Status

TQ coz sudi menjengah blog ni..

Aktiviti blogwalking tergendala sikit...Aktiviti blogwalking akan saya jalankan secara habis-habisan bila weeken jer..tunggu kedatangan saya tau...thanx korang...


Friday, September 24, 2010

Aktiviti wajib, karoklah..n cite buai..

Ni hari rabu siang, hari yang kami akan balik ke rumah masing-masing. Last day di kampung. Macam tahun lepas, aktiviti karok ni jugalah di buat bila balik kampung. Entry nya SINI.

Seperti biasa, saya tak join. Dengar je dorang nyanyi sumbang.

Tu dorang tengah karaoke sementara tu Darissa tido dalam buai. Punyalah kuat, nasib darissa tido tapi kene enjut selalu lah sebab dia bergerak-gerak. Takpelah darissa sekali sekala tido bising-bising nie..Tapi habis karaoke dia pun bangun...

Nak cite pasal buai nie. Darissa memang tido buai kalu kita nk dia tido lena. Biasanya siang lah dia guna buai. Bila siang dia tido bawah(katil) memang payahlah nak kasi tido. Memang masa dia nenen dia tido tp bila dengar je katil gerak2 atau saya bangun dari katil tu otomatik celiklah bijik mata dia tu. Cara selamat n memudahkan saya buat kerja rumah saya letak dalam buai.he he he

Tapi kalu malam lepas dia lena dalam buai, saya akan angkat letak kat katil, tapi dia tak plak bangun. Elok tido sampai pagi, bangun nak nenen je pastu tido sampai pagi. Melainkan dia tak sihat dia meragam lah n susah tido, baru saya masukkan dalam buai. Yelah budak demam kene tido n rehat supaya ubat tu boleh berjalan kan.

Tu masa balik kampung ari tu kami kami bawak spring n kain buai tu. Tempat sangkut buai memang dah ada. Letak jelah kain buai jer. Mula-mula dulu memang tak nak ajar buai tapi dia susah sangat nak tido. Bukan saje-saje ajar dia buai. Baby2 nie kene kuat tido, baru dia boleh membesar dengan tembam sihat.:)

Umah mak saya plak, memang dah ada set buai tu. Bawak badan jelah...Tu kalu nak tido umah orang macam pikir banyak kali sebab buai lah. Budak-budak bukan boleh jangka kan. So lepas ni kalu nak pegi bercuti ke memang kenalah bawak buai ngan besi-besinya sekali.Tak pe janji jalan kan Dicha..he he he..

Tapi kalu pegi cuti yang kene naik kapal terbang atau boat ke memang taklah kami join..Gile ke apa nak ngangkut besi-besi tu...hahahahha..Cubelah bayangkan kami bawak jugak, mau masam mencuka muka asben saya siap muncung-muncung lagi sebab dia yang tukang angkutnya...hahahahha. Tak pe tunggu Dicha besar kita jalan jauh-jauh yer sayang , InsyaAllah..

Itu sajer

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




17 comments:

zack_blossom said...

ala...comelnye picture darissa senyum...geram betul la tgk dak comel ni!

p!nkerton said...

aa tu la, kalau tido buai mmg susah sket la kalau nak berjalan mana2 (esp tempat yg xde buai). kitorng mmg kuat berjalan, so sbb tu mmg dah plan xnak ajar athirah pakai buai hiihi ;p
comel sgtt pipi tembamm darissa tu! :D

rasp said...

i nie pun kuat berjalan sis...
and syukur ke-empat2 anak i tak berbuai...
senang skit nak berjalan kan...
takpe sabar, dia besar skit leh jalan jauhhhhh jauuuuuuuhhh tu...
now leh kumpul duit :D

♥♥syahadah♥♥ said...

boleh tahan telinga dia dgr orang berkarok..tp baru dapat tgk darissa..lama tak berblog miss nak tgk darissa membesar

Sidratul Muntaha said...

budak montel nih..
geram weih nengok...

mamyharraz said...

..sebab tu harraz sy tak nak buaikan..payah nak berjln..nak pulak mak dia ni kaki vacation hehe

:: iManja :: said...

geramnyer tgk darissa senyum...suka sangat gambo ni....

atty's said...

eii darrisa senyum..
takpe ..nanti dah besau leh gi jalan2.

LotsOfLove-Pearls said...

saya kalau balik kg pun, nyanyi2 nilah yang paling besh. even gua tak join the club, tapi rasa seronok coz dapat berkumpul ramai2..

*gambar terakhir Darissa tu buat gua tersenyum sama.. senyum besar punya darissa..

~~Ciklinn~~ said...

comelllnyerr budak ni senyummm... bikin cair hati ibu mertua mu.. muahhhsss sikittt

Sham Ummi Echa said...

sama la mcm echa gak, kalo tido buai baru dia lena sket. so agak jenuh kalo nk brmalam kt tmpat lain. tp masa dia umur 6 bulan pernah gak kitorang g melaka tido sana 3D2N.. elok plak dia tido..hehhe

sueanne said...

wahhhh... cute giler darissa senyum.. comel.. comel..comel.. geram plak..

Rayyan lak kan nim, dia kalau nk tido lena, kena bedung-bedung.. kalau tak bedung, memang asyik terjaga2 je.. kelakar lak tgk rayaan.. dah membesar pun stil tido bedung lagi..hehehe

geramnya tgk darissa... ngeeeeeeeeee senyum kat darisaa balik..

Cik Wanie said...

alolololo,
tomeinyer Darissa tenyum,
cute jer,
hihihihi:)

Yan said...

qis dulu tido berbuai jugak... tp takdela lena lame mane sangatpn..
ni adiknye adhwa.. dalam perkiraan nak dibuaikan... so far lum lg.. pasal skang dia baru 2 bulan tp dah merata kami merayap.. klu tido buai tu... payah..

anisalya said...

alalala... comeynya...

Ain said...

sarah memang hantu buai, sejak duk taska ni baru la pandai tido tanpa buai...

pernah masa umur dia dua bln ain buat lawak ngan doktor kat klinik panel kitaorng, "boleh tak sediakan buai kat klinik ni?"

punya la seksa jiwa raga kalau nak bawak dia kemana-mana....

nieda said...

tgk darissa senyum cair auntie