Status

TQ coz sudi menjengah blog ni..

Aktiviti blogwalking tergendala sikit...Aktiviti blogwalking akan saya jalankan secara habis-habisan bila weeken jer..tunggu kedatangan saya tau...thanx korang...


Friday, June 5, 2009

Char Kuew Teow

Malam semalam tak masak kan..sebab asben nak makan Char kuew Teow (CKT) n tapau bawak balik. Untuk pengetahuan semua kan, rumah aku n opis dekat jer..dalam 10 minit dah sampai. Tulah aku tak kisah kene masak ke ape..Diri ni takla penat sangat. Ala setakat masak simple2 pejam mata pun boleh [Berlagaknya] Mula2 kewujudan gerai ni tak dapat sambutanlah. Aku nak cube tapi asben aku tak confident. Tapi bila tengok dah ramai yang beli, barulah dia nak beli.

Nilah gerainya..dia letak gitu jer gerainya..tak properlah orang kata. Tapi bagi aku gerai2 macam nila masakan dia sedap.. Bila tengok macam orang dah ramai makan kat cni barulah dia nak beli. So semalam dia belilah. Dia ade CKT biasa RM3.5o, CKT Besar RM4.50 n CKT special RM5.00. Yang special hanyalah tambah telur mata. So semalam asben aku beli CKT Besar 2..

Satu untuk asben aku n satu untuk aku berkongsi ngan acik. Acik [tok cik] kan tinggal ngan kami. Aku CKT ni kureng sket sbb cepat muak . Yang takde udang asben aku punya sebab dia alergic udang n sotong [rugi oo sape yang tak boleh makan udang stotong ni].

Rasenye sangat SEDAP. DIJAMIN yer.Cubelah rase pada yang sape2 yang duk dekat ngan Sg Buloh/Paya Jaras.Gerai dia berhampiran ngan Econsave. Orang yang jual tu memang orang Penang sebab dia cakap loghat Penang. Gerai ni jugak ade jual Nasi Goreng Udang jugak..tak silaplah.Kasi Close-up yer

Tapi kurang itam aku rase..Kicap kurang kot.N adik punya nasi ayam abah dia beli kat tempat lain plak

Adik kongsi ngan tok cik nya...Agak2lah tak kan adik nak makan semua..he he he..Itu sajer..K Ketemu lagi BYE

3 comments:

mama idzareef said...

ada satu tempat je kat penang ni sy suke sgt makan ckt dia..mmg marbeless..slurrrppp..

Softtouch [Hanim] said...

mama idzareef : kat mana?nanti share2 tempatnya kat mana..kot2 nnti nak pg penang raye nanti..

Precious said...

Aku suker char kuey teow ... Yummy!