TQ coz sudi menjengah blog ni..



Monday, August 30, 2010

Sunway Giza n singgah mamak jap

Sabtu malam Ahad macam biasalah mesti keluar. Tak Sabtu, Ahad. Bulan pose ni nak kuar siang, saya tak laratlah. Kita tukar, kuar malam pulak. Minggu nie tak balik Gombak. Kasi mak rehat.

Saja jalan-jalan malam, round2 naik kete. Bulan-bulan pose ni bawak baby jalan malam tak pe, sebab hantu-hantu semua kene ikat he he he..

Sunway Giza

Singgah Sunway Giza, Kota Damansara jap. Best jugak tempat dia. Berangin jer. Ada kipas besar kat atas tu. Tapi tak snap plak. Tapi lot kedai dia banyak tempat makan. N banyak macam tak halal jer. Yang saya nampak ada satu kedai baby & kanak-kanak, CAMYBABYLAND. Syok oo ada sale. Tapi saya tak sempat tawaf satu Sunway Giza. Kat area bawah jer kami pegi.

Mereka di sana.

Pastu seperti biasa singgah mamak. Nak minum. Yelah nak makan berat-berat pun perut dah ketat sebab dah berbuka tadi kan.

Entah apa lah yang dia tengokkan tu sampai tertoleh-toleh

Danish tunjuk gigi kapak dia. Copy paste dari ibu dia. Gigi kapak kami memang besar..:)

Besornya nganga mulut tu.

Ibu n Darissa

Air kami. Nescaffe ais, limau suam n bandung aiskrim.

Asben saya order capatti. Dia memang suka lapar-lapar bila menjelang lewat malam tapi badan kurus.

Itu sajer. Hepy Merdeka Uolls n selamat bershopping.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ

Pssst....Nak blogwalking jap. Ari ni Bz sesangat...Tunggu saya yer. TQ




Saturday, August 28, 2010

Terima Kasih IXORA

Hari Khamis saya terima adiah yang sangat cute dari IXORA yang comel itu. Suka sangat!. Dapat adiah sempena saya masuk contest Lucky Draw kat blog dia. N3 nya disini.

Inilah IXORA. (sory ixora saya amik pic tanpa kebenaran)

Hadiahnya terus di pos ke opis saya

Dapat surat cinta dari IXORA

Tara.....keychain yang ada tulis nama saya HANIM..suka sangat !. Boleh sangkut kat hp.. Masuk kali ni dah 3 kali saya dapat hadiah dari kawan-kawan blogger. Happy!

Mintak maaplah kabur pic-pic nya. Snap guna hp. Masa ni kat opis. Camera kat umah.
Kepada IXORA..terima kasih sangat-sangat. Saya sangat menghargainya..TQ

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Thursday, August 26, 2010

Pertama kali (Part 2)

Pertama kali Part 1 Kat Sini.

Masa tu saya cerita berapa ramai yang baca blog saya dalam satu masa.

Semalam saya smpat printscreen visitor saya semalam. Dalam sejarah saya berblog lah semalam ada 81 orang baca blog saya. Walaupun saya tau kawan-kawan yang lain pernah dapat lebih dari saya tapi pada saya dah cukup banyaklah tu. Yelah saya ni blogger biasa nak bandingkan ngan kawan-kawan semua. Terima kasih pada kawan-kawan yang sudi baca blog saya ni.
Kawan-kawan saya tak ramai dalam dunia blog ni. Balik-balik itu jelah. Tapi saya lebih suka macam tu sebab senang saya nak buat lawatan dan membalas lawatan kawan-kawan semua. Kalu gigih sangat mencari kawan baru sekadar nak cari trafik itu bukan cara saya. Sebab nanti saya takut tertinggal dalam sesi lawatan saya (blogwalking). Saya kalu boleh tak nak tenggelam timbul dalam blog kawan-kawan.. Tapi kadang-kadang ada jugak beberapa blog, saya tenggelam terus..he he he.



Tajuk n3 semalam, pasal murtabak

Ok esok saya cuti sebab Nuzul Quran. Kan saya bekerja di Selangor. Selamat bekerja pada anda yang kene bekerja esok. InsyaAllah esok, kalu 'line clear' kat umah saya akan buat sesi lawatan esok. Mintak-mintak Darissa well behave esok senang ibu nak bertenet. Danish takpe sebab pasang je kartun sonyap lah dia..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Wednesday, August 25, 2010

Murtabak Sedap

Dah jumpe dah murtabak sedap kat area Sg Buloh ni...sebelum ni memang tau murtabak ni sedap tapi macam malas nak beli sebab kalu beli je confirm kene beratur. Lama giler ok nak dapat kat turn kita.

Hari tu asben saya cubelah beli. Sekali tengok tak ramai. Rupenya pakcik tu ada 3 kuali besar untuk dia masak murtabak tu. Berbanding sebelum ni ada satu kuali jer.

Tapi hanya jual murtabak daging saje. Tapi tak taulah dia hanya jual murtabak daging jer atau hari tu kami beli ayam dah habis. Rege RM2. Murah sebab kecik n tak bape tebal. Isinya pun banyak takdelah bawang je semata. Oklah pakcik murtabak, saya bagi 3 1/2 bintang untuk murtabak itu. Tapi murtabak Mat di Batu 5 Gombak adalah terbaik!

Amik pic dari kejauhan jer. Segan nak snap depan-depan tu.

Orang ramai mula membanjiri gerai itu. Gerai ni terletak berhadapan ngan stesen Petronas. Sape duk area Sungai Buloh, Kundang n Paya Jaras taulah.

Nilah murtabak tu.


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Tuesday, August 24, 2010

Ramadhan ke 11

Berbuka di Gombak lagi. Kalu nak berkumpul kat situ jelah. Mak n abah saya bila bulan puasa ni jangan haraplah nak berbuka kat luar atau umah anak-anaknya. Sebab abah nak terawih kat surau dia jugak.

Mula-mula plan tak berbuka umah mak sebab minggu lepas dah berbuka kan tapi abang no 2 tu plak nak berbuka umah mak. Tapi yang ada wife dia n anak2nya jer ada. Dia takde , buka kat luar pasal ade keje sikit. Kali ni saya tak request nak makan apa-apa. Apa mak masak , saya makan jer.

Pic tak cantik sebab kamera bateri kong! Guna hp jer. Nampak sangat tak ikhlas dengan camera tu kan. Abang DLSR please!...

Kami dalam kete. Wajib!. Darissa muka masam sebab nk dukung. Tak nak duk dalam tu.

Makanan di atas meja. Tak cukup meja nak letak. Kami tak boleh makan kat bawah sebab mak saya memang tak boleh duk bawah kesan pernah operate lutut dulu. So kene duk atas jer.

Atok melayan cucu-cucunya

Anak buah saya gedik-gedik dulu kat meja makan.

Makan time!

Chef / mak saya. Sian mak. Berpeluh-peluh nak masak hari tu.
Nasib kak ipar datang awal. Dialah yang tolong. Saya?tolong sikit jer..he he he

Jom tengok apa yang mak saya masak.

Air soya. Wajib ada.

Ikan tenggiri sambal- mak masak

Ketam masak lemak cili api. Sedap pedas terbaik! - Mak masak

Ikan bawal masak lemak cili api untuk menantu dia yang tak makan ketam tu.. Asben I lah tu.. - Mak masak

Sayur buncis - Kak ratna masak. Kak ipar saya.

Ayam masak merah. Kak Ratna masak jugak

Roti jala mak order kat jiran n murtabak beli kat PARAM. Mak siap buat kuah durian lagi untuk makan ngan roti jala.

Lepas makan-makan semua budak-budak main bunga api kecuali Darissa sebab dia tido. Dapatlah saya makan ngan aman sekali...:)


Lepas abah balik dari terawih.. Menggelupur cari makanan..he he he...
Kuew teow tu jiran bagi.

Ahad plak..duk umah diam-diam. Time tulah nak kemas umah n gosok baju...Fuh! penat...

Itu sajer.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ

Minta maap sangat-sangat sebab asyiklah cerita kat Gombak. Sebab kali nie family abang saya no 2 ada. So, cerita berbuka ramai-ramailah walaupun taklah ramai mana. Yelah saya ni adik beradik 3 orang jer. Pulak tu susah sangat nak berkumpul semua. So bila ada salah sorang tu rasa excitedlah sangat.





Monday, August 23, 2010

Buli Darissa Dengan Inai

Saje nak test kat Darissa. Kakak opismate bagi inai mekah yang tube tu. Lepas tu saya gedik nak pakai kan kat Darissa..he he he


Ingatkan nak pakai satu jari jer ..

Last-last terus pakaikan 4 jari lagi. Ibu jari dia tak dapat nak pakaikan sebab dia dah meronta-ronta...

Jenuhlah nak agah-agah dia bagi tak berterabur inai tu. Kene baju dia nangis nak sental baju tu kang. Sekejap jer bubuh. Lepas tu cucilah. Darissa nak minta dukung. Laparlah tu.

Inilah hasilnya...tak merah sangat..he he he..Jahat ibu dia buli dia kan..

Itu sajer episod buli Darissa...:)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ





Saturday, August 21, 2010

Pertama Kali

Sana sini orang cerita pasal Buffred Earning (BE) kat blog masing-masing. Saya takde apa nak cerita pun sebab tak pernah dapat BE..he he he..Lagipun saya baru je letak Nuffnang bulan 6 hari tu kot kat blog saya walaupun saya dah start blogging tahun 2009. Tahniahlah pada sape yang dapat BE tu yer.. Anda memang layak!..Cewah....

Hari nak share pasal "Pertama Kali" dalam blog saya berlaku. Ada 12 orang yang baca blog saya dalam satu masa. Walaupun saya tau kawan-kawan yang lain pernah dapat lebih dari saya. Yelah saya ni kan blogger marhain..bisanya sorang atau 2 orang jer yang baca blog saya dalam satu masa. Kesian kan.. :)
Ini yang saya print screen tu. Tapi tak taulah mungkin yang banyak tu spam ke apa kan..

Masa tu saya buat n3 seperti di atas. Agaknya bulan-bulan pose ni orang suka baca pasal makanan atau resepi-resepi kot kan.. Saya pun suka baca pasal tu..he he he

Itu sajer yang nak share..Terima kasih banyak-banyak pada kawan-kawan yang sudi baca blog saya ni. Meh peluk sikit meh...

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ

Psssttt..ari ni saya berbuka di Gombak lagi. Kak ipar no 2 n anak-anaknya ada kat rumah mak petang nie...Yahuuu....

Friday, August 20, 2010

Oats Berlauk

Hari tu baca blog SIS POSH, dia makan oats letak lauk-lauk. Macam kita makan bubur tu. Saya bila sahur memang makan oats tapi makan oats lepas tu letak susu pekat sikit. Sedap tau! Ada satu hari tu saya try lah letak lauk kat dalam oats tu.

Cara dia bancuk oats ngan air panas, kacau-kacau pastu letaklah lauknya. Bagi saya, rasa dia ok ok lah..boleh ditelan. Macam kita makan ngan bubur.

Oats setelah dibancuh ngan air panas

Oats ngan lauk-lauk..

Itu sajer. Selamat mencuba..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ

psst..ha kau banyak plak n3 minggu ni pasal makanan...maklumlah tuan rumah dah raya dulu..lagipun bulan puasa ni kan sinonim ngan kebanjiran makanan..tp awas! Jangan membazir...




Thursday, August 19, 2010

Resepi Petang Ini - Telur Dadar Bermayonis

Telur dadar ni boleh katakan wajib ada bila waktu berbuka. Danish n abah dia suka sangat makan nie. Lepas tu tengok plak iklan yang Sheila Rusly buat telur dadar letak mayonis, saya pun ikutlah.

Bancuhan telur yang dah diletakkan mayonis. Yang putih-putih tu mayonis lah.

Nilah jadinya. Apesal ha tak sama macam Sheila Rusly buat tu? Saya guna 2 bijik telur jer. Shela Rusly guna mau sepapan kot sebab tebal semacam jer. Tapi memang betullah jadi gebu n lembut sikit telur dadar tu. Rasa fluffy-fluffy n rasa moist jer. Kalu tak caya sila buat yer.

Makan plak ngan sambal ayam + petai..perghhhhh....mantap!he he he

Bolehlah kot kawan-kawan nak guna menu ni masa berbuka nanti.


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ





Bunga Api Untuk Danish

Semalam petang seperti biasa lepas balik keje kene singgah kedai runcit dulu beli upah untuk danish iaitu air vitagen n kek apollo tu. Memang wajib beli sebelum amik dia. Kalu tak dia akan memekak sampai malam..he he he.

Nilah kedai runcit tu. Ala kedai tu dekatnya ngan taman umah kami. Nampak plak untie tu jual bunga api, mercun pop-pop tu. Semalam saya decide beli bunga api jer.

Align CenterTara......nilah bunga apinya. Sejemput tu 2.50... Mahal saya rasa. Sebab sikit sangat. Snap cepat-cepat dalam kete. Tak boleh bagi semua, bagi sikit-sikit jer. Yang lain kene sorok. Kalu tak jam-jam tu dia nak habiskan.

Dan malam tadi telah selamat upacara bermain bunga api. Malam ni sambung lagi main sebab balance beli semalam ada lagi...Ada bunga api ni meriah sikit sebab bahang nak berhari raya ni terasa. Kat kawasan rumah saya ni dengar-dengar jugak bunyi mercun. Tapi idaklah saya nak beli mercun ni. Bahaya! :)

Itu sajer. Minta maaf pic kelam sebab guna hp.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ