Status

TQ coz sudi menjengah blog ni..

Aktiviti blogwalking tergendala sikit...Aktiviti blogwalking akan saya jalankan secara habis-habisan bila weeken jer..tunggu kedatangan saya tau...thanx korang...


Friday, July 31, 2009

Lunch Hari Jumaat

Aku ni jarang kuar lunch . Yelah kata nak kurangkan makan .N tadi aku telah mengkantoikan diri ini N lunch di KFC The Store. KFC tu baru bukak dalam The Store. tu Tapi tak cukup korum lah..Fara 1/2 day plak. Mula2 ingat tak jadi, tapi sebab dah banyak kali tanguh2 kan. So jadilah. Yang pegi aku n Kak Erni. Sorry Fara. Nanti kita lunch kat McD sama-sama yer. Last minute punya plan. Lagi pun BOS aku takde. Hepy lah sket nak makan2 ni. Biasanya dalam sebulan mesti kitaorang makan ramai2 kat luar. Makan besarlah konon tapi aku je lah yang besar kan..Apa nak buat..:( Layan pic yer

Aku makan Zinger Burger. Lama tak makan. Sedap!

Ni Kak Erni punya.

N air kongsi dua orang. Sehati sejiwa konon. Yelah tak nak minum air kat situ. Kalu beli sorang satu, confirm tak abis punya. Ni kongsi pun tak abis.

N last pose dari saya. Abaikan gigi aku yang besar itu. Selau amik pic, mesti nmpak gigi. I tak suka tau.

Ketemu lagi BYE. TQ

Ice Age Collectibles by McD

Disebakan ibu dia suka sangat cite Ice Age tu, ibunya telah memaksa adik untuk memiliki McD punya collectibles itu..he he he.. Yang benornya aku yang excited adik tak pun. Dia dapat dia pegang n main2 sket n campak tepi. Dari sekolah dulu mmg aku minat kumpul McD punya collectibles tu tapi tak semua lah. Kalu aku suka aku beli lah. N ibunya telah berjaya mengumpul kesemua Ice Age 3 punya Edition. Suka suka suka...Layan pic yer.

Lagi
N last pose dari adik..TQ semua

K ketemu lagi BYE

Thursday, July 30, 2009

Tamatlah Sudah Karier Sebagai Tutor

Tajuk tak mau kalah ok. Guru Tuisyen daaaa....:)

Ahad lepas, owner (pengetua) pusat tuisyen tu cakap minggu nie mungkin akan jadi minggu yang terakhir untuk aku n ada sorang part time tutor jugak. Alasan dia pelajar makin kurang. Bukan sebab cikgu dia yer..he he he.[ tak mau kalah]. Tapi sebab dah menjadi trend lepas abis periksa pertengahan tahun plajar akan beransur berhenti n berkurangan. Nak2 bila masuk bulan pose. Mostly untuk Standard 1-4. Aku punya student lah tu. Aku mengajar BM untuk Standard 2,3, & 4

Dahlah pusat tuisyen tu mmg menghadkan satu kelas tak lebih 10-15 orang. So sekarang yang tinggal bape kerat jer.. N pengetua tu cakap dia tak mampulah nak bayar kitaorang yang part time nie.Tapi dia kata apa2 dia akan sms/call kami. Tapi yang pasti dia akan panggil kami kalu student ramai balik. So tak pelah kan. Sayang plak nak tinggalkan diorang. Diorang baik sangat. Naughty pun boleh tahan jugak. Layan pic yer. Pic terakhir aku bersama mereka.

Ni darjah 3...See bape kerat je yang tinggal...

Ni plak darjah 4. Darjah 2 tak amik pic sebab lagi sedih, tinggal 2 orang jer..

Aku memang minat mengaja tapi takde rezeki nak masuk KPLI atau maktab. Aku p belaja benda lain. Baru tahun ni aku dapat peluang nak mengaja tuisyen. Itu pun lepas nampak diorang tampal notis. Kalu takde notis tu, sampai sekarang tak dapat2 mengaja2 lagi.

Pssst Kalu nak baca n3 dulu yang sy mengaja tu klik SINI.

Ketemu lagi BYE. TQ

Tuesday, July 28, 2009

Tamat Sudah

Aku dah abis ganti pose dah..semalam. N semalam jugak mcm2 dugaanya. Ala bukan dugaan ape pasal keje n opis lah. Selalu aku pose taklah terasa sangat macam semalam. Lain mcm plak. Tak pe layan pic yer..pic food ape lagi. Aku tau blog nie byk sgt pic food. Makan ialah perkara yang selalu ada ngan kita betul x? n aku selesa blog kan nya. Kalu buat sesi luahan dalam ni mcam susah plak. Buatnya da orang yang tak berkenaan baca, kang susah. Aku banyak jer nak luahkan tapi biarlah. Luah pada yang terdekat jer. N makan/foods takde menyentuh sape2 kan. free gtu..Ada udang kat umah. acik bakarkan. ngan ayam sekali. Bakar tidak memerlukan minyak yer kawan2 n resepi ni takde santan...Acik buat nasi lemak sekali. Pic takde sebab saya tidak makan nasi lemak itu. Asben jer makan.

Lauk2 tu bukan sy punya jer. Agak2lah kan.:)
Semalam saya buka ada kawan. Adik mcam biasa tengok kartoon. Sy makan ngan abah dia.
Ini tangan abah dia bersama pinggannya itu.
Itu saje. Ketemulagi BYE


Psst.. lepas ni Ramadhan menjelma.

Monday, July 27, 2009

Weekend

Cite Weekend kami biasa2 jer. Tapi jangan risau takde pic foods yang banyak. he he he. Kita mulakan ari Sabtu. Biasanya ari sabtu tak jalan2 jauh pun. Bila petang naik motor round2 berdekatan jer. Biasanya pegi pasar malam . Bila malam baru pegi jauh sket. Pegi makan ker, round2 ker isi angin kete , isi minyak ker. Tengok apa abah dia plan untuk malam tu. Kali ni kami tunjukkan pic naik motor yer. Layan jer.

Adik mesti duduk depan kat bakul tu. Abah dia yang bawak motor. Ibu dia tak reti bawak motor. :)
Ini ibu dia plak. Duduk di belakang. Serabai. Yelah kene hembusan angin..he he he. Agaknya mesti orang ingat aku yang bawak motor sebab nmpak badan aku jer lebih dari badan asben. Apa nak buatkan. :(
Nampak plak jambu. Singgah jap beli.

Malam plak ari tu pegi isi angin kete.

Ari Ahad plak biasanya baru kuar jauh sket. Balik Gombak ker, beli barang ker, pegi Taman ker. Tengok keadaan. Dan ari tu ari ahad mak aku call ajak pegi melawat ada makcik tu yang sakit. N jemputlah nenek sekali sebab ari tu nenek tinggal kat umah orang tu. Ari tu aku dah cite dah. Dalam kul 2 lebih bertolak ke gombak amik mak. Abah tak nak ikut. Nak rehat katanya.

Pose dulu sebelum bertolak. :)
Ni lah umah nya. Di Kelana Jaya SS3/41. Amik gambar umah jelah. Takkan nak amik pic makcik tu kan. Agak2lah kan. Memang tenat sangatlah makcik tu. Doktor pun tak boleh buat apa. Sekarang hanya yang boleh kasi kasih sayang secukupnya. Sedih sangat. Ramai jugak orang kat umah dia. Dalam kul 4.15pm bertolak lah kami semua dari Kelana Jaya.

Bawak mak n nenek round2 kl sajer. Nak singgah macam tak boleh. Nenek kan ada. Kesian pak dia nak jalan2. Kaki sakit Orang tua..umur nenek aku 86 tahun. Alhamdulillah masih sihat cume jalan tak bape lajulah.
Sebelum balik umah mak singgah minum jap WALAUPUN kat umah orang tu dah minum tadi. Tapau sekali untuk abah, mak n nenek makan malam. Mak tak masak. Lagipun kiatorang tak cadang pun nak balik gombak ari tu. Tapi dah emergency kan...

Tulah nenek I..:). Nak minum air sejuk jer. Air panas pagi saje waktu breakfast. Waktu lain bedal air sejuk..:)
Mak nak makan murtabak ayam . Adik makan gula2..dia nmpak plak gula2 kat cashier mamak tu. Asben aku tak makan minum je sebab tadi kan dah minum petang kat umah orang tu. Tadi diorang jamu kuih sekali.

Itu saje. K ketemu lagi BYE. TQ

Sunday, July 26, 2009

SR ada cake baru. Budak SR tulah yang cakap baru. Beli untuk adik. Adik kan suka kek SR.


Nama kek itu Pecan Butterscotch. Ala ala white choclate macademia tu cume yang ini kacang dia lain.

Nila rupenya..Sedap tau. Jangan risau [ada ke yang risau?] ibu dia makan sikit jer. Beli seslice jer. Abah n acik kurang kek2 ni.

See, adik pun cakap sedap. Sampai umah jer terus terkam. Comot!

Kepada peminat2 kek sila cube yer...SEDAP!!!

Itu saje. Ketemulagi BYE.

Friday, July 24, 2009

Kejadian Semalam n pagi tadi

Sekali lagi n3 ini ada pic foods yer..Sory..

Semalam aku puasa. Fikir punya fikir nak makan apa. Nak makan kat luar memang taklah kan. Sbb asben kena stayback sekejap kat tempat keje lagipun dia sakit gigi. So pahamlah kan mesti dia takde mood. Nak pegi pasar malam malas plak.

So aku makan rebus2lah. Konon nak start lah nak kawal makan balik. Nak krangkan makan minyak2. [Konon..sila gelak] Aku rebus ayam, kentang n carrot. Makan ngan kuah asam. N masak kan asben bubur sbb sakit gigi. Dah mcm baby dah rase.he he he. N aku akan cube kurangkan makan minyak2 ni. Nasi aku ok lagi sbb tak makan pun tak pe. Kalu kantoi pun mungkin weekend jer kot. Doakan saya yer.

Nilah lauk rebus2 tu. Ayam dibuang kulit yer adik-adik. Sedap tau. Sila cuba.

Siap pose ngan makanan lagi. Sorang2 buka sementara adik tengok cartoon. Acik pegi surau. Asben tak balik lagi. Tapi I ok jer. hu hu hu

Ni bubur utk orang sakit gigi tu. Ikutkan dia, dia taknak. Takde mood nak makan.Tapi aku kesian plak. Masakkan bubur. N gorengkan ikan masin letak cili api. Dari taknak2 akhirnya makan jugak. Selamat.

Dalam pukul 8.30pm mcam tu mak n abah datang mengejut. Terkejut kami. Mak tak cakap ngan aku pun. Yang benornya mak datang dari Kelana Jaya. Kawan baik nenek merangkap kwan family kami sakit. Dah kritikal sampai suruh mak abah nenek datang kerumah. Sebab makcik yang sakit tu ada kat rumah. Doktor suruh bawak balik makcik tu. N nenek tinggal kat sana .Nak teman kawan dia itu. Anak2 makcik tu yang suruh.
Suruh mak makan. Makan lauk emergency. Yelah sape suh tak bg taukan. Nasib baik buat bubur boleh abah makan. Sila abaikan keadaan yg bersepah itu.

Tengah mak n abah makan, acik balik dari surau bawak Nasi Ambang nie [makanan orang jawa]. Ada orang sedekah. Suka aku tau sebab aku dah lama tak makan nasi nie. Last makan tahun 2003 masa blaja dulu. Tu pun sebab kawan aku orang jawa. Susah wei nak dapat benda ni. N aku telah mengantoikan diri. Tapi sikit aje ok. Takdelah aku habiskan semua. Portion dia banyak gler tau. Lagpin mak kata 'berkat' dari surau nie kene jamah sikit, tak elok tak makan tau. [Alasan...]. Mak n abah pun dapat rase.Rezeki, alhamdulillah.

Lepas makan semua mak n abah pun balik. Ajak tido tak nak. Degil tau abah. Risau kat abah drive malam2. Itu saje untuk malam semalam.

Pagi hari ini plak nak tujukkan gerai yang selalu aku beli untuk bekal kan adik pegi Tadika. Pagi2 adik akan cakap dia nak makan apa. Selalunya dia minta sama ada biskut, Mihun or kuih [donut / Kuih gulung].

Nilah gerainya.
N pagi nie adik nak mihun. Kuih cekodok tu orang tu bagi free kat adik. Memang aselalu macam tu. Minat sungguh makcik tu kat adik tapi malang adik tidak berminat langsung. Sombong oooo adik. Nak snap pic adik tapi adik taknak. Minggu nie adik buat perangai taknak pegi sekolah. Sabor jelah. Minggu lepas ok jer. Budak kecik biasalah DIVA. Nak ikut rentak dia jer. Tapi TETAP ibu anta adik pegi Tadika.

Itu saje. K ketemu lagi BYE. TQ

** Saya bukan diet tau..cume nak kurangkan makan sajer. Nanti ada orang cakap saya tak kurus2 jugak, cakap diet...Saya dalam stage mencuba...

Thursday, July 23, 2009

Salam Semua

Kunjungan Balas Sedang Dilakukan

Tuesday, July 21, 2009

Hari Ahad PLak

Hari Ahad petang pegi Taman Tasik Perdana plak sebelum balik Gombak. Layan pic je lah yer.
Round2 sekejap kat dalam taman tu. Tapi tak abis pun round. Pastu pegi jap kat playgorund tu bagi adik main2 jap.
Las2 makan aiskrim. Yelah motor2 aiskrim tu bersidai2 kat playground tu. Pastu balik Gombak. Seperti biasa balik gombak mak akan masak2. Ada ketam masak lemak, kobis masak lemak putih n ikan sambal.

Buah durian sebagai pencuci mulut. Muak aku tengok dah. Durian ni abah beli. Sian abah dusun abah tak berbuah pun. Yelah sape yang nak mengerjakan dusun tu. Tahun ni takde luck la. Pokok2 mngada tau. Nak kene belai2, cium2 semua. Macam manusia jugak. N malam balik Sg buloh plak.

Itu saje. Ketemulagi BYE