Status

TQ coz sudi menjengah blog ni..

Aktiviti blogwalking tergendala sikit...Aktiviti blogwalking akan saya jalankan secara habis-habisan bila weeken jer..tunggu kedatangan saya tau...thanx korang...


Tuesday, September 7, 2010

Cat Umah & Buat Kuih Raya

Ahad balik Gombak. Cat umah mak abah saya di Gombak. Abah mintak tolong asben saya tolong cat tembok gate tu jer. Macam tahun lepas pun cat jugak. Kemain lagi abah saya tiap tahun nak mengecat. Umah kami cadangnya nak cat jugak tang luar tu tapi tak sempat plak. InsyaAllah before kenduri cukur jambul cat lah kot.

Seperti biasa, asben saya akan pajak sorang anak buah tempat keje dia untung tolong cat. Kene upahlah, bukan pree! Dia ni orang Myanmar n bukan islam so dia tak pose. Memanglah bukan satu umah kene cat tapi penat ooo mengecat ni. Ni asben saya lah kata. Saya tak tau sebab tak pernah mengecat. Tapi saya tengok pun memang penat pun. Dahlah puasa. Haus! Haus! Haus!

Asben saya cat gate.

Sementara kat umah. Mak n jiran buat kuih raya. Buat sama-sama n kongsi-kongsi. Mak saya kan tak sihat. Tulah dia duk atas n perlukan Asst untuk sama-sama buat kuih. Jiran mak tu, Cikgu Fadhilah namanya. Dia duk bawah senang nak menguli n menerap acuan kuih tu. Sian mak. Nak jugak buat kuih raya. Padahal kami semua dah tegah dah. Dia kata nak bagi anak menantu cucu makan. So, dia tegar lah buat. Sakit-sakit pun TETAP nak buat.

Ari tu Ahad tu mak dapat buat KUIH BADAM SUGI & SEMPERIT DAHLIA.

Fresh from the oven. Sedap giler kuih nie. Ini Badam Sugi.

Kuih semperit dahlia. Saya? tolong jugak tau. he he he. Lepas Darissa tido tolong mak masak n susun-susun kuih dalam balang. Nasib Darissa tido lama tengah hari tu. Rasanya dalam 5 jenis jugaklah mak n Cikgu tu nak buat.


Ok lah lah. Itu sajer.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




13 comments:

☆ lieya latif ☆ said...

WAH meriah....mmg nampak suasana raye kat tempat hanim hah.....mmg best...dgn cat umah...buat cookies hah...mmg seronok!

selamat hari raye hanim sekeluarga...mohon maaf zahir dan batin.... moga bergembira di hari lebaran....

Sham Ummi Echa said...

eh sama lak kita hanim.. asben sy pon tolong ngecat umah mak saya.. tp thn ni cat sumer dinding kt luar.. sian gak tgk hubby ngecat panas2 tu.. tp dia kata ok je..

rajin mak awak buat kuih yer.. mak sy dah lama pencen buat kuih raya

POSH76 said...

mengecat tu mmg keje mencabar mesti penat gilerkan...paling bess tngk buat kuih raya...mak buat lagi sedapkan hehe

makdara TERDIVA said...

wahhhh! semangat berkobar2 tu..

nak semperittttt :)

kumichan said...

huhuhu air tangan ibu lebih sedap dari beli kat luar..untung Hanim...nak semperit gak , boleh ?

atty's said...

kty last minute ni mcm terpk nak cat gak umah ..tp tgk dulu ar camne.

lama dah tak buat kuih semperit..

p!nkerton said...

nampak sedap la hanim kuih2 raya tu! kitorng dpt buat yg simple2 aje, lain sume beli huhu. mak2 mmg camtu, tak banyak, sikit pun mesti nak buat sendiri kan, kasi anak menantu makan :)

Kepoh-chi Punyer Cerita said...

rindu suasana biat kuih macm ni
skang ni asyik beli dan bayar je
tp muza skang ni kite tgh wat kuih raya...projek kasih syg
heheheh

Azmiezas said...

Syioknya buat kueh ramai2 cenggini..akak tengah tak de mood ni..tunggu nak balik kg jer..dah boring dah kat sini..hati dah di kg la katakan..

Dee said...

sy pun x sempat cat rumah..cat lps rayalah jwbnya..tp cookies..tolong kakak je buat sket2..

Eri-chan said...

wah sedapnya...........i dha lama pencen buat biskut....dok bujang lagila.....

AzketOm said...

sedapnya biskut fresh buat sendiri. ada bezakan kalau beli. lagi2 air tangan mak...lagilah sedap.

Zakiyah Zainon said...

samprittttt...feberet saya tu!