey2 inilah salah satu produk yg saya boleh makan semasa saya BF anak. Tidak memberi kesan pd Darissa. Saya dah minum n Darissa takde cirit birit pun.Alhamdulillah.. RM58.00 termasuk kos pos.

Itu sajer...sekian

Ketemu lagi BYE. TQ

Monday, June 7, 2010

Mencari stroller pink

Sabtu lepas pergi Jusco untuk mencari stroller pink untuk Darissa seperti pic di bawah nie...

Mula jatuh hati dengan stroller nie masa saya tengah awal2 peknen...teringin nak beli..Tapi masa tu tak confirm lagi nak dapat girl. Pendam jelah dalam hati...saya kan suka sangat ngan warna pink..comel jer masa mula2 tengok dulu...Bila Darissa keluar jer memang akan beli lah stroller nie..ala stroller biasa2 jer..bukan Mc Laren ke entah apa lagi brand yang mahal2 tu...Ni pun entah bape lama Darissa nak duk dalam stroller tu..Yang adik punya ada lagi tapi dah out of fashion katanya..he he he... (*padahal yang ni pun sama kot he he he)

Mula2 cari kat Jusco Kepong takde stok plak, minggu depan katanya baru ada. Tapi disebabkan saya dah hentak2 kaki bawaklah sang suami ke Jusco Wangsa Maju dengan harapan adalah stroller pink tu. Nak pegi OU jalam jem giler sebab masa on the way ke Kepong jalan memang dah jem.Memang sah ada stroller pink tu di JJ Wangsa Maju...hoyeh hoyeh!!!!. Baru puas hati dapat yang pink2.Car seat pink cume katil (playpen) dia je tak pink sebab beli sebelum Darissa kuar...



2 beradik masa on the way nak cari stroller pink*wink wink*



ni masa nak pegi Giant petang semalam, nak try test stroller pink..wakakakka


Darissa di stroller pink nya.....:)

P/s:Bukan menunjuk tau sebab saya beli pun yang biasa2 jer. Tak caya pegi Jusco cek regenya..lepas ni pun tak tau bila nak peknen lagi mungkin stop kot sebab dah dapat sepasang..konon2 nak abadikanlah dalam blog nie sebagai kenangan :)...


Ketemu lagi BYE. TQ

Thursday, June 3, 2010

Hati Yang Kau Sakiti

Takde sape yang disakiti atau saya yg disakiti tau...cume hati Rossa yer tang telah disakiti..he he he...

Ye saya tau lagu ni lagu dah lama dah..tahun lepas kot..biasalah saya ni agak ketinggalan sikit..orang cakap sedap sedap sedap baru saya nak dengar..Saya ni jarang dengar radio lebih suka tengok tv lagi...

Sedih lagu dia..Orang kata berkisar pada cerita Rossa. Betul atau tak, saya tak pasti. Tapi bila baca lirik dia macam yer jer sebab suami dia curang kan?...Lirik dia sangat syahdu..gigih ok carik kat you tube n google lirik dia semua..Siap donload masuk lappy...ha ha ha...Melodi ni sangat sedaplah..eiii xtaulah nak terangkan macam mana..

Bila asben saya dengar saya asyiklah berulang kali dengar lagu nie mulalah kata macam2..ingat ex boypren lah tu...eiiii xkuasa mak tau...tettttt!!!!! he he he

Saje nak share ngan kawan2 saya nie...ada ke yang pernah dengar lagu nie sebelum nie?he he he





Psst..saat ini saya sangat rindukan Darissa yang berada di nursery...siap cium bantal dia berkali2...:(..Bila telefon cikgu dia kata dia elok tido jer..takde nangis2..Darissa tak ingat kat ibu ker sayang?...

Ketemu lagi BYE. TQ

Tuesday, June 1, 2010

Dan Jun pun menjelma

Ari ni bermulalah bulan Jun...di bulan Jun ni jugak pada 9hb Jun saya akan kembali bekerja......*sedih*...

Yang paling penting ari ni saya akan anta Darissa ke Nursery untuk Darissa menyesuaikan diri di sana. Ala satu nursery ngan Danish. Danish akan ke nursey selepas balik dari Tadikanya. Mungkin tinggalkan dia sekejap di nursery. Rase takut pun ada. Saya takde pengalaman anta bb di nursery. Masa adik dulu saya anta di rumah pengasuh. Umur 2 tahun baru anta nursery.

(**Nursery/Taska ialah tempat penjagaan atau pusat asuhan bayi n kanak2 N Tadika plak ialah tempat blaja untuk 4-6 tahun, pre school orang kata. Saya terangkan sebab ada yang tanya saya dulu apa beza taska n tadika).

Sedihnya rase..risau macam manalah Darissa ngan orang lain nanti. Hopefully Darissa berperangai elok yer sayang. *nangis*

P/S: N3 ini autopublish..saat n3 ini kuar saya mungkin di nursey...uwaaaaaa!!!!!

Ketemu lagi BYE. TQ