TQ coz sudi menjengah blog ni..



Wednesday, September 29, 2010

Karipap

Kan best kalu petang-petang ni makan karipap. Nak-nak karipap panas. Sedaaaaapnya....Saya suka karipap lagi dari goreng pisang.

Ari tu ada orang bagi karipap IKEA ni. 1st time makan. Sedaplah n dia ada telur yer dalam dia. Hari tu pegi pun makan meatball jer. Tapi yang tak suka nya IKEA ni ramai giler orang. Nak pegi weekdays saya ni keje. Kalu pegi The Curve ni memang tak kanlah singgah IKEA saja-saje melainkan ada benda penting nak cari.

Percubaan untuk snap tang isinya tapi tak menjadi. Kalu pakai camera muncung-muncung tu baru cantik.

K lah itu saje.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Darissa berkunyit

Semalam petang lepas amik Darissa saya tengok dia macam selsema.Tapi selsema manja-manja gitu. Baru semalam baca pasal pakwe dia (kelassss...baby2 pun dah ada pakwe he he he ) demam n selsema.

Pastu teringat petua CIK LINN untuk baby yang selsema nie. Petuanya DISINI

Guna kunyit hidup sapukan kat hidungnya. Sebelum ni yang saya tau calit je kunyith idup kat hidung dan dahi, tapi petua CIK LINN nie kata tumbuk halus kunyit idup n air dia sapukan di hidung baby. Semalam cubelah. Pekat ok air kunyit tu. Risau plak macam memakan masa lama untuk hilangkan kuning tu. Alhamdulilla, lena jugak dia tido semalam.

~Hai! saya Darisa berkunyit.~

Selain tu saya pakai penyedut hingus nie. Apa ntah nama dia. Lupa!.

Tapi lebih senang saya sendiri sedut hidung dia. Minta maaf lah kalu yang geli yer. Tapi saya tak geli sebab baby kan, bukan kotor pun. Lagi pun anak sendiri. Danish dulu sampai baerapa tahun saya sedut hingus dia. Lepas dia dah pandai buang hingus sendiri saya tak sedut dah.

Petua sedut sendiri hidung anak ni babysitter danish dulu yang bagi. Memang cepat hilang selsema anak. Tapi lepas tu ibu dia sendiri sakit tekak, selsema n batuk. Takpelah saya rela saya yang sakit dari dorang sebab kita dah besar pandai nak kawal sakit kita ni. Yang baby tu yang payah kalu kurang sihat ni.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Tuesday, September 28, 2010

Carrot susu

Hari tu ada terbaca kat blog besan saya CIK LINN pasal petua membanyakkan susu badan. Tapi memang betul susu jadi banyak..Semalam saya buat lagi carrot susu tu.Sedapnya...

Saya jugak ada minum barli, soya bean n horlick. Longan DULU saya pernah cube tapi saya tak tahan, jadi batuk-batuk n darissa pun batuk-batuk jugak.

Dari segi pembacaan saya n pertanyaan dari orang-orang yang sepatutnya, yang penting mind set kita, kena tanamkan benda yang positif dalam otak kita. Contoh kena pikirkan yang susu kita banyak n sangat mencukupi untuk anak kita. Itu jelah yang saya tanamkan. Ni jelah sedikit info yang saya boleh share sebab saya pun bukannya pakar pasal penyusuan ibu nie. Tau sikit-sikit untuk kegunaan saya sendiri.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Tetamu kecil datang rumah

Ahad petang macam tu, ada tetamu-tetamu kecil datang rumah. Budak-budak dekat kawasan rumah saya datang beraya. Sejak tahun lepas kami pindah sini, ini baru 1st time orang datang beraya. Maksud saya jiranlah. Comel ok, tengok budak-budak ni datang n paggil kita "Makcik". Kadang-kadang tersasul jugak saya bahasakan diri "akak"..amboi nak muda saje...

Takde apa yang dihidangkan pun, kuih raya dah abis. Jamu dorang ngan air kotak n apollo wafer danish punya. Suka lah dorang. Oklah tu kan dari bagi air semata..tak sempat "makcik" nak masak-masak. :)

Nilah tetamu kecilnya.

Makan minum n borak borak sikit, baliklah dorang. Op kos lah bagi duit raya. Budak-budak kan...main point dia nak duit raya jer..he he he..Terima Kasihlah datang umah "makcik" yer. Suka sangat saya, sebab ada jugak yang sudi datang umak kecik saya nie... Ok sesape nak datang umah bagi tau yer. Kalu main terjah je, saya bagi jer sama macam budak-budak ni dapat..he he he

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ.




Monday, September 27, 2010

Setelah lama tak pekena

Setelah sebulan plus plus tak lunch McD bersama kawan seopis, tadi barulah kami dapat lunch sesama untuk makan McD. Yelah sebelum ni kan kita puasa. Kalu saya beli pun, hanyalah untuk Danish iaitu Happy Meal. Yelah masa bulan pose ari tu pun manalah nak bernafsu nak makan fast food ni.

Kawan yang join tadi, L-R : ayu n kak erni yang comel n cantik kecil molek.

Saya yang besar molek n sedikit gelap. Gelap sebab membelakangkan cahaya yer. Salahkan cahaya plak. :)

Seperti biasa Chicken Mc Deluxe menjadi pilihanku. Tak cube pun triple cheese berger tu sebab burger daging McD saya kureng sikit.

Sizzling Yee Mee. Oh! saya hanya makan burger tu saje yer. Pic ni ada sebab saya nak tanya kat mana yer Sizzling Mee ni yang sedap? Habaq mai sat.... Tekak ni macam ngidam ngidam plak. Bukan sebab peknen yer walaupun ada kes lewat 2 ari period sebelum ni..ngeh ngeh ngeh

Itu sajer.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Makan sedap

Bagi saya sedaplah sebab mak saya yang masak di bantu oleh pembantu-pembantu kak ipar saya. Sabtu tengah hari abang saya n kak ipar saya buat open house. Tapi taklah open besar sangat, sederhana saja. Mintak maaplah yer pic agak kabur, camera tak bawak.

Darissa. Saya letak je dia kat carrier dia tu. Tak bolehlah asyik nak dukung je kan nanti susah saya nak buat keje.

Mentang-mentang dah besar, asyiklah meluncur dari carrier dia tu bila dia dah penat. Nak meniaraplah. Sekarang darissa dah pandai meniarap dengan terrornya. Siap guling-guling lagi. heeeeee.... :)

Meja santapan

Nasi impit.

Rendang ayam pakcik asben yang masak.

Mee kari, mak saya yang masak. Yang takde dalam pic kuah kacang, lemang, kuih muih n kek.

Nenek saya n tetamu

Kak ipar saya n anaknya.

Ni ha danish. Sibuk ngan sepupu pompuannya. Turun naik tangga. Jakun kot, sebab umah kami memang takde tangga.

Darissa lepas dah tukar baju. Saya takde picnya, orang kuat dapur tak yahlah nak snapkan..he he he

Itu jelah yang sempat saya snap. Segan plak snap-snap sebab ramai orang. Dah lah hp ni berbunyi bila kita snap snap.

Kak ipar tapaukan lauk-lauk tu. Ahad sambung makan untuk brekpes n lunch. Makanlah sampai lebam..he he he.

Itu sajer.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Saturday, September 25, 2010

Buffered Earning

Sebelum ni pernah dapat satu buffered earning (BE) N3 nya SINI


Iklan digi Iphone nilah yang melekat. Terima kasihlah NUFFNANG yer. Pandang jugaklah blog saya yang marhain nie. Dapatlah merasa apa itu BE.



See, saya bangga menunjukkan amount dari BE tu. Walaupun sikit tapi saya tak kisah sebab saya tau tahap berblogging saya nie. Blogger tak tegar. Apapun alhamdulillah n syukur.


Terima kasih pada NUFFNANG, KAWAN-KAWAN BLOGGER, READER, SILENT READER N SESAPA YANG BACA blog saya nie yer. Terima kasih banyak-banyak.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Friday, September 24, 2010

Aktiviti wajib, karoklah..n cite buai..

Ni hari rabu siang, hari yang kami akan balik ke rumah masing-masing. Last day di kampung. Macam tahun lepas, aktiviti karok ni jugalah di buat bila balik kampung. Entry nya SINI.

Seperti biasa, saya tak join. Dengar je dorang nyanyi sumbang.

Tu dorang tengah karaoke sementara tu Darissa tido dalam buai. Punyalah kuat, nasib darissa tido tapi kene enjut selalu lah sebab dia bergerak-gerak. Takpelah darissa sekali sekala tido bising-bising nie..Tapi habis karaoke dia pun bangun...

Nak cite pasal buai nie. Darissa memang tido buai kalu kita nk dia tido lena. Biasanya siang lah dia guna buai. Bila siang dia tido bawah(katil) memang payahlah nak kasi tido. Memang masa dia nenen dia tido tp bila dengar je katil gerak2 atau saya bangun dari katil tu otomatik celiklah bijik mata dia tu. Cara selamat n memudahkan saya buat kerja rumah saya letak dalam buai.he he he

Tapi kalu malam lepas dia lena dalam buai, saya akan angkat letak kat katil, tapi dia tak plak bangun. Elok tido sampai pagi, bangun nak nenen je pastu tido sampai pagi. Melainkan dia tak sihat dia meragam lah n susah tido, baru saya masukkan dalam buai. Yelah budak demam kene tido n rehat supaya ubat tu boleh berjalan kan.

Tu masa balik kampung ari tu kami kami bawak spring n kain buai tu. Tempat sangkut buai memang dah ada. Letak jelah kain buai jer. Mula-mula dulu memang tak nak ajar buai tapi dia susah sangat nak tido. Bukan saje-saje ajar dia buai. Baby2 nie kene kuat tido, baru dia boleh membesar dengan tembam sihat.:)

Umah mak saya plak, memang dah ada set buai tu. Bawak badan jelah...Tu kalu nak tido umah orang macam pikir banyak kali sebab buai lah. Budak-budak bukan boleh jangka kan. So lepas ni kalu nak pegi bercuti ke memang kenalah bawak buai ngan besi-besinya sekali.Tak pe janji jalan kan Dicha..he he he..

Tapi kalu pegi cuti yang kene naik kapal terbang atau boat ke memang taklah kami join..Gile ke apa nak ngangkut besi-besi tu...hahahahha..Cubelah bayangkan kami bawak jugak, mau masam mencuka muka asben saya siap muncung-muncung lagi sebab dia yang tukang angkutnya...hahahahha. Tak pe tunggu Dicha besar kita jalan jauh-jauh yer sayang , InsyaAllah..

Itu sajer

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Thursday, September 23, 2010

Ayah blanja makan

Bila kat kampung di Kuala Kangsar, lupe nak snap pic sekeluarga.. Macam rugilah plak..Macam takde mood. Mungkin kene ada kamera muncung-muncung kot baru ada mood nak snap2 pic. (cakap banyak kali, dengan harapan akan ditunaikan, he he he)

Malam terakhir kami di Kuala Kangsar, ayah (FIL) belanja makan anak menantu cucu dia ni. Makan biasa-biasa je. Kedai banyak tutup. Kami makan berdekatan ngan Tasik Raban.

Sebelum makan, bagi budak-budak ni main-main dulu.

Main lagi. Malam pun malamlah janji dapat main.

Ibu n Darissa. Semua pic snap guna hp jer.

Darissa n abah. Separuh je abah..he he he. Danish takde. Mood takdak. Lagi pun dia sibuk ngan sepupu2nya tu


Yang tengah-tengah tu lah tokei malam tu. Terima kasih ayah!. Lainkali belanja lagi yer..(belakang-belakang beranilah cakap, depan-depan I malu !. Biasalah saya kan menantu yang sopan lagi pemalu lagi berbudi bahasa. hahahahha! )

Bersama air masing-masing.

Dari kiri: Darissa, Tok Wan n Opah

Antara hidangan satay. Di sebabkan masih cuti raya, menunya sangatlah limited. Kami order nasi goreng kampung n telur dadar jer. Jadilah kan.

Tapi..TETAP habis. yang penting masing-masing hepy n dapat mengeratkan silaturrahim. :)

Last sekali, saya...nak jugak kan....

Itu jer..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Wednesday, September 22, 2010

Jalan-jalan di Penang seberang

Penang seberang tu maksudnya Penang bahagian seberang. Kene lalu jambatan Pulau Pinang atau feri kalu nak ke sana. Tak tau orang panggil apa, tapi saya panggil Penang bahagian seberang..he he he

Kami di Seberang Perai 3 hari 2 malam. Ari Sabtu sampai hari Isnin. Sebelum balik Kuala Kangsar, kami singgah sekejap Penang seberang tu. Jalan-jalan sekejap. Tapi singgah jap rumah Paksu n maksu. Tu kami semua pakat pakai baju kurung tu.

Pegi naik feri sebab Pelabuhan tu dekat ngan umah Mak Tam. Kalu nak ikut jambatan macam jauh sikit n kene u turn kot. Entahlah yer. I follow jer. :). Satu kete RM7.70.

Dua beradik dalam feri. Darissa masam sebab baru bangun tido. Danish dah pandai posing gedik-gedik. Penangan sepupu2 pompuan dia. Belah asben memang semua sepupu dia pompuan. Belah saya anak abang saya no 1 semua lelaki, tp Danish jarang jumpe. :(

Kami berempat walaupun darissa nampak sipi-sipi.

Tengok..gedik lagi..

Singgah Batu Feringgi. Masing-masing tak tau jalan. Redah jer. Takut sesat. Ingat nak pegi town dia tapi dah masing-masing buta jalan. Ala bukan kami p holiday pun, singah jalan-jalan jer. Tak dapat nak explore lebih.

Lagipun dah petang sangat. Kang pukul berapa pulak nak sampai Kuala Kangsar. Dengan keadaan jalan yang tak menentu. Sesak sana sini.Lagi pun Penang jalan jem. Masa tu pun time orang balik keje. Dalam kul 5 lebih macam tu.

Darissa di Batu Feringgi


Singgah makan jap @ Restoran Khaleel di Padang Kota. Masing-masing lapor!


Akibat dah tak boleh berpikir dengan waras, boleh katakan semua ikut makan order yang sama. Nasi putih ayam goreng n semua jenis kuah. Cume mak mertua amik kuew teow goreng.



Bergambar ramai-ramai sebelum bertolak di Padang Kota. Padang Kota kot. Orang penang mai habaq sini, ni tempat apa? Minta maaplah kalu salah sebut nama tempat yer. Tapi ni bukan Padang Kota yang banyak food court tu. Ni dekat-dekat ngan Gurney Plaza tu.

Kami plak. Sarung je tudung itam tu. Nak pakai tudung bawal Darissa asyiklah main tarik-tarik. Sampai senget tudung tu, last-last amik je tudung awning tu. Senang walaupun tak matching. Lepas ni bolehlah pakai tudung awning-awning nie.he he he

Keluar dari Penang kami lalu Jambatan pulak. Nasib tak jem sangat sebab 2 ari sebelum tu kabel TNB terbakar kan? yang menyebabkan jalan jem giler kat Jambatan tu.

Itu sajer cite di Penang. Walaupun simple tapi rase seronok sangat bersama family. Kecoh-kecoh n kelam kabut tulah meriahkan lagi hari raya. Saya pakai jer baju ulang tayang di hari raya pertama sebab ada tragedi baju raya. Tailor tu salah buat n ketat. Hangin giler saya. Masalahnya kain elok jer, baju plak ketat.. Sedih!!!. Dah pulangkan balik. Pandai-pandailah ko buat balik si tukang jahit!

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ