Status

TQ coz sudi menjengah blog ni..

Aktiviti blogwalking tergendala sikit...Aktiviti blogwalking akan saya jalankan secara habis-habisan bila weeken jer..tunggu kedatangan saya tau...thanx korang...


Friday, May 29, 2009

Tuisyen

Ala senang cite aku sekarang dah jadi cikgu tuisyen sekarang. Cikgu tuisyen di sebuah pusat tuisyen di Bandar Baru Sungai Buloh. Cikgu BM lah. Untuk pelajar Darjah 2, 3 & 4. Dah 2 bulan aku mengaja situ. Setiap ari Ahad dari jam 9 pagi ke 12 tgh hari.

Sebenarnya kan aku minat sangat jadi cikgu tau. Dari masa sekolah. Tapi tak de rezeki nak sambung di bidang perguruan. Sedih tau. Dah jadi cikgu tuisyen sekarang syukur sangat. Ada satu hari tu nampak iklan dia tampal kat tiang berhampiran pusat tuisyen tu, cubelah nasib n alhamdulillah diterima. Adik abah jaga.he he he. Asben aku pun izinkan. Yelah kang dia tak kasi mau bini dia lancarkan serangan..kah kah kah. ' Dia kata jangan nak komplen ape2 yer. Kalu tak boleh handle, tak payah nak mengaja2 lagi.' Tapi setakat ni alhamdulillah lah. WALAUPUN kadang2 macam malas tapi bila dah jumpa budak2 tu jadi hepy sangat. Tetiba lupa pasal penat tu. BETUL! So layan pic yer.

Ni Darjah 3

Ni Darjah 2

Ni Darjah 4

Setiap kelas memang tak ramai. Tak lebih 10 orang. Cume darjah 4 dalam 11 orang jer.Memang dia limit satu kelas tak melebihi 15 orang.

Jangan tertipu yer tengok gambar2 ni. Masa ni ade test. Tapi tetap bising ok. Diorang ni tak takut ngan aku. Sampai pengetua tu selalu masik kelas aku n warning diorang. Aku tak bape suka sangat garang2 ni. Aku nak diorang enjoy bila masuk kelas aku. Tapi Pengetua kata nanti diorang tak respect aku. Entahlah. Yang penting aku sangat enjoy mengaja disini.

K Ketemu lagi.Bye

Thursday, May 28, 2009

Tag & Award

Award n Tag ni diterima dari SUE


1 .Copy paste award

2. Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini
a) Suka Masak
b)Makanan yang dimasak tu sangat menarik perhatian. Nak sket boleh?
c)Kawan baru aku di alam cyber ini.
d) dia duk di Kuching. Betul kan?
e) tak pernah jumpe dia lagi. Jom jumpe sue.He he he

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.
a) Dah berkahwin ngan sorang jejaka yg agak hensem. [statement tak boleh blah.Mestilah puji asben sendiri kan?]
b) Ada sorang anak lelaki yang cukup ensem n comel [Puji lagi.he he he]
c) Rapat ngan mak aku yang sangat cantik itu [Lagi?]
d)Lately ni suka plak masak2.Nape yer?
e)Sedikit malas orangnya. hu hu hu [Buka pekung didada]
f) Sangat tak boleh berdikari. Betul.Tanyalah sape yang kenal aku.
g) Suka tengok cite yang animated punya n filem budak2 remaja. Paling best Finding Nemo. Banyak kali tengok pun tak jemu.he he he
Dahlah tu yer..

4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka.
a) Farasela - suka bisnes orangnya.Kaki bisnes. Sila lah ke AirishAuni Collection
b) Leena - Kawan masa kat uitm. Dah lama tak jumpa. Dalam proses untuk mendapatkan juniornya [Jangan marah ina]
c) Nieda - Baru lepas bersalin. Asbennye lecturer aku dulu.he he he
d) Kak Erni - Sangat suka jahit manik kat baju. Silalah tempah yer.
e) Diana - Sekarang ni masak aje kejenya. Sangat menarik perhatian aku jugak.
f) Fetty - Anak dia yang sulung tu bakal menantu aku. Boleh?
g) Iffa - Dah lama tak jumpe dia last masa kat Uitm dulu.
h) Syuq - Sama belaja dulu. Sekarang dia dah kurus.Sangat kagum ok. Rahsia dia. Cube tanya dia ok.
i) Mama Idzareef - Anak nya Idzareef sangat comel ok. Macam mix omputih

Itu jelah yer. Thanx tu Sue sebab bagi Tag n Award ni. Diharap berpuas hati dengan jawapannyer. K Ketemu lagi Bye

Kenduri Hari Ahad Hari Tu.

Lama punya cerita baru aku nak up date.Ahad lepas [24 Mei 2009] kak ipar punya adik kawin. Hari tu belah pompuan kat Teluk Intan yang nie plak belah laki. Sebab Ahad pagi aku mengaja kan sampai kul 12.00 tgh hari. So kami decide lepas Zuhur baru bertolak dari rumah. Dalam 2.30 sampai Ampang nun. Bertembung plak ngan mak aku. Mak pun baru sampai. Masuk khemah n terus serang!! Nak makan lah..So enjoy pic jelah yer
Seperti biasa kami amik gambar pengantin kat meja makan jer..he he he
Mak n Abah tengah makan

Jalaludin Hassan n family pun ade. Yahya Sulong tu kak ipar punya atuk. Tapi yang pasal cite2 dia kat sok kabar tu kan . Aku no komen yer. Hanya yang terdekat jer tau cite sebenarnya. Biasalahkan.

JH sangat sporting petang tu. Tak silap dia nyanyi 4 lagu..Sedap jugak sore dia. YS main dram sekejap. Dia tak sihat hari tu, lelah. Takut tengok dia main dram yelah mana nak pukul dram mana nak tahan semput. Makcik2 yang sebaya mak aku tu kemain lagi. he he he

Last gambar ibu, adik n abah..Muka aku dah macam talam dah..Pedulik..hu hu hu.

K ketemu lagi..Bye

Wednesday, May 27, 2009

Anak Ibu Kena Cakar

Adik kene cakar kat muka dia...kesian dia, berderau darah aku bila dengar.Kelmarin tok cik amik adik kat sekolah [nursery] sebab aku balik lambat sket. Cikgu nya kata adik n budak lagi satu berebut mainan. Adik ni satulah kalu menan yang bukan dia punya, memanglah dia berebut macam tak pernah ada. bila kat umah buat dek jer ngan menan tu.

Alasan cikgu nya budak2 terlalu ramai tu lah tak menang tangan nak jaga budak2 tu semua. Memang aku akui yang cikgu2 yang kat situ kerap bertukar. Yelah bukan semua orang reti handle budak2 n ramai plak tu. Entahlah. Aku tak tau nak buat ape. Nak aku bising n sound cikgu2 tu aku tak reti, nanti cakap kita cerewet lah ape lah. Buatnya memang adik jugak yang bersalah ker. Tapi patutnya cikgu2 tu kenelah alert sket. Masa diorang gaduh lite2 tu tak kan diorang tak perasan. Entahlah..Yang boleh aku cakap ' Budak-Budak'... Anta umah pengasuh salah, anta nursery pun salah..

Kesian adik..'tak pelah adik boy kan, adik kuat'..Tu jelah aku cakap kat adik. Abah dia bisinglah. Yelah dah jadi macam tu kan. Dia punya cakaran tu yg kuku stok panjang pastu kuku dia macam dia benamkan sket dalam pipi tu. Lebih kuranglah. Rupenya budak tu umur budak tu setaun lebih. Kecik lagi budak tu. Entahlah..Tak pelah kesan tu akan hilang kan? Dah tak ensem anak ibu dah :(

Itu saje..K Ketemulagi Bye...

Friday, May 22, 2009

Balik Gombak Lagi

Mula2 nak cakap, tak pe ker aku asyik cite pasal makan makan n makanan jer..Sebab bagi aku orang lebih nak tengok pasal makanan kot sebab bila n3 pasal makanan aku dapat banyak respon. he he he. N aku lebih selesa cite pasal makanan kot. Sory kalu korang terliur ker mengidam ker..Kalu mengidam bagi tau nanti aku tolong masak kan..Wah! siap offer lagi..Boleh?

Back to the point...Semalam malam balik gombak. Balik gombak lagi? iyer..Kali ni aku balik nak amik tudung untuk pegi kenduri ini Ahad..Semata2 ok amik tudung. Yelah ari Ahad nak terus pegi kenduri sebab tak nak singgah umah mak dulu sebab pagi nyer aku mengaja tuisyen [nanti aku cite yer pasal mengaja tu,pic tak de sekarang]. Nanti lambat plak nak pegi kenduri tu. Ari tu pegi Teluk Intan belah Pompuan Ahad ni belah Lelaki plak. Ahad ni suh mak n abah tunggu kami kat sana.

Berbalik dari cerita balik Gombak. Macam biasa mak akan masak n macam biasa jugak mak masak sambal. Ari tu ikan kembung kali ni ikan tenggiri masak sambal n buncis goreng. Itu jer. So layan pic sajork k.
Ini lauknye yang dimasak oleh mak tercinta. Kami memang macam ni selalu 2 lauk jer. Mak aku tak bape sihat, kaki dia baru operate tak kan nak masak heavy2 kan. Nampak tak bunga orked purple tu, nenek aku siap petik n letak dalam pasu n letak kat meja makan. Comel kan? Nenek I romantik tau... :) wakakaka

Ni Close-up sambal itu.Terbaik wok...Kalu mak aku punye style sambal pakai cili merah yg besar tu n aku punye style pakai cili kering. Aku punye sambal MAK MERTUA yang ajar tapi tetap tak sama macam mertua aku punye..Tapi baguslah tak sama sebab boleh request bila balik kampung...he he he

P/s : Mesti pelikkan asyik balik umah mak aku jer.Aku ni anak pompuan sorang bongsu plak tu tulah asyik nak mak jer. :) .Tak delah.Ate mak mertua kat Kuale Kangsor nun tak kan lah teman nak balik tiap2 minggu ..Kalu dekat ari2 teman balik tau...[Boleh percaya ker?].Tak pe nanti kalu aku balik KK aku siapkan berentry2 khas untuk balik KK ok

K Ketemu lagi..BYE

Thursday, May 21, 2009

Ayam Goreng

Ayam goreng special..tak ade pun yang special nya cuma sebab nak bezakan ayam goreng biasa ngan ayam goreng yang aku buat ni. Asben aku yang bagi nama tu.Kelakar tau bila dia cakap nak makan ayam goreng special bukan ape sebab bagi aku bukan special pun.Entah.Kelakar.

Bahan2nya
Ayam ni guna ayam biasa. Biasanya ayam tu aku beli yang dada jer. Seketul ayam dada tu aku potong lagi sebab ayam besar2 aku rase makan dia tak nikmat. Betul.Cubelah!. Bawang merah,bawang putih n halia ditumbuk guna batu lesung.Bila dah hancur lumurkan kat ayam,pastu letaklah sekali kunyit,cili blend,sos tiram n garam.Lumur hingga sebati pastu perap letak dalam peti ais.Itu jer.Pastu goreng macam biasa. Jangan lama sangat nanti dia hitam.

Ni rupa ayam tu lepas dilumur ngan bahan2 itu.

Ni plak lepas di goreng. Sila abaikan telur mata yer. Telur n ayam tu asben aku nak makan ngan nasi lemak. N nasi lemak adalah beli yer. Aku tak tau masak nasi lemak, tak pernah cuba lagi.

Nasi lemak ni adik yang punya. Tak de sambal

Ni plak abah adik punya. Nasi lebih n sambal lebih. Aku pelik tau asben aku kalu makan punya lah banyak, semua nak lebih tapi badan macam tu jugak. Jeles I tau. Aku makan ngan dia amik suap sket2 jer. Bercatu2 aku makan. Tapi nak kurus punyalah payah. Pelik2.. Sedih pun ade. hu hu hu. K itu saje. Ketemu lagi. BYE

Tuesday, May 19, 2009

Masak2 di hari Weekend

Sejak pindah ni kan aku rase macam rajin je masak.he he he..Macam semangat gitu.Mak aku pun pelik ok, asben aku lagilah...ha ha ha..tapi tak kisahlah kan.Walaupun ada yang tak sedap n ade yang sangat sedaaaaaaaaap... : )Layan pic jer lah lah yer.Silalah menjamu mata..

Ini mihun hailam. 1st time buat. Malu nak bagi tau, masin sket. :)

Sayur kangkung. Ni pun 1st time masak sayur kangkung. Tak berani nak masak takut ada batu. Yelah aku ade pengalaman, dulu tengah syok2 makan tiba2 tergigit batu, terus stop makan, tak lalu. Aku suka sangat makan sayur kangkung. Ni pun bape kali aku rendam ngan garam sebab nak hilangkan pasir2nya. Asyik basuh, rendam n tos kangkung ni sampai nak hancur dah..he he he

Ni ikan kembung sambal. Asyik masak ayam je kan, tukar ikan plak. Nampak sehati sejiwa jer ikan tu kan. Cute jer..

Ok itu sajer untuk weekend ini.Tak delah aku pagi petang siang malam aku masak. Ade jugak beli, nak publish jugak ker? Tak payahlah kan. Lagi pun kat kedai ade malu sket lah. Baik aku publish hasil kerja tangan aku kan. K ketemu lagi. BYE

Monday, May 18, 2009

Aktiviti Petang Ahad

Semalam petang cuaca sangat cantik. Abah ajak adik pegi taman.Kali nie pagi Taman Metropolitan Kepong..Ala,tepi jalan kat ngan MRR2 tu.Tempat main layang2 tepi highway.

Sampai sana dalam kul 5.30. Ramainya umat kat sana.Merenyut2.... Nak parking susah tapi nasib kami baik dapat parking jugak..

Sampai sana adik dah bising nak layang2.Macam tau main.belikan lah..4 hinggit ajer..

Layan pic yer..
Sebahagian orang ramai itu :)

Ibu macam biasa kat belakang.Adik jalan ngan abah.he he he

Terdongak2 konon pandai main

Lepas penat makan makan aiskrim lah plak.

Lepak2 sambil menghirup angin petang, kami pun balik.Adik pun dah lenjan n berlengas. Aku lagilah, panas2 ni tak boleh blah...walaupun dah pukul 6 teriknya macam tengah hari..Cair make up tau.Dalam pukul 6.40 macam tu baliklah kami anak beranak..

Friday, May 15, 2009

TAG TAG TAG

Di Tag oleh VIRUSPADU. Idola aku dalam dunia blog. : ) Blog dia n adik beradik dia lah selalu aku lepak2.

1) BILA KALI TERAKHIR CUCI TOILET?
Masa aku belum kawin kot. Betul..Cuci toilet ni keje abah adik atau acik.He he he

2) PENCUCI APA YG DIGUNAKAN?
Belasah je kot. Kadang2 sabun cuci baju pun jadi.He he he

3) DALAM 1 MINGGU, BERAPA KALI MOP LANTAI?
Sebab baru pindahkan, 2 ari sekali. Nak hapuskan habuk2 n kapur tiles tu. Kalu tak seminggu sekali je..

4) APA TUGAS TERAKHIR ANDA SEBELUM MENJELANG MALAM?
Tengok tv atau iron baju

5) APA MENU HIDANGAN MAKAN MALAM PALING SIMPLE?
Nasi goreng

6) MINUMAN SELALU DIBUAT WAKTU PAGI
Yang berasaskan kaffein :)

7) SEBELUM TIDO APA YG AKAN DILAKUKAN?
Buat susu adik, borak2 ngan adik n cakap ''Ibu sayang adik tau esok ibu keje, kat sekolah [taska] dengar cakap cikgu tau". Memang aku akan cakap macam tu. Pastu aku akan tertido.He he he. Abah dia akan layanlah dia sampai dia tido.

8) HARUS JAWAB TAG....
Tak nak tag sesape. Di harap jawapan menepati soalan..K..Ketemu lagi..BYE

***AWARD***

1st time dapat award.he he he Thanx to INA sebab ingat jugak kat kita...& nak forward award ni kat

N kepada sape2 yang membaca blog ini ok....tq tq

Thursday, May 14, 2009

TAG

Ditag oleh FARA
1) GUNA HP APA? ( Gambar Skali )
Guna Hp Nokia 6280 sajork

2) GUNA KETE / MOTOR APA? ( Kalu ada gambar lg bagus ) Kelisa 1.0 Ezi. Masih setia menggunakannya sejak zaman blaja di Uitm. Sangatlah berjasa kete ini nak2 masa kat Uitm dulu..

3) GUNA WALLET RUPA CAMNA? ( nk gmbar gak le.... )

4) GUNA APA UPDATE BLOG?( Listkan sumer alatan update blog & gambarnyer ye... )
Haruslah guna computer n line internet. Yang penting opis punyer.. :)

5) GUNA JAM TGN APA?
Tak guna jam tangan, guna jam dinding jer. Belikan satu boleh?

Nak Tag :
Ixora yang comel
Mummy Arissa & Dina yang Vogue
Kak Erni [Tokei Manik]

p/s : Kalu taknak buat tak pe.



Masak masak n masak lagi

N3 ari ni nak letak pic masak semalam.Asben aku amik kesempatan oooo.Modal yang sama
'Boleh letak dalam blog'..Layankan ajer lah.I tak kisah.He he he..Masak di umah baru sangat syok ok... :P

Semalam aku masak ayam masak sambal n sayur kobis goreng letak kicap..Tak mau cite panjang layan pic je yer.

Resepinya [Nak ker?]

Bahan2 untuk Ayam Masak Sambal

Beberapa ketul ayam

Cili kering yang dah di blend

Bawang besar n bawang putih dihiris

Halia sikit dihiris

Asam jawa sikit [kalu nak kuah banyak, banyakkan air asam jawa tu. Asam jawa jangan banyak sangat nanti jadi masak asam tumis plak]

garam n minyak

Cara memasak

Ayam digoreng tapi jangan sampai garing lepas dah goreng kuarkan minyak sikit untuk dimasak sambalnya. Masuk kan bawang n halia tumis sampai layu. Lepas tu masukkan cili n tumis sampai masak. Lepas nampak cili dah masak, masukkan air asam jawa sikit. Bagi dia menggelegak masuk kan garam. Lepas tu masukkan ayam tadi n biarkan dia lama sikit. Agak macam dah sebati tutup api n hidang.

Bahan2 untuk Masak Sayur plak

Sayur kobis n carrot

Bawang besar n putih

Fish ball n Ikan bilis

Kicap n cili merah [Optional]

Cara2nya

Masukkan bawang n tumis sampai layu. Dah layu masukkan fish ball n ikan bilis n carrot. Agak2 dah masak sikit carrot tu masukkan kobis n kacau. Pastu masukkan kicap garam. Kacau sampai sebati n tutup api n hidang.

Itu sajer.Simple n senang..K ketemu lagi.BYE

Wednesday, May 13, 2009

Ke Teluk Intan : Part 3

Akhirnya dah sampai part akhir..Hoorey!!!!!
Ahadnya kan [10 Mei] sanding plak...kul 12.30 tgh hari.Tapi mula2 nak cite paginya dulu ok..
Pukul 8 am macam tu kan kami pergi breakfast kat bandar Teluk Intan..Dekat ngan Menara Pisa tu..Eh!! silap..Menara Condong..he he he.Makan roti kaya...Sedap roti tu.Dah dua kali pegi makan kat situ.Dulu masa bujang sekarang masa dah kawin. .Ade pic dia.Nanti tengoklah.Layan pic dulu yer.Sambil tu aku letak caption sket2.

Sebelum bertolak kami pose2 dulu..yang girl tu my nieces yang sangat pandai posing.

Nasi lemak tu ade sambal ikan bilis, sotong n udang.Adelah dia tanda yang mana satu kan.Harga dia 70 sen kalu tak silap.Tapi janganlah korang aspect sotong udang dia bagak2[besar]. Padanlah ngan rege dia.

Nampak tak roti yang dalam bungkusan tu.Roti tu lah yang aku cakap tadi.Sedaplah.Roti dia sangat lembut.Esok pun boleh tahan lagi.Harga dia RM2.40 sajork.

Adlin yang suka sangat posing depan camera.Girl lah katakan.Kan best kalu adik macam dia. Senang idup aku nak snap.

Kami bergambar bagai kat depan Menara Condong tu.
Lepas dah breakfast bagai.Jalan2 Soping2 sket kat situ pastu balik bilik rehat2 jap sebelum check out.

Pengantin bersanding pukul 12.30 macam tu. Bila sampai umah pengantin adik tido plak dalam kete.

See, adik tido. Pic ibu harus ade kan. [Jangan muntah ok].

Kesian dia, dahlah panas, abah dia lah dokong jalan laju2 masuk dalam khemah. Takdenya aku nak masuk dalam umah nak tengok diorang sanding. Aku bila panas mula la nak naik angin kan.Kami duk dalam khemah jer. Abang n kak ipar haruslah masuk umah yelah abang aku jadi camera video man.He he he

Masa ni adik tak bangun lagi. Tulah ibu n abah dia sibuk pose bagai. Takde sape nak amik kan gambar, kami amik sendiri.

Lepas kami semua dah abis makan adik pun bangun. Muka adik baru bangun tido di samping muka ibu yang tengah tahan panas walaupun senyum dengan cerianya.He he he. Gambar pengantin amik sikit jer, jadilah kan.

Nilah pengatinnya dia..Snap kat meja makan sudah...

Lepas dah salam peluk cium semua, tibalah masa kami nak berundur diri. Dari Teluk Intan kami ikut Tapah pastu kuar ikut highway. Pemandangan dia cantik sebab lalu kawasan sawah padi.

Itu saje..Kesimpulannya sangat best walaupun pegi umah kawin jer. Yelah dapat berkumpul satu family walaupun abang aku yang 1st tak de.Kami jarang dapat jalan2 sama2 macam ni. Biasanya aku n family jer. Abang ngan family dia jer. K lah ketemu lagi..BYE.