TQ coz sudi menjengah blog ni..



Friday, July 30, 2010

Danish Di KL Tower

N3 ni nak share sikit gambar-gambar Danish di KL Tower.

Dalam bas. Apasal sayang senyum kelat tu.. Lain macam plak senyum Danish ni. Kat pipi kiri tu ada tanda kene gigit nyamuk. Kulit dia sensetip tu sampai jadi macam tu. Dah macam jerawat batu dahh.

Baru sampai KL Tower. Beratur ! Beratur!

Beratur lagi. Untuk naik lif plak.

Pandangan KL dari atas.

Dalam KL Tower

Merenyut-renyut budak-budak. Tabik spring kat cikgu-cikgu tadika ni sebab sabar dalam menjaga anak0anak murid dorang. 3 cikgu, 2 mak-mak yang ikut n anak murid tak pasti berapa.


Berenti untuk makan jap. Tengok dorang ni saya rasa macam kesian plak. Mana-mana mak yang tak ikut tu terpaksalah layan diri sendiri. Sedih. Tapi time-time macam nilah dorang nak blaja berdikari kan..


Gambar 3 kat atas ni saya tak tau dorang kat mana. Entah. Tak sempat nak tanya cikgu dia.

Itu sajer. Tak banyak sangat cikgu dia snap. Yelah cikgunya kan sibuk-sibuk nak jaga anak2 muridnya tu. Saya faham. Apa-apa pun terima kasihlah cikgu tolong snap kan.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Thursday, July 29, 2010

Hari Ni Danish Pegi Menara KL - Lawatan Sambil Belajar

Hari ni, Tadika Danish ke Menara KL. Lawatan sambil belajar katanya. Pagi tadi saya masuk opis lambat sikit sebab nak tunggu Danish naik bas.

Tahun lepas Tadika Danish pegi Zoo. Tengok dia seronok sangat. Sampai suruh saya pegi opis cepat, nanti lambat katanya. Saya tak nak ikut supaya dia tau beza pegi ngan kawan-kawan n pegi ngan ibu abah dia. Anak-anak ni kalu ngan mak ayah dia kelaku lain macam sikit. Tapi kalu ngan orang lain sangat behave.

Macam tahun lepas, kamera saya ada bekalkan kat cikgu dia. Tak tau hasil nya apa. Kita tunggu gambarnya kalaulah ada..Budak-budak ramaikan takut cikgu-cikgunya sibuk.

Tengah tunggu bas. Tiga hari sebelum dia pegi ni, sebakul pesanan saya n abahnya dia kasi. Dengar cakap cikgu, jangan nakal-nakal, nak kenc**g cakap kat cikgu, jangan gaduh ngan kawan n macam-macamlah.

Bas sampai. Beratur ! Beratur!

Dalam bas. Nampak kepala dia jer.

Tunggu petang nanti apa cerita dia. Mesti seminggu tak abis cerita dia pegi Menara KL ni nanti. Macam tahun lepas asyiklah cerita pasal Zoo dia tu.

Itu sajer.


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Reddish Contest

Blogger Favourite saya buat contest. ZIE .Haruslah saya join. Support dia gitu.

Inilah zie. (sory zie, curik pic zie)


Contest dia hanya teka benda alah kat atas nie. Klue dia kegunaan seharian. Saya teka sikat-sikat n toilettries kot.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ

Wednesday, July 28, 2010

Berjaya jugak akhirnya..

Berjaya masak on weekdays sejak ada baby nie..Bukan senang nak masak masa weekdays ni. Rindu sangat nak masak-masak ni. Ala bukan masak berat-berat pun. Semalam teringin nak makan kubis kicap . Dan lawan dia ayam goreng jer. Dah ayam je yang ada dalam fridge. Kubis je beli kat kedai sebelum amik anak-anak. Sebenarnya nak mencuba agak-agak Darissa boleh tak tinggalkan sekejap sementara ibu dia masak nie.

Lepas saya mandi-mandi , siap-siap n rendamkan baju kotor darissa , saya nyusukan Darissa jap. Bagi dia kenyang-kenyang dulu baru saya start masak. Letak dia depan tv. Danish biasalah sekejap jer dia tengok adik dia selebihnya dia tengok tv and main. Abah dorang belum balik lagi. Kul 7 pm baru sampai umah.

Darissa tengah tengok tv. Saya pasangkan drama tv 3 tu, Ku Milikmu kot..he he he.Elok jer dia tengok. Tapi kalu dia rengek-rengek tu saya dokonglah dia bawak dia pegi dapur. Pastu letak balik. Rasanya saya masak semalam macam sekali nafas jer..fuh!

Taraaaaaa...kubis kicap saya. Buat berkuah sikit.

Buat ayam goreng jer. Nak buat sambal memang tak sempat.

Jadilah. Janji asben kenyang n suka. Nasib abang tak kisah. Yelah dari dia makan telur kicap baik dia makan kubis kicap ni ha...he he he.

Secara kesimpulannya..boooleh pun masak....Alhamdulillah Darissa takdelah meraung ke melalak ke masa saya sedang masak tu. Tapi masak simple-simple macam ni bolehlah kan. Kena tengok jugak Darissa ni. Baby ni kita susah nak jangka. Time elok oklah buatnya time dia meragam-meragam tu..pengsan!

Ok itu sajer.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Tuesday, July 27, 2010

Haiwan apa yang paling handsome?

Sory kalu n3 nie tak bermanfaat sikit. Kita borak ringan-ringan yer.

Takdelah tadi cerita-cerita ngan kawan pasal haiwan-haiwan nie. Lepas tu terpacullah haiwan apa paling hensem. Kalu tanya saya , saya rasa haiwan yang paling hensem KUDA..he he he. Kuda tu saya rasa macam segak . Pastu bila dia berjalan n berlari macam konfiden sangat...Nampak tough tapi dalam hati ada taman jugak kuda tu. Yelah dia tak pandai nak garang-garang tapi kalu kena anginnya dia boleh buat gila jugak kan?

Waaa...sungguh bergaya kuda ni berlari di tepian pantai..

Amboi kuda ni nak tunjuk skill plak..eksyen oooo


Kawan-kawan plak rase haiwan apa yang paling ensem? Janganlah plak ada yang cakap saya giler sebab n3 nie..he he he

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Monday, July 26, 2010

Dusun abah saya

Hari tu saya ada tunjuk pic buah. Kat n3 ni saya nak share pic dusunnya. Sabtu n Ahad kami tido Gombak. Sabtu kami pegi kenduri n Ahad plak asben ikut abah saya pegi dusun nak kutip buah-buah n kami anak beranak duk umah mak jer. Tak ikut pun.

Hari Sabtu. Ini sebelum balik Gombak..lepas tu kami pegi rumah kenduri.

Minta tolong asben saya snap kan pic-pic dusun. Sape-sape nak pegi silalah yer..he he he terletak di Batu 11 Gombak..Berdekatan ngan simpang nak ke Mimaland tu. Dusun abah saya tu seluas dua ekar. Tapi tidaklah semua pokok berbuah. Tapi kalu nak makan anak beranak n bagi kat orang sikit-sikit lepaslah kan.

Dulu sebelum ada jambatan kene redah tau sungai nie. Nampak jer bersih tapi tak boleh mandi, air kotor n tak bersih.Saya pun dah bape tahun tak pegi dusun abah ni. Banyak giler nyamuk. Tak patutkan tak pegi. Saya rasa lelaki-lelaki jer yang sesuai. Saya sesuai makan jer..hahahah

Pondok kat kebun. Dulu ada elektrik n air tapi abah potong sebab ada orang curi air n letrik.


Kebun lagi. Tapi masa ni abah pegi ngan abang saya yang no2 minggu lepas.

Manggis..saya paling suka manggis..Buah-buah lain tak bape gemar

Durian. Sebab kan abah jarang pegi dusun. Banyak buah terutamanya durian orang dah amik. Nak buat macam mana..Halal kan je lah. Tak kan abah nak pegi hari-harikan. Manalah dia larat. Kesian abah.Nak harap anak menantu semua keje. Weekend jer boleh jengah.

Buah cempedak di luar pagar. di atas pokok.


Hasil pegi dusun semalam. Kesian abah n asben. Mengangkutlah dua orang. Ada yang asben saya panjat pokok nak amik buahnya. sebab buah yang dah luruh tak bape banyak.Buah durian yang sempat di kutip. Pokok durian tak boleh panjat yer. :). Abah cakap awal-awal pagi banyak yang dah luruh tapi ada plak yang cepat dari kitakan. Tinggal ini jelah. Takde rezeki, halalkan jer.

Budak yang suka sangat makan durian. Kalu tak pantau mau 2 biji dia makan. Pic blur guna hp jer.

Saya n Darissa. Masa ni on the way nak balik rumah kami plak.

Itu sajer.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ



Friday, July 23, 2010

Laksa Mana Anda Suka?

Semalam saya makan laksam. Ala laksa kelantan tu. Banyak-banyak laksa saya suka makan laksam nie. Kuah dia macam kuah lemak putih..Pergh...sedap!Eh..laksam tu masuk kategori laksa kan?

Ni semalam Laksam yang saya makan tu. Makcik yang buat laksam ni orang kelantan..consider laksam original lah kan sebab orang kelantan yang masak.

Yang kat atas ni plak Laksa Sarawak. Laksa ni masa saya makan di Kaya Kopitiam Jejantas Sungai Buloh. Boleh tahanlah rasanya tapi tak kena ngan tekak saya. Mungkin kene pagi Sarawak kalu nak rasa yang kaw punya.Abang jom pegi Sarawak..he he he..

Yang ni laksa utara. Saya tak bape gemar Laksa Utara ni. Kebanyakan yang saya jumpa suka laksa ni. Asben saya ngan Danish suka sangat laksa ni. Setakat nak makan tu bolehlah tapi untuk jadi makanan favourite mungkin tidak.

Yang ni plak Laksa Singapore. (credit pic to owner). Saya pernah makan sekali kat Laksa Shack. Pun tidak masuk kat tekak saya. Saya rasa macam makan kuah lontong ngan mee laksa tu. Atau mungkin orang Laksa Shack tak pandai masak ..hahahaha

Last sekali Laksa Johor (pic kredit Owner).Laksa dia macam ada santan. Pastu mee dia pakai Spagetthi. Betul ke orang Johor?

Itu sajelah contoh-contoh laksa. Anda pula bagaimana?Laksa mana menjadi pilihan hati..Cewah...

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Wednesday, July 21, 2010

Roti Berlubang Telur

Tak tau nama sebenar apa. Semalam tengok blog Drama Mama ada buat roti ni tapi nama omputihnya Egg in A Hole. Kalu translate telur di dalam lubang he he he. Nampak menarik n saya rasa nak cube. Semalam dalam kul 10.00pm, asben saya cakap lapar tulah saya buat roti telur dalam lubang tu. Asben saya memang macam tu. Kul 8.00pm dah makan nasi kang tengah-tengah malam kang lapar. Tapi badan maintain kurus jer.

Cara nak buat saya amik di link nie Resepi yang telah dilink kan oleh Drama Mama.



Roti amik dua keping. Yang roti lapis kat bawah tu sapukan margerin n mayonis. Roti yang lagi satu lubangkan. Saya guna cawan jer. Dua-dua roti tu dilapiskan n pecah kan telur kat dalam lubang tu.Letaklah sikit lada itam n lada sulah. Bakar dalam 3 minit atau sampai telur tu masak. Terpulang pada masing-masing nak telur tu masak macam mana.

Tara....inilah hasilnya. Letaklah sos sikit kat roti tu. Asben cakap sedap n saya rase pun sedap jugak..he he he.

Yang atas ni roti untuk adik bawak pegi Tadika hari ni. Pagi ni kan hujan susah kalu nak singgah gerai beli bekalan dia. Saya buat roti milo. Roti tu bakar dulu sapu marjerin, tabur milo n letaklah susu sikit. Siap!


Itu sajer.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




Tuesday, July 20, 2010

Buah-buahan tempatan dari Dusun Abah

Hari Sabtu mak ajak kami datang Gombak sebab dusun abah dah berbuah.. Dusun abah saya kat Batu 11 Gombak. Tapi sian dusun tu takde pun orang jenguk-jenguk sangat. Setakat jenguk-jenguk macam tu adelah itu pun jaaaraaaaang sekali. Saya sah-sahlah tak dapat nak jenguk kan. Nak harap abah , dia pun manalah larat sangat. Just suh upah orang mesin rumput jer.

Pokok-pokok ni pun kene belai-belai jugak tau, barulah dia berbuah dengan lebatnya. Sebab kan ari Sabtu saya keje, saya datang waktu tengah hari untuk makan jer.he he he. Abang no 2 saya anak beranak jer yang pegi kebun kutip buah-buah tu. Asben saya memang nak pegi kebun tolong kutip-kutip buah tu tapi sape nak bawak saya n anak-anak balik gombak. Takkanlah dia nak patah-patah balik amik saya plak. Saya nak drive sendiri?Cannot..mana nak handle danish lagi, handle darissa lagi. Mau meroyan saya datang plak kang..wakakaka

Dua beradik odw nak balik Gombak. Kat dalam ketelah senang dorang ni nak amik gambar.

Budak tembam yang muka masam jer. Masa saya amik dari nursery dia tengah tido, moodylah tu kacau waktu tidonya.


Sesampai jer terus tuju meja makan. Mak saya buat mee kari. Abang no dua saya ngidam plak.

Buah-buahan itu. Ini jer yang sempat saya snap. Takdelah banyak sangat pun sebab yang mengutipnya pun tak ramaikan. Ade yang dah dibahagi-bahagikan sebelum saya datang. Takpe next-next week turn asben saya plak kutip.

Baru perasan pic-pic saya n anak-anak sedara saya pun takde. Lagipun saya tengah bendera jepun, takde mood nak bergambaran. Itu sajer.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ