Status

TQ coz sudi menjengah blog ni..

Aktiviti blogwalking tergendala sikit...Aktiviti blogwalking akan saya jalankan secara habis-habisan bila weeken jer..tunggu kedatangan saya tau...thanx korang...


Friday, October 1, 2010

Beli Bunga Telur Darissa

Semalam saya tercuti gitu..he he he EL...Hari Rabu mak saya datang umah saya tido sini. Alang-alang mak saya ada, saya ajak lah mak pegi Semua House. Cadangnya nak beli bunga telur untuk Majlis Darissa nanti. Suami saya tak pegi sebab dia ada keje urgent yang kene buat. Takpelah, janji duit dia dah ikut pun dah cukup dah..hahahahha..

Semua House.

Mula-mula pegi Kat Sayang You ni. Takde yang berkenan. Rupenya takde yer yang jual siap teddy bear sekali tu. Manalah saya tau.

Pegi masuk dalam 3 kedai. Pening ok nak pilih-pilih bunga telur ni. Ni baru anak nak cukur jambul kalu anak nak kawin mau pengsan ibu dia. Saya cukuplah tek reti nak pilih-pilih nie. Jiwa takde seni, macam nilah. Konon kali nie, nak buat sendirilah. Nak terlibat dalam majlis anak pompuan saya ni. Nasiblah masa saya kawin saya tak terlibat dalam proses-proses macam ni. Dulu, Mak, kak ipar n sedara-sedara yang settle kan. Saya hanya sediakan body jer.hahahahhaha.Macam kawin paksa plak gamaknya...he he he

Ok ok dah melalut plak. Sambung balik...Last-last pegi kat kedai dalam Semua House tu tapi tingkat bawah sekali. Nama kedai tak tau. Yang saya tau dekat ngan Guardian. Pilih yang biasa-biasa jer. Yang penting wajib PINK. Nak letak dalam goodie bag tu . Nampaknya yang teddy bear tu kene tempah online. Nasib dapat pompuan, sejuk hati sikit. Lepas ni tak taulah nak beranak bila lagikan.. Kami buat biasa-biasa jer nanti.

Masa Danish dulu pun saya tak terlibat langsung macam ni. Hanya serah kepala Danish jer untuk di tarah cukur. Lain semua mak saya settle kan. Tapi adalah bagi duit. Bukan free jer.

Kesian mak. Kami jalan-jalan kat situ jer. Tapi sembatlah rembat kain-kain n tudung.

Lepas ni saya sambung lagi yer. Itu sajer.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




13 comments:

zack_blossom said...

wah..darissa dah nak cukur jambul dah...bila buat kak?

Softtouch [Hanim] said...

zack:30/10..nnti akak jemput semua yer..

☆ lieya latif ☆ said...

wah2 mcm nak sambut menantu hah...mak pengantin dah start sibuk ni he he he....

nanti hanim amik pic byk2 tau majlis tu....teruja lieya nak tgk....darissa pun sure comel tu...baju ape laa si princess ni pakai agaknyer....

~~Ciklinn~~ said...

wahh mmg mcm kenduri kawin nih... hihihih..... mesti comel budak tecik ni nanti...

LotsOfLove-Pearls said...

babe, nampak mum dengan beg2 shopping tu shoppin sakan nampaknya...

best boleh jenjalan. boleh cuci2 mata sambil merembat. heeeee

atty's said...

takpe..hanim..memula kendali majlis cukur jambul..nanti senang..lenkali kalo majlis besar ..utk darissa..hehehehhe

nieda said...

mesti meriah majlis cukut jambul darissa nanti..

mamyharraz said...

..wah ni mesti hepening majlis tu nanti..bersiap bagai ni..

makdara TERdiva said...

bestnyeeeee..bolela pas2 kat MDT bunga telor tu ye :)

rasp said...

gud training nie...
utk sambut menantu nanti hehehehe...
mesti happening & meriah majlis tu nanti..

luahfikiran said...

SALAM,
DULU2 RAJIN JUGA LF DAN ISTERI KE SEMUA HOUSE. SEKARANG NI, ANGGOTA TUBUH BADAN MINTAK REHAT. DEKAT2 SINI (MACAM ALAMANDA) BOLEHLAH KEJAP2

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

tema pink ye tuk majlis cukur jambul lil. darissa.
tentu shantekkan, nnti upload la gamba ek..
pepon, semoga semuanya berjln lancar okes.. =)

Azmiezas said...

OOO..Darissa nak jd pengantin yer!!..hehehe..