Status

TQ coz sudi menjengah blog ni..

Aktiviti blogwalking tergendala sikit...Aktiviti blogwalking akan saya jalankan secara habis-habisan bila weeken jer..tunggu kedatangan saya tau...thanx korang...


Tuesday, September 29, 2009

Aktiviti di kampung

Salam kawan2. Sana cni masing2 cite pasal raya kan. Saya tak dapat nak cite sebb gambar raya takde..sedih sangat. Kat kampung bz sangat. Raya ni kan turn asben plak kan.Mana nak kejar org datang, mana nak kejar tlg2 kat dapur, mana nak kejar pegi beraya n mana nak kejar hujan lagi...bila dah lewat sangat malas dah nak tangkap gambar.

Pastu ipar pun senyap je pasal snap2 pic ni, sy pun senyap jelah. Nnti minggu ni saya raye umah abang saya, saya nak snap puas2. Umah mentua mcm malu plak nak snap lebih2. Nak salam raye pun terkejar2 tau. Orang datang non stop. Salam asben pun lambat tau..Nasib baik cik abg maafkan...

Kat n3 ni nak cite pasal sbhgn aktiviti di kampung. Balik kampung memang BEST!. Walaupun suasana tak sama macam umah mak saya, tapi sebab "Indahnya Beraya Di Desa" kemeriahan nya terasa lain sekali. Layanan PIL mmg kelaslah kan. Nak2 tang makan. Sedap aje saya tala makan. Pedulik!he he he....

Raya kedua kami pegi Penang sbb tok [nenek] asben kat sana. Di Perai. Bersekatan ngan Megamall Penang ni. Tido semalam jer. Raye ketiga kami balik Kuala Kangsar balik.


Saya suka sangat Penang tau. Kali ni tak dapat nak round2 Penang sangat sebab semalam je dok sana. Pic atas ni, seberang laut tulah Penang bhgn seberang.Paham kan?

Ni masa on the way nak pegi umah sedara asben kat Penang. Tah kat mana entah. Tp yang pasti bukan kat penang yang seberang tu..

Raya ketiga kami dah ada kat Kuala balik. MIL ada buat bakar2 ikan. Ikan keli n ikan sardin. Ikan sardin untuk asben yang tak makan ikan sungai. Ikan keli untuk kami yang tala ape saja..he he he. Ada lah lauk sampingan lain tapi tak snap, ada malu sikit sbb FIL ada.


MIL tengah bakar ikan. Mak masak sedap tau. Mak masa cincai pun sedap, memang tak boleh lawan lah.
Ikan yang sedang on the way.

Pasal danish, saya tak risau sebab acu dia ade layan. Adik asben paling kecik, darjah 6. Yang si kecik lagi sorang tu anak abang ipar saya. Sebaya ngan danish. Adik beradik asben 4 orang jer. Asben no 2. So I Mak Ngah lah..:). Semua dah kawin tinggal yang Acu je belum kawin.
Kat atas ni plak anak buah paling kecik. Nisa namanya. Adik asben no 3 punya anak. Dia suka sangat ngan mak ngah nya tau. Adakah boy dalam perut ku ini?..

Intai aktiviti kat dalam rumah. Asben n abangnya sempat berkaraoke. Family diorang hantu karok tau. Mostly orang kat kampung tu memang suka karok n layan kugiran. :) Nak2 kalu ade orang kawin, pastu ade kugiran, mmg orang kampung berpusu2 tengok. Dah macam tradisi lah kat kampung tu. Nak2 ayah, suka benor menyanyi. Lagu lamalah kan. 60an...Gambar ayah takde plak. Masa ni ayah dah pegi keje.

Atas ni plak biras saya. BIL punya isteri.Dia pun suka karok jugak. Saya plak tak pernah nyanyi ok kat kampung. I tak minatlah...wakakakaka. Mak tengah sibuk bakar ikan, ngan berkejar ngan kuali kat dapor lagi, anak menantu dok umah layan karok..Baguslah sangat kan...he he he.

Lepas dah makan tengah hari semua, masa untuk cari uban. Terbalik plak. Patutnya anak cari uban mak tapi ini mak cari uban anak. Nak manjalah tu cik abg..Jarang balik kampung kan..masing2 anak2 buli mak. Saya, tak koserlah nak cari2 uban nie. Dun like!

Ni malam plak. Sambung karok. Ni sempat snap mak nyanyi. Lagu Ella lagi..he he he.. Tak cukup duduk, siap berdiri lagi. Yelah nak tarik napas...:)

Itu saje yang sempat saya snap pic di kampung. Lenkali saya cite pergi beraya kat belah saya plak..Tima Kasih.

Ketemu lagi BYE. TQ

Monday, September 28, 2009

Sticky Mode. N3 terbaru di bawah yer.TQ



Saya Muzalifah Hanim & Sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya pada kawan-kawan di alam maya ini n minta maaf sekiranya sepanjang kita kenal di alam cyber ini ada yang terguris hati, terkasar bahasa, kecik hati ke ngan saya..Saya minta maaf yer. Saya hanya manusia biasa.


Pada yang balik kampung, berhati2 di jalan raya. Raya tahun nie turn rumah asben plak, saya raye di Kuala Kangsar, Perak.

SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN


Ketemu lagi BYE. TQ

Thursday, September 17, 2009

Kad Raya

N3 ni saya nak paste kad raya yang saya dapat dari kawan2 blogger semua. Sory kalu ada yang saya tak gantung yer. Nanti kalu ada kad baru lagi, saya update lagi. Pada kawan2 tq yer. Selamat hari raya

Kad dari Kak Neeza
Dari sasha



Dari Lieya

Dari Ixora

Dari Sue


Dari Tedi
Ketemu lagi BYE. TQ

Wednesday, September 16, 2009

Berjaya Capture...


Pagi tadi masa tgh melawat blog Tedi boss dak utih yang ensem tu, tedi kata ada kuiz kepada sape yang pelawat yang ke 10,000 n kene capturelah sekali sebagai bukti yang kita ni ke 10,000. Setiap saat saya asyiklah pegi ke blog tedi n akhirnya BERJAYA. Memang saya tiap2 pagi akan melawat blog tedi sebab suka ngan intipati dlm blognya, gaya bahasa yang sempoi n yang lebih penting dapat tengok dak utih yang ensem n gebu itu..So Tedi Tahniah sebab visitor anda sudah smpai 10,000. Muahs


Ketemu lagi BYE. TQ

Wednesday, September 9, 2009

Birhtday Abah Adik

Sabtu 5/9 birthday asben ku yg ke 28...umur yg sangat seksi bg saya....awww...he he he

Celebrate kami2 jer...pegi makan luar..konon sekali nak tengok baju raye adik n nak tengok baju ibu mengandung sekali..he he he. Kami pegi Jusco Kepong sajer..Pagi pun lepas maghrib dengan harapan orang tak bape ramai.Tapi ramai jugak ..cha ya nun aliff je yang ramai. Mula2 aktiviti cukai oleh adik..layan pic yer

Singgah jap Wonder Park tu. Aktiviti cukai sedang dijalankan.

Singgah SR beli kek. White Choc Macademia jadi pilihan ibu n adik. BUKAN pilihan abahnya..Asben tak minat sangat makan kek. Dia kata takde pun tak pe. Tapi kata Besday haruslah ade kek kan..

Kami makan di Food Court jer. Yang syok tak ramai orang ade dalam 5 kelurga je yang makan. Tekak ibu ngandung nak sangat makan daging . Makan kat Station Kopitiam.

Adik pose bersama air milo. Sementara abah amik makanan.

Adik dapat aiskrim.

Nilah yang saya asyik dok bayang2 tu. Beef steak with chiken rice katanya...:). Pinggan dia mcam kat kedai 2 hinggit je kan. Boleh tahanlah rasenya. Janji daging. Saya suka sgt makan daging sekarang. Ayam2 tak pandang dah..Padahal fav dulu. Ni boleh kongsi ngan adik kan..

Ni abah punya. Chicken tepanyaki with rice kot..entahlah yer..Janji Tepanyaki..
Last pose dari saya yang comot. Jemput makan semua.



Ketemu lagi BYE. TQ

Tuesday, September 1, 2009

7 weeks

Mula2 sekali saya nak minta maaf kalu ada tag atau award yang saya tak buat or tak gantung lagi kat blog saya. Saya sekarang ni allergic bila nak update blog..he he he..Rase macam nak mu**ah jer bila nak update blog. Tapi saya still tengok blog kawan2 semua n ada yang saya tinggalkan jejak jugak. Kali ni pun saya gagahkan jugaklah update, takut ada yang dah lupa saya..he he he. Nanti bila dah saya tak naik bot lagi saya akan buat tag tu yer. Sory yer..

Ari Sabtu hari tu saya dah scan baby nie. Risau jugaklah sebab saya sakit perut, perut plak asyik masuk angin n asyik mun**h jer. Nak tengoklah keadaan bb tu kan.

Inilah hasilnya. Sangat tecik lagi. Baru 7 minggu . Ukurannya 8.77mm. Tapi badan ibunya dah macam 3, 4, 5 bulan peknen dah. Sangat besar...hu hu hu.


Ketemu lagi BYE. TQ