Status

TQ coz sudi menjengah blog ni..

Aktiviti blogwalking tergendala sikit...Aktiviti blogwalking akan saya jalankan secara habis-habisan bila weeken jer..tunggu kedatangan saya tau...thanx korang...


Wednesday, September 22, 2010

Jalan-jalan di Penang seberang

Penang seberang tu maksudnya Penang bahagian seberang. Kene lalu jambatan Pulau Pinang atau feri kalu nak ke sana. Tak tau orang panggil apa, tapi saya panggil Penang bahagian seberang..he he he

Kami di Seberang Perai 3 hari 2 malam. Ari Sabtu sampai hari Isnin. Sebelum balik Kuala Kangsar, kami singgah sekejap Penang seberang tu. Jalan-jalan sekejap. Tapi singgah jap rumah Paksu n maksu. Tu kami semua pakat pakai baju kurung tu.

Pegi naik feri sebab Pelabuhan tu dekat ngan umah Mak Tam. Kalu nak ikut jambatan macam jauh sikit n kene u turn kot. Entahlah yer. I follow jer. :). Satu kete RM7.70.

Dua beradik dalam feri. Darissa masam sebab baru bangun tido. Danish dah pandai posing gedik-gedik. Penangan sepupu2 pompuan dia. Belah asben memang semua sepupu dia pompuan. Belah saya anak abang saya no 1 semua lelaki, tp Danish jarang jumpe. :(

Kami berempat walaupun darissa nampak sipi-sipi.

Tengok..gedik lagi..

Singgah Batu Feringgi. Masing-masing tak tau jalan. Redah jer. Takut sesat. Ingat nak pegi town dia tapi dah masing-masing buta jalan. Ala bukan kami p holiday pun, singah jalan-jalan jer. Tak dapat nak explore lebih.

Lagipun dah petang sangat. Kang pukul berapa pulak nak sampai Kuala Kangsar. Dengan keadaan jalan yang tak menentu. Sesak sana sini.Lagi pun Penang jalan jem. Masa tu pun time orang balik keje. Dalam kul 5 lebih macam tu.

Darissa di Batu Feringgi


Singgah makan jap @ Restoran Khaleel di Padang Kota. Masing-masing lapor!


Akibat dah tak boleh berpikir dengan waras, boleh katakan semua ikut makan order yang sama. Nasi putih ayam goreng n semua jenis kuah. Cume mak mertua amik kuew teow goreng.



Bergambar ramai-ramai sebelum bertolak di Padang Kota. Padang Kota kot. Orang penang mai habaq sini, ni tempat apa? Minta maaplah kalu salah sebut nama tempat yer. Tapi ni bukan Padang Kota yang banyak food court tu. Ni dekat-dekat ngan Gurney Plaza tu.

Kami plak. Sarung je tudung itam tu. Nak pakai tudung bawal Darissa asyiklah main tarik-tarik. Sampai senget tudung tu, last-last amik je tudung awning tu. Senang walaupun tak matching. Lepas ni bolehlah pakai tudung awning-awning nie.he he he

Keluar dari Penang kami lalu Jambatan pulak. Nasib tak jem sangat sebab 2 ari sebelum tu kabel TNB terbakar kan? yang menyebabkan jalan jem giler kat Jambatan tu.

Itu sajer cite di Penang. Walaupun simple tapi rase seronok sangat bersama family. Kecoh-kecoh n kelam kabut tulah meriahkan lagi hari raya. Saya pakai jer baju ulang tayang di hari raya pertama sebab ada tragedi baju raya. Tailor tu salah buat n ketat. Hangin giler saya. Masalahnya kain elok jer, baju plak ketat.. Sedih!!!. Dah pulangkan balik. Pandai-pandailah ko buat balik si tukang jahit!

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




18 comments:

Sham Ummi Echa said...

seronoknya brjalan raya jauh2 macam ni. nak plak g ramai2 ngan family kan. terasa kemeriahannya. tp saya xde sedara yg jauh2. sumer dekat2 je. paling jauh kt seremban je..hehehe

darissa ni x byk ragam eh. tgk sumer pic dia ok je. pas2 elok je pakai hairband tu. dia x penah try nk cabut ke?

vagg© said...

eeee geram tol tgk darissa nihhh. nti xtau la dpt baby girl bila2 nih.. saya pakaikan hair band gitu ke x kat dia ekekeke

Softtouch [Hanim] said...

sham: xde sham, setakat ni xde plak dia nak tery cabut..mungkin dia xreti cabut lagi kot..mintak2 jgnlah dicabut2, senang nnti nk buat tocang kat dia..

mamyharraz said...

rindunya suasana penang...memang bestkan kt sana hanim :)

Ain said...

ain tak pernah ada pengalaman naik feri....

huhuhu....

POSH76 said...

bessnyer ada kampung kat Penang ...aduii tu mau hangen kalu tetiba jer tailor buat tak betul kekadang tu beli dah siap pun cun hehe

☆ lieya latif ☆ said...

seronok...seronok.....darissa sampai ke penang hah berjalan....bagus die...baik jek kan hanim....

hanim tau, tempat yg lieya paling suke pergi kat penang laaa...bagi lieya situ syorga mknn..sebab lieya suke mknn kat situ....heheeheheheh....

alamak tang baju raye tu sian plak lieya...susah laa nak dpt tailor yg betul2 okey kan hanim...harap2 baju hanim boleh laa di alter....

Softtouch [Hanim] said...

lieya: samalah, sy pun suka giler penang. Tapi xdpt nk explore betul2 lagi. Masa kecik pernah pegilah, tp xigt...

luahfikiran said...

SALAM,
INI BETUL2 JALAN2 DAN CARI MAKAN SEPERTIMANA DALAM TV3 TU. DI PENANG, MESTI CARI KEDAI MAMAK. RERSTOREN KAYU ANTARA YANG POPULAR.

atty's said...

nak gigit2 je pipi darissa..sonok nya naik feri..kty bila lah nk dpt naik feri ke penang nie

rasp said...

ooo masuk ke pulau ek...
rugiiiiiii tul tak jumpa...
kalo dak leh i cubit2 pipi darissa tu...

mumyShaneQeisha said...

bestnya jalan2 raya ramai2 ya.
thomeynya darissa tu

Azmiezas said...

akak plan ari tu nak pegi penang raya ke 3, sekali dengar berita kabel terbakar..takut jam terus cancelled..

agaknya kalau akak ke sana, entah2 kita jumpa tak yer??...hehehe

Kepoh-chi Punyer Cerita said...

arghhh rindu penanggggggggg :)

muza,
dulu kite n asn the geng main redah je penang.masuk pekan semata2 nak makan nasi kandar line clear...bape kali pusing ntah hehe....

setiap kali g penang mesti pekene nasi kandaqqqqqqq...terbaikkk hehehe

Eri-chan said...

2-2 anak u chomeLL la...suke tgk danish nye lesung pipit..darissa lak..uish...gebu gitu...satu family jenjalan, best kan..

aleena said...

darissa dgn danish tue cute..

danish bile besar mcm sweet ja face die..comel sungguh:)

~AmyLiana8886~ said...

Subhanallah comelnyer budak 2 orang tu..rase cam nak cubit je pipi darissa..huhu

Drama Mama said...

betul lah tu padang kota gak cuma skang ni usually we call it gurney. padang kota gurney lah kiranya kan. the other one is padang kota esplanade. :-D

http://twinkywinkystars.blogpsot.com