Status

TQ coz sudi menjengah blog ni..

Aktiviti blogwalking tergendala sikit...Aktiviti blogwalking akan saya jalankan secara habis-habisan bila weeken jer..tunggu kedatangan saya tau...thanx korang...


Monday, November 15, 2010

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Tadika Islam Al-Qaiyyum

Di adakan di Dewan Perdana Lembaga Getah Malaysia pada hari Sabtu lepas. Macam biasa bergabung ngan 2 tadika lain. Di bawah satu pengurusan yang sama tu lah dorang bergabung.


Danish baru sampai dewan.

Pentas. Masa ni tak ramai orang sangat lagi.

Saya snap persembahan Danish jer. Yang lain kami tak snap pun. Yelah bergilir-gilir mengasuh Darissa. Si kecik tu pun ikut. Nasib tempat air-con kalu tak mau menaikkan sifat amarah saya nie..he eh he


Lagu anak itik tokwi, anak kambing n chan mali chan. Di persembahkan oleh kelas 5 tahun. Yang jelas hanya kepala orang jer. Dahlah Danish duk baris belakang...Danish tak jelas sebab camera dah giler masa ni..geram oooo..Taulah nak tukar lain tapi janganlah buat hal kan...terus mood saya down. Kamera yang salah tapi suami saya yang kene marah he he he. Selalu macam tu, mesti barang tu rosak kalu kita cadang nak tukar lain kan.

Tak pe yang penting Danish gembira ngan kawan-kawan dia. N hepy jer tengok budak-budak ni buat persembahan. Macam-macam ada. Yang kelakar masa berbalas pantun. Kelasssss budak-budak pun ada balas-balas pantun. Comel sangat. Pic takde sebab saya merajuk ngan kamera tu.

'182' nombor tak bertuah. Ada cabutan bertuah jugak.

Sementara orang buat persembahan bagi budak tecik ni makan biskut. Lasak oo sekarang. Dia tak menangis dalam dewan tu cume tak nak duk diam. Asben saya kuar masuk dewan sebab nak tenangkan dia...

No 1 sampai no 3 dapat hadiah. Yang lain daripada tu dapat macam kat Danish nie. Walaupun adik tak dapat no 1 n bukan pelajar terbaik tapi ibu tetap bangga ngan adik tau sebab adik dah tunjukkan banyak peningkatan untuk peperiksaan akhir tahun nie. Danish dapat no 5. Semua mata pelajaran ada peningkatan, Alhamdulillah

Kat luar dewan dorang ada sediakan juadah. Pihak tadika ada sediakan makanan juga. Tapi ibu bapa diminta bawalah sedikit juadah. Baguslah kan sebab membanyakkan juadah.

Saya bawak samosa tu yang dalam bekas pink tu, bukan saya buat tapi order kat orang lain...:)

Bahagian minuman

ha kau...berpusu-pusu orang serbu tempat makanan ni lepas selesai majlis. Seronok tengok.

Pinggan kami.

Last, Darissa ngan salah sorang cikgu/pengasuh dia.

Itu sajer.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




15 comments:

☆ lieya latif ☆ said...

eiiiiiiiiiiiii geream gile tgk darissa dok mkn biskut tu..kemain lepak die yeak...tgk show abg sambil kunyah biskut heheehehe......

sonok tgk danish punye sekolah buat majlis....lieya pun rakam tang mia mija punye psersembahan jek...hubby jek rajin pi snap2 gambar yg lain2 heheeheh

nieda said...

bestkan dah ada anak besar2 danish. siap buat persembahan lagi. kt blog lieya pun citer psl anak dara dia wat persembahan..teruja lah plak..humaira kena cepat besar mcm ni..hehe

Sham Ummi Echa said...

owhh nk bli camera baru yerr.. hehe biasa la kan.. bila kita brhajat, maka yg lama pon akan merajuk la. tp ok la ada jgk pic danish tu.. pasni amik pic cntik2 byk2 ngan camera baru yer

ok la tu hanim, wpon x dpt no. 1 tp yg pnting nya ada peningkatan dlm pelajaran dia

eis said...

samalah hanim. wpun anak kita tak dpt no.1 tp kita tetap bangga sebab kita tau markah2 dia ada peningkatan bbndg sblm ni kan..

atty's said...

kamera tu ..dah mintak digantikan le tu .hanim

geramnya tgk darissa,

Dee said...

tahniah sbb danish dah grad..eh x kisahlah dpt no berapa..yg penting peningkatan tu..n yg penting bila dia sekolah menengah nanti..huhuhu..

POSH76 said...

tahniah untuk Danish tahun depan nak masuk darjah 1 dah...eee geram tengok darissa tu bulat!!! hehe

Softtouch [Hanim] said...

POSH:danish baru 5 tahun lah sis..ada lagi setahun di tadika baru darjah 1..

rasp said...

nak hujung2 tahun mesti ada konsert anak2 kan sis...
pandai danish dpt no. 5 plus ada peningkatan...
keep it up boy!
darissa the forever comel lote gegirl yg berjaya membuatkan i gerrraaammmm nak cubit2 pipi je!

Redbloodsnow said...

hehehe..nombor x bertuah ek. tersengih lak zie bile bace part tuh,,hiksss

rissa in white headband tuh sgtttt lah...eeeeee geram aku taukkk! hehe

~AmyLiana8886~ said...

comelnyer darissa..gram...

Ain said...

nak kena beli kamera baru ni...hehehe

danish ain nombor paling ujung sokmo, tapi ain malas nak paksa...

tahun depan la kot paksa danish belajar lebih sikit...

PuRpLeLiCiOUs LoVe said...

cute la darissa nie....

Mimy Hamid said...

dah aada anak bujang awak ek...mak nya mude lagi..best tul

win@momyShaneQeisha said...

cantik hiasan dewan tu.danish makin handsome.mesti seronok tgik anak2 buat persembahan.comel jer.darissa tu tetap cute miut