Status

TQ coz sudi menjengah blog ni..

Aktiviti blogwalking tergendala sikit...Aktiviti blogwalking akan saya jalankan secara habis-habisan bila weeken jer..tunggu kedatangan saya tau...thanx korang...


Sunday, July 19, 2009

Ayam Bakar

Tajuk n3 macam bagus jer..bakarlah sangat. Ala masuk dalam oven jer. Jumaat malam try buat ayam bakar. Google sana sini resepi last2 ikut mana yang senang. Main belasah je buat. Dah terbayang2 dah nak buat macam ayam rupe dia macam Kenny Roogers tu tapi tak denya..

Bahan2
Beberapa ketul ayam.
*Bawang besar, bawang putih, halia n lada hitam ditumbuk
*Cili blend sket
*Sos tiram, kicap pekat n kicap manis sket. Kicap tu supaya ayam tu nmpak itam sket.

Cara Memasak
Ayam dilumur ngan bahan2 yang bertanda *. Pastu letaklah garam n perasa. SIAP!. Perapkan sekejap n bakar. Masuk dalam oven. Ok oven aku kecik jer . Taulah kamu semua oven besar2 n mahal2. Tapi saya bersyukur dapat oven ini walaupun kecil.he he he. Sebenarnya saya bukan minat buat kek ker biskut ker. Nak buat benda2 simple jer oven ini.So I tak de hal punyo! Ini pun baru kuarkan dari peti simpanan. Acik yang bersih2kan jap. Berabuk oven ni.

Ok mula2 aku tak letak kicap2 tu. So ini rupe dia. Mcam pucat n tak menarik. Pastu aku letak kicap atas dia. Sapu2 sket kat ayam tu n bakar balik. He he he
Ini rupa bila dah siap bakar. Nampak lah semenggah sket.. Yang kiri kanan 2 ketul tu, kentang yer. Saje2 letak.
Buatlah sambal belacan, sebab asben kata nak makan ngan sambal belacan. Tapi aku rase kurang sedap sambal belacan ni.
Dan ini untuk adik. Ayam gorang untuk adik. Seperti biasa tak abis. Adik kurang makan sket ayam2 ni. Selalu aku bagi dia telur dadar or telur mata. Tak nak bagi ayam bakar tu sebab aku letak lada itam kan. Sakit plak perut dia nanti.
N ini milo blended. Asben aku yang blend kan. Dia rajin sket buat air blended2 ni. Aku, tak kuasa nak buat. Itu saje.

K ketemulagi BYE.TQ

11 comments:

Cik Wanie said...

alamak akk,
sedapnyer ayam bakar tue,
huk huk huk,
teringin plak nak buat,
hurm...

milo blanded pun sedap gak,
tapi wanie kena kurangkan minum yg berais,
sbb wanie x sihat,
huk huk huk

<< s| tED| >> said...

yummi! Chef hanim ajar memasak... adeh... perut tiba2 berbunyi.
rajin hanim memasak!!

Sasha said...

sempoi je nmpk ayam bakar tu... tp mcm sedap!!

IxoR@ said...

Makan dengan sos black paper...mesti terangkat beb!!!

ninie said...

adoyaii hanim pagik2 dah tgk ayam bako...dah le akak pose ari ni..hehehhe..

Ernie said...

cik kak oiii sedapnya ayam tu. bila aku ni nak rajin macam muza

atty's said...

ya allah sedapnya ..ayam..

Softtouch [Hanim] said...

wanie : yelah wanie kan ada lelah, kena lah ptg ada ais2 ni

tedi :hehhehe

sasha : xlah sdp sgt.. :)

ixora : haah kan..

ninie : ala sory yer

ernie : esok2 rajinlah tu

atty : xsedap sgt kak

DYLA said...

sedapnya ayam bakar cicah sambal belacan!

POSH76 said...

sedapnyer cicah dgn sambal belacan....la ni kalu sesak leh skodeng blog hang..carik resepi...hehe

乾煎白鯧Sam said...

cool!i love it!情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,情色論壇,性感影片,正妹,走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,做愛