Status

TQ coz sudi menjengah blog ni..

Aktiviti blogwalking tergendala sikit...Aktiviti blogwalking akan saya jalankan secara habis-habisan bila weeken jer..tunggu kedatangan saya tau...thanx korang...


Tuesday, September 21, 2010

Orang sibuk beraya, kami main bowling

Raya kedua pukul 10 a.m kami balik kuala kangsar. Sampai dalam kul 2 p.m kot. Pastu dalam kul 6 petang kami gerak balik Seberang Perai. Sebelum tu singgah Taiping untuk beraya umah mak long asben. Pic takde sebab penat. Sebab duk lama dalam kete. Sg Buloh-Kuala Kangsar-Taiping-Penang. Jalan jem oo. Highway pun jem jgk. Sian cik abang, dia lagi penat..Takpelah setahun sekali je kan.

D & D dalam kete. On the way balik Kuala Kangsar.

Raya ke tiga masih di penang. Takde raya kat mana pun. Duk umah jer. So kami decide nak main bowling kat Pacific di Megamall tu. Bagus sangat, orang sibuk beraya, kami main bowling.

Tok asben duk ngan mak tam. 86 tahun umurnya. Sihat tapi dah nyanyuk.

Kami on the way nak pegi main bowling. Satu-satunya tudung awning yang saya ada. Ini pun mak saya punya. Konon-konon nak pakai tudung bawal tapi Darissa asyiklah tarik tudung tu, last-last sarung je tudung nie. Nasib bawak. Saya kan 'dua alam'. Kat kampung kene lah sarungkan.:)

Danish n sepupu dia jugak. Adik pompuan asben punya anak. Sepupu dia semua perempuan.

Saya tak main pun. Tak retilah main bowling. Biar yang pakar-pakar je main.

Ramai jugak yang beraya kat tempat bowling nie..he he he

Darissa n acu dia. Adik asben yang bungsu.

Takde sapa nak snapkan gambar kita, snaplah sndiri. Celepuh bedak ibu.

Lepas main bowling singgah plak main benda-benda ni semua. Upah selepas masing-masing sangat sporting masa orang tua-tua tu main bowling..he hehe

Darissa yang lena di pangkuan abah dia. Balik tu singgah mamak jap.

Alhamdulillah , walaupun 1st time Darissa berjalan jauh, dia takdelah mangarok sangat. Rengek-rengek pun , rengekan yang boleh kita handle lah. Cume dia tak selesa lah sebab kene pangku. Kita yang tua ni pun tak betah duk dalam kete lama-lama, apatah lagi baby kan. So lepas ni bolehlah kita jalan-jalan lagi yer sayang..:)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ

4 comments:

Drama Mama said...

wahhh beraya di penang ka? kalau tahu boleh jemput ke rumah huhu. haaa bila berkumpul sedara mara macam2 lah aktiviti nakdibuat, ya tak? hehehe

http://twinkywinkystars.blogspot.com

mamyharraz said...

jauh perjalanan hanim kannn..

sy kalau turn sini gitulah..KL-Lenggong Lenggong-Penang :)

Yan said...

keh keh keh tak kesahler tu...
raya tp men boling
cam yan... org beraya kitorang p sakan berkaroke hahaha

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

ekekeke, ok wat..
perabis duit men bowling lak..
dh abes jelajah umah sedara mara ke?
p/s Hanim: sy bc kat blog amy- mama tisya dorang rekemen delete lu bloglist yg punca serangan malware tu.. sy pn turut sama la delete. dh save tp skali kuo sume blog list ilang.. huaaaaaaa.. start awal blkkk.. :(