Status

TQ coz sudi menjengah blog ni..

Aktiviti blogwalking tergendala sikit...Aktiviti blogwalking akan saya jalankan secara habis-habisan bila weeken jer..tunggu kedatangan saya tau...thanx korang...


Monday, July 20, 2009

Hari Sabtu Kami

N3 ini mengandungi gambar makanan lagi. Sorry yer.

Weekend yang biasa2 jer. Hari Sabtu petang tak pegi mana2 pun. Cume malam asben bawak kami round2 naik kete jer. Sbb petang abah nak tengok MU main. Tengok di rumah sahaja. Kan ada live kat TV Channel 811. Aku pun layanlah jugak sket. Nak tengok TV lagi satu gambar macam ape entah. Sebb pakai ariel biasa. Nasib baik adik tak mengarok nak tengok cartoon. Abah dia layan baik punya ngan adik. Sambil tgk MU sambil layan main ngan adik. Nak lipat baju, malas, Nak iron baju lagi malas. Sudahnya aku masak untuk makan malam. Sebelum tu aku buatlah makan untuk minum petang. Bolehlah asben makan sambil tengok tv. Telur hancur makan ngan roti. Tengok kat blog neezareef ari tu macam sedap jer.

Nie untuk kami sebab letak cili api. Buat sket jer. Aku tak bape lalu plak petang tu.

Nie adik punya, takde cili api
Ni milo blended lagi yang dibuat oleh abah. Dia tau adik suka minum. Sajelah tu nak pujuk adik. Yelah selalu adik yang conquer TV.

Aku masaklah untuk malam pastu. Try nak masak telur bungkus. Hati kering jer buat ala2 macam kat kedai. he he he. Perhatian yer, aku masak main belasah jer yer. Ikut hati jer ni. Takde peraturan. :)

Bahan2
Ayam dipotong kecil2
*Bawang putih n bawang merah dipotong dadu
*Carrot dipotong dadu
*Kacang panjang dipotong kecik2
Cili blend
Sos tomato
Sos cili
Telur 2/3 biji

Cara memasak
Tumis kan bahan bertanda *. Aku guna sikit jer minyak. Lepas dah garing masukkan ayam n goreng kan ia. Lepas tu angkat n ketepikan.

Pastu tumiskan cili blend tu. Dah garing letaklah garam. Pastu masukkan sos2 itu. Kalu kering letakkan air. Banyak kali jugak lah aku letak air sikit2 sebab kering takut hangus plak. Dah rase garam semua, masukkan ayam tadi. Gaul rata n SIAP

Nilah hasilnya.

Pastu telur dipukul. Jerang kuali. Bila panas tuangkan telur tu. N lebarkan ia macam kita nak goreng telur dadar tu. Lagi lebar lagi bagus. Tapi jangan terbalikkan telur tu. Agak2 telur tu masak, tuangkan ayam tadi dalam telur n balutlah ia. Ayam tu memang terbalut sepenuhnya. Pastu letak pinggan atas telur tu.

Macam ni. Kuali di bawah pinggan kat atas. Lepas tu terbalikkan kuali tu. Ni asben aku yang buat. Aku takut nak buat. Kang pecah plak pinggan tu.

Bila dah terlangkup, jadilah mcam ni. he he he. Suka suka suka.!

Buatkan adik sup. Tapi seperti biasa makannya sikit jer. Jadilah. Adik kuat menyusu.

Ni nasi goreng yang asben aku masak. Yelah mula2 dia tak suruh pun buat nasi goreng. Aku dah kemas2 dah dapur semua. Lepas tu aku cadang nak iron baju, tiba2 dia cakap nak nasi goreng. Malas lah nak buat. Tak koserlah kan nak dua tiga kali kerja. Nasib baik dia ok jer. Last2 masa aku tengah iron baju n MU pun dah abis lawan dia yang masak nasi goreng tu. wakakakka. Asben aku bolehlah masak sikit. Sbelum ni dia pernah masak nasi goreng pattaya. tulah aku suh dia terbalikkan telur tu tadi. Mungkin sebab dia dah lama duk ngan acik tulah dia reti sket2 masak2 ni.

Itu saje. TQ sbb sudi baca. Ketemu lagi BYE

Next n3 hari ahad plak...

17 comments:

neezareef said...

sedap npk nasik goreng tuh...teliur lak...

rajin hanim masak telur bungkus..lama giler x mkn telur bungkus nih

Softtouch [Hanim] said...

neezareef : sbb dah boring sgt amsa tu, so masak jelah walaupun baru 2st time buat.

DYLA said...

adoi la.. sedap sungguh nmpaknya tu.. dah la org tgh lapar ni. tgk la lauk2 telur ni. mmg minat habis lah!

<< s| tED| >> said...

makan2 lagi.. leh jd chef lah hanim ni...

Sasha said...

best ler dpt asben yg boleh memasak... terdesak2 bole diharap...

Softtouch [Hanim] said...

dyla : ye ker..

tedi : chef utk family sndiri bolehlah

Sasha : Sebab dia nak mkn sgt tulah dia masak kalu tak sy jer yg masak..

syahadah said...

menyelerakan...
tapi tgk kejap2 je sbb posa...
yg simple pun nmpk best

ninie said...

wah nampak menyelerakan.....pandai hubby masak.. leh la diharap time terdesak hehehehe...

eis kamil said...

rajin sungguh hanim nih. hasben pun leh tahan skil dapurnya. syabbas.. hehe.

atty's said...

nasi goreng tu nampak sedapnya lahai ..

Softtouch [Hanim] said...

syahadah : haah simple lg best..pose ker?sory ekk

ninie : ala dia masak biasa2 jer. Dah dia nak mkn sgt kan. MAsak sendirilah kan. Sy byk keje lain nk buat.he he he

eis kamil : time dia rajin oklah.

atty : sedap ker?nmpak sdp, rase xtaulah kak tty

POSH76 said...

semuanyer sedap2 belaka..ni yg buat lapo ni...hehe

IxoR@ said...

Inilah antara satu sebab kenapa dietku sering gagal...

Hanim oh hanim....lapar la!

aleena said...

tetibe rasa nak blajo wat telor bungkus tue..

later bley try:)

Ernie said...

pasni masakkan untuk kami satu keluarga yer.hehehe

nieda said...

simple dan sedap...nyum nyum...raya bleh datang umau muza, nak rasa masakan.ngeh ngeh ngeh

Softtouch [Hanim] said...

posh: he he he..

erni : ini jugak membuatkan diet sy gagal jgk

aleena : sila sila sila

ernie : boleh. Sekepala rm15++

nieda : boleh jer..sila lah dtg