Status

TQ coz sudi menjengah blog ni..

Aktiviti blogwalking tergendala sikit...Aktiviti blogwalking akan saya jalankan secara habis-habisan bila weeken jer..tunggu kedatangan saya tau...thanx korang...


Tuesday, June 30, 2009

Bila Adik Demam

Ari Sabtu mlm Ahad adik dah start demam batuk n selsema. Padahal waktu siang nye ok. Siangnya kami pegi Birthday Party anak buah aku [anak abang no 2 aku. Nanti aku cite yer]. Malam xde signal semua terus dia tak sihat. Takutlah kan sebab sekarang mcm2 penyakitnya. Pukul 4 pagi tu dia dah start merengek n boleh plak minta tgk kartun, ibu n abah dia layan kan jerlah. Dalam kul 6 pg mcm tu dah start panas gler n aku masukkan ubat demam yg ikut bontot tu. Mmg kalu dia panas lain mcm jer mmg aku masukkan sbb dulu dik ade kes yg dia nak jd demam tarik tu [mcm sawan] tp nasib baik kami dah kat klinik. N Doc suggest kalu dia demam jer masukkan ubat tu. Lepas tu adik tidolah smpai kul 10 pagi.

Aku tak mengaja ari tu. Ade ke nak keje kan kalu anak demam. So aku cuti itu hari. Dalam pukul 11 mcm tu pegilah Klinik Kanak-Kanak Serena di Bukit Rahman Putra. Sape2 area Sg buloh ke aku suggest kan bwklah anak2 anda disini. Anak aku rase [serasi] ngan ubat2 dia. Sebenarnya adik dah ok dah tapi tetap bwk jugak sbb nakkan antibiotoknya.

Muka orang demam n sempat tgk kartun jap.

Ini kliniknya

Alhamdulillah lah walaupun dia demam adik still nak main. Berjanggut jugaklah nak tunggu doktornya. Nasib baik adik ok. Abah dia lah yg layan nyer. Tukar2lah ngan aku. :)

Adik disamping lolipop yang diberikan Doctor Serena. Masuk2 jer mintak gula. Sabor jelah. Balik tu tanyalah adik nak makan ape. Ibu dia siap bg pilihan nak Donalds [Mc D], Nak KFC ke nak kek [SR]. So dia mintak Mc D. Layan jelah n. Nasib baik boleh drive thru jer. Senang.

Inilah hasilnya.

Itu saje. K ketemu lagi BYE

Sunday, June 28, 2009

Kari Ayam

Sory yer asyik n3 pasal makanan jer. Aku lebih selesa blogkan pasal foods..hehehe. Bukan nak menunjuk tau sekadar berkongsi jer. Ari jumaat asben aku request nak makan kari ayam. Dah lama dah aku tak masak kari nie. Aku kureng kari2 ni. Yelah byk kolestrol nya. Dia takpelah, makan banyak mana pun bdn mcm tu jugak. I jeles tau. Aku makan pun rase2 jer. Lg pun dia seimbangkan ngan sports. Aku?Sport ngan adik jer..he he he.

Nilah Kari nyer. Jadilah untuk asben makan. Oklah xpekat. Kurang letak santan. :)

Ni lauk sampingan, Telur Dadar Cili Api banjir. Asben suh letak byk2 cili api.

Cara memasak:

Tumiskan bawang putih, bawang merah n halia yang dah ditumbuk td.Tumbuk jgn halus sgt. Dah garing masukkan halba campur. Pastu masukkan kentang n ayam. Kacau kasi rata. Pastu masukkan serbuk kari n kacau lagi. Pastu masukkan santan n air. Kacau lagi. Pastu masukkan sekeping asam keping. Letakkan garam, perasa semua n tunggu hingga masak. SIAP

Notes: Cara aku masak ni simple n main belasah jer. Janji asben kata sedap. Tapi tak sesedap anda semua punya :)

K Ketemu lagi BYE

Saturday, June 27, 2009

++Award++





Now I have to follow the rules and the rules are :

1) Accept the award, post it on your blog together with the name of the person who has granted the award and his or her blog link.
Dapat Award ni dari Sue. Tq sue. Suka dapat award, rase mcm dihargai jer.

2) Pass the award to 15 other blogs that you’ve newly discovered. Remember to contact the bloggers to let them know they have been chosen for this award.
Org yang bertuah dapat award ini ialah
Tu jelah kot. Pada sape yg tak diberi itu jgn kecik ati ye sbb pusing2 nnti dapat jugak sbb ade yg dalam blog list aku ni kwn sama2.
K itu saje. Ketemulagi BYE

Friday, June 26, 2009

Resepi

Ari tukan aku masak Chicken Chop tapi tak sertakan resepinya. Sebenarnya boleh je letak resepi tapi mcm sarat plak n3 tu nanti. Disini sy sertakan resepinya. Kalu nak cube,silakan. Sebenarnya masa nak masak ni aku adelah tgk2 kat blog Hanieliza. Inspirasi dari situ. Tp ade bahan nye x cukup so aku masak mana yang ade n hasilnya jadi, alhamdulillah .:)


Untuk masak sosnya:
Tumiskan bawang merah n putih yg dicincang dadu. Masukkan lada hitam yg ditumbuk. Dah garing masukkan sos tiram n kacau. Pastu masukkan air n kiub ayam n kacau. Letak kan kicap sket utk hitam kan kuah tu. Last bancuhkan tepung jagung n air. Masukkan bancuhan tepung jagung dalam kuah utk memekatkannya. SIAP. [sory xde sukatan sbb aku masak main agak2. Kalu nak banyak lebihkan kuantiti dia jer]

Untuk masak ayamnya:
Beberapa ketul ayam. Letakkan kunyit, sebiji telur, tepung jagung, lada sulah n garam. Ratakan n perapkan dalam beberapa minit. Pastu bolehlah goreng. SIAP

Untuk masak coleslow:
Parutkan atau potong halus2 carrot n kubis manis.[Kobis manis xtau yg mana, aku amik kubis tu kulit dia tebal sket n nmpak cantik sket dari kobis biasa n aku assume kobis tu kobis manis. Ni kes malu nak tanya kat org kedai tu] . Pastu masukkan mayonis n lada sulah. Gaulkan. SIAP

SIAP. Nilah hasilnya..Jadilah untuk dimakan oleh family aku ari tu..

Selamat Mencuba.
K Ketemu lagi. BYE

++Award & Tag++



1) Link/Ceritakan kembali siapa yang beri award ini kepada anda...
Diberi oleh kawan ku bernama FARASELA. Tq banyak2... ayat yg sama, kenal masa blaja kat Uitm n skrg satu opis sebab dia yg rekomen aku keje kat cni. Thanx Fara

2) Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda ditag)

a) Dah berkahwin ngan sorang jejaka yg agak hensem. [statement tak boleh blah.Mestilah puji asben sendiri kan?]
b) Ada sorang anak lelaki yang cukup ensem n comel [Puji lagi.he he he]
c) Rapat ngan mak aku yang sangat cantik itu [Lagi?]
d)Lately ni suka plak masak2.Nape yer?
e)Sedikit malas orangnya. hu hu hu [Buka pekung didada]
f) Sangat tak boleh berdikari. Betul.Tanyalah sape yang kenal aku.
g) Suka tengok cite yang animated punya n filem budak2 remaja. Paling best Finding Nemo. Banyak kali tengok pun tak jemu.he he he
Dahlah tu yer..


3) Perlu memilih enam penerima Award ini

So aku akan bg award ini kepada semua yang belum dapat award ini. Sbb mcm dah ramai jer yang dah dapat award nie kan.


TAG KEDUA

Tag diberi oleh Sis Eynda yg cantik itu.. Sebenarnya dulu pernah buat tag ini sebab diberi oleh Viruspadu. Tapi disebabkan tak nak lah menghampakan pemberian orang, so aku buatlah lg. ala bkn susah pun .

1) BILA KALI TERAKHIR CUCI TOILET?
Masa aku belum kawin kot. Betul..Cuci toilet ni keje abah adik atau acik.He he he

2) PENCUCI APA YG DIGUNAKAN?
Belasah je kot. Kadang2 sabun cuci baju pun jadi.He he he

3) DALAM 1 MINGGU, BERAPA KALI MOP LANTAI?
Sebab baru pindahkan, 2 ari sekali. Nak hapuskan habuk2 n kapur tiles tu. Kalu tak seminggu sekali je..

4) APA TUGAS TERAKHIR ANDA SEBELUM MENJELANG MALAM?
Tengok tv atau iron baju

5) APA MENU HIDANGAN MAKAN MALAM PALING SIMPLE?
Nasi goreng or maggie

6) MINUMAN SELALU DIBUAT WAKTU PAGI
Yang berasaskan kaffein :)

7) SEBELUM TIDO APA YG AKAN DILAKUKAN?
Buat susu adik, borak2 ngan adik n cakap ''Ibu sayang adik tau esok ibu keje, kat sekolah [taska & tadika] dengar cakap cikgu tau". Memang aku akan cakap macam tu. Pastu aku akan tertido.He he he. Abah dia akan layanlah dia sampai dia tido.

8) HARUS JAWAB TAG....
a) Sue Hasue
b) Diana
c) Farasela
d) Neezareef
e) Eiskamil

p/s : Kalu bz xyah buat yer tag ni. I xsentap punya... :)

Wednesday, June 24, 2009

Transformers + KFC

Sekarang ni kan musim transformer. Tapi idaklah aku melayan action movie ni. N diri ini rase bertuah sbb asben aku pun xminat jugak..selamat aku,kalu tak mau dia angkut kami pg tgk movie itu.

KFC kan ade baru collectibles tu yg tranformers edition tu n seperti biasa adelah iklan kuar kat tv. Adik punya dialog seperti biasa pun keluar.

Adik : Ibu nak tu, nak tu. Nak robot
Ibu : Nanti ibu beli yer..

Budak2 biasalh kan. Semua yang kat tv mesti nak. Macam tu jugak bila dia mintak kat abah dia, tok cik, nenek n atuk dia. Tapi takdelah semua kami nak layan. Agak2lahkan. Contohnya KFC/McD, mintaknya beria2 tapi bila beli excitednya kejap jer, pastu dia tinggalkan. Macam tu jugak ngan toy. Abis sape yg kene abiskan?Ibu jugak. Manalah ibunya tak berbadan comelkan. Kami ni kalu dia jenis yg makan pastu dia main semua toy dia tak kisahlah nak belikan tapi yg dia main sekejap2 tu, tu yang aku marah. Tapi beli jugak..he he he

Sebagai ibu yang baik lagi baik hati semalam abah dia bg duit suh belikan lah Chicky Meals tu. Sape yang baik hati sebenarnya?he he he. Kalu tengok muka dia memanglah hepy lg excited. Tapi dia usik jap jer pastu tinggalkan.

Itulah adik nya.Opps ade koko crunch jugak. Adik suka makan koko crunch. Itu aku sorok awal2 sbb sebagai upah untuk hari ni. Biasalah bila amik adik dr nursery mesti ade upah. Nasib baik sorang je anak kalu enam tujuh terus aku buka kedai runcit. :)

See kan aku dah cakap, ibu dia jugak yg abiskan burger tu. Nasib baik burger tu kecik jer..he he he

K itu saje ketemu lagi. BYE

P/S : Sory n3 ini berkaitan bebelan seorang ibu. Maafkanlah yer. TQ

Tuesday, June 23, 2009

Ahad Plak

Ari Ahad plan nak balik Gombak. Abah aku tak sihat plak mak cakap. Demam selsema. So aku decide nak masak mihun sup n kuew teow sup. Saje nak masak untuk abah. Kata Father's Day kan. Sebelum ni masa pegi Teluk Intan kan aku dah sambut sbb masa tu Mother's Day n buat sekali untuk Father's Day n yang ni saje jelah kan.

Dah masak untuk asben n acik turn masak untuk abah plak. Memandangkan perut abah sangat sensetip n ditambah plak abah selsema sangat sesuai lah untuk masak makanan yang bersup. Dah suh mak jangan masak. ' Mak tak yah masaklah, anim nak bawak something ni ' . Mak aku mengiyakan nya tapi dia tetaaaap jugak masak. Mak o mak. Igtkan sebelum balik umah mak nak bawak adik pegi playground yang dekat2 ngan umah mak tapi gombak ujan daaa..kesian adik. Lenkali kita pegi yer sayang.

Sebelum tu singgah Kuang jap nak beli Satay. Beli 25 cucuk jer. Aku n mak xlayan satay ni. Makan sikit bolehlah.

Inilah hasilnya. Tu nampak sup n bekas dalam tupperware tu, itu hasil tangan i..[nak jugak bg tau tu :)]. N Sambal ikan mak masak katanya untuk eijal [menantu dialah tu]. N ade plak nasi lemak besan mak kasi, mak mertua abang aku no 2 kasi. Rezeki namanya

Last gambar abah disamping makanan2 nya...he he he..

Takde ape yang anim boleh bagi untuk balas atas semua apa yang abah bagi selama ini. Anim sayang sangat abah. Anim selalu kenangkan pengorbanan abah, mak n nenek. Moga Allah panjangkan umur abah, mak n nenek sebab anim belum bersedia untuk merasa kehilangan.

Untuk asben ku pun sama jugak. Terima Kasih sebab sabar melayan aku yang peelnya pasang surut nie, melayan karenah adik yg kadang2 aku tak boleh sabar n untuk segala2nya lah. Banyak oo nak listkan. So hargailah orang2 yang anda sayang selagi mereka masih ada.

K Ketemu lagi. BYE

Monday, June 22, 2009

Sabtu Punya Projek

Tak de projek apa pun..cume projek masak jer. Masak apa? Masak Chicken Chop..he he he. Kan ari Ahad Father's Day. So plan nak lah masak special kononnya. Sebenarnya idea nak masak sendiri ni datang dari Diana kawan aku. Sbb dia masak sendiri masa dia celebrate anniversary n Father's Day. So ape salahnya tahun ni aku masak kan, lari dari sebelum ni. Sebabkan asben suka makan Chicken Chop [CC] , aku pun plan nak masak CC. Gigih ok cari resepi kat tenet. Akhirnya dapat lah resepinya di Hanieliza. Tapi aku masak ari Sabtu nya sbb Ahad nak balik Gombak nak jumpe Abah aku plak. :) . Layan pic yer.


Nilah hasilnya. Maafkan food presentation itu. I tak pndai menghias. Ni asben aku punya portion Semua buat sendiri tau. Coleslow n fries pun buat sendiri. Kesimpulannya asben kata SEDAP. 1st time buat tu. Sangat bangga ok. Ni pun dia suh buat lagi. Sory kalu aku terpuji diri sendiri. Tak tau nak gambarkan perasaan itu lepas ape yang kita masak disukai. Hanya orang yang pernah rase je faham. he he he :)

Ni plak acik punya. Fries dia adik dah amik. Biasalah adik ngan Tok Ciknya, dia suka buli Tok Cik nya. Kira dia pun 'ayah' kami juga .

N yang ini adik punya. Adik punya tak lupe jugak. Aku buat ayam goreng tepung n nasi ayam. Nasi ayam tu simple jer. Resepi dari Sis Eynda. Nasi tu aku letak kiub ayam, marjerin, halia sikit n bwg putih. Masuk kan lah kat beras n masak dalam rice cooker. Menjadik jugak. Tapi aku punya nasi ayam tu takdelah macam kat kedai rasenya. Adik suka sangat makan. Banyak suap jugak. Itu je 'hadiah' untuk Father's Day. wakakaka. N asben aku tak kisah pun. Adiah2 tak de.

N3 esok kat Gombak plak. Kita makan lgi. Tggu yer.

K itu saje. Ketemu lagi. BYE

Sunday, June 21, 2009

Father's Day & Birthday


Hari nie adalah Father's Day. Dikesempatan ini aku nak wish Hepy Father's Day pada semua yang menyambutnya. Terutama pada :
Abah aku yang macho lagi ensem lagi baik hati , Mohd Zakaria Bin Ngah

Asben aku abah kepada adik, Faizal Bin Zahid

N tak lupa pada ayah mertua ku Zahid Bin Othman Razali. Sory ayah pic ayah takde dalam simpanan saya sekarang.he he he. Menantu apelah aku kan, ni hantu namanya bkn menantu. Aku rase ade je pic dia tapi bila dicari takde plak. Sory Ayah.
N nak wish jugak pada FARASELA, kawan aku di Uitm dulu n di opis sekarang :). Hepy Birthday yang ke tettt!

Dengan ucapan, semoga diperbanyakkan rezeki n hepy alwayz.....tak nak mengalah jugak fara ni. Yelah asben dia sambut Father's Day dia pun naaaaak jugak...he he he .Double celebration gitu...
K Ketemu lagi Bye

Saturday, June 20, 2009

Sotong goreng tepung ke cucur sotong?

Aku selalu konfius kan pasal nama menu..he he he.. Ari tu mee kungfu or mee sup kicap. Ade satu hari tu aku tengok peti ais ade sikit sotong. Rase mcm dah lama beli tapi tak termasak. Asben aku kan tak mkn udang sotong nie. Aku cubelah buat sotong goreng tepung [STG]. Aku teringin nak buat STG ni yang macam kat kedai punya. Ala dia gelembung sket. Banyak tepung lah. Aku cubelah. Selalu buat mesti tak jadi..Tapi belasah jelah makan sebab yang makan aku n acik jer.

See macam cucur kan..Tepung jer lebih. Sotong nya cenonet jer..Tapi sotong tu mcm kenyal/keras sket. Mungkin terlalu lama dalam freezer. Tepung tu aku bancuh macam buat cucur tu. Tepung gandum, tepung jagung , baking powder sikit, garam n air. Bancuh kannyer. Bila dah sebati baru aku letak sotong dalam nyer. Gaulkan lag. Pastu bolehlah goreng satu2..

K itu saje. Ketemu lagi BYE

++IKLAN++

Ari tu beli barang kat airishauni collection. Tauke dia kawan aku, FARA . Bagi aku barang2 yang dia jual sangatlah muraaaaah. N kat cni aku letakkan lah beberapa barang yang aku dah beli. Untuk aku ataupun untuk orang tersayang. Tentang harganya sila lah cek di websitenya. AIRISHAUNICOLLECTION.

K ketemulagi BYE.

Friday, June 19, 2009

Ayam Masak Black Pepper

Malam tadi [17/6/09] telah masak Ayam Black Pepper [ABP]. Percubaan pertama, asben kata sedap macam kuah chiken chop.:) Tapi bagi aku, biasa2 je kot. Sedap lg sambal. Tapi nama pun 1st trial, ok lah tu.
Nilah ayam black pepper tu. Sendat mendat mangkuk tu. Sory presentation I teruk.:)


Lauk sampingan,telur dadar


Jus apple. Ni asben aku yang buat. Ada lebih apple ari tu, balik keje dia yang blend. Sedap sangat!

Bahan2
Bawang merah , putih & halia [Lagi banyak bwg besar lg manis]
Ayam
Lada Hitam
Sos tiram
Kicap [Utk hitamkan kuah]
Air sikit [optiona, kalu nak kuah banyak air]
Kacang panjang & tomato [Optional, kalu xnak sayur xyah buh]
Garam & gula [sebagai perasa]
Cara memasak
Ayam digoreng jgn sampai garing. Dah masak ketepikan. Tumis bawang & halia. Pastu masukkan kcg panjang n empukkan kcg tu. Masukkan lada hitam n kacau. Masukkan air,sos tiram n kicap. Kacau kasi sebati. Kalu nak pekat letaklah tepung jagung sket. Bila dah mendidih masukkan ayam n tomato. Kacau kasi sebati masukkan garam n siap!.
Itu saje. K ketemu lagi BYE

++ Daddy's Dearest Contest ++

Masuk contest lagi untuk Father's Day. Kepada ibu2 sekalian sila terjah di link Isabelle iaitu - http://www.thesnowwybear.blogspot.com/ - yang telah mengadakan contest ini. Lagi meriah INDUSTRI BLOG ini dengan adanya contest2 ini :). Contest nya lebih kepada 'Bapak Borek, Anak Rintik! Aku percaya kebanyakan anak2 kita ni ada yang menyerupai bapanya baik dari segi rupa, perangai, style nya n macam2 lagi. Setelah mencari pic yang ada kaitan ngan 'temanya' aku telah memilih pic seperti di bawah.


Kaitannya pic ini ialah pada RAMBUTNYA yang sama2 pacak. Memang kalu nak kuar ker adik mesti cakap 'Abah pacak' sambil tunjuk rambutnya :). Abahnya memang dari dulu berambut pacak. Kepada ibu2 sekalian untuk tahu dengan lebih lanjut lagi sila ke link contest Isabelle ini
GOOD LUCK SEMUA



p/s : Sticky mode untuk 24 jam .TQ. N3 baru sila scroll..

Wednesday, June 17, 2009

Ahad plak

Ari sabtu mak nenek n abah aku datangkan, diorang tido umah kami. Ahad petang balik. Sekejap je tido. Bila suh tido lama sket, mak mesti cakap "nanti datang lagi. Lagipun korang keje." Lebih kurang macam tulah dialog dia. Kalu mak datang memang mak lah jer yang masak. Ahad tu aku ngaja. Aku nak cuti, mak bising ooooo. Mak aku sangat strict ok. Dulu masa aku sekolah takde nye istilah ponteng2 sekolah. Pegilah ko sekolah tu. Bila kita cakap dah abis pekse,tak de blajanyer. Mulalah mak aku start dia punya 'radio'..he he he . Layan pic yer

Pagi ahad tu mak masak nasi goreng. Karipap tu mak bawak dari gombak. Mak beli yang mentah punya n goreng kat sini. Apam tu yang semalam punya panaskan jer balik. Tengah hari kami beli jer lauk. Tak amic pic lupelah. Aku sibuk2 sebab baru balik ngaja. Petang lepas asar n minum petang mak pun balik.

Petang sebab dah lewat sangat n ari dah ujan renyai2 tak dapatlah bawak adik pegi taman yang jauh2. Bawak dia pegi Tasik Biru kat Kundang. Tengok orang naik Jet Ski.

K itu saje . Ketemu lagi BYE

Tuesday, June 16, 2009

Nenek, Ibu & Adik Je


Petang Sabtu tu plak aku,mak n adik keluar jalan2..he he he. Yang lain tak ikut.. Asben aku amik kesempatan main bola. Syok ooo kuar tanpa lelaki dewasa nie... Nak pegi mana n beli barang tanpa halangan..wakaka.. Tapi yang tak syok ibu kene handle adik. Kami pegi Giant Kota Damansara nak beli barang sket. N adik macam biasa akan singgah playland tu lah. Nama nya JUNGLE-JUNGLE. Tapi takdelah jungle sangat pun tempatnya. Konfius sket aku.. :) Layan pic yer.


Gambar menceritakan segalan2nya kan. Betapa aku kehulu kehilir n terkejar kesana kemari melayan adik..hu hu hu..Fuh... Yg pic last tu kan mcm kelakar sikit. Mula2 adik nak main bowling tu, last2 dia boleh tinggalkan game tu n nenek take over..he he he. Mak aku lah continue main.. Bila dah penat berkejaran kami singgah di KILLINEY. Nak minum2 petang sket. Nasib baik adik tak mengarok bila kuar dari playland tu n macam biasa kita kena bagi dia upah.

Ni pilihan mak, teh.

Ni plak pilihan adik..Frosty Milo..Sedap pekat likat. Ada eskrem kat atasnya..Kongsi ngan ibulah sbb adik mesti tak boleh abiskan punya :)


Roti bakar ibu n adik punya...

Mee Kari nenek punya.

Review aku pasal KILLINEY ni, OLD TOWN lagi sedap kot. Dari segi air n food dia. Rindunya nak makan Oldtown punya bread toast. Nak tanya sebenarnya Oldtown tu boleh makan ke tak boleh makan? Pernah dapat emel tu lah aku was2. Sedihnya..
Ibu ngan nenek. Disebabkan asben aku tak de, bermaharajalela lah aku snap pic. Tapi masih cover2lah. Pakai hp orang tak bape pasan sangat lah.he he he

Ibu ngan adik plak

Itu saje . K ketemu lagi BYE